Wanita sinonim dengan kecantikan
lelaki pulak sinonim dengan kekacakkan
tapi kita selalu ja nampak wanita terlalu mementingkan kecantikan luaran mereka
mana taknya, duit dibelanjakan untuk barang2 make up, emas berlian, barang2 penjagaan badan dan kesihatan, produk muka dan badan lain pulak..tak sama. pendek kata dari hujung rambut sampai ke kaki guna macam2 produk campuran kimia yang kononnya boleh meng'upgrade' rupa fizikal.
Tak boleh gak nak salahkan wanita, mereka memang sukakan kecantikan..kamu2 si jejaka pon suka pada kecantikan kan?

Aku bukan nak cerita tentang produk kecantikan masa kini, diri sendiri pon tak berapa arif pasal ni. Kalau kamu perasan, perempuan dan cermin tak dapat dipisahkan. Dimana ada cermin di situ terlekat perempuan. Lagi besar cermin lagi bertambah kadar lekatan. Faham kan?. ..kalau tak faham meh aku bagi contos..
Pernah tak kamu jalan2 bersama wanita dan dia perbetulkan tudung atau rambut secara tiba2 ketika bercakap-cakap dengan kamu? ..itu tandanya dia ternampak kelibat cermin ketika berjalan.
Perasan tak wanita selalu bersiap lambat daripada lelaki? salah satu puncanya ialah mereka selalu meluangkan masa yang lebih untuk melihat cermin. Sebelum siap tengok cermin, semasa bersiap mestilah kena ada cermin dan selepas siap pon kena tengok cermin dari atas sampai bawah, nak tengok apa benda yang tak complete.
Ketika kamu berjanji temu dengan si dia, pernah tak kamu tunggu si dia untuk ke tandas?..agak2 berapa lama kamu tunggu? kalau lama, mungkin si dia tengah melagha (mekap) depan cermin. atau mungkin si dia sibuk bergambar di dalam. Almaklumla dalam tandas kan banyak cermin dah tu besarrr punya..
si gadis pon apa lagi, keluarkan dslr lalu muncungkan bibirmu dengan gaya peace serta statik sebentar.
lantas pancaran sinar dari kamera menyelubungi ruang tandas...meriangkan hati si gadis..
Si jejaka di luar pula menunggu dengan penuh kesabaran..hehe
Itu la sebabnya yang aku rasa kenapa perempuan sangat dekat dengan cermin. Bagai aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku, atau pon bagai cermin di dalam tandas...eh, macam tak pernah dengar ja..
* ini pandangan peribadi aku, kamu lak macam mana?..dekatkah hatimu dengan cermin?..macam mana pula lelaki nak maintain kekacakan kamu? atau pon kamu dah tersedia cermin dalam poket?..hehe
