Monday, May 3, 2010

Perempuan dan cermin

Wanita sinonim dengan kecantikan
lelaki pulak sinonim dengan kekacakkan
tapi kita selalu ja nampak wanita terlalu mementingkan kecantikan luaran mereka
mana taknya, duit dibelanjakan untuk barang2 make up, emas berlian, barang2 penjagaan badan dan kesihatan, produk muka dan badan lain pulak..tak sama. pendek kata dari hujung rambut sampai ke kaki guna macam2 produk campuran kimia yang kononnya boleh meng'upgrade' rupa fizikal.
Tak boleh gak nak salahkan wanita, mereka memang sukakan kecantikan..kamu2 si jejaka pon suka pada kecantikan kan?
Aku bukan nak cerita tentang produk kecantikan masa kini, diri sendiri pon tak berapa arif pasal ni. Kalau kamu perasan, perempuan dan cermin tak dapat dipisahkan. Dimana ada cermin di situ terlekat perempuan. Lagi besar cermin lagi bertambah kadar lekatan. Faham kan?. ..kalau tak faham meh aku bagi contos..

Pernah tak kamu jalan2 bersama wanita dan dia perbetulkan tudung atau rambut secara tiba2 ketika bercakap-cakap dengan kamu? ..itu tandanya dia ternampak kelibat cermin ketika berjalan.

Perasan tak wanita selalu bersiap lambat daripada lelaki? salah satu puncanya ialah mereka selalu meluangkan masa yang lebih untuk melihat cermin. Sebelum siap tengok cermin, semasa bersiap mestilah kena ada cermin dan selepas siap pon kena tengok cermin dari atas sampai bawah, nak tengok apa benda yang tak complete. 

Ketika kamu berjanji temu dengan si dia, pernah tak kamu tunggu si dia untuk ke tandas?..agak2 berapa lama kamu tunggu? kalau lama, mungkin si dia tengah melagha (mekap) depan cermin. atau mungkin si dia sibuk bergambar di dalam. Almaklumla dalam tandas kan banyak cermin dah tu besarrr punya..
si gadis pon apa lagi, keluarkan dslr lalu muncungkan bibirmu dengan gaya peace serta statik sebentar. 
lantas pancaran sinar dari kamera menyelubungi ruang tandas...meriangkan hati si gadis..
Si jejaka di luar pula menunggu dengan penuh kesabaran..hehe

Itu la sebabnya yang aku rasa kenapa perempuan sangat dekat dengan cermin. Bagai aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku, atau pon bagai cermin di dalam tandas...eh, macam tak pernah dengar ja..

* ini pandangan peribadi aku, kamu lak macam mana?..dekatkah hatimu dengan cermin?..macam mana pula lelaki nak maintain kekacakan kamu? atau pon kamu dah tersedia cermin dalam poket?..hehe




21 comments:

penaberkala said...

lelaki pun perlu cermin gak
tp seminit dh cukup,haha
tak payah lama-lama

perempuan lama2 dpn cermin, mmg dh lumrah kot
biarkanlah mereka dgn cerminnya

/Dayah//Nurul/ said...

bercermin ala-kadar cukup :)

Lepat Pisang said...

Hm,
tentang cermin,lelaki dan wanita pun perlukan gak..cuma yerlah,kaum wanita kenalah handle masa kat cermin..selalunya kaum lelaki tak nak tunggu lama2..so kena berpada2lah mengadap cermin..

cimon said...

plg lama lelaki mngadap cermin ialah 2 minit kot...

tu pn ms nak shave misai...kalo jambang...xyah cermin pn xpe...

sikat rambut? - 2 seconds jek

kitorang mmg xsuke membuang masa...hahaha (^v^)

hafizmd said...

biase sgtlah..kadang kite yg tgk nie rimas juge..tgh buat kerje pun sempat lagi betul2 tudung situ sini..hehe

nasib baik org rumah saye taklah sgt melekat kt cermin..natural beuty gitu..cewah..hehe

f_aRa_aINa989 said...

mira, tudung kita betul x??
=p

rizputra7 said...

betul tue..hampir 90% perempuan suka ambik gambar dalam tandas yang ada cermin besar punya sambil memuncung mulut yang dikatakan ciut hehehe peace jangan marah yer (girl2) hehehe

amirah said...

penaberkala: lelaki sgt jimat masa, seminit pon dh ckup utk tampak ensem..hehe

/Dayah//nurul/: ya..itula sepatutnya

amirah said...

Lepat Pisang: tu la psl, lau cm2 kena set time bila ngadap cermin..senang skit

cimon: erk...okla lelaki sgt pro dalam berciap..kejap sj..aku salute bab ni psl lelaki...smpai shave pon xyah cermin...wohoo :p

amirah said...

hafizmd: natural beuty lg cun..untungla org rumah jns xlekat cermin lau x lama la tggu diorg ciap kan..

fara_aina: waduh2...aina xyah cermin, tanya i aja :p

amirah said...

rizputra7: 90%..btl kah?..lau cm2 ramai gakla ek...hehe

Aidi-Safuan said...

hahaha... tak pernah mengalami semua situation yang anda citer. sebab xde gf. hehe.. :)

amirah said...

Aidi-safuan: untungla..xdalah rimas kan..haha..
btw,thnx komen :)

Fiq said...

seeloknya cermin diri bkn dr segi fizikal ttp dr segi rohaniah: mana yg baik diteruskan, mana yg tak elok ditingall dan dibaiki. itu baru la erti cermin diri sebenar=)

amirah said...

Fiq: aha betul..tula yg sepatutnya kita cermin. luaran tu sementara sj.dalaman yg kekal dan terjamin =)

psychopath said...

lelaki hanya perlukan senyuman misteri. huhuhu.

amirah said...

psychopath: cewahh..misteri tu..hehe

mie said...

cermin???
kadang2 je diperlukan...
kalau xde cermin pun boleh..
berdasarkan imaginasi..
heheheheee

amirah said...

mie: adehh..xtahan aku ngn lelaki, imaginasi sj yg dipakai...mantap seyh

seimura said...

nasib baik aku bkn spesis 'pantang nampak cermin, mesti berhenti'. huhuhuh..

amirah said...

seimura: hehe...kita serupa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails