Friday, January 29, 2010

Ahhh! aku penat

Kenapa tetiba sem ni terasa mcm studen u?
banyak bnda kena buat, banyak bnda kena fikir
banyak bnda kena tau, banyak bnda kena korbankan

waktu makan..... tak ikot time
waktu tidur.....xleh2..mata mau cekang
waktu main........kena limitkan tp boleh ckit2

ni la akibatnya lau dh lama sgt bertahan..............

tidur tak ingat dunia...


Pesanan buat diri dan teman2 seperjuangan:

~bersabarlah wahai teman, hari ini kita letih esok2 kita letih juga (mna taknya dok ngadap lab report ja)..hehe
xdakla..nk ckp semula
~hari ini kita letih kelak, kita akan senang..insyaAllah.

~hari ini kita merungut, kelak kita bersyukur

~hari ini kita berkorban, kelak mendapat hasilnya


"apalah erti sebuah kejayaan tanpa mengenal erti sebuah kegagalan dan pengorbanan"

(^_^)










Monday, January 25, 2010

Ini satu kisah


Seorang kawan ada menasihati...ketika diri sedang sibuk dengan dunia, diri agak tidak terurus tapi masih dalam kawalan ..
katanya, dalam byk2 hal kita mesti utamakan satu perkara yg ramai org jarang ambil tahu iaitu pasal iman kita
katanya lagi, kita selalu usaha atas nama Islam, kerana kita dilahirkan sebagai Islam.
aku agak kurang faham ap yg cuba disampaikan dan mnta lebih penjelasan..

bagi kamu2 yg kurang fhm, kalau berminat teruskan membaca, insyaAllah terdpt sesuatu yg boleh dikongsikan.

kwn ak terangkan lg....
katanya, sejak kecik kita kita dh terbiasa dengan kalimah Allah,
sememangnya kita telah diajar tentang Islam,
tapi ad sesuatu kesilapan...dlm dakwah itu
dia bg contoh- kita pasti biasa dgr nasihat belajar bersungguh-sungguh, usaha betul2, buat yg terbaik kemudian berdoa dan serah kepada Allah...
mmg betul itu caranya...tp kita perlu ada keyakinan kpd Allah terlebih dahulu
sepatutnya kita doa dulu baru usaha pastu serah kpd Allah

kemudian dia cerita ttg kisah Nabi Musa a.s
mgkin ad yg dh tau kisah ni tp ak baru pertama kali

kisah dia cmni..
pd suatu hari, Nabi Musa a.s sakit perut yg amat, lalu nabi memohon kpd Allah supaya sembuhkan sakitnya.
Allah perintahkan nabi dapatkan daun drpd pokok berkayu dan mkn daunnya. dgn serta-merta penyakit nabi hilang. Pada hari berikutny penyakit nabi Musa dtg lagi lalu nabi Musa mengambil daun pokok yg sama namun sakitnya masih ada lalu nabi Musa bertanya kpd Allah..Allah memberitahu bhw dulunya kau berdoa padaKu tapi kini kau terus ambil daun pokok tanpa berdoa pd Ku...lalu kau masih belum sembuh...
kerana daun pokok tidak boleh menyembuhkan, yg hanya menyembuhkan segala penyakit adalah Aku

so faham x?
berdsrkan ap yg kwn ak cerita
ak fhm satu perkara
kita mesti yakin dahulu terhdpNya dlm apa2 hal sekalipon
bukannya buat sesuatu kemudian baru yakin..
inilah yg dinamakn usaha atas iman kita sendiri
bukan semata-mata kerana kita bergelar Islam sejak kecil


**kalau ada perkara yg salah minta ditegur ya kwn2 ;)
dan kalau sudi berkongsi ilmu minta tampil ke hdpn..hihi






Saturday, January 23, 2010

Awas kamu-kamu yg tidur lewat!




AWAS!!
Nampaknya semakin ramai yg tido lewat skg nih
ada yg sibuk berfesbuk,berfrendster, berblogging, bertwitter
dan ada juga yg sibuk ber'assignment' di kala malam menjelma
mungkinkah entri 'sering tidur lewat' punya pengaruh??

kepada sesiapa yg ngh blogwalking mlm2 ni singgahla sebentar di sini
bukan nk belanja tp nak berkongsi sedikit fakta
ak tau kbnykn drpd kamu2 yg baca entri ni adalah "kelawar malam"
sgt aktif merayau-rayau di malam hari
dari satu blog ke satu blog
dari utara sampailah selatan, singgah pula di timur membeli sebotol budu..hehe
kamu rajin membaca kisah suka duka kehidupan si dia
kemudian meninggalkan sedikit kesan supaya si dia dpt menyusuli kamu semula

Disebalik kisah di atas, berlaku satu lagi kisah secara 'dalaman' terhadap tubuh badan kamu sendiri..
apakah yg berlaku?.....jum kita terjah!
masa tengah leka di dpn laptop, bdn kita yg selalunya mghasilkan hormon leptin(protein darah yg kawal selera dan rasa lapar) tiba2 semakin berkurang...
bila paras leptin dlm darah kita semakin berkurang, isyarat akan dihantar ke otak sbb nk bagitau bhw bdn kita kekurangan makanan..
lepas dh terima isyarat, kita pon akan bertindak balas
mencari mknn di tgh mlm..selongkar stok2 mknn yg ada
biskut la, roti bakar la, segala jenis jajan la
pastu melangut depan laptop msg2 semula

kesanny akan mnjd semakin parah jika aktiviti malam kita berlarutan
semakin hari pghasilan leptin berkurang
isyarat yg sama akan dihantar ke otak
tindak balas yg sama turut berlaku
mungkin ada penambahan beberapa jenis jajan yg diminati..hak3
bayangkan lah apa yg akan terjadi sekiranya keadaan ini sampai raya cina tahun depan?
adakan diri menjadi 'sehat' seperti ini?


pastu mula la kalut cari mcm2 pil nk kuruskan badan, segala losyen pati halia tempek kat perut
untuk kekalkan bentuk seperti sedia kala
kemudian terjumpa Dr Rozmey...
beliau pon apa lagi..memperkenalkan sesuatu kpd anda, iaitu....

amacam..ada bran??hak3



*tidur time tgh hari w/pon hanya 15-20 mnt dah cukup utk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan ^_^


Friday, January 22, 2010

Sering tidur lewat!


budak skema : Eh dah pukul berapa neh? tak tido ag...sok kls pepagi lak tu.

budak malas: ala awal lg. g pon ak nk siapkan assignment ak dlu.

tik13x.....
masa berlalu....
diri manjadi layu
mata pulak semakin kuyu
lalu mula menongkat dagu
hati berkata sabar lah dulu
namun akhirnya hati menjadi ragu
kerna dah x sanggup lagi menunggu
akibat kekurangan oksigen di kepalaku

Tido lewat?..ala biasa r 2..normal la. kalau orang tido awal kita akan rasa pelik kira mcm xnormal la padahal tido lewat 2 la yg tak normal. Tapi ia menjadi normal kerana kebiasaanny ramai yg tido lewat. setuju?..

Aku antara species manusia yg tido lewat. dan kat luar sana masih ramai lagi yg tido lebih lewat dr ak dan yg lebih advance xtido terus. Aku tertanya-tanya kenapa tido lewat sgt? dh xcukupkah waktu di siang hari? atau sebenarnya kita lah yg tidak menggunakan waktu dengan bijak? mgkin ya mgkin tidak...terpulg pd diri msg2.

Bg ak, ak tido lwt ada 2 sbb-
~pertama~
ak ni jenis susah sgt2 nk lelapkan mata. lau masuk tido dlm kul 11 pkul 4 pg baru mata leh pejam. w/pon xtido ptg tp mlm still berjaga. kira mata ni cekang gakla..hehe. kdg2 ak jeles ngn depa2 yg tido awal..mna taknya, tido kan satu kenikmatan juga..tp ak jrg rsa nikmat 2...huhu

~kedua~
buat2 "assignmen".....bule jd best studen ni..haha
kebanyakan studen mesti penah tido lewat gara2 esaimen yg bertingkat-tingkat
bertingkat kah?>agak2 dlm 10 tgkat bule? atau terlebih suda..
bab2 esaimen ni ak mengaku salah diri sendiri sbb xwat awal2
dh biasa tangguh kena la tanggung sendiri pulak...so ak bertggjwb skit.
tp kdg2 lectrer yg bg masa terlalu cepat utk submit kerja..
mgkin beliau tidak 'faham' yg studen juga mengambil subjek lain
so kena la pakat ramai2 stay tuned depan kerja msg2 until morning.



*teringat kata2 ain "tak remaja la kalau tido awal"..hahaha











Tuesday, January 19, 2010

Kasih ibu sampai syurga


ibu oh ibu
sehatkah ibu?
sudah makankah wahai ibu?
kenapa tidak lalu nak makan?
apakah yang ibu fikirkan?


Terbaca paper kosmo pasal kes pembunuhan ayah, adik,datuk dan nenek. perbicaraan ditetapkan pada 19hb feb. Kemungkinan si pesalah dihukum gantung. Biarkan saja mahkamah membuat keputusan. Mungkin sebahagian besar drpd kita mengharapkan hukuman yg setimpal dijatuhkan kpd si pesalah. Namun segelintir pasti terasa hukuman yg bakal dijalankan adalah tidak wajar ataupun lebih baik si pesalah diberi kesempatan untuk insaf. Siapa pula yang tegar melihat pesalah pembunuhan kejam diberi keampunan? siapa?


sudah tentulah seorang manusia bergelar ibu
walau senakal mana pon seorang anak,
walau sejahat mana pon si anak,
walau seburuk-buruk manusia si anak itu,
hati ibu tetap berkata........
"itulah anakku"
yang sentiasa merengek dalam pelukanku dulu
yang selalu menemuiku tatkala buntu
yang sentiasa dahagakan kasihku ini
anakku inilah penyeri hidupku

wahai anak,
usah pedulikan orang lain
yang tak mengerti siapa dirimu
akulah ibumu yang akan sentiasa bersamamu
hingga akhir hayatku sampai ke syurga dengan izinNya



Monday, January 18, 2010

Tersesat sebentar di FSM-terjumpa sesuatu??


"hey kamu budak seni, mmg begitukah kamu?"

"hey budak sains,kamu sungguh skema"

ok2 rileks sebentar..xmo gadoh2,malaysia kita ni kecik aja
bak kata PM, kita nieh kan 1 Malaysia. tak kira ah melayu?cina?india?iban?
ataupon budak sains?seni muzik?maskom?
atau dewasa?kanak2?remaja?warga emas?
semuanya kena ad semangat 1 malaysia..

dialog di atas sekadar intro bg entri ni,bukan nk fight
w/pon kdg2 aku dan member2 ad sedikit konflik sama bdk seni
lagi pon dh selalu sgt gado2 manja kan so skali skala cool r....

hari tu aku tersesat di fakulti seni muzik(fsm)
w/pon fsm 2 xdakla besar mna tp ak still sesat dlm bngunan 2
mna taknya last time ak jejak fsm pon masa orientasi sem 1
ak dtg sni pon sebab nk drop ukp1021....
syg seribu kali syg...tutor baru ni byk cantik lo..xssempat nk ngorat..;p

cari punya cari tutor akhirnya tidak ketemu jua..huh
tp ak perasan beberapa objek yg sukar ditafsir oleh otak kanan ak
mgkin ak kekurgn nilai seni,imaginasi atau kurang berkhayal?..haha
tp ak teringin nk tau apa mksd disebalik objek2 ni..
atau ianya sekadar susunan hiasan di balik penjuru?
so kpd bdk2 seni..ini bidang kamu
dan kpd siapa2 yg punya idea apakah ia sila berkongsi
plg koman pon agak2 r bnda ap 2...okeh?

objek pertama......


objek kedua.....


dan objek ketiga....



*ada idea kah?...try k..choww











Wednesday, January 13, 2010

ohhh lab report!!


ohhh lab report!!!

sentiasa mendampingiku
tak boleh kah kita berenggang sebentar?

ak tahu dikau rindu
pada diri yg kerdil ini
almaklumla setelah sekian lama kita terpisah
selama sebulan setengah lau xclap
dikau menyepi dari hidupku
kini kau kembali
"menyirna" hidupku
ohh sungguh ku terharu

alangkah indahnya jika dikau datang sebentar cuma
sekadar menjengah ku di sini
sekadar mengambil berat akan diri ini
sehatkah daku?, sudah mkn kah diri ini?
namun aku tahu dikau singgah lama di sisi ku
ak pasrah, ak redha dan akan terus redahhh...
kerna ku pasti kehadiranmu membawa seribu satu makna
dalam kamus ilmu hidupku yg serba-serbi kekurangan
dan mungkin tiada dlm kamus ilmu teman2 yang lain

aku bersyukur kerana masih bernafas
serta diberi kesempatan menuntut ilmu
bukan sahaja untuk diri sendiri
tapi untuk berkongsi kepada semua

moga diri ini cekal menempuhi segala cabaran
dengan izin Yang Maha Kuasa
~amin~



** sejak bila aku berpuitis neyh??
* ayuh sambung wat lab report!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails