Aku lah cikgu Sivik
Aku lah cikgu tingkatan depa.
So nak tak nak batang hidung ni kena sentiasa depan mata depa. Dalam seminggu dari hari isnin sampai khamis ada kelas dengan budak 1 Jingga. Kecuali hari jumaat. Secara automatik hari jumaat merupakan hari bahagia aku..Cuma ada 1 kelas selama 1 jam 20 minit dengan budak 1 Indigo. Kelas ni cerita lain pulak.
1 jingga ada 8 melayu, 12 india, 7 cina dan 1 lain2 so total 28 kepala. Kelas ke 3 dalam tingkatan. Budak2 sangat bising. Memang aku kadang2 tak dapat kontrol depa ni. Geram pun ada sebab ada yang tak hormat guru. Menyanyi dalam kelas, jalan sana sini dalam kelas, sembang2 tak hirau cikgu. Nampak situasi agak tak ok kan?..
memang tak larat dengan kelas ni.Setiap kali habis kelas 2 masa 1 jam 20 minit konfem2 sakit tekak sebab menjerit. Memang dah takleh softspoken dengan depa. Terus terjah suruh keluar kelas. Tindakan suruh budak keluar kelas adalah salah. Masa tu memang tak kira apa dah.
Satu hari pk hem bagi senarai nama budak2 bermasalah. Kelas aku ni dapat senarai banyak banding cikgu2 lain..8 budak masalah iaitu 7 melayu 1 india. Memang geram berganda la masa ni. Masuk kelas terus panggil budak2 melayu dan tanya masalah depa. Budak india sorang tu tak datang. Aku berleter kat depa...bla..blaa blaa..
Apa masalah hangpa ni? dimerit sebab ganggu p&p..pasai apa dok hingaq sangat dalam kelas? dok menyanyi la hampa ingat ni pusat karoke ka? baru form 1 tak payah la nak buat perangai sangat...budak2 lagi ni..pasni kalau hampa buat perangai hingaq time saya siapla hampa.
Lepas berleter, waktu aku ja memang depa teragak nak buat bising. Bila nampak aku renung ja, cakap pun makin slow..hahahahaha puasssss hati.
5 comments:
Garang gilerr. Taknak msuk kelas cikgu lah. :p
ehem.buat salah saya rotan :p
Memang perlu garang dengan budak2 skrg ni. Tapi sebaiknya, jadikan garang dan kasihan itu seiring. Boleh marah, tapi belum tentu budak-budak tu akan cool.
Tapi kalau kita tunjukkan kasihan, insyaAllah :)
Sebab tu saya dengar-dengar ada ustaz cakap, Para guru perlu buat kerja lebih masa, iaitu bangun di tengah malam, berqiamullail dan berdoa sambil sebut nama seorang-seorang anak muridnya yang bermasalah itu.
Cubalah :D
iqbal, kasihan tu memangla tapi tak boleh tunjuk kat depa.kasihan dalam hati.btw.terima kasih bagi komen yg memberangsangkan ;)
Lari...!!!
Post a Comment