Saturday, February 26, 2011

Salam proposal tidor tak lena makan tak kenyang mandi tak basah



Fewit nak ngorat boleh?


Tak boleh nak TOLAK! =D


(intro yang ringkas dan mungkin tiada kena-mengena)


Dulu kala masa aku masuk sekolah menengah, rasa gumbira sebab kain sekolah dah tukaq kaler. daripada kaler biru tua kepada kaler biru muda. terasa diri ni dah remaja. bila dah masuk tingkatan 4, dapat pilih nak ambik aliran apa dan taktau macam mana  aku disesat masuk ke dalam aliran sains tulen. yelah kat skolah aku pon cuma ada aliran sains tulen dan perakaunan. nak masuk perakaunan konfem2 aku tak bole. biasalah jenis alergik kepada digit dan digital nih.


Lepas tingkatan 5 pon aku rasa seronok. yey tak payah pi sekolah dah. tak payah pakai uniform sekolah dah. tak payah pakai uniform PBSM dah. ya dulu kala aku ahli PBSM. sapa-sapa nak belajaq CPR dari mulut ke mulut dengan aku sila-sila. jangan malu jangan segan sebab aku guna patung ja keh, takmau la buat betoi2. i malu.haha..tapi kalau hampa semua memang taktau nak bagi bantuan kecemasan ni, paling koman hampa boleh buat cuma buat satu panggilan kecemasan di talian 999. kalau rasa2 tak boleh gak mai aku lempang pastu gerenti boleh dial terus.


Sebenarnya aku nak cerita selepas tingkatan 5, ramai cikgu cikgi suruh masuk matrik. semua kawan2 aku sibok membeli-belah no pin pasword borang matrik. aku pon beli la, abah pon suruh. lagipon kita kena ikot cakap abah baru la dapat duit belanja lebih.hohoho. sebelum masuk matrik, ramai umat manusia yang ditemubual oleh aku kata matrik susah wooooo. kalau hang bukan kaki study memang susah nak survive masuk matrik. tapi masa ni aku tak la rasa takot nak masuk matrik sebab aku pikiaq kalau orang lain boleh buat takkan aku tak boleh buat. so aku pon try and error la masuk matrik. 


Lepas tamat mengaji kat matrik selama setahun, aku pon grad la dengan pointer yang aku sorang suka.haha.masa ni pulak, semua pakat kalut nak pilih unibersiti mana yang dekat di hati dan dekat di kampung halaman.aku main ikot rumet KMPP, dia amik pendidikan aku pon ikot jela. tup tup dia tak dapat pendidikan dan rezeki aku pulak yang dapat. maka wujudlah bekas fossil aku di daerah tanjung malim yang permai ini.


Dulu bila kat sekolah, semua cikgu2 kata masuk unibersiti ni best sebab kamu bebas,hoyyeah. best sebab kedatangan tak lah strict macam sekolah. sekarang baru aku faham bebenor maksud best yang tersirat itu.hehe.hang nak apa hang pi ambik sendiri. hang pi carik sendiri. tak dak istilah dok celah ketiak mak hang dah lani.haha.


Lepas tamat unibersiti, aku mengorak langkah ke jinjang "pelamin anganku musnah"...............(akan bersambung setelah penulis sudah tamat pengajian kelak.harap maklong)




sekarang di alam unibersiti dan berada di semester 6. sedang menyiapkan proposal tesis. akan dibentang kan proposal ini di hadapan pensyarah sekalian. sebenarnya 3 orang pensyarah sahaja. cuma yang paling teramat sangat digeruni serta cuak pabila aku kena bentang di hadapan supervisor sendiri yang sangat ditakuti serta dihormati student2nya...oke oke..tarik nafasssssssss, hembusssssssss dan pitammmmmmmmmmmmmmmm!


8 comments:

ain fathihah fhm said...

haha. hg kecut, aku lagi kecut.

penaberkala said...

oh, cerita bersambung ke ni
kah3, nice satu
harap paklong

good luck cik mira
all the best
jangan jerit macam mamat kat bawah tu sudah lerr,lol

Shahada Fauzi said...

gambaq last tak menahan..kui3..

gudluck mira..u can do ur best! aiseh..

Ruby said...

Haha...turn aku before hang!
kecut weyhhhh!

Unknown said...

cepat2 siapkan thesis nanti boley kawen. hahaha

Menusuk Hati said...

best2!~td tv3 kuar berita cikgu cabul 11 murid...cikgu oh cikgu...

Unknown said...

apa tu cium2...huhu

p/s : jgn lupa vote my slogan..step untuk vote ada di bawah banner blog saya...terima kasih...:)

cimon said...

ko buat muke slumberland jek time present prop thesis tu nanti... baru arr nampak gangster!

hehehe (^v^)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails