Monday, December 13, 2010

Cinta cintun adalah segalanya

Bila sebut pasal cinta mesti ramai fikir cinta sesama manusia. Aku pon mcm tu. Tapi skop cinta semua orang dah tahu. Cinta itu sangat luas. Bila dah wujud perasaan sayang, kasih dan perasaan bila mana kita utamakan sesuatu dari diri sendiri, dari situ lah bermulanya CINTA. Cinta pada Pencipta, cinta pada Kekasih-Nya, cinta pada manusia, cinta pada flora dan fauna dan tak lupa juga cinta pada kebendaan. Cuma apa yang membezakan semua cinta-cinta ni ialah subjek yang dicintai dan sama ada cinta itu hakiki atau tidak. Semua punya akal dan fikiran untuk membezakan yang mana cinta hakiki dan yang mana cinta sementara. Mungkin bila terlalu mengagungkan cinta yang tidak hakiki, kita telah menutup akal daripada menilai sesuatu yang baik atau tidak.


Cinta pada Pencipta
Ini lah cinta yang hakiki. cinta kepada segala cinta. Setiap kali kita "tersasar di jalan-Mu", kita kembali 'cinta' padaNya. Kita kembali ingat padaNya. Kita kembali taat kepada perintahNya dan jauhi laranganNya. Dia tetap menerima hambaNya kerana cinta-Nya melebihi cinta kita kepada setiap makhluk.


Cinta pada kekasih-Nya 
Nabi Muhammad s.a.w kekasihNya. Masih ingatkah kita pada pesanan Nabi Muhammad? Berpegang pada al-quran dan sunnah baginda. Nabi Muhammad senantiasa mengingati kita, imbas kembali saat kematian baginda sudah cukup nyata, ummati..ummati...ummati...Ingatkah kita pada baginda?berapa kali kita ingat pada baginda dalam sehari?.mari sama2 kita selawat ke atas Nabi Muhammad, dan tanam cinta kepada baginda.


Cinta pada manusia
Cinta pada ibu bapa, cinta pada ahli keluarga dan cinta pada manusia sekeliling. Cinta yang tak pasti. Selagi hayat di kandung badan, selagi nilai kesetiaan berpegang teguh di sanubari, insyaAllah cinta itu dapat bertahan. Pertahankanlah cinta pada yang hak. 


Cinta pada flora dan fauna
Yakni cinta pada makhluk yang lain. Haiwan dan tumbuhan selayaknya dicintai kita (manusia), sebagaimana telah termaktub di dalam al-quran bahawa kita lah khalifah di bumi ini. Untuk apa angkuh pada haiwan dan tumbuhan? kita sama2 menghuni bumi ini dengan izinNya. Tanamkanlah kecintaan kita pada haiwan dan tumbuhan, jangan lah kita menyeksa haiwan, jangan lah kita mematikan hayat tumbuhan sesuka hati. 


Cinta pada kebendaan
Satu-satunya cinta pada sesuatu benda bukan hidup. Juga cinta yang tak pasti. Selagi mana sesuatu itu memberi faedah pada sang pencinta, selagi itu mugkin cinta bertahan. Tapi awas, jangan sampai cinta ini menandingi cinta hakiki buat Pencipta sekalian alam. Andai cinta kebendaan ini tidak membawa kemudaratan pada kita, cintai lah ia secara sederhana. 


Cinta sangat manis. seperti gula-gula, tapi bila ianya diragut, kita menangis. Tapi ingat, bila kita menangis, ada yang lebih cintakan kita. Kita sendiri tahu :)


Kadang-kadang Allah sembunyikan kita matahari
Dia datangkan pula kilat dan guruh
Kita tertanya-tanya kemana hilangnya matahari
Rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi 



* Tetiba terdetik dan punya idea nak menulis tentang cinta bila terbaca luahan kenalan.
* Nasihat buat adik2 yang kecundang dengan cinta manusia terutamanya dan peringatan buat semua, cinta adalah segalanya tapi segalanya bukan cinta. 

 
 
 

 

16 comments:

Unknown said...

jom bercinta jom..haha

moon said...

Cnta pada Yang Esa kkal abadi...=)

penaberkala said...

uish, bagus entri ni
sarat dgn mesej dan pesanan

cintan cintun, maggi cintan ada? haha

Seimura said...

cinta oh cinta. yang pasti bukan 'chenta' yg kat tv3 tu. dislike.

cimon said...

alangkah indahnya hidup ini...kalo cinta kita ikhlas sume kernaNya.

(^v^)

Lee said...

Hi Amirah, nice blog. Love will come when you least expect it.
So smile. Never can tell who's falling in love with your smile.
Have a pleasant week and keep a song in your heart. Lee.

mie said...

kebanyakkan cinta kepada kebendaan ke??
hehee

amirah said...

E.d.Y: jummmmmsss...:)


moon: yup :)

amirah said...

penaberkala: terima kasih ya..nak megi cintan ka?oke entry seterusnya megi cintan buat penaberkala..hak2


seimura: chenta tv3 xpenah tgok pon.btw, mmg xsuka la crta drama meleret .hehe

amirah said...

cimon: moga kita semua mencuba ikhlaskan diri :)


Uncle Lee:thnx uncle lee,visit my blog. have a good day to you too :)

amirah said...

mie: mungkin ya..huhu

Unknown said...

hehe..nak cari calon jap

Mat Ganu said...

Cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri jadi mawar, mungubah cuka jadi anggur, mengubah sedih jadi riang, mengubah amaran jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibbah, itulah CINTA...

amirah said...

E.d.Y: heehe, xkan xda lagi kot edy =p


Mat Ganu: thnx atas komen :)

aye-na said...

belajar cinta diri sniri dulu sbelum cinta org lain..tp plg utama, cari cinta Dia, itu lebih kekal..

amirah said...

aye-na: insyaAllah :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails