Saturday, November 27, 2010

Cuak beb !!!

Salam hari ahad. 
Putera idaman: semua orang tengah cuti dinda dok exam pulak
Puteri kalbu: tula, family dinda semua dh ada kat umah, dinda ja kena balik sini amik exam.
Situasinya di sini ialah si adinda sedang berperang dengan kertas2 soalan yang menikam bertubi-tubi. Sudah lepas 3 paper maknanya sudah ada 3 bekas tikaman di jantung. tiga2 paper direct dalam masa 2 hari. hari pertama waktu pagi dan petang. hari kedua waktu pagi pulak..alhamdulilah da lepas dan skrg hnya menunggu 1 tikaman lagi...arghhhhh!


Mcm biasa, siapa2 yg ambil exam akan.......


CUAKKKKKK....bila...


* killer paper yakni paper pembunuh..haha...
paper mcm ni bole dikatakan xramai yg survive dan bagi survivor paper ni depa pulun habis-habisan. so bagi yg xberapa nk pulun tu, tahap ke'cuak'kan lebih tinggi.


* banyak bab xsempat cover
mau xcuak lau masuk dewan exam dengan ilmu yg xberapa penuh di dada. masa ni la banyakkan berdoa supaya bab2 yg xsempat nk cover xmasuk exam. tapi biasanya yg xsempat cover tu la yg masuk exam, dh 2 markah tinggi lak soalan tu...hampeh tul!
* meja exam berdekatan dgn golongan elit dlm kelas
budak meja depan- student chinese otak A++
budak meja belah kanan- student yg femes dgn title ulat buku
budak meja belah kiri- student paling rajin abad ini
agak cuak bila duduk berdekatan bebudak ni, mana taknya, budak depan meja dari tadi xangkat kepala, budak meja sebelah ni bukan main tekan kalkulator bagai nak rak, budak sebelah sana lak mcm wat karangan penuh muka surat buku jawapan...ntah apa la yg dia conteng...huhu, cuak beb.


p/s: cuak nak periksa lain, cuak nak jumpa bakal mertua lain, cuak nak akad nikah pon lain.....apa lagi yang buat kita rasa cuak??

Bagi yg masih dalam mode peperiksaan, selamat maju jaya. =)

Sunday, November 21, 2010

No One Knowzz, jangan nakal!

Kau lahir tanpa suara tangisan
Kau lahir tanpa kaki dan tangan
Kau lahir tanpa ada adik atau abang
Kau cuma ada aku, pemilik mutlak dirimu
No One Knowzz

Lau tak silap aku, tarikh 22/11/2009 aku mula buat blog dengan nama No One Knowzz. Sampai sekarang nama ni kekal. Masa mula2 nk wat blog ni memang renyah (susah payah) sebab aku baru nak mula belajar. sebenarnya dah tau pasal cara2 nk wat blog ni masa amek subjek ICT sem 3. Pastu berkobar nak try ada personal blog. Blog ICT  aku tu ntah apa jadi pon xtau.lama xtengok...lau kamu rajin singgah lah tengok
http://nuramirah32302.blogspot.com/ ...jangan ketawa suda...blog ilmiah tu..hak2...tengok url blog siap dgn nama n nomber matrik g...haha...gila skema!. tapi realitinya itulah blog pertama yg aku buat..Selepas dia tercetuslah blog yg kekal hingga sekarang ...jeng3x...No One Knowzz dot blogspot dot com

* Pesanan buat No One Knowzz- jangan nakal2 ya
* Terima kasih buat kamu2 yang sudi singgah atau baca atau komen atau kesemua skali =)
SELAMAT ULANGTAHUN PERTAMA WAHAI BLOG!yeeehaaaa


Thursday, November 18, 2010

konsert hingaq sana sini

Hai kawan kawan...haha
Pa cer ghaya korban ton ni? agak2 dah beghapa ekoq lembu ampa sembelih??..ok2 mcm pekat lak loghat utagha aku ni almaklong la dah sampai penang island...t lau org johor baca xfhm lak kan..oke berubah sekarang...tinggggg...


Salam perantau sejahtera, harap kalian sehat, aman, sentosa disamping keluarga, rakan2, serta org2 sekelililng yg tersayang. Salam aidiladha ke-2 daku ucapkan. 
 
sapa kat sini suka gila konsert atau mini konsert atau jamming atau seangkatan dengannya? sila kata yaaaaaa!...yang tarak suka sila kata tidekkkk!...ok bagus. Kalau kita semua perasan la, mana2 sambutan pon walau kat mana2 pon mesti akan ada satu bentuk hiburan di mana terdapat seorang individu atau secara berkumpulan yang mana secara terancang membuat persembahan menunjukkan bakat terpendam xkira lah sama ada bakat semulajadi atau bakat yg dibuat-buat.
Sambutan merdeka gah dengan konsert merdeka (diselang seli dengan ucapan merdeka sebentar)
sambutan hari raya/open house gah dengan konsert raya (spesifik kpd lagu raya)
sambutan aidiladha pon ada gak hiburan selingan live band belakang rumah
sambutan penerimaan skroll tamat pengajian pon masih ada pengisian konsert artis jemputan
sapa kata artis kita xleh cari makan??
Aku bukan budak antihiburan sebegini. Selalu gak layan lagu sorang2. konsert pon cuma layan konsert sorang2 dalam bilik...cuma kdg2 bilik sebelah n bilik depan selalu dengar konsert solo aku nih..hihi...
hiburan biarlah berpada-pada, alangkan berhidur sorang2 pon bole lalai apatah lagi lau berhibur sakan....
cuba soh bebudak skg nyanyi satu lagu, jgn terkejut lau depa bole nyanyikan satu lagu sampai habis. 
lau soh mengucap/ al fatihah agak2 lancar x??harap2 lancar la ya ...


Sekarang ni terlalu banyak hiburan, jadi jgn salahkan budak2 lau depa dah terlalu terdedah dengan semua ni..kita yg dah besar pandai menilai mana baik mana buruk tapi itu pon masih tersasar sekejap di jalan yg sepatutnya..jadi ayuh kembali ke pangkal jalan...mira p stdy cepatttt.. huhu..


* live band perform belakang umah aku, jiran wat kenduri raya pggl live band beb...haha...ingatkan dia nak wat takbir secara berjemaah...hehe
* drummer band ni umo 12 tahun...mantap xmantap?? 




Saturday, November 13, 2010

Ke'sempoi'an abah vs ketidak'sempoi'an mak

Dikala sang anak ke-3 pulun stdy  kebohsanan di sebuah negeri milik Yang Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah, terkenang dia akan ayahndanya serta bondanya...apa khabarnya mereka disana, di sebuah pulau bergelar pulau mutiara.?? harap2 makin maintain hensem dan cantik =)
Normalnya sikap mak dan abah kita berbeza. kadang2 boleh dikatakan macam langit dan bumi jauhnya...tapi tetap hidup bahagia berdua...eh2 silap,hidup bahagia bertiga,berempat,berlima,berenam dan bertujuh...(merujuk kpd bilangan anak ya bukan bilangan bini)

Aku selaku anak ke-3 + anak perempuan sulung + anak paling tengah, sememangnya rapat dengan abah dan jugak mak aku. Tapi dalam umah semua kata aku anak abah, bukan2, aku anak abah sama mak :)...nak kata aku rapat dgn abah...bole la, dgn mak lak...bole la...sama2 la...fair n luvly 

Tapi bila mai satu2 hal, aku akan cerita sama ada pada mak atau pada abah

Ketika xberapa bole jawab exam:
anak ke-3: abah, susahla exam ritu, mira xleh jawab
abah: ala bukan kita sorang ja xleh jawab, orang len pon sama
( sejuk hati sang anak...hehe)

kalau gitau mak
anak ke-3: mak, susahla exam ritu, mira xleh jawab
mak: tula dok men sangat, xstudy la tu.....orang exam wat la elok2 bagi skor..jgn dok berangan..bla...bla...blaa (agak2 dah 10 mnt baru settle)
( hati sang anak makin parah)

ketika di shopping di tesco sg dua
anak ke-3: abah3x, nak beli coklat.keropok, eskrem bole?
abah: ha p cepat amik, jgn belek lama2
anak ke-3: hehe...okeh (hati berbunga-bunga)

kalau mintak kat mak
anak ke-3: mak yg comel...nak coklat tu mak, satu pon jadi la
mak: xpayah dok merepek, byk g bnda len kena beli
anak ke-3: ala satu ja mak, ...pelissss
mak: dah2 jum p tgok ikan lagi bek
anak ke-3: T_T...

Lihat lah dunia betapa berbezanya golongan ibu2 dan bapa2...hehe...itu baru satu pasangan suwit, belum g pasangan2 ibu bapa yg lain. ..hehe..yang penting mereka sayang kita, kita sayang sayang mereka (^_^)

Td msj abah,

abah hensem sehat?hehe........

dah 3 jam 45 minit berlalu....tiada reply T_T...wuwuwuw

lihat lah dunia betapa sempoinya abah...haha
(abah jgn marah, mira tau abah xbaca blog mira)


* tgh bosan wat statistik, tekan kalkulator smpai 22 data nk cari jwpn tp dpt SYNTAX ERROR, ohh kejam punya kalkulator!





Sunday, November 7, 2010

Kata-kata pujangga seorang lelaki

Salam...apa khabar para lelaki ??dah makan?? dah minum??...bgs2 kalau suda, kalau belum jum pekena nasi kandaq sama milo panas tanpa gula..Eh2 lupa lak nk tanya khabar si anak dara...sehat??hehe...
Keh2..lets get seyes..pas baca tajuk entri mungkin la (mungkin) ianya akan menggoda anak mata si anak dara utk membaca ayat seterusnya..
kalau nak ngorat anak dara, ayat mau power.tul x? so, lelaki2 di luar sana mesti dan harus mendapat kepujian dalam subjek bahasa melayu peringkat menengah. Dengan kepujian itu maka tercetuslah segala kata2 pujangga yg tidak dapat tidak..mencairkan hati si adik manis. Ayat2 power ni sebenarnya dah lama wujud, dari zaman kegemilangan melaka lagi (kot).


Zaman dulu-dulu
dara: kanda2....
teruna: ya dinda...
dara: jikalau dinda bunga kanda mahu jadi apa?
teruna: kanda jadi kumbangnya
dara: jikalau dinda periginya...kanda mahu jadi apa?
teruna: kanda lah timbanya....
dara: kenapa kanda mahu jadi kumbang dan timbanya?
teruna: jikalau kanda kumbang mahupun timbanya, kanda akan sentiasa mencari dinda kerna dinda sangat penting buat kanda. kanda mati tanpa dinda.
dara: oh kanda, dinda juga begitu
(adegan ini berakhir dgn kamera shot ke arah pemandangan bulan, feel: romantik ) 


Zaman jiwang2
mamat: mira, percayakah dikau akan kesetiaan cintaku?
mira: aku percaya tapi sejauh manakah kesetiaanmu pada ku mamat?
mamat: kalau diukur kesetiaanku pada mu, jauhnya beribu-ribu kilometer, sepanjang lebuhraya utara-selatan.
mira: betulkah mamat?
mamat: tentulah, kalau tak percaya pergilah menyusuri highway tu.
mira: oh mamat, sudah tentu aku percaya.kau sungguh cinta padaku ya
mamat: ya mira, aku cinta pada mu...
(keh pasni xletak nama sndri,tetiba rasa lawak)


Zaman sekarang
boy: baby, boy sayangkan baby 
baby: baby pon cayanggg kat boy
boy: baby, lepas kita kawin, apa yg baby nak boy akan kasi kat baby, cakap aja baby nak apa..cincin mas?gelas mas? rantai mas? lau nak zhulian pon on da spot boy hadiahkan kat baby.
baby: waaaa...sayangnya boy kat baby..
boy: yela, boy xnak kehilangan baby n nk hidup bersama baby sampai tahun 2020..hak2....xdala,nk hidup bersama baby sampai bekalan oksigen habis.hehe...
baby: haha, janji tau........
boy: janjiiiiii........


macam2 cara nak tackle perempuan dari segi percakapan, perbuatan, sikap, rupa paras sendiri. terpulang la pada kekuatan masing2. Tapi biasanya (xtau btl atau x, xda statistik lagi) perempuan lebih tertarik pada sikap seorang lelaki =)...so jangan noty2 ya...(^_^)

"Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah"



Tuesday, November 2, 2010

Benda HOT mana tak laris??

