Monday, April 12, 2010

Bakat seni yang tidak dapat dinafikan

Siapa di sini pandai melukis? 
Aku? sudah tentu ...bakat terserlah ketika di dalam kelas Pendidikan Seni semasa darjah 3
bukan nak kerek atau cakap besar tetapi kenyataan , lau tak percaya try tanya cikgu pendidikan seni aku kenapa lukisan aku selalu ditampal di ruangan belakang kelas?hak2

Semasa umur aku meningkat ke alam remaja, bakat aku terkubur dek kerana kurangnya penekanan subjek pendidikan seni di sekolah. Cikgu pendidikan seni pon aku tak ingat.  Tapi semasa aku menjadi candidate pmr tiba2, cikgu Syah bersemangat mengelola kelas pendidikan seni lalu dengan rakusnya beliau memaksa kami mencipta replika haiwan kegemaran. Aku memilih spider dengan harapan spider tersebut dapat menjelma menjadi spiderman ketika malam, boleh dodoikan aku dan nyanyikan lagu 'selamat malam'. Indah bukan?  

Apabila aku membesar beberapa inci menjengah alam belia muda, bakat melukis aku hancus terus. Semester 1 tatkala aku melukis rupa sel-sel haiwan dan tumbuhan ada kawan bertanya "weh ang lukis apa ni? macam dinding batu bata yang tersusun rapi.."..fuh, tersentap 1 saat tapi aku anggap itu pujian, lagipon sel tumbuhan lebih kurang mcm tu..hehe

Sekarang ni, aku melebarkan bakat aku yang hancus tu. Ada sisa2 bakat terpendam lalu terhasil lah karya agung buat diriku. Aku mencipta muka seseorang dengan bantuan FaceYourManga . Terima kasih kepada beliau.

Inilah hasilnya....tadaaa...

Amacam?..ok tak?








Ni la muka kartun pertama yang aku buat. Mula2 terfikir nak cipta muka bakal suami tetiba jadi cmni, reject terus, takut mak bapak aku pengsan tengok menantu macam mafia. 
Sebenarnya kalau sekali pandang mcm mafia, 2 3 kali pandang mcm budak sekolah berlagak brutal...
silap aku jugak tak letak jambang kat muka dia...erm...

*So, kepada insan2 yang terkandas di blog ni sila lah serlahkan bakat seni anda di FaceYourManga dot com.chowww...

19 comments:

$h@h_Izn@n said...

nice draw...hehehhehe
da bleh jadi cikgu melukis da nie...ngeee

soffya cik bulan said...

masa budak,selalu mng melukis..tp besar, selalu mnh menangkis.hoho

:)

ain fathihah said...

sampai darjah 5 aku masih lukis orang lidi. heh, memang tak berbakat

alif.nun.ya.nun said...

terernyeee

moon said...

smart kot..cayalah...hehe... :)

Fiq said...

wah. sama r kita. i was pretty gud in lukisan tau masa kecik2 dulu. but now... hrmmm... hancus! Haha

amirah said...

Sh@h_izn@n: haha..hancusnya murid sy

soffya cik bulan: hehe...biasala masa budak memangla tere

amirah said...

ain: hehe...bakat melukis org lidi

alif.nun.ya.nun: terima kasih.harap ikhlas..hehe

amirah said...

moon: kot?erm..cam xpasti ja moon

Fiq: aah, kamu tiru saya la 2 :p

Berd said...

lukisan aku mantap.
cikgu siap tampal kat dinding.

amirah said...

Berd: kau aku mantap..haha

saya_arief said...

aku slalu dapat bintang tuk pS.

amirah said...

saya_arief: tahniah..:)

Wan Botaq said...

sekuranya anda ada gakkkkk lukisan yg melekat kat dinding belakang kelas... seumur gua, tak pernah pun lukisan gua terlekat kat papan tanda kat belakang kelas tu..

haisssshhhh

amirah said...

Wan Botaq: hehe, lukisan kamu sgt unik kot..

rizputra7 said...

hoho..avatar nie dah lama buat...skrg tgh berkhidmat di ym

amirah said...

rizputra7: sy baru try2 bndalah nie..masih amatur..huhu

penaberkala said...

uish, pandai melukih no
nice try
tolong lukis potret boleh? haha

amirah said...

penaberkala: bole la ckit2, lau lukis potret hancus terus kot

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails