Wednesday, March 24, 2010

Contest : Apa saya nak buat kalau diberi RM100




Pagi yang gelap kini sudah terang, terperasan aku pada seorang budak ni, selalu bangun lewat tapi hari ni beliau bangun awal (alhamdulilah, anjakan paradigma buat dirinya). Beliau tengah mengadap Compaq Presario CQ40 yang dibeli pada hari raya ke-2 2008 sambil tersengih-sengih. Agaknya beliau melayan sesuatu....ermm..apakah ia?

Rupanya beliau sedang berfantasi mahu membeli apa sekiranya RM100 turun dari langit, tepat kena ke muka. Bagi beliau, duit RM100 itu sangat besar nilainya w/pon nilai itu dianggap sedikit bagi kawan2 lain yang berangan-angan pergi ke kelas menaiki lancer evolution. Ahh biarkan mereka dengan angan-angan tu, yang penting beliau nekad ingin membeli 'sesuatu' kepada 'seseorang' dengan duit RM100 tersebut.

Sebelum ni, 'seseorang' telah mengadu padanya bahawa 'seseorang' tiada handphone untuk berkomunikasi akibat 'kesakitan' bahagian dalaman yang bernama bateri.
Beliau agak bersimpati dengan 'seseorang' dan berkira-kira mahu membeli handphone ini kepada 'seseorang' tu.

Setelah ronda2 di sekitar pekan Tanjung Malim, mata beliau focus pada handphone di atas yang berharga RM85 dan inilah dia..........penyelesaian kepada masalah 'seseorang'. Beliau percaya kewujudan handphone di atas dapat mambantu 'seseorang' berkomunikasi dengan orang tersayang dengan lebih berkesan serta dapat menggembirakan 'seseorang' . Tapi beliau cuma mampu tersenyum sambil berfikir 'kat mana aku nak pau duit beli nset ni?' ...Tiba2 mentol di atas kepala beliau menyala dan terus balik ke rumah, cepat2 buka blog Diari Seorang Lelaki untuk join contest ini dengan harapan beliau berjaya.

Baki RM15 pula akan digunakan dengan meng'topup' handphone baru sebanyak RM5 dan selebihnya (RM10) digunakan untuk kos penghantaran handphone secara langsung dari Tanjung Malim ke Pulau Pinang melalui Pos Malaysia Berhad. Selesai 1 perancangan masa hadapan. Berangkat untuk ke kamar mandi dan meneruskan hari ini dengan ceria.


watak cerita adalah seperti berikut:

Beliau : aku sendiri
'seseorang' : Mak aku yang chumil :)


16 comments:

Berd said...

oii masok kontest x mengajak!

amirah said...

Berd: jum r masuk...ajak r jiran tetangga skali

faINa989 said...

owh mira...mmg dah berazam nak beli ehhh hp tu..hek3~~

Unknown said...

SEMOGA BERJAYA.

cambest nie

amirah said...

aina: hehe...leh r mesej-mesejing mak aku

amirah said...

~0~: terima kasih :)..jum join skali

Ruby said...

waaaa...murninya niat hg!!!
bagos3!!moga2 menang!!!

Unknown said...

bagusnya
sejuk perut ibu ada anak macam ni
semoga berjaya utk kontest ni

chec said...

bes3..lg skali..gud luck girl!!
=))

amirah said...

RUBY: terima kasih :)

nuar: terima kasih juga :)

chelia: jum la join skali :)

Rizzuan Shah said...

best cerita ni. tak puas baca cz pendek sangat. sambung la part 2 plak. ape jadi selepas beliau gi mandi?.. hehehe.. salam ziarah sambil memolow blog amirah.

p/s: jom melawat, follow dan share link di TKSB.
http://wanshah87.blogspot.com

amirah said...

wanshah: pendek?aku rasa panjang n org mesti xlrt mo baca. cerita ni smpai cni ja...xda part 2..huhu

btw, thnx k

cimon said...

awal2 da baikkk punye cover guna 'beliau'...hampeh!

hehe (^v^)

anyway...gud luck in ur competition!!!

chayox2!!

Rizzuan Shah said...

kite melawak jer la. :-) xpe², bagus karangan awk. tertarik saya baca. :-)

http://wanshah87.blogspot.com

Unknown said...

salam
tQ for joining & good luck

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails