Thursday, July 14, 2011

Saya nekad nak mengorat anak murid saya!

Kelmarin bersamaan dengan hari Rabu 13hb julai 2011, saya mengajar biology kelas 4 sains 2. Biasanya kelas biology yang saya dapat adalah di waktu-waktu terakhir persekolahan. Maknanya waktu sebelum mereka pulang ke rumah. Sangat mencabar untuk mendapatkan fokus mereka. Saya akan tunjukkan gambar-gambar untuk menarik perhatian mereka. macam gambar sel sperma dan ovum, kanser payudara dan kanser mulut dan kadang-kadang saya selitkan video yang sememangnya tiada kena mengena dengan pembelajaran hari tu. semua ini saya buat semata-mata mahu mengorat anak murid saya. Semua ni berhasil cuma seketika. Uhh sangat kecewa.

Saya agak terasa sedikit dengan anak murid saya. Kelas 4 sains 2 dipenuhi gadis-gadis sebanyak 35 orang dan jejaka hanya 8 ketul sahaja. Tapi saya respek jejaka sekalian sebab depa duduk di meja hadapan dalam makmal. ok, rewind balik apa yang saya bagitau, saya agak terasa dengan murid saya sebab apa???

Saya perasan kelas kelmarin seolah-olah saya bercakap sendirian, setiapkali saya explain cuma sedikit saja kepala mendongak ke arah saya. yang lain mungkin sibuk menyalin nota yang perlu diisi dalam worksheet yang saya sediakan. ok itu kira boleh diterima lagi. tapi setiap kali saya tanya soalan, saya juga yang menjawabnya. kadang terasa geram seolah saya tak pernak ajar. emm...memang jadi cikgu ni mendidik kesabaran kita. Takpa saya terima dengan rela.kerja yang saya bagi pon hampir separuh daripada kelas tak jawab langsung! ok masih chill

Cuma mungkin saya makin terasa bila ada murid saya yang masuk makmal lambat (sangat lambat) sebab dia ada kerja perlu diselesaikan sempena hari sukan. alasan munasabah. dia pun masuk dan terus duduk lepas saya bertanya. duduk di tempat biasa, betul2 didepan saya. Masa saya leka mengajar saya perasan dia langsung tak buka buku nota utk salin, saya perasan dia langsung tak buka beg sekolah. saya perasan sebatang pensil pon tak dipegangnya dan yang paling hangin saya perasan worksheet yang saya sediakan sampai stay up pepagi siapkan segala kelengkapan mengajar pon tak diambilnya.

saya: ali(bukan nama sebenar), kenapa kamu tak ambil worksheet?
ali: sat lagi la cikgu saya ambil.

Saya biarkan dia dan terus mengajar. dan sekali lagi saya perasan worksheet tak juga diambilnya tapi dia bersenang lenang berborak dengan rakan sebelah. bertambah geram dibuatnya. saya jenis berdiam diri bila marah.. So sebelum waktu mengajar habis saya hanya mendiamkan diri dan biar slide powerpoint yang berbicara. selesai kelas hari tu.

itulah asam garam mengajar. ni pon baru sikit kot. dan tangkap leleh. hadoi. kelas 4 sains 2, lepas ni cikgu terpaksa berkeras dengan kamu. biar kamu benci cikgu jadi kamu akan ingat cikgu sampai bila-bila..muahahahaha.boley??..ok not my syle lah,,cikgu nak try ngorat kamu lah!

So selepas ni saya nekad nak mengorat anak murid saya. apa pon nak jadi pasnih jadi lah...gua tak kirak!


* apa pon yang jadi jangan ajar lebih kurang ja..terima kasih atas peringatan kamu :)

5 comments:

Mr. Asada said...

selamat mengorat.. semoga apa yang disampaikan nanti boleh masuk dalam kepala mereka..

penaberkala said...

senang je nk suruh student participate dalam kelas
cuba bagi topik, suruh depa pulak buat presentation dalam group
kasik 10-15 minit satu group, suh dia cakap la depan kelas

end of the class, bagi pulak sesi soal-jawab
masa tu boleh uji depa betul2 paham ke tak
jangan marah2, buat chill je
kasik la saguhati pada group yg paling perform dalam presentation

at least, depa study dan betul2 paham topik yg ditugaskan tu
konfiden utk berkomunikasi pun boleh dibentuk

p/s : cikgu, cita-cita dari dulu sampai sekarang. Tapi tiba2 belajar engineering

cimon said...

cikgu aku dulu suke bagi gula2... cube try (^v^)

amirah said...

asada: hopefully.thnx :)

penaberkala: emmm...cadangan yg baik. saya pernah try kelas lain buat presentation.memang berjalan lancar. cuma kelas ni tak berapa konfiden dgn depa. tapi boleh ja sebenarnya. thnx again ya :)

lau ada rezki penaberkala boleh ja masuk bidang pendidikan

amirah said...

cimon: aha...leh gak wat t..haha

kayuburuk: sy bersyukur sy bakal menjadi seorang guru :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails