Macam mana wujudnya perasaan cinta?
Adakah dari mata turun ke hati?
atau dari mata turun ke nafsu?
Jawapan yang biasa cuping telinga ni dengar mesti dari mata turun ke hati. Macam mana? oke, mula-mula kita usyar (perhati) mamat nih dari jauh. Kemudian timbul rasa suka tengok, bila dah suka mesti nak lagi kan? Pastu tercari-cari di manakah jejaka itu. Dalam hati mula berdoa moga-moga ada jodoh dan dapat ketemu lagi walaupun hanya selisih. Lebih kurang macam kes admire aku hang la di zaman seolah dulu-dulu.
Lepas tu proceed ke peringkat seterusnya, peringkat ni lebih daring sebab kena berani. Berani untuk sengih-sengih pada mamat tuh. Bila dia balas sengihan anda pasti dalam hati meronta-ronta rasa gumbira. Maknanya ada peluang, dia nampak aku XD.
Proses berhenti di situ, setakat ni memang nampak sangat tengah syok sendiri. Untuk move ke peringkat aras tinggi dah tak mampu, sebab tak berani nak bercakap dengan mamat tu. Yelah takkan tak kenal tetiba nak tegur? nak nak kalau perempuan yang tegur lagi lah dalam mimpi.never.. melainkan anda seorang gadis yang punya self-esteem diri yang tinggi. Selamber je boleh tegur direct "awak-awak, saya teringin nak berkenalan dengan awak" ...ada bran ke kak??
Tabik kat gadis yang gila bran macam tuh. tak mustahil.
Itulah dalam cinta orang kata bermula dari mata. Mata melihat dan terpesona. Ada hikmah agama kita menjaga pandangan mata. Untuk elak semua benda ni daripada berlaku. Perempuan adalah kelemahan bagi lelaki. Perempuan sekarang mencabar. Perempuan yang merenung lelaki, lelaki pulak yang tunduk. =.=
"Pandangan mata seorang wanita lebih tajam dan merbahaya daripada tembusan panah yang berbisa. Oleh itu awasilah selalu agar jangan terkena panahan matanya"
1 comment:
Susah nak membezakan pandangan wanita...samada ianya sekadar tatapan ataupun keinginan.That's why sang lelaki tidak memberi respond selanjutnya coz takut tersilap tafsir-malu. (^v^)
Post a Comment