Friday, October 12, 2012

Rupanya ada air mata disebalik kenakalannya

Salam pembaca.

Aku kena mengajar subjek Sains, PJK dan Sivik. Bila buat rancangan mengajar bagi subjek Sains mestilah kena buat awal untuk persediaan mengajar nanti. Lain pulak dengan PJK dan Sivik.Persediaan mengajar tu boleh dibuat pagi-pagi datang sekolah atau masa senggang takda kelas.

Dalam subjek Sivik ni sebenarnya menarik dan banyak benda yang kita boleh ajar supaya pelajar jadi lebih baik dari segi insaniah. Falsafah pendidikan negara pun tekankan hal insaniah ni. Minggu ni dalam kelas sivik aku bersoal jawab dengan pelajar macam mana caranya nak balas jasa ibu ayah dan kenapa kita perlu balas jasa mereka. Macam-macam lah responnya. Kemudian aku minta setiap pelajar tulis surat kepada ibu bapa masing2. Bebas nak tulis apa pun sama ada nak luahkan perasaan, nak berterima kasih atau nak mengaku kesalahan.Balik sekolah terus baca surat2 pelajar. Ada yang mencuit hati dan ada juga yang menyentuh hati.

Aku petik beberapa ayat daripada pelajar2 cilik 13 tahun ni

"Hari tu ayah mengamuk.Adik dah tak tahan dengan ayah. Mak ceraikan lah ayah. Jum kita pindah pi Jelutong rumah maktok"

"Kakak nak minta maaf dengan ayah sebab tak dengar cakap ayah. Kakak cuma terkenangkan mak dengan adik. Adik lebih rapat dengan mak sejak ayah dan mak bercerai.Kakak minta maaf"

"Ibu maafkan lah adik sebab keluar tanpa izin. Adik cuma nak jumpa dengan Randy. Izinkanlah adik jumpa dengan Randy ibu. Adik nak berlakon tapi ibu tak bagi tapi adik minat sangat nak berlakon.Akhir sekali adik minta maaf tapi ibu tolong izinkan adik jumpa Randy Pangalila" (surat ni memang tak leh blah)

Bila dah buat aktiviti macam ni barulah kita tahu budak-budak ni ada masalah dan tak dapat fokus dalam pelajaran.ini puncanya.Kadang2 marah pun tak jalan sebab budak2 ni dah lalui lebih daripada amarah cikgunya.

semoga tabah duhai anak.






4 comments:

greenveined said...

betol kak. kena buat aktiviti2 macam ni baru kita boleh kenal student kita. n masalah yg depa hadapi.

ain fathihah said...

keh3. bab nk jumpa randy tu mmg takleh blah.

cimon said...

Bgus laa... senang nak beri nasihat pd tempat nya nanti. (^_^)

mizz_aainaa said...

hebatlah hg ajaq sivik... ak pnya lah dok blur xtau nak ajaq.. huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails