Minggu lepas hari rabu, pagi-pagi waktu pertama dan kedua aku ada kelas 1 Putih yakni kelas kedua terakhir dalam tingkatan. Kelas ni adalah kelas penawar duka aku. Perangai budak ok lagi compare kelas satu lagi. Even depa ni kurang pandai berbanding kelas satu lagi tapi sesi pengajaran selalu berjalan lancar sebab depa senyap dan tumpu perhatian.
Hari tu ntah kenapa rasa tersangat geram lepas marking paper sains depa. Soalan simple yang membezakan solid, liquid dan gas pun ada yang boleh salah dan jawab merapu. walaupun bab yg aku ajar masa jadi guru ganti tak masuk exam langsung geram tu tetap ada.
Picture 1 : pool of water
Picture 2: stone
Picture 3: a boy blow gas
Soalan: write state of matter based on picture above
pelajar 1 pelajar 2
Picture 1 : solid element
Picture 2 : liquid... compound
Picture 3 : gas..... mixture
Masuk kelas terus bagi paper kat student, pastu bincang satu persatu. Masuk je soalan pertama iaitu soalan atas ni, terus aku tanya siapa yang salah soalan ni bangun sekarang! ada dalam 3 orang lau tak silap, pastu terus bebel...
macam mana saoalan ni pun boleh salah? takkan pool of water pun solid? water is what??? haa ni sorang lagi, element compound mixture lagi lah out of topic.
Kan saya dah bagitau baca yang mana takkan yang tu pun salah lagi?
Budak-budak ni diam jela bila aku dah bebel. so aku pun sambung je soalan lain. lepas selesai bincang aku suruh depa buat pembetulan dalan buku latihan sekali dengan lukis diagram2...semua merungut.padan muka.
Masa round2 tengok depa buat pembetulan, aku lalu kat tempat budak nama erna nabila. Kecil molek dan pendiam orangya. "Kenapa paper 1 banyak salah dan paper 2 pun banyak salah? Apa yang kamu tak faham??" aku terus je tanya dia...dan jawapan yang dia bagi sangat sentap bagi aku
"saya tak faham bi cikgu"
aku terus terdiam, rasa sedih sebenarnya walaupun bukan aku yang ajar sains sebelum ni...kiranya selama ni dia tak faham lah.
"Macam ni lah erna, tahun depan walau siapa pun cikgu sains kamu, setiap kali habis kelas terus pi jumpa dia dan tanya apa yang dah belajar hari ni, dan terus terang kata kamu tak faham bi"
"ok cikgu"
Lepas kejadian ni, aku set minda aku bahawa bukan semua yang kita fikir itu betul. Budak tak boleh jawab tak semestinya dia tak study, mungkin dia ada masalah lain, atau mungkin kita bermasalah dalam mengajar sebenarnya.
2 comments:
memang betul tu cikgu. kene mnguasai bahasa dahulu baru bley dapat ilmunya. cimon cadangkan, cikgu buat lah kelas tambahan BI utk depa, at least biaq depa ingat pics tuh dgn perkataan inggeris, mcm blajaq A=apple, B=ball. gitu lah. (^v^)
setuju dengan ayat yg last perenggan tu..
Post a Comment