Makin lama makin meningkat umur kita cuma kadang-kadang kita tak perasan pun. Bila new year saja baru lah teringat "eh aku dah 23 tahun la, cepatnya masa berlalu" ...itu kata-kata budak umur 22 tahun la yek, kalau sekarang umur 25 tahun so kena cakap "aku dah 26 tahun, sila tangisi keadaan" hehe...tak lah sampai nak menangis ye dak. peningkatan umur sesuatu yang harus, andai kata umur tak meningkat maknnya faham-faham jela.
Aku sedar, ada perubahan pada diri bila umur dah meningkat. kalau tengok gambar dulu dengan sekarang memang tak nampak perbezaan sangat. aku masih biasa macam dulu. kawan-kawan yang lain...perghhh tak payah cakap ah, macam model pun aderrr..haha. perubahan diri yang aku maksudkan ni macam kehendak diri..
Dah umur 22 tahun ni baru lah terasa macam wanita. Sebab aku teringin nak pakai hand bag. yaaa sila jangan ketawa. Dulu masa remaja belia seriusly mati-mati takmau pakai hand bag. siap kata lagi "aku takkan pakai hand bag" ...sekarang ni bila masuk shopping mall, mata on the spot nampak hand bag jer..haha
fokus kepada keterujaan di situ
Lepas tu aku teringin nak pakai perhiasan. umur dah 22 tahun baru rasa teringin. sebelum ni pakai pun cuma waktu hari special macam hari raya..haha..sangat lah nak menunjuk di kala raya..itupun kalau ingat la, tapi biasanya tak ingat pun nak pakai bndalah tuh.hehe
on da spot teringat poh kong.haha
Lagi satu benda yang tetiba teringin ialah make up dan cantikkan muka.haha..aduh susah woo jadi perempuan. kalau lelaki tak payah fikir cantik2 ni. aku ni jenis tak make up pun...pergi kelas serabai je. tempek bedak 2 3 kali, pakai tudung instant pastu chow ke kelas...takdanya nak lilit-lilit bagai sampai terjerut leher,wakaka.
Last but not least (ayat ni biasa orang guna bila sesuatu itu bakal berakhir) aku perasan ada perubahan pada pemikiran. this is the most important thing when you grow up tuan-tuan dan puan-puan. takkan umur dah 23 tapi perangai macam budak 16 tahun?? yaaa itu aku bila kat rumah. serius tak matang.kalah adik aku umur 14 tahun =.= tapi di luar rumah maintain cool.hehe..
p/s : jum kongsi ukuran kematangan anda!
4 comments:
kadang2 kita rasa masa berlalu begitu pantas.. sedar tak sedar dah masuk umur 20-an..
mekap?walau dah tua bangka ni memang aku tak gemor nk mekap..malas..ahaha..
bila dah keje ni, rasa macam matang gila. padahal, umur baru berapa. mungkin faktor orang dan environment sekeliling kot. =)
ohh 23 tahun ye...rasa macam sebaya...atau tua setahun...
sama stdy dengan faina lah ya?
All the best :)
Post a Comment