Thursday, April 21, 2011

Sekolah praktikal aku

Salam hari jumaat.

Semester ini aku cuma ambil 2 paper exam sahaja. Kimia Analisis dan Principle in Biochemistry. 1 subjek major(biologi) dan 1 subjek minor(kimia). Kelmarin dah lepas 1 paper kimia(kimia analisis) sekarang cuma tinggal paper biochemistry, hari selasa minggu depan. Curi sedikit masa nak coret sesuatu kat blog tercinta (macam selalu dok buatla)

Semester 6(sekarang) bakal menjalani latihan mengajar(LM) pada semester 7 iaitu bulan 5 ni. Kami habis exam pada 26hb April dan mula LM pada 9hb Mei. Masa persediaan agak terhad atau boleh dikatakan tiada. Masa antara selepas exam dan sebelum LM kami perlu selesaikan macam-macam hal seperti laporkan diri di tempat LM masing-masing. Berjumpa pengeTUA, PK 1, PK HEM, guru pembimbing dan sewaktu dengannya. Kemudian nak uruskan hal rumah sewa, dah dapat rumah sewa cuma tak pergi jenguk keadaan di sana, selamat atau tidak, atau ada apa-apa masalah atau tak. Perlu cuci rumah, dengar2 rumah yang kami (aku dan kengkawan) sewa dah lama tiada penghuni sampaikan tuan rumah dah cabut meter air, nampak macam lama betul takda orang duduk. Macam biasa kalau masuk rumah baru mestilah ada doanya. Aku tak tahu doa masuk rumah baru tapi dah pesan kat kawan2 utk baca Yassin ramai2.

Jabatan Biologi dan tetapkan satu sekolah cuma untuk satu guru Biologi. Maknanya setiap daripada kami dapat sekolah praktikal masing-masing. Kena independent nak buat apa pun. Aku pilih daerah Sungai Petani (SP) Kedah. Semestinya pilih daerah paling dekat dengan Penang. Mana tau senang nak lari balik lau ada apa2 jadi.hehe.

Sekolah praktikal aku selama 4 bulan nanti bermula 9hb Mei-26hb Ogos 2011

SMK Taman Ria Jaya

Puan pengetua
Rosnah bt Ismail

MOTTO
SMKTRJ is "One Big Happy Family"
:)


oke sekolah ni ada ultraman.kira selamat la ek...hihi

9 comments:

ismiaisha said...

ang edit ke mira?
mira dan otomen mmg xdpt dipisahkan..hihi~

buleh la minx tlg otomen kalo ada budak gado2 ke kan..haha

f_aRa_aINa989 said...

biar betik ada otomen? hak3..

amie said...

hahaha.edit pic last tu comel okay.padan dengan ayat die.haiyakk..
nyway, wish you luck.. :)

Rafhan said...

stylo la ultraman tu.. pandai cik mira edit gambar.. huhu

Seimura said...

selamat mengajar, cikgu mira. hehe.

nurain said...

ah..jeles nye.nak ade otomen gak!

cimon said...

powerzz arr pic otomen ko nih!!

jeless aku (T_T)

p/s: boleyy loan kan aku otomen ko tak? aku nak fire bos2 aku lah!!!

hehehe (^v^)

cimon said...

powerzz arr pic otomen ko nih!!

jeless aku (T_T)

p/s: boleyy loan kan aku otomen ko tak? aku nak fire bos2 aku lah!!!

hehehe (^v^)

Che Sakinah said...

hahhahaa... comel la ada ultraman..
jiran saya pon suka ultraman... sangat2.. penuh kot patung2 n gambar2 ultraman.. awak kenal jiran saya tu.. shamsul ghau ghau.. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails