Saturday, September 10, 2011

Tamatlah gelaran cikgu praktikal SMK Taman Ria Jaya

Sepatutnya entry ini ditaip pada 25 ogos lalu. Dek kerna kesibukan mengemas barang-barang tambah dengan kemalasan diri maka terpaksalah entri ini ditangguhkan.

Lepas ni dah tak dengar pelajar panggil cikgu Mira. Dah xda pelajar yang jumpa tanya itu ini. Dah tak boleh jadi diktator denda sana sini. hehe. Dah tak jadi cikgu Biologi kelas 4sains 1 dan 4sains 2.


Lepas ni dah tiada relief yang menggunung. (serius sekolah aku banyak gila nak kena ganti kelas), setiap hari pasti ada ja kelas yang nak kena masuk ganti. Kalau bertuah dalam satu hari boleh dapat 4-5 masa ganti sahaja. Sampaikan ada hari aku merungut "boleh tak kalau ada satu hari yang tak payah ganti kelas" haiya. Tapi itu normal sebenarnya bagi sekolah ini. Dan normal bagi cikgu praktikal.

Lepas ni dah tak perlu cat mengecat dinding. Yaaa aku tetiba jadi pandai kaler-kaler dinding.hehe. cikgu praktikal kena lah buat mural ye dak? tapi kawan2 yang lain tak payah pun. Aku merungut. Jujur memang penat, kena stay kat sekolah sampai petang. Mengecat dengan berbaju kurung. Tapi indah, sebab kami dah tinggalkan kesan pada mural kami. "harimau mati meninggalkan belang, cingu praktikal pergi meninggalkan mural" okay r tu kan...

Lepas ni tiada lagi tesco sungai petani, village mall, pasar malam taman ria, central square. Kami 4 dara selalu  ke sana sini cari barang dan jalan2 hujung minggu. Almaklumlah kami 4 dara rajin memasak dan tolong2 memasak.hehe. Sama-sama kerjasama sediakan juadah. hang goreng sayur, hang buat hidangan utama, hang buat ayaq (air), hang hidang...sama-sama. manis kan?

Lepas ni dah takleh buli roomate. kan ruby kan? aku dan ain selalu usik ruby ni. haha. berkomplot kenakan ruby, roomate aku. Syadida tak join berkomplot sebab dia ni baik orangnya.hihi. Ruby. sori kami sengaja mengusik.wakaka.
aku, ruby, syadida dan ain

Selama berpraktikal ni, aku rasa seronok. Terima kasih semua yang terlibat dalam kenangan ini.
Dengan ini maka luruhlah gelaran aku cikgu praktikal SMK Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah. sekian.

6 comments:

JIJI YU said...

semenjak engko jadi cikgu ni ko dah namapk semakin tua..akakak

Ruby said...

hang pa dua mmg suka buli aku yg comel ni.tak pe, aku paham. orang comel memang selalu kena buli =P

cimon said...

cikgu mngajar kat ner pasnie?

hehehe (^v^)

penaberkala said...

oh, cikgu dah abis praktikal ka?
dah boleh jadi cikgu betul da lepas ni

nub said...

nak gak conteng2 skolah. hihik

doyut said...

asslamualikum cikgu...bleh tanya tak...brape orang cikgu yang mengajar kat smk taman ria..nak buat tesis...hehhe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails