Saturday, December 31, 2011

Nasihat bukan provokasi

Salam sayang.

Ada beza nasihat dengan provokasi. Bagi celik sastera, sila betulkan andai salah. Bagi yang pejam celik sila fokus.


Jangan hisap rokok!......................nasihat


Bau rokok ni. Anda hisap rokok kah?.........................provokasi


Tak baik mencuri sesuatu yang bukan milik kita. Haram......................nasihat


Mana anda dapat duit ni? Anda mencuri ya!.............................provokasi


Nasihat : sesuatu sebagai peringatan atau tunjuk ajar ke arah kebaikan
Provokasi : perbuatan/perkataan yang membangkitkan kemarahan/minat dll

Jadi takmo confius-confius dah. takmo takmo takmo.
Adik, kalau ada orang nasihat maknanya anda disayangi =)

Thursday, December 29, 2011

Apa beza teh ais dengan teh 0 ais??

Apa beza teh ais dengan teh 0 ais??
Apa beza kopi ais dengan kopi 0 ais?
confius....


Dari duluuuuu sampai sekarang bila pergi keluar makan mesti akan order minuman teh ais atau teh 0 ais atau teh panas atau teh 0 panas. Bermula dengan bapa yang order sehingga lah kepada si anak-anak pun meniru bapaknya. Semua keluarga teh. bahagia. Ntah apa lah specialnya air teh. 

So aku ni dari dulu pun memang dah terbelajar untuk minum teh. Teh ni pulak bukannya ada sejenis tapi macam-macam jenis. Dulu aku selalu confius antara teh ais dengan teh 0 ais. Hajat nak minum teh yang ada susu so order la " mamak, teh 0 ais satuuuuu", mamak pun reply "wokkkeyy" .. bila air dah sampai aku mesti merungut, "aishh tak reti la mamak ni, orang nak teh yang ada susu dia bagi yang ni pulak" ...

Proses rungut-merungut ni  berlarutan sampai ke entah berapa puluh kedai mamak. Naik tension aku dibuatnya. Dan suatu hari penuh keajaiban di mana abah ku...jeng jeng jeng....

Abah " teh ais tu yang ada susu, teh 0 ais tu takdak susu"

Aku " aik, awat pulak? sepatutnya teh ais tu la takdak susu, teh 0 ais pulak ada susu sebab teh tu dia tambah 0 kat belakang so maknanya dia tambah susu la"

Abah "dakkk, teh 0 ais tu takdak susu sebab dia '0' maksudnya kosong..takdak susu la"

Aku "ooooo macam tuuu (dalam hati betul jugak apa bapak aku kata)"

Kan senang kalau abah bagitau awal-awal...penat jah merungut dan bebai sana sini.haishhh
So, kepada adik-adik yang jugak mengalami masalah yang sama, satu jeeee nasihat ahkak ni ha..KALAU ADA APA-APA YANG TAK FAHAM, JANGAN MALU BERTANYA. SO TAK LA SESAT MACAM NI HAAA KUIKUIKUI =)

cuba teka mana satu teh aissss??




Tuesday, December 27, 2011

Untungnya bila ada adik perempuan kandung umur 14 tahun

"andai kata punya rezeki lebih, hulurkan bantuan ringankan beban" kata kakak kepada adiknya melalui sms

"aku tak topup lagi la" kata adik kepada kakaknya juga melalui sms

Zaman sekarang, budak 7 tahun pun dah lali dengan blackberry, ni kan pulak budak 14 tahun...budak ni bukan ada blakberry pun tapi dia ada sony eriksen yang model baru tu, ntah la. kakak dia low profile, cuma guna express muzik ja. takda perasaan pun nak guna blackberry (sebab tak mampu maka ayat ini keluar)

Budak umur 14 tahun ni satu-satunya adik kandung perempuan aku, sorang lagi lelaki.

Selalunya kakak yang akan berikan segala benda kat adik perempuan kan? kes aku terbalik pulak, banyak benda adik 14 tahun ni disalurkan kat aku secara haram.

baju kurung dia aku pakai
kasut dia aku sebat
bedak compact dia aku cilok
tudung dia aku guna
singlet dia pun aku bedal
masa dia tengah makan nasi pun aku mencelah minta suap
masa dia baring/tidur aku buat dia jadi bantai peluk.serius.
masa sesak kredit, aku mula sms rinduan kat dia

See...macam-macam benda kan dia "share" dengan kakak dia nih.=P

Tahun depan budak ni periksa PMR. moga sukses ye budak =)

Yang teristimewa~ Nur Farizah ~
i lebiu nonat.haha
larikkk...

cilok dari pesbuk dia..sori dalam laptop kakak xda gambaq hang
satgi nak copy buat album..haha

Sebenarnya kita boleh kalau kita cuba. yedakkk??

Bila cakap aku belajar kos Sains, reaksi orang "wahh budak pandai"

Pada pandangan aku, kita akan nampak pandai pada pandangan orang bila sesuatu itu bukan dalam bidang dia...Yer lah kalau aku jumpa mekanik pun aku akan cakap "wah pandainya abang baiki kereta" so sama lah jugak dengan situasi atas tadi tu. Cuba try tanya seorang doktor, tahukah dia baiki kereta?? kalau dia tahu, maknanya dia bukan saja ulat buku tapi ulat besi sama.erk.

Bagi profesion sebagai pendidik, pun sama jugak. Kalau cikgu mesti semua pelajar bajet dia tahu segalanya. Itu sudah tentu. Jadi sebagai pendidik kita kena bersedia dengan segala cabaran. Yer lah kalau dapat posting tak semestinya kau ada dapat subjek Biologi yang kau belajar masa kat unibersiti, kau boleh je dapat subjek Kemahiran Hidup, Geografi,Bahasa Inggeris, Matematik, atau apa-apa sahaja. Jadi bersedia. Jangan beri alasan itu bukan bidang saya, cikgu tak pandai ni...cuba berusaha untuk memahamkan diri sendiri dan kemudian fahamkan pelajar.

Aku perlu buat macam tu, ya ini sekadar matlamat diri. Dulu masa praktikal, aku sepatutnya mengajar Biologi dan Kimia (subjek minor) tapi aku tolak. Aku kata aku tak mampu kat penolong kanan. so beliau bagi subjek Biologi dan pendidikan Jasmani. Tapi aku tengok kawan aku si ruby ni boleh ja mengajar Kimia walaupun pada mulanya dia keberatan. terinspirasi :). Sebenarnya kita boleh kalau kita cuba. yedakkk?? 

 

Saturday, December 24, 2011

Ukuran kematangan

Masuk tahun depan penulis mencecah umur 23 tahun, yaaa 23 tahun ya bukan 32 tahun..hehe. Aku dah habis study tahun depan..sebenarnya cuma lagi 2 minggu sahaja nak pegang title pelajar ijazah sarjana muda Sains (pendidikan). Lepas ni tak tau nak pegang title apa pulak. yang terbayang di minda penganggur terhormat atau pekerja biasa atau pelajar master atau surirumah sepenuh masa atau isteri orang..erkk..mustahil.
 

Makin lama makin meningkat umur kita cuma kadang-kadang kita tak perasan pun. Bila new year saja baru lah teringat "eh aku dah 23 tahun la, cepatnya masa berlalu" ...itu kata-kata budak umur 22 tahun la yek, kalau sekarang umur 25 tahun so kena cakap "aku dah 26 tahun, sila tangisi keadaan" hehe...tak lah sampai nak menangis ye dak. peningkatan umur sesuatu yang harus, andai kata umur tak meningkat maknnya faham-faham jela.

Aku sedar, ada perubahan pada diri bila umur dah meningkat. kalau tengok gambar dulu dengan sekarang memang tak nampak perbezaan sangat. aku masih biasa macam dulu. kawan-kawan yang lain...perghhh tak payah cakap ah, macam model pun aderrr..haha. perubahan diri yang aku maksudkan ni macam kehendak diri..

Dah umur 22 tahun ni baru lah terasa macam wanita. Sebab aku teringin nak pakai hand bag. yaaa sila jangan ketawa. Dulu masa remaja belia seriusly mati-mati takmau pakai hand bag. siap kata lagi "aku takkan pakai hand bag" ...sekarang ni bila masuk shopping mall, mata on the spot nampak hand bag jer..haha
fokus kepada keterujaan di situ

Lepas tu aku teringin nak pakai perhiasan. umur dah 22 tahun baru rasa teringin. sebelum ni pakai pun cuma waktu hari special macam hari raya..haha..sangat lah nak menunjuk di kala raya..itupun kalau ingat la, tapi biasanya tak ingat pun nak pakai bndalah tuh.hehe
on da spot teringat poh kong.haha

Lagi satu benda yang tetiba teringin ialah make up dan cantikkan muka.haha..aduh susah woo jadi perempuan. kalau lelaki tak payah fikir cantik2 ni. aku ni jenis tak make up pun...pergi kelas serabai je. tempek bedak 2 3 kali, pakai tudung instant pastu chow ke kelas...takdanya nak lilit-lilit bagai sampai terjerut leher,wakaka. 
Last but not least (ayat ni biasa orang guna bila sesuatu itu bakal berakhir) aku perasan ada perubahan pada pemikiran. this is the most important thing when you grow up tuan-tuan dan puan-puan. takkan umur dah 23 tapi perangai macam budak 16 tahun?? yaaa itu aku bila kat rumah. serius tak matang.kalah adik aku umur 14 tahun =.= tapi di luar rumah maintain cool.hehe..

p/s : jum kongsi ukuran kematangan anda!

Thursday, December 15, 2011

Tak kenal maka tak cinta, tapi ada ja kes tak kenal tapi dah jatuh cinta..haaa

Sebenarnya aku cuma nak letak tajuk tak kenal maka tak cinta, pastu terfikir lak ada je kes sang teruna atau si dara tak kenal pun mamat or minah tu tapi hati ni mak aii dup dap dup dap..haha.

Macam mana wujudnya perasaan cinta?
Adakah dari mata turun ke hati?
atau dari mata turun ke nafsu?

Jawapan yang biasa cuping telinga ni dengar mesti dari mata turun ke hati. Macam mana? oke, mula-mula kita usyar (perhati) mamat nih dari jauh. Kemudian timbul rasa suka tengok, bila dah suka mesti nak lagi kan? Pastu tercari-cari di manakah jejaka itu. Dalam hati mula berdoa moga-moga ada jodoh dan dapat ketemu lagi walaupun hanya selisih. Lebih kurang macam kes admire aku hang la di zaman seolah dulu-dulu.

Lepas tu proceed ke peringkat seterusnya, peringkat ni lebih daring sebab kena berani. Berani untuk sengih-sengih pada mamat tuh. Bila dia balas sengihan anda pasti dalam hati meronta-ronta rasa gumbira. Maknanya ada peluang, dia nampak aku XD.

Proses berhenti di situ, setakat ni memang nampak sangat tengah syok sendiri. Untuk move ke peringkat aras tinggi dah tak mampu, sebab tak berani nak bercakap dengan mamat tu. Yelah takkan tak kenal tetiba nak tegur? nak nak kalau perempuan yang tegur lagi lah dalam mimpi.never.. melainkan anda seorang gadis yang punya self-esteem diri yang tinggi. Selamber je boleh tegur direct "awak-awak, saya teringin nak berkenalan dengan awak" ...ada bran ke kak??
Tabik kat gadis yang gila bran macam tuh. tak mustahil.

Itulah dalam cinta orang kata bermula dari mata. Mata melihat dan terpesona. Ada hikmah agama kita menjaga pandangan mata. Untuk elak semua benda ni daripada berlaku. Perempuan adalah kelemahan bagi lelaki. Perempuan sekarang mencabar. Perempuan yang merenung lelaki, lelaki pulak yang tunduk. =.=

"Pandangan mata seorang wanita lebih tajam dan merbahaya daripada tembusan panah yang berbisa. Oleh itu awasilah selalu agar jangan terkena panahan matanya"

Sunday, December 11, 2011

Tarik nafas lega sekejap

Serius aku rindu sangat nak menaip dalam blog ni.Sekarang dah boleh tarik nafas..sebelum ni bukannya tak bernafas atau tahan hafas sebab hidu kentut orang..tidak tidak..cuma sebelum ni sibuk dengan FYP. Biasalah budak suka buat kerja last minit so tak berapa boleh bernafas lah umpamanya bila sampai due date FYP. Alhamdulilah sekarang ni semuanya dah selesai dan mungkin tinggal edit untuk dijilid keras tesisku. Moga semua baik-baik saja.

Tarik nafas sekejap....fiuhhhhhh (konon-konon bunyi tarik n hembus nafas)

Tesis dah boleh tolak tepi daripada kepala otak ini. Sekarang perlu fokus pulak pada segala assignment yang tak pernah submit sejak-sejak buat tesis ni. Yaaa banyak sangat sangat assignment yang tertangguh dan dah melepasi due date submission. Dalam hati cuma berdoa moga hati pensyarah lembut dan faham dan jugak dapat terima assignment setelah siap dihantar. moga-moga.

Tinggal lagi 2 minggu kuliah. Maknanya cuma 14 hari sahaja lagi nak tunggang langgang ke kelas balik kelas. Lepas tu dah study week dan kemudian exam week. Sabar menunggu detik-detik terakhir di sini, bumi Tanjung Malim.



p/s: Kepala asyik pening setiap malam. Banyak fikir masalah barangkali. Atau penyakit?? google-google jugak tengok simptom penyakit..ahh patutnya fikir yang baik-baik saja. Sekadar pening lalat. Moga kesihatan  terpelihara olehNya.

Thursday, November 24, 2011

"Awak" like tak lagi?

Angin sejuk menyerpa pipiku yang gebbu ini....ahhh sejuknya...hujan lebat ni sedap kalau tidur dan mimpikan si pria pujangga.Takpa sabar dulu.Graduate pun belum lagi. Tesis pun belum siap menulis lagi, tapi entry blog cepat pulak si mira rileks ni..hek2......lagha sebentar, lumrah remaja macam aku..yess masih REMAJA!

Lepas siap buat assignment (tahniah buat diri yang pemalas), aku pun online facebook. macam biasa lumrah remaja macam aku ni. Tiba-tiba ada seorang menegur, lelaki...

Aiman : Salam
Aku: wslm
Aiman : blh tlg x?
aku: ni siapa (padahal dah kenai)
Aiman : saya aiman
Aku: tlg apa...ish2 xtdo lagi?
Aiman : http://www.facebook.com/pages/Ehsaya-tiba-tiba-rindu-kat-awak/161142587283142 awak dah like msj sya blk tau,,
Aku: kmu xknl sy ka?
Aiman : x perasan..awak like x lgi?
aku: kmu ber'awak' dgn sy? hmmm
Aiman : sbb muka awak belah sna sya nak kenal mcm mna,,heheheh (dp pic aku tak nampak muka)
aku:oh mcm tu.saya boleh kenal kmu, tp kmu tak kenal sy ya
Aiman : hahaha awak like x lgi page sya bgi 2?
aku: x...selagi kamu tak kenal saya siapa
aiman: mcm mna nak kenal, sat2 sya tgk pro5 pic awk (gambar2 fb pun aku dah private semuanya)
aku:kmu yg add saya kmu tak kenal ya, nak kena kmu ni, lau saya jumpa mmg la kna ketuk
ketampi 35 kali
aiman:owh, kenai2, cikgu ekk, sorry2,.. cikgu2 like lagi???




hadeh, boleh pulak student suh like sana sini...tak kuasa lah i XD




hahaha...nak tergelak aku. sebenarnya si aiman ni budak kelas yang aku relief...kelas paling hujungggg dalam tingkatan 3...kelas 313..masih aku ingat mukanya tapi dia tak ingat aku.ceit ceit ceit.


*takkan aku nak kena tukar profile name fb "cikgu nur amirah" pulak..takleh2, lau ada gelaran cikgu kena berhemah semasa facebooking.wakluuuu...

Tuesday, November 22, 2011

Boipren no 2 bikin gua lemah emosi

Umur aku dah 22 tahun jadi haruslah mempunyai 2 boipren. Melambangkan angka 2 foreberrrr bebeh. Alkisahnya boipren no 2 i ni tetiba buat i sangat susah hati. Rasa macam nak nangis pun ada weh. Tapi i ni jenis kuat ego so for sure lah i tidak akan menitiskan ayer mata i ni depan dia.. no no no titik.

i dah cuba pujuk dia berkali-kali, tapi dia masih 'keras' macam tu jugak...

i taktau nak buat apa dah, i buntu sangat-sangat. so i pun sms sesiapa yang i rasa nak sms..haha
i sms abah i yang hensem tu.." abah laptop mira takleh on :'(("
dan macam biasa jugak my abah takkan pernah reply mesej.haha..rileks g

pastu sms beberapa orang " laptop tak boleh on,,adeh. nak buat macam mana ek?"

jawapan yang i dapat ialah

abang no 1: kesian,...suh abah beli baru...abah banyak duit
abang no 2: tnya abg (merujuk abg no 1).. in taktau
abang no 3: trial la off on balik
R.A.S : power supply dah on ke? :)
S.S : bateri abis kot
0194....: tetibe je...awk bukan kenai sya ke x
N.Q: rosak la tuu, cm mane jd g2? g antar kedai jela

haha. semua tuh adalah jawapan-jawapan untuk segala kebuntuan i, so i pilih yang terakhir sekali iaitu pergi hantar ke kedai.setel....tu pun setel tau punca masalahnya la..takda penyelesaian yang murah lagi..fening fening fening.

* kondisi laptop sekarang ok la lagi. dah boleh on tiba-tiba. terima kasih kepada kamu yang prihatin =)

Tuesday, November 1, 2011

Hidup lelaki mudahhhhhhhhh jerrrrrrrrrrrr

Apa khabar hari ni?


Perempuan: Alhamdulilah sehat cuma kepala pening la fikirkan tugasan yang tumbuh bagaikan cendawan

Lelaki: Alhamdulilah sehat.



Tengah hari tadi makan apa?


Perempuan: Makan nasik lauk ayam masak kicap dengan sambal terung beli kat kafe kolej je dalam RM3.90 sen. Tapi tadi masa nak bayar org kedai tu takda baki nak pulangkan so kite halalkan jela.

Lelaki: nasi bujang je.



Macam mana test tadi?


Perempuan: Susah la. Soalan ke 3b tu susah sikit. dapat jawapan tapi tak yakin la. Rasanya macam dah salah. aduhhh tensyen la macam ni.Kalau sempat check tadi mesti dapat full mark. =( =( =(

Lelaki: Ok la boleh buat.


tengokkkkkkkk kannnn cekkk dah kata hangpa takmau percaya. Lelaki ni mudahhhhhhh jerrrrrrr waka waka ey eyy XD

Saturday, October 29, 2011

Aku nak laki ala-ala ostad

amacam impian rumah tangga aku? rancak tak?...
hidup mau demand, bercitak-citak tinggi,haha
tapi kan ada ka ostad yang mau kat aku?? hmmm konfiussss...

perhatian pada mana-mana ostad atau bakal ostad yang belum menikah buat kali kedua, ketiga dan keempat sila tampil depan mata aku kecuali ostad sauki dalam drama tahajud chenta tuh. pergh seriyau (gerun) aku weh. Terseksa kebatinan aku.wakaka.


p/s: aku tak ikot pun drama nih tapi sekali sekala tengok lakonan eman manan menjadi kot.

Friday, September 23, 2011

Status terbaru aku.single?engage? atau married?

Sekarang umur aku dah 22 tahun. apaaaaaaa? macam tak percaya sebab aku nampak sangat muda! haha.

Pkcik Elias tanya "ni tingkatan berapa ni? wakaka..oke udah2 la tu.

Status terbaru aku, takdanya nak cerita pasal solo ka, terpisah jauh ka, gantung tak bertali ka atau sedang berada dalam genggaman sang teruna. sekarang nih dah masuk minggu kedua berada di menara gading pada semester akhir yakni semester LAPAN.

Dah 2 minggu kuliah berjalan lancar sangat-sangat. maksudnya tiada kuliah yang dibatal cuma terponteng hari pertama kuliah secara tak sengaja. its alright. maintain rileks. Kuliah 2 jam biasanya, dan selalunya bila dah sejam, aku mesti tengok jam dan dah tak boleh fokus. mula sembang dengan kawan. dalam hati "hai bila lah nak tamat"...penantian suatu pemyiksaan tul.

Minggu pertama dah dapat assignment. macam biasa. pensyarah dah briefing segala assignment dan due datenya. Otak mula serabut tapi tiada tindakan. pun macam biasa lah tu.hehe.

Nanti nak masuk minggu ketiga kelas mula padat. isnin-jumaat, pagi dan petang. Makmal pun macam biasa 3 jam. 3 subjek ada 3 jam makmal setiap satunya. Lab report individu pulak dan selepas ni setiap minggu haruslah submit 3 ketul report.(syurga) Bahang tekanan makin terasa. bukan senang nak senang kan. Haa cepat cari susah kalau nak senang.hehe.



Sekian status aku.

Tuesday, September 13, 2011

Anak ayam pulang ke desa ilmu

Takmau takmau takmau!

Anak ayam bebal tak mahu pulang ke desa ilmunya di mana lagi kalau bukan bumi Tanjung Malim. Baru lepas berpraktikal di bumi Sungai Petani, anak ayam rasa seronok mendidik anak-anak ayam yang lain. Bukan tak ikhlas menuntut ilmu cuma rasa takut pada bebanan semester 8, semester akhir.

11 September (ahad) bertolak ke Tanjung Malim, sepanjang perjalanan merengek-rengek kat abah "arrr takmau balikkkkkkkkkkkkk"........"abah, hantaq mira pi tanjung malim letak semua barang-barang lepas tu kita balik penang...ok?".....macam biasa tagline abah "merepek"!!!!. itu kisah sepanjang perjalanan

Dah sampai Tanjung Malim, punggah semua barang-barang masuk rumah sewa. Abah rehat sat dalam 20 minit lepas tu bertolak balik Penang.

" Abah, hari khamis ni mira balik tau...tau abah tau "

" Merepek! Khamis tahun depan balik la "

" Apa pulakkk...abah tak sayang mira! "


" Sabaq la 4 bulan saja lagi nak habis "

" 4 bulan macam 4 tahun la abah "

" bye bye "

" abah kejam "



Saturday, September 10, 2011

Tamatlah gelaran cikgu praktikal SMK Taman Ria Jaya

Sepatutnya entry ini ditaip pada 25 ogos lalu. Dek kerna kesibukan mengemas barang-barang tambah dengan kemalasan diri maka terpaksalah entri ini ditangguhkan.

Lepas ni dah tak dengar pelajar panggil cikgu Mira. Dah xda pelajar yang jumpa tanya itu ini. Dah tak boleh jadi diktator denda sana sini. hehe. Dah tak jadi cikgu Biologi kelas 4sains 1 dan 4sains 2.


Lepas ni dah tiada relief yang menggunung. (serius sekolah aku banyak gila nak kena ganti kelas), setiap hari pasti ada ja kelas yang nak kena masuk ganti. Kalau bertuah dalam satu hari boleh dapat 4-5 masa ganti sahaja. Sampaikan ada hari aku merungut "boleh tak kalau ada satu hari yang tak payah ganti kelas" haiya. Tapi itu normal sebenarnya bagi sekolah ini. Dan normal bagi cikgu praktikal.

Lepas ni dah tak perlu cat mengecat dinding. Yaaa aku tetiba jadi pandai kaler-kaler dinding.hehe. cikgu praktikal kena lah buat mural ye dak? tapi kawan2 yang lain tak payah pun. Aku merungut. Jujur memang penat, kena stay kat sekolah sampai petang. Mengecat dengan berbaju kurung. Tapi indah, sebab kami dah tinggalkan kesan pada mural kami. "harimau mati meninggalkan belang, cingu praktikal pergi meninggalkan mural" okay r tu kan...

Lepas ni tiada lagi tesco sungai petani, village mall, pasar malam taman ria, central square. Kami 4 dara selalu  ke sana sini cari barang dan jalan2 hujung minggu. Almaklumlah kami 4 dara rajin memasak dan tolong2 memasak.hehe. Sama-sama kerjasama sediakan juadah. hang goreng sayur, hang buat hidangan utama, hang buat ayaq (air), hang hidang...sama-sama. manis kan?

Lepas ni dah takleh buli roomate. kan ruby kan? aku dan ain selalu usik ruby ni. haha. berkomplot kenakan ruby, roomate aku. Syadida tak join berkomplot sebab dia ni baik orangnya.hihi. Ruby. sori kami sengaja mengusik.wakaka.
aku, ruby, syadida dan ain

Selama berpraktikal ni, aku rasa seronok. Terima kasih semua yang terlibat dalam kenangan ini.
Dengan ini maka luruhlah gelaran aku cikgu praktikal SMK Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah. sekian.

Thursday, September 1, 2011

Cikgu bukan pilihan aku

Salam hari raya ke-3

Sejak dulu kala lagi aku memang takmau takmau takmau jadi cikgu.Tak pernah terlintas untuk jadi cikgu dan jiwa aku bukan jiwa cikgu. Serius cakap bro. Dulu-dulu bila cikgu kat sekolah tanya cita-cita nak jadi apa. Aku cakap kerani sebab abah aku kerja kerani. Lepas tu agak-agak dah pandai sikit cikgu tanya cita-cita nak jadi apa. Aku cakap dengan gahnya nak jadi doktor. Sebab masa tu femes dengan pekerjaan doktor. Dalam kepala fikir bedah-bedah orang. alah potong-potong jela mana yang patut. Lepas tu dah besar sikit cikgu dah tak tanya cita-cita aku dan waktu tu aku stay dengan cita-cita doktor. Sampai masuk matrikulasi pulau pinang. Aku merupakan seorang budak yang tak punya cita-cita. Tak tahu nak jadi apa sebab aku fikir aku tiada kelebihan. Lupakan nak jadi doktor sebab doktor kena straight A's dan pastinya tak tercapai dek diriku.

Alkisah aku cuma tinggal berdua dalam bilik di kolej matrikulasi pulau pinang. sepatutnya 4 orang 1 bilik. jadi setiap seorang dari kami ada 2 perabut setiap satu. katil 2, almari 2, meja pun 2. haha. Rumet aku namanya syuhada. orang kelantan. kawan kelantan pertama yang aku kenal. sekarang dah lost kontek. Minah ni punya pasal la aku pi amik education. Bidang pendidikan. Aku ikut ja budak ni sebenarnya. Dia ajak aku apply maktab aku pun apply dan kami tak dapat. Nak tau kos apa aku apply? Pendidikan khas dan Bahasa Arab lau tak silap (hah bahasa arab?)Kiranya lau dapat aku ni bakal ustazah la ye.heehe.

Then kami isi borang UPU. column pertama dan kedua untuk education dan aku pilih um dan upsi. kos biologi. Kemudian kami dipanggil untuk buat Medsi test. ujian ni nak test sama ada kita ni ada ciri-ciri cikgu atau tak. Dan percaya atau tidak aku lulus dan minah syuhada ni tak lulus. Pas lulus test ni, ada temuduga pulak. Aku kena ditemuduga di USM...dekat sangat dengan umah aku. Masa nak daftar tertinggal slip result matrikulasi sem 1 so sempat je patah balik amik dalam masa 10 minit pi balik.

Masa odw nak pi temuduga abah tanya...

abah: betoi ka nak pi temuduga ni?
aku: pi jela abh, dah dapat

Mcam paksarela.. Masa ditemuduga semua berjalan lancar. dalam bahasa melayu. kena mengajar sikit2 so ajar jela tapi dalam bi pasal sel haiwan dan tumbuhan. temuduga semua ok dan aku yakin aku boleh dapat. Dalam hati kata mesti dapat punya. Alhamdulilah dapat. Cuma hati tak ikhlas sebab cikgu bukan pilihan aku.

Friday, August 19, 2011

Dating kali kedua

Lupakan ke"stress"an bersama kelas biadap. ha ha. Macam tak baik ja cikgu kata begitu kan. Tapi nak buat macam mana, cikgu pun manusia yang punya amarah ....alasan kukuh tak? kuikuiku

Dengan sekelip mata, saya petik jari, jum hilangkan ke"stress"an itu dengan kegembiraan.
Bagaimana? tepuk dada tanya selera...maknanya dengan makan lah tu XD

Hari Khamis malam jumaat, keluar lah bukan 1 bukan 2 bukan 3 tetapi 4 anak dara pingitan ke kedai makan berdekatan. Hajatnya mestilah mahu makan kalau dah ke kedai makan. Tetapi kali ini agak istimewa kerana kami 4 orang dara pingitan ditemani seorang teruna pinggiran. haha. ok hal itu tak lah menjadikan pertemuan kami kali kedua itu istimewa. Apa yang lebih istimewanya ialah kami masak dan bawa bekal ke kedai makan tu. Si teruna pingitan yang order makanan hanya order tomyam dan nasi putih. Lain2 lauk pauk dibawa oleh kami sendiri. Air pulak ditaja oleh si teruna.. air tebu yang sedap...yang diperah sendiri oleh beliau. Ok patut sedap..hehe.,.nasib baik kami tak dihalau sebab bawa lauk sendiri, sambal udang dan paprik ayam dan telur gebu dan agar-agar. Kan dah order tomyam sahaja. jimat-jimat. Lain kali boleh bawa bekal lagi dan pesan 1 jenis lauk sahaja.kehkeh

Apa lagi, jemput "makan" gambar-gambar di bawah :p

sebelum bertolak haruslah "keras sebentar" depan kamera

kami berempat. dari kiri ain, ruby, saya dan dida(ketua rumah)

si teruna malu-malu...eh gambar ni dah macam majlis berbuka puasa
satu family..si suami dan isteri-isteri beliau. erk.

ini la santapan berbuka beta dan kawan-kawan.sedap.titik.

*Seronok berbuka bersama teman serumah yang disayangi.(ruby, ain, dida sila baca)
*Berbuka dengan kesayangan memang lah seronok. Dah banyak kali saya ajak si dia berbuka bersama tapi si dia takmau.anganku musnah.

Thursday, August 18, 2011

Hari ni semua serba tak jadi

Hari ni hari khamis. esok jumaat. mula cuti bagi negeri kedah. Saya memang menantikan hari cuti. boleh ganti waktu tidur. boleh rehat secukupnya. boleh "reward" diri dengan keluar berjalan bersama rakan serumah. menghabiskan sisa-sisa praktikum sebagai cikgu sekolah menengah. kiranya minggu ni merupakan minggu terakhir berhujung minggu di sungai petani.

Dan hari ni juga saya akan diselia oleh guru pembimbing buat kali terakhir.yeahhh seronoknya bila fikir seliaan sebanyak empat kali bakal berakhir. Tapi hari ni rasanya serba tak jadi. Mood saya bertukar menjadi tak ok bila  relief kelas 306. dalam tingkatan 3, ada 13 kelas semuanya. tapi walaupun kelas 306 kelas di tengah2 tingkatan, muridnya sangat biadap biadap biadap. saya malas nak cakap apa. bising serupa tiada guru di hadapan. mereka memang sengaja nak mencabar guru sebenarnya. saya jamin. mereka sengaja pancing saya sebab nak tengok sejauh mana saya boleh bertindak. bijak kan? uhhh
saya jenis akan berdiam diri bila marah atau geram. saya bukan jenis menjerit-jerit marah (belum lagi).

Saya relief kelas biadap tu selama 70 minit, 2 masa. Saya kena edarkan kertas soalan geografi untuk mereka ulangkaji. Lepas masa nak habis, mereka perlu hantar jawapan. ok semua dah hantar. kemudian saya suruh mereka duduk sebentar (sebelum keluar rehat). dan saya bercakap selama 5 minit.

" kelas 306, kelas tengah-tengah dalam tingkatan, saya pernah relief kelas 311, 312 dan 313 tetapi depa sangat menghormati cikgu. Walaupun kelas paling hujung, dan mungkin tak sebijak kamu, tapi depa pandai hormat cikgu. Kelas kamu, walaupun pandai sikit la kot dari depa tapi kamu tak pandai hormat cikgu, jadi saya ucapkan tahniah la sebab kamu mempunyai budi pekerti dan sopan santun yang rendah. (ada 2 pelajar bertepuk sedikit). Kalau cikgu pon kamu tak hormat, macam mana la ibu bapa kamu dirumah. agaknya kamu tak hormat ibu bapa kot...(ada murid menyampuk "mak bapak kami hormat la") saya pon balas, kalau hormat alhamdulilah la kalau tak saya ucapkan takziah la. saya doakan kamu berjaya dalam peperiksaan "

Kemudian saya terus keluar dari kelas tu dengan harapan tak kena relief kelas biadap tu lagi. Lepas ni kalau saya jumpa mana-mana murid 306 saya janji saya akan kata " ha kamu budak kelas paling biadap "....ya saya akan tegur macam tuh!!!

Tweety Anger Glasses Cute

Gara-gara mood tak berapa baik, kelas saya bersama 4sains 1 pon tak berapa ok. Apa yang tak kena saya marah. Tapi memang banyak pon yang tak kenanya.haishhh. mood saya yang tak berapa ok pon mempengaruhi semua ni.huh!

*boleh ka jadi cikgi kalau macam nih?? (=.=)

Tuesday, July 26, 2011

Monday, July 25, 2011

Simpton si anak dara gatai nak kawen

salam rindu rinduan

Saya bukan jenis berblogwalking. Dulu-dulu masa takda blog bukan main gatai lagi berblogwalking dan sekarang sudah tak tegar jalan sana sini. Tapi bloglist saya yang terupdate saya akan pergi menjengah walaupun tak tinggalkan komen. Saya perasan lately ramai blogger update entri berbaur nasi minyak..kan kan penaberkala..haha..

ok lah jum layan pasal kawin kawin kawin ni...weeeee~

pabila rumah dihuni para gadis-gadisan maka hot topik atau hot keyword adalah kahwin.. yaaaa sila percaya wahai teruna di luar sana XD. kalau tak percaya jum layan situasi di rumah anak dara :)

Di sebuah dapur milik anak gadis berempat

gadis A: weh cuba rasa sambal ni...ok tak?
gadis B: emm sedap
gadis A: yey aku dah boleh kawen!!

baru balik dari pi makan kenduri rumah jiran sebelah

gadis A: weh hang nampak dak anak lelaki makcik sebelah?
gadis B: yang pakai baju hitam tu kan? yang putih2 tu kan?
gadis A: aah...hensemmmmmnya
gadis B: aah la, hensem..haha
(pantang nampak jejaka kacak )

Di depan laptop masing-masing

gadis C: gadis A, mai tengok ni>>>>(gambar pengantin di facebook)
gadis A: wey jelesnyaaaa, comel la. nanti aku nak kawen nak baju kaler purple jugak lah
gadis C: aah la, comel kan...bestnyaaa

masih di depan laptop

gadis C: comelnya perut dia ni
gadis A: erkk,,yela dok pregnant kan
gadis C: comel sangat...teringin la
gadis A: erkkk,,, biar betik budak ni kawin pon belum lagi

ok masih lagi di depan laptop

gadis R: miraaaaa seronoknya tengok gambaq orang pi honeymoon...nak kawennnnnn
mira: tersenyum saja, macam tau-tau ja saya tengah taip entri ni.hahaha

Kalau cakap pasal kawin semua suka...nak nak kalau umur sebaya kami kami ni. meluap-lupa rasa nak kawin. pasti ada yang akan cakap "amboi gatai nak kawin"...statement biasa lah tu kan. Tapi benda baik, biar ada niat cuma  harinya tak ketahuan lagi. Lagi satu, rasa rasa saja nak kawin tapi kalau bagi kawin sekarang pun sumpah kami takmau lagi.haha.



Wednesday, July 20, 2011

Ni la blog saya, No One Knowzz dot belogsepot dot kom

Alkisahhhhh...tersebut lah satu kisahhhhhh, di mana si dara terpengaruh dek bahana internet tanpa kawalan. Si dara cuba ketuk-ketuk pintu belogsepot dot kom. Tetiba cuihhhh terkeluar si No One Knowzz dot belogsepot dot kom dengan tangisan seperti bayi baru lahir. uwekkkkk uwekkkkk. Oh sungguh syomel.  Para dokter sepakat mengesahkan kelahiran beliau pada 22 november 2009 dengan jantina yang tak dapat dipastikan..

Maka sejak dari itu, membesar lah beliau dengan disumbat segala macam bentuk entri. Entri yang beliau paling suka teramat sangat dan menjadi kesayangan beliau adalah semua entri-entri yang wujud di dalamnya.hehe. Tapi tak boleh tamak haloba, beliau harus memilih entri yang paling disukai. Maka dengan rakusnya beliau memilih entri "ke'sempoi'an abah versus ketidak'sempoi'an mak" dan satu lagi maybe entri ni "kata-kata pujangga seorang lelaki"....sepatutnya kasik 1 je entri tapi saya sengaja bagi 2, rambang mata punya pasal.hehe. Pastu nak kasi entri yang banyak orang-orangan komen...emmmm agak payah....bukan sebab ramai sangat komen tapi sebab susah nak dapat komen orang-orangan..haha..ayat separa sedih jap. Ni la yang rasa macam banyak orang komen tapi tak berapa pasti sangat tapi tak pa lah asal ada orang komen jugak...ahakzz...ni ha entrinyerr "simpton budak habis exam" emm..bole la kan kan kan?

Ok lah setakat tu ja yang dimintak. Naseb tak suruh kasi semua entri sepanjang berblogging..hek2..sebenarnya saya buat entri khas ni kerana dia...ya dia yang dikenali sebagai alongxp. Dia buat segmen review blog. Saya nak dia review blog saya sebab saya nak meluaskan jajahan No One Knowzz ke mana-mana sahaja.wakaka. errr...macam tak munasabah ja alasan ni. ok pejam mata jap.


fewwwwwwittttt 
.

Tuesday, July 19, 2011

Hari rabu tanpa perkataan


Macam pelik post sesuatu tanpa menaip...ececece...ni la pertama kali saya jo-in wordless wednesday selama berblogging.hehe.walaupun tak payah letak caption gambar, saya dengan ketegaqnya nak kasitahu jugak2 bahawa saya sedang lapiaqqq(lapar)...meggi jum...wachaaaaaaa!

Monday, July 18, 2011

Sihat, bergaya macho dan kekal comel macam nora elena.

Tepat pukul 9.30 malam bersamaan 17 Julai 2011, saya dengan tak semena-mena dapat mesej ni

Slm. Amboi tak dengar sora pun? Sibuk sgt ka.

Agak-agak daripada sapa?? haaaa salah...bukan boipren, bukan gelipren tetapi abah kandung saya yang paling kachak di alam semesta. cuba bayangkan.....hehe.abah saya ni sememangnya tersangat amat susah payah mahu mesej atau telefon anaknya di sini. setiap kali saya koling2 rumah abah pasti lesap pergi bermain. bermain badminton.abah memang cekal main badminton. dalam seminggu ada la 4/5 kali ada game. kalau tak percaya cuba letak anak2 dengan raket badminton depan abah. konfem2 abah capai raket dulu.kerat jari kaki la kalau abah tak capai raket tu...hahaha..mengalahkan lee chong wey ajer =p

Saya segera landing atas tilam(sebenarnya toto 2 lapis) dan dail nombor telefon rumah di pulau pinang. Kalau nak bergayut harus ambil mood yakni berbaring di atas tilam.hehe.

tutttt tuttttt.....
helo assalamualaikum, terdengar suara mak yang halus berbicara...

anak emak abah: wslm, mak sehat?
mak: alhamdulilah sehat
anak emak abah: mak dok buat apa?
mak: dan nak tidoq..awat nak cakap dengan abah ka?
anak emak abah: emm boleh gak (padahal memang nak cakap dengan abah)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

anak emak abah: abah sehat?
abah: amboi lama tak dengaq sora, sibok sangat ka ... duit cukup kot tu yang senyap
anak emak abah: mana ada, duit dah nak abis kot. wuwu... pt (ptptn) dah nak licin.
abah: amboi, tak dengaq pon bila pt masuk tak pasai-pasai dah nak abih?
anak emak abah: hehe, hari tu dah masuk tapi sikit ja...kurang RM500..bla bla bla...

Macam-macam gak la bergayut dengan abah tersayang. topik utamanya saya kena sentap dengan bapak sendiri. dah lama tak koling abah. abah rindu mira la tu.hihi. topik kedua tak lain tak bukan tentu2 lah hal kawen saya kewangan negara.huahuahua.

Mira doakan abah mak sentiasa sihat, bergaya macho dan kekal comel macam nora elena.eh! :p

mereka sentiasa dalam hati saya :)


Friday, July 15, 2011

Merajuk, memujuk, pujuk rayu

Hye2. Sapa kat sini suka merajuk?? sikit2 merajuk banyak2 konfem lagi la merajuk sakan. Entri ni seakan memerangkap diri sendiri. Dari pengamatan saya dan teman, saya ni boleh tahan cepat merajuk. Tapi merajuk cuma sekejap, lepas seketika dah ok dah lupakan apa terjadi. mungkin bila dah besar ni, hormon dan emosi kewanitaan semakin menonjol.hakhak.

Sebelum ni apa terjadi pon muka still maintain kering takda perasaan. selamba, rileks saja. Tapi saya jenis simpan dalam hati ketika itu apa yang terjadi. lepas tuh kira kosong-kosong. Pasal kelas 4 sains 2 tempoh hari, sebenarnya takda apa-apa hal pon. Saya nak mengaku itu salah saya. semuanya memang jenis mahu belajar. Saya bersyukur dapat megajar kelas 4 sains 1 dan 4 sains 2 sebenarnya. Semuanya jenis mahu belajar, saya dapat lihat itu dalam diri mereka. alhamdulilah.

Bab2 merajuk ni susah tentu dimenangi golongan perempuan. tak macho lah kalau lelaki itu merajuk tapi mungkin comel kot.haha. dushdushdush kalau merajuk ya. haha. Nak tau satu rahsia?? sebenarnya perempuan yang merajuk cuma nakkan perhatian saja. rasanya semua dah tahu so ia bukan rahsia lagi ya. So kalau dah merajuk mestilah mahu dipujuk.(mode:mengada-ngada). Kalau tak dipujuk, terpaksa memujuk hati sendiri. macam sedih je kan bunyinya.hehe.

Golongan si kena pujuk perlu ada kesabaran yang tinggi...haaa di sini lah sebenarnya golongan perempuan nak menguji si lelaki sama ada dia punya kesabaran yang tinggi atau tidak. so watch out bebeh!. Tapi kalau memujuk tu, biarlah pujuk rayu kamu tu relevan sikit. Ini tidak, menjanjikan sesuatu yang tak mungkin ditunaikan. lau cm2 bertambah merajuklah si dia :D


p/s: kepada gadis2 yang suka merajuk, jangan merajuk lama2, bikin dia susah hati saja

Thursday, July 14, 2011

Saya nekad nak mengorat anak murid saya!

Kelmarin bersamaan dengan hari Rabu 13hb julai 2011, saya mengajar biology kelas 4 sains 2. Biasanya kelas biology yang saya dapat adalah di waktu-waktu terakhir persekolahan. Maknanya waktu sebelum mereka pulang ke rumah. Sangat mencabar untuk mendapatkan fokus mereka. Saya akan tunjukkan gambar-gambar untuk menarik perhatian mereka. macam gambar sel sperma dan ovum, kanser payudara dan kanser mulut dan kadang-kadang saya selitkan video yang sememangnya tiada kena mengena dengan pembelajaran hari tu. semua ini saya buat semata-mata mahu mengorat anak murid saya. Semua ni berhasil cuma seketika. Uhh sangat kecewa.

Saya agak terasa sedikit dengan anak murid saya. Kelas 4 sains 2 dipenuhi gadis-gadis sebanyak 35 orang dan jejaka hanya 8 ketul sahaja. Tapi saya respek jejaka sekalian sebab depa duduk di meja hadapan dalam makmal. ok, rewind balik apa yang saya bagitau, saya agak terasa dengan murid saya sebab apa???

Saya perasan kelas kelmarin seolah-olah saya bercakap sendirian, setiapkali saya explain cuma sedikit saja kepala mendongak ke arah saya. yang lain mungkin sibuk menyalin nota yang perlu diisi dalam worksheet yang saya sediakan. ok itu kira boleh diterima lagi. tapi setiap kali saya tanya soalan, saya juga yang menjawabnya. kadang terasa geram seolah saya tak pernak ajar. emm...memang jadi cikgu ni mendidik kesabaran kita. Takpa saya terima dengan rela.kerja yang saya bagi pon hampir separuh daripada kelas tak jawab langsung! ok masih chill

Cuma mungkin saya makin terasa bila ada murid saya yang masuk makmal lambat (sangat lambat) sebab dia ada kerja perlu diselesaikan sempena hari sukan. alasan munasabah. dia pun masuk dan terus duduk lepas saya bertanya. duduk di tempat biasa, betul2 didepan saya. Masa saya leka mengajar saya perasan dia langsung tak buka buku nota utk salin, saya perasan dia langsung tak buka beg sekolah. saya perasan sebatang pensil pon tak dipegangnya dan yang paling hangin saya perasan worksheet yang saya sediakan sampai stay up pepagi siapkan segala kelengkapan mengajar pon tak diambilnya.

saya: ali(bukan nama sebenar), kenapa kamu tak ambil worksheet?
ali: sat lagi la cikgu saya ambil.

Saya biarkan dia dan terus mengajar. dan sekali lagi saya perasan worksheet tak juga diambilnya tapi dia bersenang lenang berborak dengan rakan sebelah. bertambah geram dibuatnya. saya jenis berdiam diri bila marah.. So sebelum waktu mengajar habis saya hanya mendiamkan diri dan biar slide powerpoint yang berbicara. selesai kelas hari tu.

itulah asam garam mengajar. ni pon baru sikit kot. dan tangkap leleh. hadoi. kelas 4 sains 2, lepas ni cikgu terpaksa berkeras dengan kamu. biar kamu benci cikgu jadi kamu akan ingat cikgu sampai bila-bila..muahahahaha.boley??..ok not my syle lah,,cikgu nak try ngorat kamu lah!

So selepas ni saya nekad nak mengorat anak murid saya. apa pon nak jadi pasnih jadi lah...gua tak kirak!


* apa pon yang jadi jangan ajar lebih kurang ja..terima kasih atas peringatan kamu :)

Friday, July 8, 2011

Mangga(paddle lock), 6 jahitan dan hospital

Jarum jam menghala ke pukul 9.30 pagi, lagi 20 minit waktu PJK kelas saya akan berakhir. Tak semena-mena terdengar teriakan pelajar saya

pelajar perempuan: cikgu cikgu cepat!
saya: kenapa?
pelajar perempuan: cikgu cepatlah! (sambil menangis teresak-esak)

Saya bergegas mendapatkan pelajar tersebut, dia sedang memangku kawannya. saya pergi lebih dekat, ingatkan pelajar itu pengsan rupanya tidak sama sekali. Tudung pelajar itu, intan namanya, berlumuran darah, macam air paip mencurah-curah. sangat banyak darah yang keluar sehinggakan terkena kawannya (husna). saya terus panggil cikgu berdekatan. ramai pelajar dan guru-guru berkerumun di sekeliling kami. saya bertanya husna apa yang berlaku

Husna: cikgu ada orang baling mangga(paddle lock) kat intan cikgu...banyak darah ni cikgu..(menangis teresak-esak)
cikgu: sapa yang baling? kamu nampak tak?
Husna: tak nampak cikgu, tapi ada orang kata budak lelaki kelas 313( kelas paling hujung dalam tingkatan 3)

Guru lain segera telefon ambulans, agak lama jugak ambulans nak sampai ke sekolah. Husna yang sedang memangku Intan sedang tekup kepala intan yang berdarah dengan kain sambil membaca surah supaya darah tak ligat mengalir. saya pula cuba beri kekuatan pada Intan, saya berkomunikasi dengannya agar intan tak menutup mata, dalam erti kata lain supaya intan tak pengsan.

saya: intan tengok cikgu, jangan tutup mata
intan: (matanya melihat saya)
saya: intan dengar tak apa yang cikgu cakap?
intan: (mengangguk)
saya: lepas ni waktu apa?
intan: bahasa melayu
saya: cikgu mana ajar?
intan: cikgu.........(saya tak ingat nama cikgunya)
saya: intan pening-pening tak?
intan: tak cikgu..sakitttttttt

Macam-macam saya tanya intan, semua tu bagi melengahkan masa ambulan tiba, dan bagi mengelak intan menaggung kesakitan yang amat. ada cikgu menyarankan untuk membuka tudung intan. kami pun buka perlahan-lahan....

Kepala intan atau spesifik lagi di bahagian atas dahi sebelah kanan, saya nampak lubang...ya lubang yang agak dalam dengan lekukan yang agak besar. semua di situ mengucap panjang. saya menahan air mata. manakan tidak, saya betul-betul dihadapan intan sambil memegang tangannya.

saya: intan, kecik saja luka intan tu, cuma darah intan ja keluar banyak, jangan takut, cikgu ada dengan kamu
intan: (hanya mengeluarkan air mata)

Ambulans pon datang dan seorang lelaki telah membalut kepala intan dan saya meminpin intan masuk ke dalam ambulans dan dia dibawa ke hospital sultan abdul halim. saya dipelawa naik ambulans tapi saya menolak, dan guru yang bertugas menggantikan saya. saya bersama guru bertugas lain bergegas ke hospital.

Kami menunggu di hospital sehinggalah intan keluar daripada zon kuning(separa kritikal). Dahi intan dijahit sebanyak 6 jahitan. ibu bapa intan turut bersama dan alhamdulilah ibu bapanya memahami kejadian yang berlaku ini adalah kemalangan. intan dibawa pulang oleh ibu bapanya.

Di sekolah pulak, suspek telah berjaya dikenalpasti. suspek mengaku membaling mangga secara tak sengaja dari tingkat satu. intan berasa di tingkat bawak waktu itu. waris suspek dihubungi dan suspek dikenakan hukuman rotan dan dimerit. Suspek merupakan pelajar yang mempunyai masalah disiplin dan hanya menunggu masa untuk dibuang sekolah.

saya kasihan pada intan, pelajar yang baik dan tiba-tiba semua ni berlaku pada dirinya. moga intan tabah atas ujian ini dan mari kita sama-sama berdoa agar intan cepat sembuh dan dapat menjalani percubaan PMR pada bulan depan dengan baik. insyaAllah.

lebih kurang besar ni mangga tu, cuma dia tebal sikit dan warna hitam
bayangkan dari tingkat 1 hingga ke bawah dibaling, impaknya kuat.

Thursday, June 16, 2011

Jatuh cinta pada amanat setinggi gunung, seluas angkasa.

Ponnn ponnn Cikgu Mira lalu terkedek-kedek

Sekarang dah masuk minggu keempat aku menjalani latihan mengajar/praktikal di SMK Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Dan hari ini aku baru mula mengajar dan menjadi guru sebenar.hehe. Sebelum ni depa tengah exam dan aku cuma masuk kelas relief dan sekadar buat aktiviti kuiz-kuiz saja. Belum mengajar secara real dan hari ini aku telah merealisasikan tugas sebagai guru pelatih secara rasminya.yey!

Biologi tingkatan 4 = 8 waktu
Pendidikan jasmani dan kesihatan tingkatan 3 = 2 waktu
Total = 10 waktu mengajar dalam seminggu

Saja nak kongsi refleksi mengajar hari ini

Hari ini aku mengajar tentang "ENZYME", subtopik bab 4. Pengajaran kami bebudak Biologi biasanya menggunakan slide powerpoint. Kebetulan hari ni takdak elektrik sekitar kawasan taman ria so aku tak boleh on laptop dan guna LCD. takpa takpa just mengajar tanpa guna slide.

cikgu: mintak sorang tolong baca apa definisi enzyme dalam buku teks
Firman: enzymes are protein molecules made by living cell, acting as catalysts and speed up the rate of biochemical reactions

cikgu: ok excellent! thank you

aku pun tulis la definisi enzyme kat depan

cikgu: yang di belakang nampak tak?
firman: nampak aih cikgu, tulisan cikgu besaq gedabak

Alhamdulilah apa yang dirancang hari ni menjadi. Learning outcome tercapai iaitu apa yang dirancang untuk mengajar dapat dijalankan cuma tak sempat buat latihan nak tau depa betul2 faham atau tak..nanti kang aku syok sendiri lak.wakaka.


p/s: Jatuh cinta pada amanat setinggi gunung, seluas angkasa.

Sunday, June 12, 2011

Panggil saya Cikgu Mira

assalamualaikum cikgu!

cikgu sehat?
macam mana cuti cikgu?
cikgu mana hadiah kami? 

cikgu!

segala macam teguran diterima. kadang-kadang rasa seronok seolah-olah aku ni cikgu. eh aku memang cikgu la sekarang walaupun cikgu pelatih cuma. kadang rasa tak layak kadang rasa bangga dengan gelaran guru. Apa-apa pun semua terletak di hati sendiri. Ikhlas nak mengajar atau sebaliknya. 

Menjadi guru pelatih di SMK Taman Ria Jaya Sungai Petani Kedah hampir sebulan. banyak cerita negatif sampai ke kuping telinga ni. 

"saya tak tahan dengan budak-budak ni, kalau kamu relief kelas saya xpala saya keluar"

"budak-budak ni kurang ajar"

"kelas sekian sekian kena hati-hati, susah nak kawal kelas"

"kelas depan-depan ok cuma depa bising sikit jela"

Aku dah diminta bersedia dengan semua ini. amanat puan pengetua masa hari kedua mendaftar di sekolah. "saya nak kamu ambil yang positif sahaja, kita manusia memang suka tengok yang negatif tapi saya nak kamu ambil semua yang positif sahaja". Aku pegang kata-kata ni, lain orang lain pandangan. mungkin cikgu A kata kelas ni sangat teruk tapi bila aku sendiri hadapi rasa ok ja kelas ni sebenarnya. Atau mungkin aku tak nampak belang pelajar lagi. pernah relief kelas hujung-hujung dan deal dengan pelajar yang agak kurang sopan. adakah aku terus karate kid pelajar itu atau cuma fire dengan kuasa kamehameha? nanti aku cerita.

Panggil saya Cikgu Mira

Friday, May 6, 2011

Padah pabila buat pandai atau buat bagus!

Salam hari sabtu. bangun pagi-pagi online sekejap, sepatutnya kemas barang nak bertolak ke sungai petani pukul 11 pagi sekejap lagi. Memang tabiat sejak azali lagi semua benda suka buat pada masa kecederaan. Takpa takpa, kita rileks, cool (tenang) dan teruskan online lagi 5 minit(masa realiti) bersamaan 15 minit(masa fantasi aku) hehehe.

Mungkin ada yang perasan blog No One Knowzz ada sedikit perubahan template. Kalau tak perasan takpa la, tak paksa jadi perasan keh.hehe..Sebenarnya perubahan ni tanpa rela 100%. Paksaan semata-mata. Jangan harap aku rajin nak bertukat template. Template lama tu pon aku dah rasa cukup cun di mata aku walaupun plain white semata-mata.

Sebenarnya niat di hati cuma nak buat kotak quote yang comel-comel tu, ala yang selalu orang buat kat dalam entri depa. Aku pon search segala mak nenek tutorial macam mana nak buat bendalah tuh. Dah jumpa terus apply dalam blog. Ejas coding dengan rakus. Dah setel dalam 5 minit. Sat ja kan? oh biasalah "hanya pakar saja mengetahui" haha...klik butang preview>>>kotak quote sedang gah dalam entri olok-olok aku, yessss vangga dan teruja sebentar cumaaaaaa background kotak quote tak jadi. dem. takpa takpa rileks. Pakar takleh gelabah keh. Aku ulang balik tutorial tadi dengan konfiden, tetiba bila nak save coding terkeluar ayat-ayat kaler merah, error lak xleh save coding.demdem.

Pastu aku try la tukar template p classic template. Gila tak kachak blog aku jadinya. Tukar2 pi design template yang baru. ok skit dari classic template. ejas itu ini, segala kaler, font, title dan bla bla bla tanpa rela. Sinar kebahagiaan nak buat kotak quote hancur berderai. Lain pulak jadinya.

Sepatutnya coding lama kena save dulu. Ni la akibatnya kalau terlalu konfiden. haha..sekian kisah mengayat hati dari aku. Challo bete.

p/s: kepada yang dah abih exam hari ni, tahniah anda dah merdeka. XD

Tuesday, May 3, 2011

Kalau lah bas ekspress itu tak sempat tekan brek......

Salam sayang dari kampung halaman pulau pinang

"Sebenarnya hati sangat risau risau risau. Moga perjalanan abah dan abang berjalan dengan lancar. Moga tiada masalah. Penang ke tanjung malim, sangat jauh, makan 4 jam jugakla. Mohon doa kalian juga ya. Terima kasih."
Ini perenggan entri sebelum ni. Mungkin betul orang cakap kalau kita terlalu risau maknanya ada sesuatu nak jadi.  Syukur "sesuatu" itu tak meragut nyawa kami bertiga (abah, abang, aku). Perjalanan abah dan abang ke tanjung malim selamat sampai, tiada masalah. cuma perjalanan pulang ada masalah. Berlaku kemalangan kecil tapi melibatkan kereta myvi(abah), viva(keluarga cina) dan bas ekspress yang dipandu bangsa india. Kemalangan 1Malaysia.

Sekarang bayangkan, kereta cina(viva) di depan sekali, kereta myvi (abah aku) di tengah dan bas ekspress (india) di belakang. Highway bergerak perlahan, viva berhenti, abah pon berhenti belakang viva dan jarak antara viva(cina) dan myvi (abah) agak dekat. Bas ekspress di belakang pon berhenti mengejut dan terlalu dekat dengan myvi(abah) sehingga terlanggar bumper belakang kereta myvi (abah). Masa tu aku duduk di belakang kereta.abang sebelah pemandu(abah). Terasa impak bas ekspress langgar bahagian belakang kereta.Menakutkan. Bas ekspress yang besar gedabak langgar kereta myvi yang kecik dan xda bontot. Syukur bas ekspress sempat tekan brek itu pon masih berlanggar. Kereta myvi (abah) pulak berlanggar dengan kereta viva di depan (yg dipandu cina). Tapi dalam kes ni, keret abah paling teruk kerosakan. Pintu driver tak boleh bukak, lampu belakang pecah , bumper depan dan belakang lari maksudnya kedudukan body myvi berinjak ke depan sedikit.

Ketiga-tiga pihak berhenti tepi jalan dan berbincang. Semua sepakat memang abah tak bersalah, pemandu bas yang bersalah. Nak setel luar tanpa libatkan polis. Tapi last2 abah laporkan jugak kat polis bukit mertajam. Setel luar tak menjadi walaupun dan janji itu ini.

Tapi syukur bas ekpress sempat tekan brek. Kalau lah bas ekspress itu tak sempat tekan brek...

Mungkin aku dah tiada
Takda lagi nama Nur Amirah dalam senarai nama budak Biologi AT16 semester 8
Tak sempat aku berpraktikel di SMK Taman Ria Jaya, Sungai Petani Kedah pada 8hb ni
Tak sempat menjadi guru
Tak dapat jadi roomate Ruby kat rumah sewa kita nanti
Tak berpeluang menjadi graduan Upsi dengan ijazah sarjana muda pendidikan Sains

Macam-macam lagi sebenarnya nak dibuat andai diri ini dah diambil nyawa. Biar nyawa ini diambil dulu daripada abah dan abang andai sesuatu terjadi. Aku lebih sayang "nyawa2" itu.

Friday, April 29, 2011

Kesetiaanku tiada tolok bandingnya

Salam kasih sayang melimpah ruah.

Esok hari sabtu, hari keramat di mana aku akan pulang ke tanah air yakni Pearl of Island. Sapa belajar sejarah tahu lah di mana negeri itu. hehe. InsyaAllah daddy hensem yang terchenta bakal menjemput anakanda di perantauan ini bersama abang sulung (fungsi abang adalah sebagai co-pilot kepada encik abah tetapi fungsi sebenar ialah untuk mengangkut barangan adik terchenta)hoho.

Sebenarnya hati sangat risau risau risau. Moga perjalanan abah dan abang berjalan dengan lancar. Moga tiada masalah. Penang ke tanjung malim, sangat jauh, makan 4 jam jugakla. Mohon doa kalian juga ya. Terima kasih.

Kesetiaan, sesuatu yang sukar kita dapat dan sukar kita sendiri lakukan. Ingat senang ka nak setia pada sesuatu? Kalau iman tak kuat memang boleh curang. Once dah curang, rasa bersalah tiada lagi. Kecurangan akan berlarutan.

Tapi kalau kita dapat kesetiaan daripada orang lain, bertuah lah kita. Sapa senang-senang nak setia dengan hang?? Unless hang tu sangat bagus dan memang yang terbaik untuk dia. So, bila dah dapat kesetiaan seseorang, cuba sedaya upaya gembirakan hati orang itu.

Aku sendiri banyak terpesong. Terlalu banyak kecurangan yang dah aku buat. Mula-mula aku sangat suka akan dia, tapi bila aku sibuk dengan urusan sebagai pelajar, aku abaikan dia sampaikan dia kurang kasih sayang aku. sedih. Tapi itu realitinya. Dia bukan lah prioriti aku yang utama walaupun aku sukakan dia.

Apa-apa pon, harap No One Knowzz  ni masih ada yang ambil peduli akan dia. Masih ada yang tertunggu-tunggu. Masih membuatkan hati orang gembira dengan dia. Terima kasih kepada pembaca senyap No One Knowzz dan kepada pembaca terang tang tang No One Knowzz.
I lebiu foreber and eber bebeh! auwwww



Monday, April 25, 2011

Sudah sampai di sini!


26April2011
SBK3013
Biochemistry
2.30pm
(last paper)weee~

Saturday, April 23, 2011

Dalam banyak2 benda, benda ni lah yang aku buat...xda kerja betul

Salam penuh limpahan kasih dan sayang

Aku masih dalam mood exam. Paper kedua dan yang terakhir, terima lah paper Biochemistry! oppsss, hari selasa ni ya, sabar sabar sabar

Subjek membaca dan memahami, subjek yang paling menguji keimanan tahap kefokusan setiap insan. Fuh ingat senang nak fokus sambil menelaah buku import tulisan mat salleh yang tebal dan kental isinya?? susah (bagi aku). Daya fokus tak tinggi mana.

Mungkin aku saja yang biasa buat benda ni kalau aku tak leh fokus. sebenarnya banyak benda gak yang aku buat demi untuk tidak menghadap buku! muahaha

Mula-mula, niat dah ada, nak study sefokus mungkin. takmau main-main dah. Semalam tidur awal so kena ganti masa semalam tuh.

Tengah stdy "fatty acid degradation", stop sat...amik cermin muka kecik ja saiznya, tak semena-mena belek muka, tengok kot-kot la ada jerawat.....oke tiada...sambung balik stdy

tak lama lepas tu, ishh macam ada yang tak kena dengan rambut, amik balik cermin, bukak getah rambut dan ikat kemas2. oke dah comel...baru lah semangat nak stdy...sambung stdy balik....

wah, dah habis 1 subtopik dalam 1 bab, banyak g subtopik kena cover..rileks dulu..amik pulak cermin..nak buat apa lak ek?? haaa bedak, sapu kat pipi kasi melepak....eh perfume pon ada, amik botol perfume sapu skit kat leher...emmm wangeeee~ (serius penulis xda kerja)

~adegan cermin berakhir di situ, alhamdulilah

Setelah beberapa ketika, sempat cover 1 bab..terasa macam dah lama kat depan meja jepun ni (konon)..nak rest sat la..

ahhh lega, selamat mendarat atas katil bujang aku. nak baring satttttt ja. sekarang kul 9.15

tetiba gelap gulita......celik2 dah pukul 10.15, yess satttttt aku bersamaan dengan 1 jam, sepatutnya 2 jam! argh

bangun2 pi cuci muka kasi segar bugar, jum stdy!...
duduk depan meja dan terpandang kuku kaki. " panjang pulak kuku kaki ni "
amik pengetip kuku dan potong kuku. oke dah pendek kuku ni, jum jum stdy...hehe

Hadoi, nampak tak betapa sukarnya nak fokus! cuba kome2 bagi tips macam mano eh nak fokus betui2? apo kono eh jang (=.=)

Mira Casillas

Thursday, April 21, 2011

Sekolah praktikal aku

Salam hari jumaat.

Semester ini aku cuma ambil 2 paper exam sahaja. Kimia Analisis dan Principle in Biochemistry. 1 subjek major(biologi) dan 1 subjek minor(kimia). Kelmarin dah lepas 1 paper kimia(kimia analisis) sekarang cuma tinggal paper biochemistry, hari selasa minggu depan. Curi sedikit masa nak coret sesuatu kat blog tercinta (macam selalu dok buatla)

Semester 6(sekarang) bakal menjalani latihan mengajar(LM) pada semester 7 iaitu bulan 5 ni. Kami habis exam pada 26hb April dan mula LM pada 9hb Mei. Masa persediaan agak terhad atau boleh dikatakan tiada. Masa antara selepas exam dan sebelum LM kami perlu selesaikan macam-macam hal seperti laporkan diri di tempat LM masing-masing. Berjumpa pengeTUA, PK 1, PK HEM, guru pembimbing dan sewaktu dengannya. Kemudian nak uruskan hal rumah sewa, dah dapat rumah sewa cuma tak pergi jenguk keadaan di sana, selamat atau tidak, atau ada apa-apa masalah atau tak. Perlu cuci rumah, dengar2 rumah yang kami (aku dan kengkawan) sewa dah lama tiada penghuni sampaikan tuan rumah dah cabut meter air, nampak macam lama betul takda orang duduk. Macam biasa kalau masuk rumah baru mestilah ada doanya. Aku tak tahu doa masuk rumah baru tapi dah pesan kat kawan2 utk baca Yassin ramai2.

Jabatan Biologi dan tetapkan satu sekolah cuma untuk satu guru Biologi. Maknanya setiap daripada kami dapat sekolah praktikal masing-masing. Kena independent nak buat apa pun. Aku pilih daerah Sungai Petani (SP) Kedah. Semestinya pilih daerah paling dekat dengan Penang. Mana tau senang nak lari balik lau ada apa2 jadi.hehe.

Sekolah praktikal aku selama 4 bulan nanti bermula 9hb Mei-26hb Ogos 2011

SMK Taman Ria Jaya

Puan pengetua
Rosnah bt Ismail

MOTTO
SMKTRJ is "One Big Happy Family"
:)


oke sekolah ni ada ultraman.kira selamat la ek...hihi

Thursday, April 14, 2011

Tarikan kuat ke Pusat Kesihatan walaupun terletak hujung dunia kat kampus aku nih

Salam sayang semua.
Hati masih berbunga-bunga tulip mekar sejambak bak nursery yang dipenuhi pepokok bebunga. Walaupun sekarang tengah uhuk uhukkk, ehemmmmm (maknanya sakit anak tekak) tapi hati sehat walafiat. kenapa? mengapa??? hahaha

tadi aku ke pusat kesihatan dalam kampus aku ni. saja nak pi amik ubat-ubatan sebab sakit tekak (ja pun). dah 2 hari tekak ni tak normal. efek suara aku yang lunak ni. cannot dibiarkan melarat. so aku cepat2 meluru pi pusat kesihatan yang terletak hujung dunia. termasuk kali ni dah 2 kali aku ke pusat kesihatan. kali pertama masa sem 4. sekarang sem 6. semuanya sebab sakit secoet jela. xpala at least dapat merasa duit yuran yang aku bayar tetiap sem ni. syukur Allah beri nikmat sehat pada aku.

alkisahnya, aku pi pusat kesihatan waktu rehat. maknanya pusat kesihatan tutup. daripada tunggu lama2 aku pon pi makan dlu. pekena bihun sup n teh AIS. ya ais, aku kan sakit tekak, so haruslah tambahkan lagi efek sakit tekak sblum jmpa dr kacak, kena la bg real. hek2. tapi yg peliknya tekak makin ok. (rosak plan).

Apa2 pon pi jugak jmpa dr, ikut nasihat en "yang soh p jumpa dr jgk". sampai ja pusat kesihatan terus amik no giliran dan tunggu selama 15 minit. pastu dah sampai giliran aku 2014 bilik 1 (bilik dr kacak).

dr kacak: ada masalah apa?
mira : saya sakit tekak la dr
dr kacak: emm sakit tekak..
mira: pastu saya ada ulser kat lidah
dr kacak: tunjuk ulser
mira: (tunjuk ulser sambil jelir lidah)...nampak tak?
dr kacak: ok (angguk kepala), saya bagi kamu antibiotik, makan smapai habis, ubat ulser dan sakit tekak ok.
mira: ok dr. terima kasih~

5 minit ja date dgn dr kacak. arghhh. nak kena p lagi la..hehe
patutla sem 2 dulu bebudak coursemate aku kecoh pasal dr kacak.

                                               mantap ah~wakaka

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails