Kalau adik-adik mai Penang dan singgah Kompleks Bukit Jambul, adik-adik disarankan supaya tidak terkejut ya, bagi adik-adik yang lemah semangat lagi lah KAKAK tak galakkan ye. Bukan hantu yang ada kat sini tapi yang macam hantu ada lah.hehe. kat sini ramai orang luar datang shopping. Cakap je la nak dari mana...australia? mexico? japan? mesti takkan jumpa,,kebanyakannya dari indonesia,indonesia, indonesia, filipina, thailand, myanmar dan indonesia..ya mereka sangat kaya di sini. Setiap hari mesti ada customer luar yang pegang beg kertas POH KONG..Akak yang kerja POH KONG pun gtau indonesians are their regular customers..kalau beli barang konfem2 bagi duit rm50 dan bagitau takdak duit kecik.
Same goes to our shop, they always be our customer each day. Kadang-kadang nak bercakap pun kena cover supaya depa ni faham apa yang kita cakap. Macam tu pulak ye. Tapi most of the time aku tak faham apa yang depa ni cakap..nak tak nak kena jugak tegur..yela dah customer..lagi pun kena ikot rules macam entri ni mystery shopper....shhhhh
gadis m : cari apa kak?
customer : cari isi ulang kak
gadis m : hah isi ulang?
customer : iya, ada nggak isi ulang di sini?
gadis m : isi ulang? apa tu? saya tak faham la
Terus terang aku cakap aku tak faham. dia pun terus round kedai cari isi ulang dia tuh.hehe...rupa-rupanya isi ulang tu ialah refill...dia nak cari refill apa ntah ler.
satu lagi sepasang customer ni cari sesuatu.macam biasa aku pun sapa la mereka ni
gadis m : cari apa kak?
customer : cari air baju, di mana ya?
aku buat muka blur tak faham..dia pun cakap sambil tunjuk kat baju..aku ingat dia nak sabun basuh baju
gadis m : kita tak juai sabun basuh baju kak (konfiden ja aku teka)
customer : bukan itu..air baju untuk baju
gadis m : err saya tak faham la
customer : itu yang wangi2 itu
gadis m : oh perfumeeeeeee.....
Hoyyeh akhirnya aku faham kehendak pelanggan...hehe..Tapi ada juga yang dah pandai cakap loghat penang ..terkejut jugak aku dengar.."pasaipa dia cari aku..sat la aku nak beli barang ni.." haaa tudia habaq kat hampa.
Susah untuk mereka cakap macam kita tapi tak susah untuk kita cakap macam mereka. Kenapa? kerana negara kita kaya dengan warganegara lain, kaya dengan rancangan televisyen negara lain, kaya dengan budi bahasa dan kaya dengan sifat penuh kelembutan.
1 comment:
Da boleh berlakon sinetron pasnie.(^_^)
Post a Comment