Saturday, February 9, 2013

Comel orangnya..tak secomel hidupnya.

Puan Hanim : Amirah, ni ada budak baru nak masuk kelas 2G (tahun 2). Bawa dia pi kelas amirah la.

Aku : ok Puan.

Ibu budak baru : Cikgu, anak saya ni keciciran sekolah. dia tak masuk sekolah pun masa darjah satu. Saya dengan suami dah bercerai. Dia duduk dgn bapak dia, adik dia duduk dengan saya. Bapak dia dok dera dia kat rumah. Kat belakang badan dia berbirat dengan bekas "kepala tali pinggang" ..kesan tapak kaki pun ada.   Skg ni dia tggl dgn saya.saya dah ambil dr bapak dia.

Puan Rohana (cikgu) : laa kesian dia. Kira dia tak boleh baca lagi la ni?

Ibu budak baru : dia lambat sikit la. tak berapa boleh lagi. Kalau cikgu nak ajar dia, cikgu jangan cakap lembut2 sebab dia blur nanti...dia dah biasa dengan suara tinggi. bapak dia selalu jerkah marah2 dia kan so dia dah biasa suara kuat. kalau cikgu cakap lembut2 nanti dia tak berapa faham.

Aku : Dia dah biasa org cakap kuat. takpa nanti dalam kelas saya bagi dia duduk depan skali la.

Ibu budak baru : Kalau boleh cikgu bimbing la dia.

Aku n Puan Rohana : insyaAllah.


* Sedih dengar kisah seorang budak lelaki yg baru berusia 8 tahun. Comel orangnya..tak secomel hidupnya. Kes ni susah nak di bawa ke 'tengah' atas dasar perkahwinan yang tak berdaftar.

3 comments:

ain fathihah said...

allah.. sedihnya baca

cimon said...

Moga Allah lindungi anak2 kecil dan berkati cikgu2 yg membimbing mereka. Aamiin. (^_^)

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
asianbet77.com

Download Disini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails