Tuesday, May 3, 2011

Kalau lah bas ekspress itu tak sempat tekan brek......

Salam sayang dari kampung halaman pulau pinang

"Sebenarnya hati sangat risau risau risau. Moga perjalanan abah dan abang berjalan dengan lancar. Moga tiada masalah. Penang ke tanjung malim, sangat jauh, makan 4 jam jugakla. Mohon doa kalian juga ya. Terima kasih."
Ini perenggan entri sebelum ni. Mungkin betul orang cakap kalau kita terlalu risau maknanya ada sesuatu nak jadi.  Syukur "sesuatu" itu tak meragut nyawa kami bertiga (abah, abang, aku). Perjalanan abah dan abang ke tanjung malim selamat sampai, tiada masalah. cuma perjalanan pulang ada masalah. Berlaku kemalangan kecil tapi melibatkan kereta myvi(abah), viva(keluarga cina) dan bas ekspress yang dipandu bangsa india. Kemalangan 1Malaysia.

Sekarang bayangkan, kereta cina(viva) di depan sekali, kereta myvi (abah aku) di tengah dan bas ekspress (india) di belakang. Highway bergerak perlahan, viva berhenti, abah pon berhenti belakang viva dan jarak antara viva(cina) dan myvi (abah) agak dekat. Bas ekspress di belakang pon berhenti mengejut dan terlalu dekat dengan myvi(abah) sehingga terlanggar bumper belakang kereta myvi (abah). Masa tu aku duduk di belakang kereta.abang sebelah pemandu(abah). Terasa impak bas ekspress langgar bahagian belakang kereta.Menakutkan. Bas ekspress yang besar gedabak langgar kereta myvi yang kecik dan xda bontot. Syukur bas ekspress sempat tekan brek itu pon masih berlanggar. Kereta myvi (abah) pulak berlanggar dengan kereta viva di depan (yg dipandu cina). Tapi dalam kes ni, keret abah paling teruk kerosakan. Pintu driver tak boleh bukak, lampu belakang pecah , bumper depan dan belakang lari maksudnya kedudukan body myvi berinjak ke depan sedikit.

Ketiga-tiga pihak berhenti tepi jalan dan berbincang. Semua sepakat memang abah tak bersalah, pemandu bas yang bersalah. Nak setel luar tanpa libatkan polis. Tapi last2 abah laporkan jugak kat polis bukit mertajam. Setel luar tak menjadi walaupun dan janji itu ini.

Tapi syukur bas ekpress sempat tekan brek. Kalau lah bas ekspress itu tak sempat tekan brek...

Mungkin aku dah tiada
Takda lagi nama Nur Amirah dalam senarai nama budak Biologi AT16 semester 8
Tak sempat aku berpraktikel di SMK Taman Ria Jaya, Sungai Petani Kedah pada 8hb ni
Tak sempat menjadi guru
Tak dapat jadi roomate Ruby kat rumah sewa kita nanti
Tak berpeluang menjadi graduan Upsi dengan ijazah sarjana muda pendidikan Sains

Macam-macam lagi sebenarnya nak dibuat andai diri ini dah diambil nyawa. Biar nyawa ini diambil dulu daripada abah dan abang andai sesuatu terjadi. Aku lebih sayang "nyawa2" itu.

5 comments:

cik QT a.k.a QasehThya said...

Alhamdulillah...
amira n family selamat..
moga2 ia menjadi ingatan tentang hidup mati ditangan tuhan..

>QT pernah mengalami kejadian y hampir serupa..<

ain fathihah said...

sob...1st time touching baca entri hg. wowowoo

Eye_nee said...

Kemalangan boleh berlaku tanpa kita duga kan...sejauh mana kita berhati2 pon kdg berlaku juga..kalau bukan kita melanggar kita dilanggar pula..apa2 pon syukur Allah masih memnjang umur kamu tuk kamu..tersenarai budak Biologi AT16...semoga sempat berpraktikal..sempat jd guru dan beroomate kan ruby..dan berpeluang menjadi grdauan UPSI...InsyaAllah...

cimon said...

alhamdulillah...nasib power rangers pink nih selamat...huhuhu (T_T)

MuNsYi SaMa said...

alhamdulillah xdak ape2 jadi. jadi pengajaran utk masa depan supaya lebih hati2 nnti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails