Thursday, December 23, 2010

Kenapa perempuan harus fikir kecantikan???tell me whyyy

Salam hari jumaat. eh dah jumaat rupanya. Skodeng2 dari luar tingkap rumah, tengok ramai para jejaka, pakcik2, adik2 lelaki berpakaian kemas berbaju melayu menuju ke satu tempat. dalam hati terdetik " wah, kacaknya pakcik itu. wewitt" 


Okeh2, sudah2 la dengan pakcik tu, mari kita bicara pasal makcik perempuan pulak. tadi aku post sesuatu dalam facebook. statusnya " kenapa perempuan harus memikirkan kecantikan???" 


respon yg aku dapat " sbb perempuan tak memikirkan kehenseman "....hahaha


Kecantikan bukan setakat muka sahaja. perempuan ni kalau fikir kecantikan biasanya secara keseluruhan, kalau boleh dari hujung rambut hingga hujung nyawa hingga hujung kuku kaki. Tengok saja produk kecantikan wanita, perghh rambang mata nak pilih, jenama saja dan beribu riban. Itu baru kecantikan luaran, kecantikan dalaman tak kira lagi. 


Ayat klishey yang selalu kita dengar "perempuan dan kecantikan tak dapat dipisahkan", ada benar jugak ayat ni. memandangkan aku ni perempuan melayu tak berapa terkebelakang aku pun tak terlepas dari menjaga kecantikan. setakat cuci2 muka pun dikira menjaga kecantikan jugak kan?. aku tak la rajin nak tempek2 krim kecantikan segala, kadang2 rasa nak tempek  krim tu semua tapi tak rajin, kononnya tak ada masa dan tak kisah sangat sebenarnya kalau tak sapu krim muka. Bukan tak ada krim, cuma tak pakai.beli 50ml aja, kecik tapi dari awal semester sampailah dah habis semester pon krim tu masih tak habis =.= ..sekali lagi, untung pada sesiapa yg bakal bela aku di masa hadapan.hakhak.


So, kembali kepada persoalan, kenapa perempuan memikirkan kecantikan?? bagi aku yang utamanya  sebab nak tambah keyakinan dalam diri sendiri. Bila dah rasa diri cukup bagus berhadapan dengan orang, tiada cacat cela, keyakinan bertambah. Kadang2 walaupun ada seketul jerawat kat batang hidung, itu pun sudah mampu melunturkan keyakinan. Sebab tu la sesetengah perempuan cukup pantang dengan kehadiran akak jerawat ni, cepat2 pi watson beli krim jerawat.. tapi krim ni bukan terus berkesan hilangkan jerawat, so secara psikologinya, cakap jela pada diri "jerawat kat batang hidung aku ni sebenarnya penyeri muka"  T_T
Kesimpulannya, kalau dah namanya perempuan semua nak cantik. Walau 'sekeras' mana pun seorang perempuan, kecantikan mesti terlintas di kepala...kan2??




* hey ladies2 sekalian, kenapa kamu mahu cantik??
* hey lelaki2 macho sekalian, kalian fikir pasal kehenseman tak??

23 comments:

maCy said...

cantik tu penting. tp xperlu spend melampau. cantik tu maruah jugak sebenarnye. nampak kotor pun jadi tak cantik~

Ayesha said...

sebab nak cantik la :)

cikCEPET said...

kdg2 ta rase cantik pun xpe sbab da rase ckup kemas pun its enaf kn..
baru rse cnfident

:))

Seimura said...

tak cantik tak pe, janji bersih dan kemas. weee.

cimon said...

cantik tu rezki...kemas tu disiplin diri kan? (^v^)hehehe

mizz_aainaa said...

hehe.. mungkin sudah lumrah kehidupan sebegitu dan telah menjadi sebahagian daripada manusia untuk sentiasa memikirkan penampilan diri..

dan penampilan diri itu menggambarkan personaliti kita.. sebab itulah kita memikirkan kecantikan dan kehandsomeman.. hehehe

amirah said...

maCy: yup2, spend ikot kemampuan sudah la. :)


Ayesha: untuk apa nampak cantik??

amirah said...

cikCEPET: cantik itu tambahan, kemas itu perlu :)


seimura: maybe utk tmbahkan keyakinan.kemas dan bersih harus lah :)

amirah said...

cimon: yg penting kekemasan :)


mizz_aainaa: yezza, personaliti keywordnya...

THE LEKAT LEKIT STORY said...

even lelaki sekarang pun dah mula abses dgn kecantikkan.. cth terdekat tgk la di sekeliling kita. Tgk orang sebelah pun dah tau.. kekekeke. kalau pencuci muka tu mcm2 jenis. Aduhai.. ngalahkan bini dia lak

E.d.Y said...

tak hensem xpe...xcantik xpe..yg penting hati mau hensem/cantik..hehe

HaniffHarunHanafi said...

muka xcantek xpe..
hati tu penting.
jgn plak muka cantek tapi hati busuk mcm longkang. haish.

AiDa AzRyN said...

a'ah... betol3.. hehe.. :)

MuNsYi SaMa said...

Nak cantik mmg lumrah. jangan over sudah. tak nampak natural beauty yg Allah cipta tu nanti :)

f_aRa_aINa989 said...

ada perempuan x suka pd kecantikan??
pelik...

ザ-sylver-shooter said...

laki pandang yang cantik dulu..
hati, personaliti, inteligent,harta tu kendian2

menusuk hati said...

bertuah jg org y cantik ni kan..(Dalam proses memilih gadis2 cantik utk djdkn i3..)

JIJI YU said...

muahaha tak terpikir la plak nak hensem..

penaberkala said...

lumrah manusia, nak yg cantik-cantik dan sempurna di mata
padahal soal hati itu lbh penting

kenapa prempuan perlu fikir kecantikan?
sbb ia sebati dlm kehidupan
lgpun sbb lelaki tak leh guna cantik, nnt lain plak jadinya,haha
so, bg je la kat perempuan
yg penting kecantikan itu terlalu subjektif

amirah said...

THE LEKAT LEKIT STORY: eh yaka? lau da berkawin pon cm2? lau yang auwww tu xkisah sgtla lau mereka jgn kecantikan.hehe


E.d.Y: setuju. cantik dalaman lebih baik :)

amirah said...

HaniffHarunHanafi: yup, tapi kalau 2 2 cantik kira bonus la. :)


aida azryn: tQ :)


MuNsYi: yg berlebihan itu memudaratkan. sederhana itu memadai :)

amirah said...

aina: xda kot. at least mesti pk nk cantik w/pon 1 saat.hehe


sylver shooter: really??..patutla pompuan pk cantik dlu ;p


menusuk hati: cantik itu kurniaan berat.. eh cop, gadis2??banyak nmpk..hehe

amirah said...

JIJI YU: yaka? hehe....laki lain la pulak ;p


penaberkala: haha, lumrah ye?..biasa lah, yang menyerlah akan tertarik. lelaki xleh cantik, sbb nanti lelaki akan suka sama lelaki. harammm lor.hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails