Friday, February 5, 2010

Macamla bagus sangat!


Awak-awak, tak elok tau pakai baju ketat mcm ni

Awak-awak, sbg org Islam kita tak boleh warnakan rambut..

Awak-awak, tak baik kalau kita buruk sangka kat seseorang

kalau seseorang menegur kamu sebegitu atau seumpamanya, apa reaksi kamu?
atau kalau kamu menegur seseorang mcm tu apa pula reaksinya?

agak2 kena sembur tak ngn ayat cmni
"ek eleh mcmla dia tu bagoss sangat..nak tegur org dia pon 2x5"

takpun situasi sebaliknya, kamu pulak yg sembur org yg menegur kamu mcm ayat kat atas.

Bagi aku, dua2 situasi aku pernah alami..menegur dan menyembur orang
dan sebenarnya tak salah kalau sesiapa pon nk menegur kita
baik punya ilmu sampai seberang lautan atau punya ilmu sekadar di taraf pondok
hak tegur-menegur ni ada kat semua orang
tapi itu tak bermakna kita boleh menegur sesuka hati ja
kena gak ada ilmu lau nk tegur nie
lau tak bukan takat kena sembur, silap2 dpt sakit..

nak tegur kena ada cara berhemah, nak menerima teguran pon ada caranya
semuanya termaktub dalam ajaran Islam sendiri

Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud; “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan, ‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”


**tapi kita perlu ingat, nak tegur ni kena ada skill, lain org lain cara penerimaannya,
yang diatas ni sbg panduan bg kita umat Islam.



21 comments:

ila-ali said...

Orang tegur baik
kita balas baik...ucap terima kasih lagi...wpun pahit nak terima!!

tapi klu yg menegur tu cara dia mcm hampeh, depan org sampai drop my waterface...sendiri mau ingatlah beb!!

Fiq said...

betul... tegur kena berhikmah. jgn main lepas aje. lidah tu lebih tajam drp bilah pedang...

pak long said...

salam....
entri yang dalam mesejnya...

hari-hari makan pengat,
sendiri mau ingat,

Bini James Bond said...

Salam..
Sesetengah orang memang tunggu untuk ditegur,mungkin dia nak berubah tapi tak jumpa jalan.Bila dah jumpa jalan sikit,yang menegur tu pulak tegur dengan ayat-ayat hina dan pandangan jelik macam budak ni dah tak boleh nak berubah dan tak boleh nak join mereka-mereka yang so-called 'alim' ni.At last,budak yang nak berubah tadi dah tak jadi nak berubah dan balik ke perangai asal sebab takde orang nak guide dia.Yang ada hanya orang-orang yang perli dia dan ejek-ejek dia.Saya tak buat cerita tapi ini kisah dari pengalaman saya sendiri.Pada pendapat saya,yang banyak ilmu agama patut membimbing yang kurang didikan agama,bukan terus menerus mengumpat dan mengeji mereka.And your point sangat la bagus,perlu ada kata-kata yang sangat berhikmah untuk menegur orang supaya hati orang tersebut lembut.

Just share my thought.

-mimi-
^_^

amirah said...

ila-ali: bgsla kamu menerima teguran dgn ucapan terima kasih.

kalau smpai jthkan air muka,itu bukan teguran dah tp penghinaan

thnx dropping by :)

amirah said...

Fiq: betul3..oleh itu berhati-hati dgn kata2


pak long: selalu sgt kena sengat,pasti ingat

amirah said...

Bini James Bond: tak dinafikan itu juga salah satu puncanya, teguran xberhemah menyebabkan seseorg xberubah atau mungkin lebih teruk. sbb tu la perlunya teguran berhemah. tapi perlu ingat juga, kunci utama utk berubah ada dlm diri sendiri cuma sekuat mana kunci itu berada dlm genggaman terpulang kpd diri msg2.

setuju dgn kamu, yg berilmu patut berkongsi bukan mendabik dada pada yg kurg ilmu.cuma manusia ni kdg2 agak berisi sedikit(ilmu) mula tunjuk taring.

btw, thnx share pendapat kamu, i appreciate it :)

PrinCe_TopEx said...

ala..besela tuu..
dak2 melayu zamn skunkk..

ana_zara said...

sepatut nye kita kene bersikap terbuka terhadap teguran..
kalu xda teguran mcam mana hidup nk maju..

chec said...
This comment has been removed by the author.
rizputra7 said...

nak tegur orang..kena tengok diri sendiri dulu..

p/s : tak ada teguran macam mana nak hidup maju ke hadapan..walaupon kadang2 teguran itu seperti ingin menjatuhkan kita..tapi kita cuba ambik teguran sebagai cabaran ataupun teguran yg positif

amirah said...

prince topex: yg buruk semua kena kat bdk melayu..huhu

ana_zara: betul 2

che adlia: thnx2.. :)

amirah said...

rizputra7: yup, diri sndiri kena betul dlu.
lau kita anggap teguran sbg positif pasti mudah nk terima

Zuwairi said...

sbnyrnya amalan menegur ni baik.. tapi kalo org tegur.. ermm.. 'tgk diri sdiri dulu';)

amirah said...

zuewairy: emm biasa cm2la kan..

ismiaisha said...

aku salah tegur ang ke?
huhu~
;)

amirah said...

ismiaisha: cuba pk balik...hehe

ismiaisha said...

ada ke?
cam xdek je..
aku b'hemah selama nih..
hik3~
:P

amintj said...
This comment has been removed by the author.
amintj said...

walaubagaimanapun bentuk teguran, samada boleh menjatuhkan air muka, kasar, baik, atau berhikmah. Hargailah dengan hati terbuka, kerana sebenarnya itu adalah hidayah dan teguran dari Allah. Juga merupakan tanda sayangnya Dia kepada kita... Berbagai-bagai bentuk teguran boleh didatangkan-Nya samada dengan cara baik, buruk atau amat dasyat sepertimana bencana yang berlaku di Acheh, Haiti dan lain-lainnya.


Salam dari saya Amin


"Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu, hendaklah mengubah dengan lidah, sekiranya tidak mampu, hendaklah dia mengubah dengan hati dan itu adalah selemah-lemah iman."
(Hadith Riwayat Muslim)

amirah said...

amintj: salam..eh amin ek

terima kasih berkongsi di sini. teguran juga satu hidayah.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails