Sunday, February 28, 2010

Alasan si pemalas



Situasi 1
~isu submit assignment
bagi pelajar yg cemerlang...ewah2, hantar assignment sudah semestinya on-time, bahkan lebih A1 lau submit b4 dateline. Bagi lah apa2 kerja pasti disiapkan dgn cemerlang tanpa minum kopi dan makan pasta.
bagi pelajar yg pemalas...hantar assignment out of time, yg penting hantar...w/pon dh berminggu-minggu dateline tapi digigihkan jua utk hntar tugasan. Anggap saja pelajar ini kekurangan bahan/masa/tenaga/wang... dsb..

Situasi 2
~ isu ponteng kelas
rasanya isu ni semua org pernah buat kecuali aku?...hehe...xbaik xtipu
ponteng kelas adalah perkara luar biasa sedikit bagi pelajar cemerlang, sekali ponteng mau ketaq satu bdn..berpeluh-peluh mcm dh wat satu jenayah besar...
tapi sebenarnya pelajar cemerlang pon ponteng kelas jugak tapi alasannya kira ilmiah la jgk..
ponteng sebab nk stdy dlm bilik, nak fokus lebih2, aura stdy melekat ketika berseorangan..ecece
bagi pelajar yg malas sedikit, ponteng2 ni dh xterkira r...alah bisa tegal biasa..
alasan pon kira standard r>> bgn lewat, xtau ada kelas ganti, lecturer ajar xmasuk, xciap assignment dsb..

Situasi 3
~ isu test+kuiz+pop kuiz
biasa studen pasti hadapi semua bndalah ni..komplen 13x pon dasar ni xleh di mansuhkan
bagi pelajar cemerlang, no hal la.."saya suka test, test suka sama saya"
"test seterusnya pula bila ya"....adess...
bagi pelajar xrajin>> asik2 test, bila tahun mo stdy? tugasan dhla tingkat tinggi...
tersangatla tidak bersedia dari segi fizikal dan mental, yg pntg masuk, jawab dan tawakal..
hanya itu yg termampu....sedih2...


ketiga-tiga situasi di atas hanya lah pendapat aku dan diutarakan berdasarkan pengalaman
semasa hayat dikandung badan...
pengalaman kau dan aku berbeza, dunia yg sama tetapi kehidupan lain2
so kungsi pengalaman jumm ^_^

Friday, February 26, 2010

Kuiz tiga soalan

salam, entri pendek
skali lagi aku di'tag'
'tag' drpd
Mr.Z
dh berturut-turut dapat
maybe perang 'tag' sudah bermula
papa pon layan ajerr


1) You have to print screen wallpaper that you are using right now


2) Tell us why you like the wallpaper

~ wallpaper ni la yg daku guna sedari dulu, ianya mengancam bg aku
~ nama beliau...semua dh tau-bruce...mcm biasa single ag
~ selalu tersenyum ke arahku, membuat hatiku berdebar-debar
~ mata beliau sentiasa fokus padaku, membuatku tersipu-sipu
~ paling penting, beliau setia disitu bersama aku...
~ dats why i like u..ahak..ahak

3) Tag 10 people...

aduss, ramai beb 10..mn nk cari rakyat nie?
lau aku ada anak 10 boleh la tag sekor2

k r aku tag KAMU ...ya kamu yg sedang scan jawapan kuiz aku
sila2 wat, byk poin byk markah...


*amacam..ada bran mo amik ini kuiz??



Thursday, February 25, 2010

~Jum bersantai bersama mira~

Bersantai xsemestinya di pantai,
kamu xperlu pakai bermuda,-bg lelaki
kamu xperlu pakai paroi (xtau btl x ejaan ni)-bg wanita
cuma perlu bersantai di sini...blog No One Knowzz
dan sudah tentu perlu berpakaian lengkap...
keh2 aku rasa mcm dh merapu

Jum r jawab tag yg diberi secara ikhlas dari TuahFadzli (MF)

ADAKAH ANDA RASA ANDA HOT??
tak, aku cool beb...

UPLOAD WALLPAPER PC/LAPTOP YG ANDA SDG GUNAKAN SEKARANG...


CERITA PASAL GAMBAR...
this is my syark...name bruce..still single

BILA KALI TERAKHIR ANDA MAKAN PIZZA...
minggu lepas kat Queensbay..gilaa lama tggu, lau beranak-pinak mau 7 generasi leh aku dpt

LAGU TERAKHIR ANDA DENGAR....
InsyaAllah by Maher Zain

APA YG ANDA TGH BUAT SELAIN MENYELESAIKAN TAG INI???
tengah batuk....uhuk13x

SELAIN DRPD NAMA SENDIRI ANDA DIPANGGIL NAMA APA??
mira A,,, mir,,, mirah,,kaka,..ME..

TAG LAGI 8 BUDAK
4~ anen
6~ Fiq
7~ Ruby

SIAPAKAH ORG NO 1 KPD ANDA??
ex-rumet b-4-18, bilik 2...kawan baik punya

KATAKAN MENGENAI ORG NO 5..
seimura??seorg wanita yg ganazz??-petikan ni dr blog beliau sndiri..heh

NO 3 ADA HBGN DGN SIAPA?
ain??sesiapa ja yg berhbgn dgn dia maka org tu ada hbgn dgn dia

BAGAIMANA PULA DGN NO 4??
anen??..muda2 g dh dipanggil daten seri...peewitt

PESANAN KPD ORG NO 6
fiq??...dh bsr pon..pepandai jga diri ya..

KATA2 CINTA UTK ORG NO 2
aina?? ...sory lau ada yg terkasar budi bicara, perasaanku bercelaru akibat PBL w/pon sebenarnya aku cool..<

ADAKAH NO 7 & 8 MEMPUNYAI PERSAMAAN?
ruby n che adlia..mereka wanita dan aku pasti ianya kekal selamanya..

BERIKAN 5 YG ANDA TAU TTG ORG YG MEN'TAG' ANDA
MF~ erk..xsampai hati aku nk tampar dia..hehe..
k la dia ni aku rasa~ ckup pancaindera, suka kecoh sana-sini cam apek jual sayor, suka membebel, ada yahoo meme, ada blog

PERSAMAAN ANTARA KAMBING DAN LEMBU
makhluk ciptaan Allah,

PERASAAN ANDA TAG INI?
cool...

ADAKAH ANDA TAU SI RAZMAN ITU SENGAL?
apa punya soalan da..mestilah xtau

GAY OR LESS??
of coz OR..


Monday, February 22, 2010

Seksi senorita

Time cuti ritu aku tertengok video kelip local, sorang wanita from reality show. Perghh...cun melecun beb. seksis gitu...mengancam...terbaekkkla. Mana taknya rakam video klip smbil baring2...lentok2 badan ditambah dgn aksi2 manja, ala2 chumil.nasibla aku ni perempuan, lau x aku pon sure layan video ni sampai habis.hehe...

sebenarnya aku menyampah dgn video kelip yg mcm ni, boleh membangkitkan keghairahan si lelaki miang di luar sana. bagi aku lagu dia boleh gakla layan...sedap,,, tapi masalahnya bila tgok video kelip ni..hadoii...rosak mood aku yg sedang ber'honeybulan' ni.

Yang aku kurg faham ni, perlukah wat video kelip cm2? siapa target marketing company ni? rasanya bukan target umum, ni mesti xlain xbukan target si jejaka. Mau tgkap cintun dgn penyanyi ni...

Tapi sayang seribu kali sayang, gunakan kecantikan rupa dan tubuh badan untuk menarik perhatian. bakat??belakang kira la beb.janji video kelip ni gila kentang meletop..top..top

k ah. cerita2 gak..lau rasa nk layan videoklip ni layan r...choww lu



Friday, February 19, 2010

Realitinya realiti TV


" Aku nyaris2 nk pi audition AF8 ritu" kata seorang teman lama

" Weh ang masuk la, t aku sokong ang" kata aku (sokong pakai air luir, no sms)

" Mak aku la, masa hari audition tu aku semangat bgn pagi, siap2 tetiba mak aku suruh hantaq dia p kerja..sebelum tu singgah makan dulu, then mak aku nak beli somethingla..last2 aku x p audition," kata teman lama

Memang kelakar schoolmate aku sorg nie, cerita bukan main sungguh2 dia. Aku tak berapa rapat dgn dia tapi entah mcm mna masa rncg nk lepak Queensbay tetiba dia ada sekali. mungkin itu menandakan Dia dah menentukan perjmpaan kami utk merapatkan ukhuwah. Alhamdulilah.

Tak sangka bebudak sekolah aku pon boleh berminat dgn realiti tv ni. Entah betul entah tidak budak ni nak masuk AF. tak leh bayang mcm mna la dia dlm AF. mesti lawak ah.
oklah aku nak cakap psl realiti tv...apa yg rialiti sgt?
aku tak ikut apa2 rancangan realiti tv masa kini..tapi mcm dh dpt agak mcm mna contestant dia, juri dia, audience dia....style program cmna...cewah(bajet ja)
dalam banyak2 realiti tv yg aku pernah tertengok, mesti ada bnda nie
iaitu SMS..apedah, semua org tau, dh nama pon realiti tv...adesss
k ar xmau cita psl SMS, semua tere dh

usha peserta jum~
bagi peserta lelaki, mestila mempunyai muka ala2 jambu gitu,...tapi bukan auwww ya
kalau auww mmg out dh, tapi lau hensem lagi baguzz.. kenapa?
laki2 spesis nie target dia mestila anaks2 dara, adik2, ahkak2 di luar sana utk mengundi
org pompuan ni bukan buleh tgok mamat2 jambu+hensem=histeria jadinya..haha

bagi peserta wanita, syaratnya mesti r cun melecun, xpon kiut miut mcm Lisa Surihani
targer?? bro2 bajet hensem, bapak2 macho n laki2 kesunyian
depa2 ni la yg akan pulun meng'sms' peserta wanita ni

pastu peserta2 yg cukup2 syarat,
jenis alim2 r, mcm pakai tudung or pakai kopiah bg lelaki
target dia makcik2 kat kmpg, depa pon pelanggan astro gak
so xleh ketepikan cita rasa pengguna kan.
lagi satu, peserta yg xberapa cantik tapi punya suara sedap...sluurrpp-y
yg ni kononnya nak gtau yg w/pon xdak rupa tp dia leh menyanyi dgn amat baik sekali dan sadisnya terkeluar jgk di mggu2 terakhir...huh..sedih i tau
dun wory, dia pasti akan 'bersinar' di luar (janji2 si adik maniss)
last2 mcm tu jgk, balik kmpg....

pasti kita skodeng juri pulak...ayuh~
juri ni plg ramai 3 org la kot, lau 4 tu mcm byk sgt, gpon audience bukan nk tgok juri sgt
sbg pengkritik, depa ni msti ada ilmu ttg dunia seni
biasanya juri wanita lebih ramai dari lelaki
juri wanita biasa pilih yg agak2 otai, tp masih mentain muda(aset tuh)
sorg lagi juri wanita muda tp byk pengalaman, sweet2 gitu..feewitt
then sorg juri lelaki yg mukanya ala2 serius dan macho, kritik pon boleh tahan tahap kepedasan mulutnya, juri yg sorg ni akan dibenci audience sbb kutuk2 bakal bf dlm mimpi depa.

pastu nk usha audience lak, perlu ka?
eh penting woo audience ni, lau x xhidup realiti program tu
biasa audience 'act' ja lebih, buang dwet buat banner, buat t-shirt, cop muka org 'artis' kat t-shirt, kat pemadam,pembaris, dll
wujudkan fan club la, skali ngn jwtnkuasa kelab la
padahal mamat tu belum jd artis g..untung bdn~
bila mng, "hadiah ni semua utk korg, tnpa korg siapalah sy"
haha...biasa sgt..(untung fanatik dia :p)

*yang di atas cuma pendapat aku sbg penonton tak tegar. mungkin ada salah mungkin ada benarnya. setuju/ tidak komen dulu, baru tau kamu2 audience mcm mna.



Thursday, February 18, 2010

Aku rindu



Rindu sama zaman matrikulasi
rindu pada kolej matrikulasi pulau pinang
belajar di sana cuma setahun, pengalaman pula tak seberapa
tapi aku rindu-rinduan suasana matrik

sebelum masuk matrik, selalu saja telinga ini mendengar bisikan kurang enak

" xyahla apply matrik, susah woo"
" tension la stdy kat sana, lau xleh tahan xpyhla msk matrik"
" matrik nie utk org tere2 ja, susah nak masuk weh"

jarang pulak aku mendengar suara2 yg bg semangat. kenapa ya?
mungkin 'orang2 kita' lebih kepada 'mencegah' drpd memberi semangat?

bagi aku zaman matrik sangat best,
susah senang bersama-sama dgn budak praktikum
pensyarah2 yang sangat memahami dan byk bagi nasihat
pengarah dan kakitgn HEP yg menjaga kebajikan pelajarnya

Ni antara kenangan KMPP,
terserempak sewaktu selongkar bawah katil..
layann jumm??


Inilah Pengarah KMPP
En Khairi B Jalun
macho x ?? :p


Majalah KMPP
"Memories never fade"

A4 beli kat kesis (kedai siswa)

pemandangan dari makmal

gadis-gadis H2P5

jejaka kuliah H2

bebudak kuliah H2P5 07/08


*kenangan sangat bermakna untuk diingati di kala hati kerinduan :)




Sunday, February 14, 2010

Wahai Diri, Apa Khabarnya Engkau Dan Kehidupanmu?

Wahai Diri...

Hendaknya janganlah engkau terpedaya dengan usiamu, berapa ramai manusia yang lalai dengan umur yang dianugerahkan ALLAH dan menyangka ia masih mempunyai masa yang panjang lagi. Hinggalah walaupun sudah usia melanjut tua tetap tertipu dengan dunia.

Mati itu datang dalam keadaan mengejut. Ia datang secara tiba-tiba tidak mengira tempoh masanya. Seseorang yang sihat bukanlah bermakna pasti akan hidup lama. Seseorang yang cukup zat makanannya bukanlah bererti pasti malaikat maut akan melupakannya. Kerana itu wahai diri, para ulamak selalu mengingatkan diri kita agar berhati-hati dengan kehidupan ini. Maka kerana itu maut itu menjadi rahsia ALLAH, Dia tidak mahu kita meyakini bahawa kita akan kekal di alam ini.

Wahai Diri...

Apa yang engkau corakkan dalam segenap kehidupanmu selama ini benar-benar mendapat redhanya ALLAH? Atau ia mengundang kemurkaanNya? Berapa kalilah engkau beristighfar tatkala terfikir tentang maksiat? Berapa kalilah engkau meminta ampun pada ALLAH apabila membuat dosa. Sekali lagi aku ingatkan wahai diri... dosa kecil itu apabila dihimpunkan ia akan menjadi besar. Dan setiap dosa itu jika tidak diampuni ALLAH serta mendapat rahmatNya akan dibasuh dengan bakaran api neraka.

Oleh kerana itu, apabila engkau sedar bahawa hidup ini akan berakhir pada bila-bila masa bersegeralah membuat amal kebaikan.

ALLAH telah berfirman yang bererti :
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu, lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).

(Surah al-Mulk ayat 2)


Wahai diri... Ingatlah, bahawa dunia ini semakin sampai ke penghujungnya. Dan kita semua pasti akan hancur binasa, berpindah ke alam lain dan dibangkitkan untuk menerima buku amalan masing-masing. Samada di kanan ataupun di kirinya..

luv always..

Panjangg...wow

Alhamdulilah selamat sampai ke penang
menaiki bas pukul 5.45 dari hentian pudu
meredah selautan manusia
menempuh kesesakan lalu lintas
sesudah sampai disambut dengan dentuman bunga api
menandakan mulanya tahun baru cina tepat jam 12
so hepi holiday buat semua

Apa yang panjang??
nak cerita sesuatu yang aku baru tau
aku pasti siapa2 yg arif bidang solekan pasti tau
especially kaum wanita, lelaki dlm bdg nie pon pasti tau
tentang bulu mata, aku baru tau yg bulu mata juga boleh disambung
"extension bulu mata" namanya..
pasal bulu mata palsu aku tau tp ini extension bulu mata
aku tak tau apa bezanya tapi fungsinya sama~untuk panjangkan bulu mata anda
sekarang ni, kamu2(wanita) yg punya bulu mata pendek tak perlu risau
cuma perlu menjalani "extension bulu mata"
cakap saja nak panjang mna..8cm?? 10cm? atau 12cm?
nak lebat bnyk mna...100 helai?? atau 120 helaian bulu?
atau nak yang mcm nie...
teringat cerita jun-on...hak3
ngeri2...

cuma perlu sediakan duit...cewah..'cuma'..mcm senang ja
sedia duit pastu nak panjangkan apa pon boleh? cm2?

oh tidak mudah sebegitu,,
jangan fikir mcm tu, sebagai orang Islam, kita ada panduan sbg rujukan
jangan main redah saja ya adik2,,kakak2..ibu2...
adalah haram sekiranya kita mengubah ciptaan Allah
terutamanya demi kecantikan
tapi kalau demi kesihatan adalah dibenarkan itupun ada syarat2nya

bersyukurlah atas nikmat kejadian Tuhan,
w/pon bulu mata mcm pendek/panjang mcm bumbung rumah yg condong
alhamdulilah, dapat juga halang habuk masuk mata
lg pon nikmat ni pon cuma pinjaman sahaja..so peliharalah elok2
takkanlah kita nak ubah sesuatu yg kita pinjam??
mcm mna kita pinjam mcm tu la kita perlu kembalikan



*setiap satu kejadian adalah sebaik-baik kejadian daripadaNya











Friday, February 12, 2010

Terasa diri begitu muda


Hari ini aku berangkat pulang ke kampung halaman
banyak kerja kena settlekan tp diri terasa malas
feel balik kmpg pon mcm xterasa
sebabnya, balik kmpg nak siapkan segala mak nenek assignment
masalahnya mampukah??
mampu x mampu tggu abis cuti
lau ada hasilnya maka kemampuan diri terbukti

Sembang sekejap dgn member lama, kenal sejak tadika lg
kira dh 15 tahun lebih kenal..
mcm2 hal sembang pastu dia ckp 'mcm xcaya ja kita nie dh 21..
sat gila'
huh...betul gak ap yg dia kata, masa berlalu dgn cepat
hari berganti hari, minggu demi minggu,
tahun pon bertukar ganti, pejam celik dah besar rupanya diri ini
cuma terasa masih muda, macam budak2 g
bila kuar mna2, org tanya "sekolah kat mna?"
aku jawab "kat perak"..terasa muda seketika..

Bila umur makin meningkat, mcm2 tggjwb kena pikul..kan2?
dah xleh main2...kena serius psl kehidupan
kena fikir tentang masa depan
apa yg kita lakukan kini mencorak masa depan kita
kena belajar utk merancang diri kita
bukan setakat hal2 pembelajaran tp dalam semua hal
takkan nak bergantung kat parents sepanjang zaman..tul x?
parents cuma boleh bantu setakat yg mampu
nasihat apa yg patut, hal2 lain atas diri sendiri


*skg ni pon ngh blur2, adoila...huhu






Wednesday, February 10, 2010

Aku jumpa ini bila blogwalking

Aku rajin jalan2...melawat blog kamu2 yg mengancam
cuma skrg nie xberapa rajin jalan2 disebabkan xdak bajet...(bajet masa)
aku xda byk pengalaman dlm dunia blog nie...so aku gemar membuat pemerhatian
so nie la result pemerhatian aku selama nie...
antara blog2 yg selalu terjumpa di kala blogwalking, yg punya tujuan masing2

di mana ada blog bertujuan utk berdakwah....100% dakwah ..no corner2 melencong ke arah lain
blog camni mmg bgs la kan. Blogger tu mengaplikasikan teknologi utk berdakwah. Dia ada ilmu dan nak pula dia berkongsi dgn kita2 yg kurang ilmu agama nie, so secara x langsung ilmu yg kita xtahu kita boleh dapat dgn berblogwalking.


ada blog yg 100% pasal life dia, ke mana dia pergi, sama siapa, buat apa, pergi menaiki apa, pukul berapa sampai destinasi dan sebagainya...pendek kata memang lengkap la aktiviti pasal hidup dia. blog camni kadang2 menarik utk dibaca, tapi kalau dah selalu sgt update pasal diri sendiri mungkin akan mengundang bosan bg aku utk membacanya...kamu pula cmna?

ada pula blog yg 100% cerita pasal artis2 malaysia mahupun international. macam2 gosip terbenam dalam blog2 berunsur hiburan camni. kalau ada siapa2 yg berminat bndalah gosip nie xpayah dh beli "mangga" atau majalah2 hiburan yg len. cuma perlu apa??cuma perlu terjah blog yg punya objektif sebegini.


ada lagi blog...yg aku rasa ramai berminat menjengahnya. blog yg bertujuan menyebarkan segala mak nenek tutorial2 tentang blogging world dan blog yg berkongsi macam2 pengetahuan kpd si pembacanya. blog camni aku kategorikan sbg blog yg berfaedah dan xrugi kalau kamu2 semua membacanya. banyak benda boleh dipelajari dari blog tutorial especially utk aku yg baru bertatih dalam dunia blog. dan byk juga pengetahuan yg boleh dihadam daripada perkongsian blogger seperti ini. cuma mampu or xmampu utk dihadam.

ada blog pula yg menceritakan hal2 dating dia bersama si 'dia'. menceritakan perasaan dan emosi kepada si dia. segalanya cuma dia dan si 'dia'. Ya aku faham akan situasi sedang hangat bercinta. semuanya indah dan sudah tentu penting utk dikongsikan kepada 1 dunia...lagi pon itula tujuan utamanya tuan punya blog membuat blog...moga2 pasangan seperti ini berjaya ke jinjang pelamin. kalau tak buat penat ja taip mcm2 dalam blog..


pastu jalan2 lagi, terjumpa blog yg agak kurang disenangi...kenapa??
kerna blog itu mengandungi kata2 maki hamun atau kata2 lucah
kalau setakat melepaskan marah/xpuas hati tu biasa la kan...bila dh marah emosi xstabil mulut pon makin kencangla...itu aku faham
tapi blog ni sememangnya dari mula sampai akhir xlengkap tanpa kata2 "kesat"
mungkin strategi blogger tu kot??nak naikkan traffic..
bila blogger lain menegur, si blogger nie publish entri "khas" buat si penegur.pendek kata
si penegur akan menjadi "bahan" entri seterusnya
so biar je la dia dgn dunianya..


memang banyak bebenor pemerhatian aku nie, cuma kalau nak cerita panjang nanti bosan pulak. lagipon kamu2 lebih expert dalam blogging ni. kira dah lali r dgn blog2 yg aku cerita.
tapi ada lagi yg nk tulis....xpa2 xyahla..ni pon terlebih sudah.




Sunday, February 7, 2010

I'm addicted already...ayoyo

Sejak dua menjak nie ak asyik layan lagu2 yg depa nie dok nyanyi
maybe ramai dh tau psl depa, ak ja lmbt skit tau..
semuanya salah sorg blogger yg famous A'mous..
dia la yg letakkan video nyanyian bdk2 nie kat blog dia
then ak pon layan sekali..
layan punya layan terus terpikat....ayoyo
pastu mula la search kat youtube la
download lagu2 depa ni la
dgr lagu? bukan takat sekali, berkali-kali dh
fuhh..agak bersungguh-sungguh aku
tp serius mmg sedap suara depa nie
tidak percaya? sila pasang telinga baik2
layan jummm~


tak cukup ka? ...nak amik g nie


nak lagi?ok2 ni last punya...


keh r...cukup la kot??
lau nak g pandai2 r godek sana godek sini
aku tau angpa semua cerdik2 dh bab2 nie..hehe

Friday, February 5, 2010

Macamla bagus sangat!


Awak-awak, tak elok tau pakai baju ketat mcm ni

Awak-awak, sbg org Islam kita tak boleh warnakan rambut..

Awak-awak, tak baik kalau kita buruk sangka kat seseorang

kalau seseorang menegur kamu sebegitu atau seumpamanya, apa reaksi kamu?
atau kalau kamu menegur seseorang mcm tu apa pula reaksinya?

agak2 kena sembur tak ngn ayat cmni
"ek eleh mcmla dia tu bagoss sangat..nak tegur org dia pon 2x5"

takpun situasi sebaliknya, kamu pulak yg sembur org yg menegur kamu mcm ayat kat atas.

Bagi aku, dua2 situasi aku pernah alami..menegur dan menyembur orang
dan sebenarnya tak salah kalau sesiapa pon nk menegur kita
baik punya ilmu sampai seberang lautan atau punya ilmu sekadar di taraf pondok
hak tegur-menegur ni ada kat semua orang
tapi itu tak bermakna kita boleh menegur sesuka hati ja
kena gak ada ilmu lau nk tegur nie
lau tak bukan takat kena sembur, silap2 dpt sakit..

nak tegur kena ada cara berhemah, nak menerima teguran pon ada caranya
semuanya termaktub dalam ajaran Islam sendiri

Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud; “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan, ‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”


**tapi kita perlu ingat, nak tegur ni kena ada skill, lain org lain cara penerimaannya,
yang diatas ni sbg panduan bg kita umat Islam.



Wednesday, February 3, 2010

Bila dah kena baru terasa nikmat


Ah..nikmat sungguh perasaan yang satu ini
Dah begitu lama tak merasainya
Syukur, aku masih sempat rasa
membuatkan aku tersedar seketika

ambil sebiji panadol, telan bersama air masak..gulp..gulp..ahh..
moga cepat baik ya mira
terdetik sesuatu di hati, dah lama rasanya xtelan panadol atau apa2 ubat
mula tersedar sesuatu..

Semalam dari petang sampai ke malam, berlarutan ke hari ini sampai sekarang
kepala aku rasa sangat2 pening, sakit pon ada gak
alhamdulilah hari ni terasa kurang 'kick' kepeningan ni
punca: xdapat dikenal pasti
ada yang berkata diri ini terlalu banyak tidur
tapi ak sangkal habis-habisan..aku rasa aku kurang tidur sejak dua menjak nie
apa2 pon harap kepala yg agak2 'gelong' ni makin normal


inilah nikmat yang aku rasa..
nikmat SAKIT..
"eh sakit pon satu nikmat kah?"
bagi aku ia salah satu nikmat..secara tak langsung
sakit ni la wat ak terfikir bhw selama ni ak dikurniakan nikmat sihat daripadaNya
dan aku bersyukur atas kurniaan ni.
w/pon skrg ak juz penin2..tu pon dh terasa sgt2 teruk
mgkin aku tak sekuat yg disangka...
dan aku yakin ramai di luar sana yg punya penyakit lebih serius
ak mendoakan kamu semua tabah, hikmahnya pasti ada di belakang hari..insyaAllah

* Allah tidak akan memberikan sesuatu dugaan/ujian sekiranya hambaNya tidak mampu menghadapinya


kredit to: Mrdzy

Monday, February 1, 2010

Entri sekadar menyegarkan mata

Mungkin ramai antara kita yang tidak berkesempatan menjengah bumi hijau ciptaan Allah.
Masing-masing sibuk dengan urusan dan tidak punya masa untuk semua ini.
Mungkin juga bumi hijau ini tidak terdapat di tempat kamu-kamu dek kerana kerakusan manusia itu sendiri. So...
Mari kita rehat sebentar (^_^)










LinkWithin

Related Posts with Thumbnails