Friday, July 8, 2011

Mangga(paddle lock), 6 jahitan dan hospital

Jarum jam menghala ke pukul 9.30 pagi, lagi 20 minit waktu PJK kelas saya akan berakhir. Tak semena-mena terdengar teriakan pelajar saya

pelajar perempuan: cikgu cikgu cepat!
saya: kenapa?
pelajar perempuan: cikgu cepatlah! (sambil menangis teresak-esak)

Saya bergegas mendapatkan pelajar tersebut, dia sedang memangku kawannya. saya pergi lebih dekat, ingatkan pelajar itu pengsan rupanya tidak sama sekali. Tudung pelajar itu, intan namanya, berlumuran darah, macam air paip mencurah-curah. sangat banyak darah yang keluar sehinggakan terkena kawannya (husna). saya terus panggil cikgu berdekatan. ramai pelajar dan guru-guru berkerumun di sekeliling kami. saya bertanya husna apa yang berlaku

Husna: cikgu ada orang baling mangga(paddle lock) kat intan cikgu...banyak darah ni cikgu..(menangis teresak-esak)
cikgu: sapa yang baling? kamu nampak tak?
Husna: tak nampak cikgu, tapi ada orang kata budak lelaki kelas 313( kelas paling hujung dalam tingkatan 3)

Guru lain segera telefon ambulans, agak lama jugak ambulans nak sampai ke sekolah. Husna yang sedang memangku Intan sedang tekup kepala intan yang berdarah dengan kain sambil membaca surah supaya darah tak ligat mengalir. saya pula cuba beri kekuatan pada Intan, saya berkomunikasi dengannya agar intan tak menutup mata, dalam erti kata lain supaya intan tak pengsan.

saya: intan tengok cikgu, jangan tutup mata
intan: (matanya melihat saya)
saya: intan dengar tak apa yang cikgu cakap?
intan: (mengangguk)
saya: lepas ni waktu apa?
intan: bahasa melayu
saya: cikgu mana ajar?
intan: cikgu.........(saya tak ingat nama cikgunya)
saya: intan pening-pening tak?
intan: tak cikgu..sakitttttttt

Macam-macam saya tanya intan, semua tu bagi melengahkan masa ambulan tiba, dan bagi mengelak intan menaggung kesakitan yang amat. ada cikgu menyarankan untuk membuka tudung intan. kami pun buka perlahan-lahan....

Kepala intan atau spesifik lagi di bahagian atas dahi sebelah kanan, saya nampak lubang...ya lubang yang agak dalam dengan lekukan yang agak besar. semua di situ mengucap panjang. saya menahan air mata. manakan tidak, saya betul-betul dihadapan intan sambil memegang tangannya.

saya: intan, kecik saja luka intan tu, cuma darah intan ja keluar banyak, jangan takut, cikgu ada dengan kamu
intan: (hanya mengeluarkan air mata)

Ambulans pon datang dan seorang lelaki telah membalut kepala intan dan saya meminpin intan masuk ke dalam ambulans dan dia dibawa ke hospital sultan abdul halim. saya dipelawa naik ambulans tapi saya menolak, dan guru yang bertugas menggantikan saya. saya bersama guru bertugas lain bergegas ke hospital.

Kami menunggu di hospital sehinggalah intan keluar daripada zon kuning(separa kritikal). Dahi intan dijahit sebanyak 6 jahitan. ibu bapa intan turut bersama dan alhamdulilah ibu bapanya memahami kejadian yang berlaku ini adalah kemalangan. intan dibawa pulang oleh ibu bapanya.

Di sekolah pulak, suspek telah berjaya dikenalpasti. suspek mengaku membaling mangga secara tak sengaja dari tingkat satu. intan berasa di tingkat bawak waktu itu. waris suspek dihubungi dan suspek dikenakan hukuman rotan dan dimerit. Suspek merupakan pelajar yang mempunyai masalah disiplin dan hanya menunggu masa untuk dibuang sekolah.

saya kasihan pada intan, pelajar yang baik dan tiba-tiba semua ni berlaku pada dirinya. moga intan tabah atas ujian ini dan mari kita sama-sama berdoa agar intan cepat sembuh dan dapat menjalani percubaan PMR pada bulan depan dengan baik. insyaAllah.

lebih kurang besar ni mangga tu, cuma dia tebal sikit dan warna hitam
bayangkan dari tingkat 1 hingga ke bawah dibaling, impaknya kuat.

12 comments:

mizz_aainaa said...

gila ah student tuh.. kalau dapat ngn ak da ak cekik2.. hehe..

Ruby said...

terkejut aku bila ain cerita pasal ni waktu aku balik hari sukan tempoh hari.
eh, bila nak balik ni???hehe

ASaDa RyutaRo said...

saya baca dengan penuh debar dan membayangkan darah yang banyak keluar. uhh.. kalau dah sampai 6 jahitan, mmg besar betul lah luka tu.

mesti berbekas sampai bila-bila tu. sedangkan luka di dahi saya 1 jahitan pun nampak sampai skrg, apatah lagi kalau 6 jahitan.

rasa geram pulak dengan budak yang baling mangga tu. tak pasal2 orang lain yang dapat susah.

ain fathihah said...

masa dengar hang cerita hari tu, ngeri wehhh

JIJI YU said...

wohhhh....best ni..ni lebih jadi cikgu.tetibe leh jadi misi..

carnolia said...

harap intan cepat pulih..saspen tol cite nih...

penaberkala said...

uih, parah tu
kesian plak kat intan
tak semena-mena dh berjahit 6 di dahi
macam2 budak sekolah, zaman nakal2 la katakan

♥GAdiSMeRaHJaMbU♥ said...

perghhhhhh
aku dapat imagine. sakit gilaaaaaaa T_T

cimon said...

6 jahitan? gilerr...

luka kat kepala aku yg 1 jahitan nie dulu pon masih berbekas... mangkuk tul budak tuh... bak sini mangga tuh - aku nak baling kat kepala mamat tuh, baru adil!!

(T_T)

the only xeyra ,,, said...

terkejut berok ! ><

the only xeyra ,,, said...

terkejut berok ! ><

BuDaK cOmOt said...

pergh..ngerinya....kalau comot jadi cikgu mira..kompem comot yang pengsan dulu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails