Saturday, April 23, 2011

Dalam banyak2 benda, benda ni lah yang aku buat...xda kerja betul

Salam penuh limpahan kasih dan sayang

Aku masih dalam mood exam. Paper kedua dan yang terakhir, terima lah paper Biochemistry! oppsss, hari selasa ni ya, sabar sabar sabar

Subjek membaca dan memahami, subjek yang paling menguji keimanan tahap kefokusan setiap insan. Fuh ingat senang nak fokus sambil menelaah buku import tulisan mat salleh yang tebal dan kental isinya?? susah (bagi aku). Daya fokus tak tinggi mana.

Mungkin aku saja yang biasa buat benda ni kalau aku tak leh fokus. sebenarnya banyak benda gak yang aku buat demi untuk tidak menghadap buku! muahaha

Mula-mula, niat dah ada, nak study sefokus mungkin. takmau main-main dah. Semalam tidur awal so kena ganti masa semalam tuh.

Tengah stdy "fatty acid degradation", stop sat...amik cermin muka kecik ja saiznya, tak semena-mena belek muka, tengok kot-kot la ada jerawat.....oke tiada...sambung balik stdy

tak lama lepas tu, ishh macam ada yang tak kena dengan rambut, amik balik cermin, bukak getah rambut dan ikat kemas2. oke dah comel...baru lah semangat nak stdy...sambung stdy balik....

wah, dah habis 1 subtopik dalam 1 bab, banyak g subtopik kena cover..rileks dulu..amik pulak cermin..nak buat apa lak ek?? haaa bedak, sapu kat pipi kasi melepak....eh perfume pon ada, amik botol perfume sapu skit kat leher...emmm wangeeee~ (serius penulis xda kerja)

~adegan cermin berakhir di situ, alhamdulilah

Setelah beberapa ketika, sempat cover 1 bab..terasa macam dah lama kat depan meja jepun ni (konon)..nak rest sat la..

ahhh lega, selamat mendarat atas katil bujang aku. nak baring satttttt ja. sekarang kul 9.15

tetiba gelap gulita......celik2 dah pukul 10.15, yess satttttt aku bersamaan dengan 1 jam, sepatutnya 2 jam! argh

bangun2 pi cuci muka kasi segar bugar, jum stdy!...
duduk depan meja dan terpandang kuku kaki. " panjang pulak kuku kaki ni "
amik pengetip kuku dan potong kuku. oke dah pendek kuku ni, jum jum stdy...hehe

Hadoi, nampak tak betapa sukarnya nak fokus! cuba kome2 bagi tips macam mano eh nak fokus betui2? apo kono eh jang (=.=)

Mira Casillas

10 comments:

cimon said...

cube try study kat tempat yg orang nampak...cam kat library ke...kat taman ke...xde arr broing sgat nanti...& confirm kita akan cover macho study...coz ramai ehem2 yg lalu-lalang melihat.

hehehe (^v^)

Rafhan said...

err, study sambil dengar lagu yang rancak (macam lagu love story ker) guna earphone. Pas tu selamber jer study tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.. hehe..

musya said...

errr. aku pon mengalami masalah yang sama. =.=" -syakila-

♥CIK SHA♥ said...

err..study sambil baring ok tak??mana tahu kot bole fokus..ahaha..

gud luck for ur exam mira!

f_aRa_aINa989 said...

sy dh merdeka! Hooray!!

;p

ain fathihah said...

hahaha. tergelak aku. ini rupanya kerja hg senyap2 dlm bilik ya

Ruby said...

hang pi study kat bilik ain fathihah pulak..tgk nak buat apa pulak bila duk dua org..hahaha

ain fathihah said...

rubi, xleh2.

mizz_aainaa said...

aikk.. sudah last paper ka??
huhu..
;(

menusuk hati said...

ambil cermin tengok janggut..oh,hensem seperti dulu..buka fb jap tengok ada x yg request jd kawan..takde,ttup balik..tengok cermin balik..ala..misai dah tumbuh..kena potong dulu..hik!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails