Saturday, September 29, 2012

Realiti kehidupan

Hai pembaca kalau kamu masih ada.eh macam pernah dengar ayat ni.oh entry lepasan.haha gasak lah

Dulu masa kecik-kecik tergedik-gedik nak jadi orang dewasa. Sekarang dah dewasa baru terasa nak pergi zaman kecik comel lote. Mana taknya, rupanya susah nak jadi dewasa. Aku baru remaja. Tapi rasa susah dah bekerja.haha.Hapa punya olang.Tak cekal meyh :D

Lepas habis study bermula la episod cari duit poket. Bermula kerja jadi orang jaga duit kat satu kedai.Kerja 8 jam, seminggu 6 hari. Balik rumah penat letih tak larat semua ada. Demi duit poket dengan pengalaman ku teruskan jua. Masa ni baru lah terfikir penat lelah mak abah cari rezeki buat anak. Kita ni baru je cari duit poket untuk diri sendiri. Tu pun dah lelah.

Apa-apa pun lepas ni setiap kali belanja ingat lah duit mak abah kita, belanja keluarga sama. Memang tak dapat bayar balik apa yang mak abah sara kita tapi kalau kita ringankan beban sikit pun dah lega hati :)

2 comments:

Crew Fathi said...

Wa suka belanja adik wa.. ^_^

penaberkala said...

gaji kecik ke, gaji besar ke, yang penting bahagian untuk mak ayah mesti kena ada

semoga terus cekal dan tabah dalam mengharungi hari-hari yg mendatang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails