Tajuk entri macam nak promote bendalah kosmetik ja tp bukan2, aku cuma nak kaitkan wanita dengan kecantikan, keayuan dan kelembutan.....ohhh....semua orang tahu trademark asal seorang wanita iaitu cantik, ayu dan lembut. Aku nak bagi model utk di'refer' pon xtau nak cakap siapa, xkan nk calonkan diri sendiri kot??hehe.
Aku punyai sepasang mata, aku lihat posisi kanan dgn menoleh kepala 60 ̊̊̊ dan seperti biasa aku kecewa sbb yg berada di depan mata cuma lah kaum sejenisku. Kat kampus aku ni susah betul nak skodeng jejaka, nak2 dalam fakulti sains dan matematik lagi la payah nak jumpa kumbang, berapa ekor je pon.hahaha...k lah itu perkara penting yg perlu ditolak tepi buat sementara waktu.
Selalu sangat aku kita dok tengok kaum yg xsejenis dgn kita so apakata kita perhatikan kaum sejenis kita sendiri. Nak cerita tentang pandangan aku terhadap wanita dari segi luaran. Semua suka pada kecantikkan. Suka tengok sesuatu yg cantik dan sedap mata memandang..
Bila tengok teddy bear/patung2 mula la ckp
“cumillllllnyaaaaa bear yg plg besaq tu”
Tengok baby orang
“cuteeeenyaaa,,rasa mcm nk cubit2 pipi baby tu”
Tengok edward cullen
"hensem gile weh, kalaula dia jdk bf aku" (geli-gelimat aku)
Kawan aku pernah ckp “semua org suka benda yg cantik2 ja, habis tu yg xcantik ni mcm mna?xdak sapa pon nak”...(ambik kat ang jela cm2..hehe)
Wanita sangat manis dipandang sekiranya dia menjaga penampilan, tingkah laku dan adat ketimuran. Aku sendiri suka pandang sesuatu yg cantik dan kacak. Agak kurang manis bila ternampak gadis yg sedikit terkinja-kinja semasa berjalan. Tunjuk kejantanan diri lebih drpd sang lelaki, pakai rantai besi di leher dan tangan, tindik hidung, cakap kasar dan xberlapik, pakai eyeliner setebal mungkin bg nmpk ganas dan mcm2 lagi la. Mungkin itu salah satu cara si gadis tutup kelemahan diri.
Apa2 pon gadis yg nmpk kasar dari luaran mungkin lembut secara dalaman. Gadis yg lembut dari luaran pula mungkin punya keras dan kental di dalamnya. So jangan pandang wanita sebelah mata tp pandang 2 2 belah mata. Bagi lelaki, kamu suka tenung2 si gadis tp awas pandangan mata kamu jgn sampai ke bhgian dada. Jgn bagi alasan yg kamu sedang menghayati salah satu keindahan wanita pulak ya..hek2.
15 comments:
tak ikut sangat perkembangan artis, tapi abar yang bawah tu memang tak patut
terbaru dari saya : tidak pandai berniaga
yg cantik2 itu indah..yg kurang cantik pun ada keindahannya tersendiri
sure thing~cantik itu kan subjektif...bagi sesetengah org,mereka menilai 'cantik' melalui akhlak dan tataterbib..same goes to me.Fizikal akan hilang kan..so,it's just an additional..a bonus ;D
Saya nak update blog hari-hari.Mind to read? :)
aisey mira..
tak kena la ayat kt bwh tu bg sorang pompuan. mcm reflek kat diri si pengcakap *ade ke si pengcakap?*
peace no war.
Amirah, haow r u?
Dunia dalam ada macam2 cerita. =)
cilake farid kamil usya brg baik punya...awek guwa tu...kihkihkih
haha, pesanan kepada lelaki
cantik luaran itu tidak penting
cantik dalaman itu lebih utama
tajuk entry xbleyy blah!
hehehe (^v^)
p/s: mata lelaki slalu je terbabas
hehehe (^v^) *peace no war*
susah nak cari wanita leh dijadikan calon isteri skrg..huhu
cntik tu subjektif..
bkn semua yg kita nmpak cntik,org lain pun nmpak cntik..
yg pasti, mnusia adalah secntik2 dan sebaik2 kejadian yg ALLAH ciptakan..
:)
wei,mira.. geli aku tgk gmbq tu..
huhu~
a kl citizen: sy pon xikot jgk...gmbr sekadar terjemahan ayat last tu..tq singgah :)
ain: betul3..hehe
iqbalsyarie: emm...secantik-cantik manusia adalah dr akhlaknya ..tq
farhan ali: huhu...xdala, juz org bg reason cmtu..tq singgah
iris: kabar baekk..hehe
afiq aiman: haha...awek lu dlm mimpi kot =P
penaberkala: ya termasuk pesanan buat kamu =)
cimon: ehem2...terbabas ke mana tu ya?hehe...so jaga2 la
E.d.Y: yaka??apa2 pon berusaha!hehe
ismiaisha: hehe...geli ka?ok aja kot =P
Post a Comment