Apa2 yg HOT pasti laris. Panazz dari segi apa? pertama dari segi kuantiti api yg dibekalkan, kedua dari segi kualiti marketing. Pilih antara dua:

pisang goreng panas dengan pisang goreng kureng panas. mesti ramai yg nak panas2 kan? sama jugak dengan kualiti marketing. biasanya awek2 hot+cun2 yg akan dijadikan hiasan cover majalah even awek tu bertudung mcm mana skali pon tapi bila dh ada rupa kira no hal la nk jadi cover girl.stended ah 2 tul x?aku bukan jeles dgn awek2 cover girl, kenai pon x...cuma nk kaitkan dengan benda HOT.

jum kaitkan dengan blog pulak. biasanya blogger yg kiut miut+hot+cun pasti akan ada ramai peminat aka admire aka silent readers aka folowers.keh aku xkesah bnda 2. dah diciptakan cantik menarik tertarik mestila ramai yg mahu melihat bukan?....kira bonus sbb ramai yg datang menempek ke blog kamu2 sama ada membaca entri kamu atau sekadar melihat rupamu di dlm blog. oke ni cara kamu perkenalkan diri. tiada masalah di sini. aku kenal kamu, kamu kenal aku. barula boleh berkawan di alam maya tul x?ini cara si gadis-gadisan.

kalau laki-lakian mcm mn pulak?..mahu tunjuk apa yg HOT..? oh senang saja, xperlu tayang body yg maskulin cuma perlu taip perkataan yg bawa trafik highhhh tinggi2.eksploitasi apa yg HOT pada gadis-gadisan. cerita segala bnda yg xelok/kasi stim. dlm kain yg entah betul entah tidak. tapi yg hairannya, si gadis xpernahnya terasa dihina dgn entry mcm tu tapi lebih kpd menyokong...aduh, memalukan, org tgh cakap psl pompuan bole pulak kamu2 sokong.syabas!lepas ni boleh cerita lagi dalam punya!


*penulisan kita menggambarkan diri kita, betul kah?...biasa dgr x org dalam blog bukan main femes tapi dlm dunia sebenar dia cumalah nerd yg tiada life!

Monday, November 1, 2010

Luv you assignment!

Salam hari isnin dengan cuaca yang mendung tersangatla sesuai utk kita sama2 datinggg atau ZZzzz atau study.mana satu pilihan anda? aku? ok kos la ZZzzz....haha.


Setakat la ada la 2 3 member yg selalu menegur aku. Teguran yg baik ada, teguran yg agak sentap pon ada


awal ashaari " bangun2, jgn tido lagi, asyik wat taik mata ja"
justin bibir " ni mesti keja tido ja, siang malam kan2...tengok muka pon da tau, MUKA TIDO!"
farid kamil " buat apa ni? baru bangun ka?,,suara serak2 basah ni mesti baru bgn"


oke, jangan buat kesimpulan awal lagi ya. biar beta aku jelaskan..sekarang dah habis 14 minggu kuliah. cuti khas 2 mggu, dan seminggu stdy week menjadikan jumlah cuti-cutiku sebanyak 3 minggu. ramai yang balik kampung tapi ada golongan yg serba rajin sebab stay di kolej sampai raya haji t. golongan itu sudah tentunya termasuk aku.wakaka...(ceh)


sebelum habiskan 14 minggu kuliah, aku dan sekutu2 ku bersengkang mata siapkan assignment, mini projek, segala mak bapak lab report, study test + kuiz yang berturut-turut, prektis gamelan tetiap malam tuk perform hujung minggu ke 14, tak termasuk aktiviti bersengkang mata akibat facebook.huhu...
So, dun hakim buku by its kulit buku oke?...


Walaupun dh minggu cuti, tetap kena pergi kampus amik assignment utk dipercantikkan.ohhh man...


kesimpulannya, jangan tangguhkan kerja!lau tangguh lu tanggung la sendiri....(oke aku dh tanggung sndiri dan bersama group partner juga.huhu)


ketekunan abadi  jelas terserlah...hak2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails