Saturday, March 13, 2010

memanfaatkan teknologi sepenuhnya



Tajuk macam karangan budak sekolah tingkatan 3
Teknologi ada macam2, ckp ja dari segi ap?
komunikasi? mencari maklumat? perindustrian? penyiaran?
macam-macam ada

cuma adakah teknologi ini hanya memberi kelebihan pada kita?
oh sudah tentu tidak,
'kalau nak bini cantik mesti terima sikapnya yg queen kontrol'
lebih kurang cm2 la situasinya...ada baik ada buruk
yang baik dijadikan teladan, yg buruk dijadikan sempadan

Situasi 1:

on ym..(aku tegur classmate, syadida nama diberi)

aku : salam, dida
dida : salam..ya
aku : apa nama simposium kita?
dida : xtaula...ain xkan xtau
aku : hehe..k2...aku ym ngn dia lak
dida : bukan ka 1 rumah?
aku : aah, bilik asing-asing
dida : tudia aih...menggunakan teknologi utk berkomunikasi
aku : mesti...hehe

Situasi 2

'tut..tut....new message from aina celcom'

aina : mira, mira nak masak nasik ke nak hangatkan lauk?
aku : aina katna?
aina : kat bilikla...malas nak g sana...hehe
aku : ceh....meh aku masak nasik
aina : haha...kite dh rendam periuk td..

sebenarnya bilik kami sebelah-menyebelah saja


Skrg ni semuanya mudah...kalau fikir cara berkomunikasi org dulu2 lagi payah...nak2 org zaman batu..ciap bagi isyarat asap g...ingat senang nak nyalakan api utk keluarkan asap? susah woo..profesional ke x makan masa gakla. nak kena cari kayu la, batu la, pastu kena cari tmpat yg selamat dr binatang buas.

skrg ni dh xperlu kot nak wat cm2. semua dh ada handphone kan?? taip2 dlm 1 perenggan pastu sent..abis cerita..lain la kalau nset xdak kdt, itu dh lain cerita.

teknologi ni byk kebaikan dan ada gak keburukan dia. contohnya, bila semua kerja menjadi mudah, manusia akan berubah menjadi malas. cuba tgok org dlu2..bukan main fit bdn dia, sebabnya dia rajen ke hulu ke hilir mencari sumber utk dia hidup. kita pon cari gak sumber tapi kes dia lebih adventure la..hehe..redah hutan sana-sini, pnjat pokok, redah sungai..mau x adventure cm2?so kesimpulannya, manfaatkan teknologi sebaik mungkin dalam erti kata lain guna utk bnda2 baik je la k......choww...











Lagi-lagi FB, rileks dulu


Jadi, entri kali nie santai2 skit
cerita tentang 4 sekawan dan cerita ni ada pengajarannya...
baca jumm~ (sila baca ayat demi ayat agar terkesan di hati..ngeh2)

This is a story about 4 people named
EVERYBODY
SOMEBODY
ANYBODY &
NOBODY

There was an important job to do &
EVERYBODY was asked to do it
EVERYBODY was sure that SOMEBODY would do it
ANYBODY would have done it
but NOBODY did it
SOMEBODY got angry because it was EVERYBODY's job
EVERYBODY thought
ANYBODY would do it
but NOBODY realise that
EVERYBODY wouldn't do it
it end up that EVERYBODY blamed
SOMEBODY when
NOBODY did what
ANYBODY could have done


p/s: kesimpulannya???


Thursday, March 11, 2010

'Berkhalwat' dalam facebook?


Terdapat segelintir pasangan kekasih berbangga memaparkan gambar mereka berpeluk dan 'berkepit' dengan pasangan masing-masing di dalam laman sosial Facebook. Mungkin sudah tiba masanya, pihak jabatan agama Islam negeri-negeri mengambil pendekatan baru dalam menangani gejala rosak akhlak masyarakat Islam hari ini. Kaedah lama seperti mengintip, menyerbu dan menahan pasangan bukan muhrim dalam operasi-operasi yang dijalankan boleh diteruskan, tetapi tambah satu lagi kaedah iaitu menahan pasangan yang 'berkhalwat' di dalam Facebook. Bukti yang boleh dikumpul adalah gambar-gambar ghairah mereka yang dipos ke dalam laman sosial itu untuk tatapan ramai. Rasanya, ia sudah cukup untuk mengheret pasangan terbabit ke muka pengadilan di bawah undang-undang syariah.

Selain gambar-gambar berpelukan, terdapat juga gambar-gambar mereka yang sedang menikmati minuman keras.Keberanian mereka itu adalah kerana mereka menganggap apa yang dilakukan itu bukanlah satu kesalahan dan memalukan. Lebih merosakkan apabila ada komen-komen yang mengajak rakan-rakan Facebook lain untuk turut sama meneguk arak pada majlis yang bakal diadakan.

Nampaknya, pencipta laman sosial Facebook berjaya dalam misinya untuk merosakkan umat Islam. Seiring dengan perkembangan zaman, pelbagai cara telah dan akan dilakukan oleh pihak Barat untuk melemahkan umat Islam. Dalam menepis cabaran ummah hari ini, apakah daya kita untuk menyelamatkan ummah agar tidak terus hanyut ke dalam kancah maksiat yang diimport dari Barat.??

Wednesday, March 10, 2010

Aku nak gaduh

arghhhhhhhh...
aku tak puas hati
aku geram ngn minah senget tu
suka hati je kata aku minat kat abang dia
macamla abang dia handsome
lau mcm johny depp leh gak aku terima
aku g meminang terus si johny depp tu
baru r secocok ngan aku, bak pinang dibelah dua puluh

wah2 perang sudah bermula, siapa nak join sila kan, mari3x...bila lagi nak luahkan rasa tak puas hati kan? bila dh ada bnda nak gadoh kita sembur terus kat orang tu, biar lega kaki dan tangan. kalau tak puas hati lagi, kita fight terus...fight kat mana?..


medan pertempuran masa kini>>>>>>FACEBOOK
zaman IT kan skrg? byk bnda kita boleh buat dalam alam maya
kau nak gaduh? settle kat alam maya ja..tak membazir tenaga kau, mulut pon tak penat nak sound sana sini....kau taip je segala caci maki then terus sent. Kau tggu dia reply, pastu kau reply balik apa yang dia reply kat kau...faham?...agak2 dah terer, korang teruskan aktiviti fight2 ni sampai lebam k..

Kalau kau kalah, kau tak puas hati dan nak sakitkan hati dia lagi?? senang saja. kau jadikan dia bahan dalam blog kau. kau khabarkan kat satu dunia yang dia tu teruk gila babeng..biar semua comment dan kutuk2 dia. rasanya masa ni kau dah boleh senyum lebar. hati kau gerenti puas. tak percaya? lu try r..

Bukan main senang ja nak cari gaduh kan. Sebenarnya aku penah terbaca satu blog bdk perempuan, dia cerita semua bnda yang dia gaduh dalam FACEBOOK, bila dh cerita tu of kos la dia rasa dia berada di pihak yang benar. Aku rasa tak perlu kot semua tu, walau si mangsa tu benar2 buat salah. apesal pulak kau nak kecoh2 dlm blog psl hal 'bdk kecik'. hal dalam kain lu settle sendiri la. ni tak lu bikin kecoh, perbesarkan problem lagi..adoyai..kalau dh namanya budak, settle prob pon mcm bdk gak.


p/s: rasa2 antara gaduh dalam FB atau bertumbuk kat luar, yang mana ok lagi? selain daripada jawapan dua-dua x ok......haha

Sunday, March 7, 2010

warkah berlagu pilu buat ayah

Kisah ini terjadi disuatu pagi yang cerah .
mungkin tidak begitu cerah untuk seorang ayah
yang kebetulan memeriksa bilik tidur anak gadisnya yg berumur 17 thn

Dia mendapati bilik itu cukup kemas dan rapi,
dengan sekeping sampul surat yg bertuliskan untuk ayah diatas meja bacaan..
perlahan dia mula membuka surat itu



Oh my beloved father,

Aku menulis surat ini dengan perasaan sedih dan sangat menyesal. Saat ayah membaca surat ini, aku telah pergi meninggalkan rumah. Aku pergi bersama kekasihku, dia lelaki yang baik, setelah bertemu dia..ayah mesti setuju
walaupun penuh dgn tatto2 ganas ditubuhnya,

Dia sudah cukup dewasa walaupun belum begitu tua (aku fikir zaman sekarang 42 tahun tidaklah terlalu tua).

Dia sangat baik terhadapku, lebih2 lagi dia akan jd ayah kpd kandunganku ini. Dia memohonku untuk membiarkan anak ini lahir dan kami akan membesarkannya bersama.

Dia punya bisnes perdagangan extacy yang sangat luas & maju, dia juga telah meyakinkanku bahawa marijuana itu tidak begitu buruk. Kami akan tinggal bersama sampai mati memisahkan kami. Aku yakin bahawa para doktor akan menemukan ubat untuk AIDS jadi dia akan segera sembuh.

Aku tahu dia juga ada perempuan lain tapi aku percaya dia akan setia padaku dengan cara yang berbeza.

Ayah.. jangan risau akan keadaanku. Aku sudah 18 tahun sekarang, aku tahu menjaga diriku. Salam sayang untuk ayahku dan ibuku yg trcinta. Oh ya sebelum aku terlupa, berikan semua teddy bear dlm bilik ku ini untuk adikku yg sgt2 inginkannya

keadaan si ayah bagaikan nk tercabut jantungnya ketika itu ..lalu perlahan2 membuka muka surat kedua surat itu dgn keadaan terketar2 si ayah membaca .



AYAH....

SEBENARNYA...

...Tidak ada satupun dari yang aku tulis diatas itu benar, aku hanya ingin menunjukkan hal yg lebih mengerikan iaitu nilai report kad ku yg buruk. Kalau ayah sudah menandatangani report kad ku..jangan lupe letak atas meja tu balik..maafkan ku ayah..aku tidak tahu bagaimana mahu menunjukkan shortcut way kepadamu melainkan aku menulis surat ini khas buatmu..diharap ayah tidak marah dengan begitu banyak angka merah didalam report kad ku itu...

salam tercinta dari anakmu..


Friday, March 5, 2010

Dunia ini kejam!


Tajuk entri macam orang baru lepas kecewa bercinta, sungguh...aku xsuka lagu bencinta tapi aku alpa andai didodoi lagu selamat malam dari Faizal Tahir. Kalaulah ada orang yang betul-betul nyanyikan lagu ni khas untuk aku, alamat subuh aku pon entah ke mana, lena dibuai mimpi semalam dek suara nyanyian khas buat aku.

Sori la aku agak tersasar mengelamun, jam pkul 3, member2 lain dh terbongkang atas lantai berlapikkan tilam, aku ngn ain dok melangut depan lappy msg2. sorg tgok movie 'budak kelantan' ..sorg g dok melontar sesuatu di alam maya. Hajat di jiwa nak ciapkan report ecology tapi ada kekangan yg xdpt dielakkan. Bukan sengaja tapi mgkin itu takdirnya.

Aku jeles dgn bdk2 rumah aku especially budak fakulti sains sosial, setiap malam tido tak tggu aku, tapi setiap kali fajar menyinsing depa melambai-lambai tgn mengajak aku menjengah alam mimpi bersama depa. patutkah?...kejam2..

Skrg nie pon naluri aku kuat mengatakan depa dok tgh mimpi, berkejar-kejaran dengan si pontianak popular ..ap nma ntah mamat 2..edwad kulen kot..
takpon tgh sibuk wat peta merancang perbandaran wilayah masing2 di atas tilam yg dibekalkan oleh tuan rumah dan tgglkan aku di sini...terbiar tanpa kawalan..
patutkah?...kejam2

so boleh kah aku simpulkan bhw dunia nie kejam??


* k la rasanya dh teruk sgt aku melalut pg2 buta nie, takut kena sampuk lak.
aku tgh tggu mamat nie...td msj, janji nk nyanyikan lagu Faizal Tahir, selamat malam versi akustik special utk aku ja.....choww..





Monday, March 1, 2010

Kadang2 kamu tewas jua


Aku bukanlah superman,
aku juga bisa nangis,

Semakin aku pendam semakin laju dia mengalir.
Luaran nampak sangat bahagia
dalaman menanggung sakit
mungkin diri sendiri yang mencari masalah
kemudian mengeluh pada semua
minta tolong sana-sini
seolah-olah diri sangat nazak

Pernah dengar ayat ni...NO PAIN NO GAIN
"if you want something, you must paid for it"
so kuatkan lah diri mu wahai kawan
jangan cepat mengalah
kerana aku tahu kamu bukan begitu
kamu nampak sangat teguh
rupanya ada kerapuhan dalam hatimu kawan
semoga bahagia wahai KAWAN

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails