Thursday, June 16, 2011

Jatuh cinta pada amanat setinggi gunung, seluas angkasa.

Ponnn ponnn Cikgu Mira lalu terkedek-kedek

Sekarang dah masuk minggu keempat aku menjalani latihan mengajar/praktikal di SMK Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Dan hari ini aku baru mula mengajar dan menjadi guru sebenar.hehe. Sebelum ni depa tengah exam dan aku cuma masuk kelas relief dan sekadar buat aktiviti kuiz-kuiz saja. Belum mengajar secara real dan hari ini aku telah merealisasikan tugas sebagai guru pelatih secara rasminya.yey!

Biologi tingkatan 4 = 8 waktu
Pendidikan jasmani dan kesihatan tingkatan 3 = 2 waktu
Total = 10 waktu mengajar dalam seminggu

Saja nak kongsi refleksi mengajar hari ini

Hari ini aku mengajar tentang "ENZYME", subtopik bab 4. Pengajaran kami bebudak Biologi biasanya menggunakan slide powerpoint. Kebetulan hari ni takdak elektrik sekitar kawasan taman ria so aku tak boleh on laptop dan guna LCD. takpa takpa just mengajar tanpa guna slide.

cikgu: mintak sorang tolong baca apa definisi enzyme dalam buku teks
Firman: enzymes are protein molecules made by living cell, acting as catalysts and speed up the rate of biochemical reactions

cikgu: ok excellent! thank you

aku pun tulis la definisi enzyme kat depan

cikgu: yang di belakang nampak tak?
firman: nampak aih cikgu, tulisan cikgu besaq gedabak

Alhamdulilah apa yang dirancang hari ni menjadi. Learning outcome tercapai iaitu apa yang dirancang untuk mengajar dapat dijalankan cuma tak sempat buat latihan nak tau depa betul2 faham atau tak..nanti kang aku syok sendiri lak.wakaka.


p/s: Jatuh cinta pada amanat setinggi gunung, seluas angkasa.

9 comments:

Unknown said...

ahah.selamat menjadi cikgu le weh..

Mr. Asada said...

selamat menjadi cikgu. semoga jadi cikgu yang dedikasi dan cikgu yang disayangi.. :)

musya said...

gudluck cikgu mira ;) -syakila-

cimon said...

powerzz cikgu...semoga berjaya!!

(^v^)

penaberkala said...

arghh, bestnya jadi cikgu
subjek kimia ada kekosongan ke tak? haha

Menusuk Hati said...

saya pun nak jadi cikgu.sila tunjuk ajar..

Chipcoklat said...

Salam perkenalan,

walau pun bukan dalam bidang cikgu..tp dulu sempat saya jd cikgu jgk.. mase tu saya GSTT.. mengajar budak darjah satu..hehehehe..

syok layan bebudak..tp x leh nak layan sgt..nnt diorg x respect..

Sadun said...

waa, cigu..tiba2 rindu bio pla masa muda2 dlu..hehe

Kara Kitchen said...

Lovely blog yyou have

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails