Thursday, March 11, 2010

'Berkhalwat' dalam facebook?


Terdapat segelintir pasangan kekasih berbangga memaparkan gambar mereka berpeluk dan 'berkepit' dengan pasangan masing-masing di dalam laman sosial Facebook. Mungkin sudah tiba masanya, pihak jabatan agama Islam negeri-negeri mengambil pendekatan baru dalam menangani gejala rosak akhlak masyarakat Islam hari ini. Kaedah lama seperti mengintip, menyerbu dan menahan pasangan bukan muhrim dalam operasi-operasi yang dijalankan boleh diteruskan, tetapi tambah satu lagi kaedah iaitu menahan pasangan yang 'berkhalwat' di dalam Facebook. Bukti yang boleh dikumpul adalah gambar-gambar ghairah mereka yang dipos ke dalam laman sosial itu untuk tatapan ramai. Rasanya, ia sudah cukup untuk mengheret pasangan terbabit ke muka pengadilan di bawah undang-undang syariah.

Selain gambar-gambar berpelukan, terdapat juga gambar-gambar mereka yang sedang menikmati minuman keras.Keberanian mereka itu adalah kerana mereka menganggap apa yang dilakukan itu bukanlah satu kesalahan dan memalukan. Lebih merosakkan apabila ada komen-komen yang mengajak rakan-rakan Facebook lain untuk turut sama meneguk arak pada majlis yang bakal diadakan.

Nampaknya, pencipta laman sosial Facebook berjaya dalam misinya untuk merosakkan umat Islam. Seiring dengan perkembangan zaman, pelbagai cara telah dan akan dilakukan oleh pihak Barat untuk melemahkan umat Islam. Dalam menepis cabaran ummah hari ini, apakah daya kita untuk menyelamatkan ummah agar tidak terus hanyut ke dalam kancah maksiat yang diimport dari Barat.??

26 comments:

penaberkala said...

dangerous!
pengaruh fb ada di mana2

Fiq said...

gila ah... x takut dosa ke diorang tu?

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

sokong sangat.. kalo tgk di my sapce lagi terok kot.. smpai pice dlm bilik pun dorg letak.. huhu~

cimon said...

orang Jab Agama xde FB kot...

seimura said...

uishhh sgt2 tak patut la diorang ni. tak malu ke??

~0~ said...

fesbuk xleh bukak...huhuhuh

amirah said...

penaberkala: btl2, kena gna dengan bijak..hehe

Fiq: 2la psl, very the public

aisumi chan: emm...lebih kurg sama ja myspace/fb

amirah said...

cimon: skg ni byk ja jbtn2 pakai fb,,jbtn agama ada kot

seimura: dah imune kot ngn sifat2 malu ni

~0~: try sign in len

magsob said...

hahahah..betol gok tuh cara2 macam tuh..ade pembeharuan..puh...

amirah said...

magsob: nmpk mcm ok ja kalau ada pembaharuan cm2 tapi setahu aku yg xberapa arif sgt, nak tgkap khalwat bukan sng, ada cara2 n syarat2 yg Islam tetapkan.

luZ a.k.a peRmataPuTiH said...

uish..kes brat ne...

Muhammad Safie said...

erm..laman facebook pun dah jadi camtu..masalahnye ramai plak yang macam tu..memang xkan selesai ar masalah ni..dah jadi macam agenda yahudi lak.

Arra JaSmY said...

rasenya bukan salah FB tapi attitude org2 kita sndri.Bg lah laman web social apew pown mmg ke situ jugak lah yg dirg tuju.itu jugak lah yg diorg buat cthnya MS,FS N TAG..bagai.

amirah said...

luz: emm..mmg berat, jatuhkan maruah

muhammad safie: 2la, ramai ja yg expose2kan diri ...selamba ja
meloncatla si yahudi bangsat

amirah said...

arra jasmay: mmg betul pun, semua lama sosial diorg balun tayang sana-sini...
aku rasa 2 2 salah, kalau yahudi bangsat xcipta medium2 cmni xkan ada kes2 cm2, yang melayu pulak amik kesempatan atas kecanggihan it skg, salah guna

amirah said...
This comment has been removed by the author.
ZACK ENTRY said...

sy de FB, tp jrg bukak fb..
so xtaw pe yg hangat kat fb..

chelia said...

ish3..semoga mereka dan kita sama2 diberikan hidayah oleh Nya..

monica said...

saya suka post cik tuan blog ni..selalu jgk sy tgk org melayu terutamanya minum arak,clubbing,tunjuk pic meka berpeluk dlm laman web FB..meka jgk seakan ajak rakan2 meka utk join sama..klu pihak yang sepatutnya x mengambil tindakan tegas,nescaya 1 hari nanti remaja berkenaan akan merosakkan imej negara..semoga meka sedar akan kesilapan meka..dan kembali ke jalan yg btl..:)

amirah said...

ZACK ENTRRY: xsemestinya jrg buka kita xtau ap yg berlaku, byk g medium maklumat yg kita leh dpt info


che lia: amin :)

amirah said...

monica: terima kasih :)

sy xpernah tgok lagi sebenarnya sebab semua kwn2 fb saya kenal, tapi sy tau bnda2 cmni berlaku drpd sumber yg boleh dipercayai,..org2 mcm ni boleh merosakkan generasi melayu kita, tapi mslhnya susah nak dihlg melalui laman sosial sebab terlalu byk laman sosial masa kini

ismiaisha said...

wah~
berapi2 ang mira..
bgus2~
aku suka post nih..sgt berani..
:)

amirah said...

ismiaisha: haha...mn ad berapi,..beralun-alun sj..ngeh2

cyberboy said...

Fb juga tempat dimana ayah pin sebarkkan ajaran sesatnye itu...

amirah said...

cyberboy: canggih tul ayah pin..guna brodband ke?hehe

Dakwat Basah! said...

fb just like knife, can cut vegetables to cook. and can stab to kill someone.depend on how u use it. but the fb maker,want u use it to stab everyone.this is the fact that we've to faced to accept social trend.

and i didn't have fb.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails