Wednesday, March 31, 2010

Single and available


Siapa single? siapa available?...entri ni bukan nak mencari pasangan, bukan nak cari calon menantu mak. Sejak aku berkecimpung dalam arena facebook, status selalu menjadi sebutan. Single? in a relationship? its complicated? engaged? atau married? Pilih jangan tak pilih, biar semua tahu status kamu kini dan akan datang...

Aku pernah terbaca beberapa entri tentang status facebook dan masing2 punya pendapat tersendiri. Tapi benarkah tanggapan ini?

single ::: maknanya si jejaka/si gadis ingin memberitahu mereka masih 'kosong' dan sedia di'approach'.---- sila isi borang ya :)

in a relationship ::: maknanya diri telah berpunya dan awas tiada kekosongan di sini, harap maklum ya, sekiranya dia letak in a relationship with abu/ani maknanya dia mahu memperkenalkan si jantung hati kepada semua kenalan serta memberitahu "balak i handsome okey"

its complicated ::: hubungan yang tak pasti atau hubungan itu dilanda 'tsunami'----"sebenarnya i suka dia tapi dia tak sure nak kat i atau tak...so i confused la"...lebih kurang macam tu la.

engaged ::: sudah bertunang atau pon sesuatu hubungan yang confirm2 i love you forever..cinta mati la katakan----"saya cinta mati sama dia. jadi saya nggak mau cinta saya dikebas. makanya saya letak engaged biar semua nggak bisa coba2 mengorat dia"

married ::: maknanya sudah berkahwin la kan atau pon dalam perancangan ke jinjang pelamin. so memang xdak chance nak peewwwittt lagi dah--- "opss sori, jari i berinai suda" :p


Macam2 tanggapan orang pasal status. Biasanya hal-hal ni dianggap personal info. tapi terpulang pada tuan punya badan sendiri sama ada nak berkongsi personal matter dengan kenalan sosial atau tidak. Janji kamu bahagia dengan diri sendiri (^_^).





Monday, March 29, 2010

Hari anugerah


"Alhamdulilah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya saya berjaya meraih anugerah ini. Ucapan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua cikgu-cikgu yang telah bersusah payah mengajar saya, kepada mak dan abah yang berkorban mata wang demi saya serta kawan-kawan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu."

Lebih kurang macam tu la teks ucapan aku sekiranya aku berjaya mendapat anugerah cemerlang sekolah. Tapi apakan daya aku tak berjaya menyampaikan ucapan tersebut kerana aku bukan pelajar cemerlang sekolah T^T...

Aku dapat anugerah ni..


Terima kasih kepada mamawuby.blogspot.com ..classmate aku,
yang peliknya ada syarat lak ek..weh ang bagi ikhlas ke x?..hehe
jangan marah..k2..aku jawab dgn tenang :p

1. Berterima kasih pada pemberi award dan link ke blognya
2. Berikan award ni kpd 15 blogger yang kamu rasa nak bagi
3. Maklumkan kpd bloggers bhw mereka mndpt award drpd kamu
4. 7 perkara tentang diri sendiri

~ TERIMA KASIH ROBIAH ROMLI :)
~ Aku bagi award ni kepada insan yang bernama:



10 sahaja..aku punya sebab kenapa aku pilih mereka
harap kamu2 di atas sudi terima

~7 perkara tentang diri

- alhamdulilah, aku sehat hari ni
- addict to maher zain's songs
- suka warna merah, sentiasa menarik perhatian aku
- agak pendiam ..
- langsung tak meminati novel
- suka try sesuatu yang baru
- berfikiran terbuka

ehem2...semua perkara baik ja..hehe
ok lah settle sudah hari penerimaan anugerah
kepada penerima seterusnya, harap kamu sudi terima ya :)




Friday, March 26, 2010

Entri pasal diri aku

Siapa mahu tahu ..mari kemari, yang jauh datang dekat2, yang dekat datang rapat2, yang rapat stay mantain ke'ayu'an dan ke'macho'an anda. Kepada yang kurang berminat- aku agak terasa hati terhadap kamu...waaaa (T^T)..-abaikan emosi ni

Kisah sebenarnya disebalik entri ni ialah aku kena tag daripada aina. Cheesss kamu aina...bukan aku xsuka tapi xdak benda pon yang nak dicerita...ang dah tau pasal aku kan? :p

1. Siapakah anda di rumah?

aku agak konfius dgn soalan ni..rumah mana satu ya?
kalau rumah parents, aku memegang watak anak tengah yang agak bising
kalau rumah no 7 jalan 5, taman bahtera, aku adalah housemate yang cool B-)
kalau rumah bakal mak mentua, sudah tentu aku jadi menantu kesayangan :p

2. Siapakah diri anda disamping kawan?

Yang ni malas nak story ah..
tapi aku kasi hint la skit kan
lau nak tau ..dengarla lagu mat salleh yang bertajuk My Baby You..Marc Anthony
rasanya lagu tu kwn2 aku tujukan buat aku...hak3

3. Senaraikan 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai

~ Nak pergi Kelantan Darul Naim
~ Nak jadi pelajar yang rajin.....haha
~ Nak kemas bilik ----semak la sejak ika tiada...wuwuwuw
~ Nak focus dalam kelas Kimia-----sangat susah nak fokus dlm kelas ni w/pon aku duduk seat paling depan betul2 depan Profesor Ramli...adoyai...xtaula silap tang mana..
~ Nak siapkan semua assignment aku yang tertangguh sejak minggu ke 8 (skrg nak masuk week 12)..huh

4. Siapakah nama pasangan anda?
aku xsuka soalan ni sebab malas la nak kecoh2...lau aku gitau kang org ckp aku perasan lak...haishhh
ni ha aku letak pic dia terus k....

oppss...sori la..dia ni pemalu skit..
pic ni ja yang aku simpan bila aku rindu-rinduan..
amacam...kacak dan bergaya x?
tolong jangan ngorat dia k ---amaran---

5. Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda

1. kuat
2. gagah
3. pemalu
4. handsome
5. menutup aurat

6. Bila tarikh anda couple?
Semasa entri nie dipublish..baru ja pas sain kontrek ngn brader atas tu

7. Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Memandangkan kami baru couple, aku ajakla dia candle light dinner ngan aku..pastu boleh pulak dia kata " gua tiada masa la, gua nak tolong makcik tua tu lintas jalan sikijap ..ap2 gua telegram lu keh?"

chessscake punya boyfren....

8. Lagu tema cinta anda
(petikan lagu tema Barney & friends)

I love u,
u love me,
we are hepi family,
with a great big hug and kisses me for u
i know that u love me too...
(gerenti cair mamat tuh)

9. Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda
weh brader...tak panas ka dgn costume lu?..p r shoping beli baju len..

10. Tag 10 rakan anda yang lain
Maher zain, rapunzel, power ranger kaler biru, satria baja hitam, lisa surihani, alif firdaus azis, farid kamil, adnan sempit, johny depp, robocop...cukup2 aku tag 10 makhluk


aina, dah jawab tag kamu...1 soalan aku amik rm1 ja..total RM10, byr jgn xbyr



Wednesday, March 24, 2010

Contest : Apa saya nak buat kalau diberi RM100




Pagi yang gelap kini sudah terang, terperasan aku pada seorang budak ni, selalu bangun lewat tapi hari ni beliau bangun awal (alhamdulilah, anjakan paradigma buat dirinya). Beliau tengah mengadap Compaq Presario CQ40 yang dibeli pada hari raya ke-2 2008 sambil tersengih-sengih. Agaknya beliau melayan sesuatu....ermm..apakah ia?

Rupanya beliau sedang berfantasi mahu membeli apa sekiranya RM100 turun dari langit, tepat kena ke muka. Bagi beliau, duit RM100 itu sangat besar nilainya w/pon nilai itu dianggap sedikit bagi kawan2 lain yang berangan-angan pergi ke kelas menaiki lancer evolution. Ahh biarkan mereka dengan angan-angan tu, yang penting beliau nekad ingin membeli 'sesuatu' kepada 'seseorang' dengan duit RM100 tersebut.

Sebelum ni, 'seseorang' telah mengadu padanya bahawa 'seseorang' tiada handphone untuk berkomunikasi akibat 'kesakitan' bahagian dalaman yang bernama bateri.
Beliau agak bersimpati dengan 'seseorang' dan berkira-kira mahu membeli handphone ini kepada 'seseorang' tu.

Setelah ronda2 di sekitar pekan Tanjung Malim, mata beliau focus pada handphone di atas yang berharga RM85 dan inilah dia..........penyelesaian kepada masalah 'seseorang'. Beliau percaya kewujudan handphone di atas dapat mambantu 'seseorang' berkomunikasi dengan orang tersayang dengan lebih berkesan serta dapat menggembirakan 'seseorang' . Tapi beliau cuma mampu tersenyum sambil berfikir 'kat mana aku nak pau duit beli nset ni?' ...Tiba2 mentol di atas kepala beliau menyala dan terus balik ke rumah, cepat2 buka blog Diari Seorang Lelaki untuk join contest ini dengan harapan beliau berjaya.

Baki RM15 pula akan digunakan dengan meng'topup' handphone baru sebanyak RM5 dan selebihnya (RM10) digunakan untuk kos penghantaran handphone secara langsung dari Tanjung Malim ke Pulau Pinang melalui Pos Malaysia Berhad. Selesai 1 perancangan masa hadapan. Berangkat untuk ke kamar mandi dan meneruskan hari ini dengan ceria.


watak cerita adalah seperti berikut:

Beliau : aku sendiri
'seseorang' : Mak aku yang chumil :)


Tuesday, March 23, 2010

Study mesti bersama En. Azam

Cabaran minggu ini.

esok bersamaan 24 mac-
Test EDU 3034 (pengurusan pembelajaran) jam 8 pg
Ku-iz TKU 1043 (basic chemistry) jam 11 pg

Jumaat bersamaan 26 mac-
Test TKU 1073 (chem lab. management & teknik) jam 8 pg


Hari ini jam 3 ptg:
Lepas tidurkan laptop, aku bertukar posisi menuju katil. Bukan nak tidur tapi nak study. Aku nekad pegang notes EDU. Ada 4 bab sj. 1 bab pon ak tak sentuh lagi. Belek2 bab 1 tengok berapa banyak slide yg perlu di digest ...oh tak banyak..terus tekup muka dengan notes, memaksa diri untuk tidur w/pon mata masih cekang.

Tiba2 terdengar sayup2 suara..... mira, bangun...study13x!!!

suara lain bersambung ....... tidurla sekejap...tutup mata pelan2 (aku kalah di sini)

Bila 2 suara berlainan fahaman bertembung dalam otak (positif n negatif)..Aku terus bangun,,mimpi terkena renjatan elektrik level rendah..terus gerak ke meja stdy bersama notes EDU.
Dengan lafaz bismillah (amik keberkatan) aku menodai notes EDU dengan jayanya..haha..MySpace
Sebelum asar sudah 2 bab scan...alhamdulilah

Sekarang aku rileks2 MySpace
sambil menaip entri ni, hajat nak smbg lagi 2 bab selepas ini...hehe


*Study memerlukan motivasi intrinsik, pendorong dalaman pelajar ke arah kecemerlangan (Teori Maslow)...hoyyeahh
*Rumet aku yang baru pas amik test EDU hari ni berkata
" xyah tumpu sgt EDU, soalan direct, aku ciap bncg ngn dak blkg aku"
"soalan first jwpn D...pastu....bla..bla.... (rumet yg terbaekkk di abad ini..hihik) MySpace






Sunday, March 21, 2010

Oh kawan


Tumpang tanya sikit? Apa maksud kawan?...dah rasa nikmat berkawan?
Nak tau sama ada dh rasa nikmat kawan atau tak cuba kamu bergaduh dengan kawan dulu, tengok aka observe apa yang berlaku...adakah..

~ dia tunjuk protes terhadap kamu?
~ dia terus-terusan berdiam diri?
~ dia terus memutuskan hubungan dengan kamu?
~ dia meminta maaf atas kesalahan sendiri?
~ dia buat bodoh seperti tiada apa yang berlaku?
~ atau dia tikam belakang kamu guna pisau rambo?

Kalau dia minta maaf atas kesalahan dia kira ang boleh la nak buat kawan sejati
kalau dia tunjuk protes/buat bodoh, ang xyahla buat dia jd kawan
yang lain2 tu pepandaila kaji sendiri

Kalau kita nak tau kekuatan sesuatu perhubungan, perhubungan itu perlu diduga terlebih dulu. Kalau dugaan sekelumit kuman pon dah surrender masakan dugaan sebesar-besar alam dapat ditempuh. Sama juga dengan hubungan antara kita dan kawan2. Bila ang ada problem, ang mengadu kat aku tapi bila ang riang gumbira ang tinggalkan aku<

Bukan senang nak menjaga hati kawan. Kalau rapat sangat pon payah, sikit2 terasa, banyak2 terseksa teruss..hoho. Tapi xkanla small matter pon nak terasa kan?..setakat ang mesej dia reply 2 3 jam pastu atau pon dia xreply teruss xkan ang nak panass kot?..Nak2 kalau ang mesej benda urgent kat dia, tapi dia xreply..rilekks k..
cuba fikir dari sudut positif<
dia bz la 2, tak pon xckup kredit nak msj 1 sen pon...kan2?


Kalau kita nak kawan layan kita first class kita pon kena la jadi kawan first class k

- Kawan bila mana kita terasa senang sikit, kita nak dia senang sama2 dengan kita
- Kawan bila mana dia perlukan kita, kita dengan senang dan seikhlas hati hulurkan bantuan
- Kawan bila mana dia bahagia, kita tersenyum dalam hati
- Kawan bila mana dia sedih, gembira, kita dapat rasa kesedihan/kegembiraan dia
- Kawan bila mana kita berdoa, kita mendoakan kebahagiaan kawan2 bersama


Persahabatan adalah satu hubungan yang indah,
Kau ketawa aku gembira
Kau gembira aku tersenyum
Kau terluka aku sedih
Kau sedih aku susah
Kau susah aku resah
bila kau tenang aku jadi senang
(^_^)





**ehem2...siapa mo jadi kawan aku?
inilah masanya untuk kita sama2 bertwitter,
k2...aku baru wat bndalah nie
lau nak add la aku k :)
twitter.com/mirae_ok




Friday, March 19, 2010

Bila penat, mood jadi kacau


salam.
penat ..penat...penat...terasa diri amat penat bak pekerja kontrak yang sedang membancuh simen di bawah pancaran ultra violet. Mcm mn agaknya kerja sebegitu? setiap hari membanting tulang, kerja di tempat yg penuh debu, membahayakan kesihatan, menanggung risiko nyawa, cuma berbumbungkan awan, bermandikan peluh drpd cahaya matahari 36 degree celcius,...sangat perit bukan?..melainkan kamu sudah biasa keadaan sebegitu ataupun kamu tiada perasaan..

Bila penat mood aku jadi kacau..biasanya aku seorang yg suka buat xtau dgn keadaan sekeliling, maksudnya aku malas nk amik port dlm otak aku fikir pasal benda yang xperlu. bukan nak kerek cuma aku xnak bermain dengan emosi yang membebankan. Orang kata kalau ada masalah luahkan saja dengan air mata, tapi aku rasa luahan mcm tu hanya akan membebankan, membuat kita fikirkan masalah tu dengan kerap so mgkin dengan hanya buat dek masalah xkan settle tapi emosi still under control......apa2 pon maintain beb...

Tapi mungkin itu style lelaki kot, sebab tu lelaki terkenal dgn sikap rileks, kalau ada masalah kecik xkan riuh sekampung kan?...cuma wanita sj yang suka kecoh2....kenapa ya?
wanita kaum yg lemah, setiap masalah sukar untuk dipendam, terasa nak berkongsi dengan semua, mengharapkan pertolongan atau sekurang-kurangnya simpati pon dh cukup.
Sebab tu wanita pulak terkenal dengan sikap yang complicated, semua benda dia nak fikir, mood pulak selalu berubah..nak2 bila time period, mntk si lelaki jgn cari pasal kalau tak silap haribulan boleh mengamuk si anak dara..bukan berat sebelah tapi ini kenyataan..bila period, hormon dlm bdn tak stabil so emosi xdpt dikawal.

Dara dan teruna saling melengkapi...

kau resah aku rileks
kau panassss aku cool
kau marah aku senyum
kau jeling aku kenyit mata
kau senyum aku cairrr beb...
~peewwitttt~





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails