Friday, April 30, 2010

Aku budak tiada perasaan

Assalamualaikum
Apa khabar?
sehat?..alhamdulilah
tak sehat?..p la telan ubat
Eh ingat semua penyakit ada ubatkah?
macam mana pulak dengan sakit hati?
Macam mana ya nak ubati?

Orang cakap pabila dah berkawan terlalu rapat, apa2 yang tersalah bicara pasti akan terasa
ada pulak yang berkata sebaliknya..pabila dah terlalu rapat apa sahaja yang dikau kata daku takkan terasa
jadi mana satukah yang sebenarnya?
" wey bodoh r kau ni, apesal kau tak cek dulu?"
" weh buku tu ada atas meja aku je la...bengong tul r"

Bagi aku, sejauhmana kamu rapat dengan seseorang, sekiranya dia masih punya hati, maka kamu harus menjaga setiap langkah dan tuturmu. 
Soal hati bukan boleh buat main2..sekali tertusuk pasti ada parut tinggalan sejarah yang mungkin susah dilupakan walaupun telah dimaafkan.
Kadang2 muka tersenyum tapi di hati siapa yang tahu
Kadang2 dia nampak sangat periang orangnya tapi lara dalam hati siapa yang tahu kan

Itulah manusia, punya riak muka yang dapat melindungi ekpressi sebenar hati
aku kagum pada siapa2 yang mampu membaca hati seseorang
bukan sekadar teka atau kebetulan tetapi dia boleh membaca dengan tepat
aku jenis manusia yang menyembunyikan perasaan hati
kawan2 selalu kata "kau ni muka tiada perasaan"
tak pasal2 kena cop budak tiada perasaan..

Tapi ada beberapa orang teman yang dapat membaca apa yang aku rasa
dekat dia aku susah nak sembunyikan perasaan aku, 
dia tahu kalau aku tengah susah hati memikirkan sesuatu
dia tahu kalau aku sedang terasa
dia tahu kalau aku gembira
dia tahu kalau aku sedih
dia dapat rasa tu semua
terima kasih kerana memahami aku
dia satu dalam seribu

Terima kasih kepada yang sudi menghulurkan rasa kasih dan sayang dalam berkawan
Maaf sekiranya aku ada tersalah cakap dan buat sesuatu yang tak kena di mata kamu


*Lain yang nak ditulis lain pulak yang tertulis...
itulah kata hati...tak siapa boleh halang




Wednesday, April 28, 2010

opsss...obses sudah

Ehem2..test-test satu dua tiga
apa khabar datok2..apa khabar datin2?
sebelum kita meneruskan acara , izinkan saya berkata sepatah dua
saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung blog ini
tak kira lah anda singgah secara sengaja mahupun secara kebetulan
saya hargai comment anda serta tinggalan jejak anda di shoutbox saya


Malam ni aku tenung luar tingkap, terlihat daku sang bulan purnama
ahh sungguh indah, sungguh tenang..
alhamdulilah aku masih dapat melihat keindahan ciptaan Allah

oklah dah dua perenggan kot intro aku..
aku nak tahu apa yang kamu2 obses sangat?
setahu aku obses tu adalah perasaan minat kamu yang mendalam terhadap sesuatu
maksudnya kamu2 tersangatlah suka tahap gaban terhadap sesuatu..betul tak?
kadang2 aku nak tergelak sebentar terhadap apa yang seseorang itu obses

Ada seorang teman aku, dia sangat obses terhadap warna
hah..warna?dengan warna pon boley ka?..boley maa
dia tersangatlah suka, minat, gemar apa2 barang yang berunsurkan warna PINK..
nasib baik dia ni seorang wanita yang lembut..auww
kalau lelaki obses akan warna pink memangla xleh blah..
ok berbalik kepada teman lama aku ni
segala barang kepunyaan dia MESTI ada warna pink
kadang2 nak saja aku katakan pada dia
"hidup ini penuh dengan pelbagai warna wahai kawan, itulah sebabnya digelar warna-warni kehidupan"
tahap ke'obses'san dia ranking pertama..apa boleh buat..

Satu lagi kes, aku selalu skodeng kereta2 yang diparkir 
terdetik di hati "agak2 senang tak nak culik kereta ni?"
mana taknya, aku tengok kebanyakan kereta penuh dengan teddybear la, hello kitty la, patung telettubbies la, stich la, nemo la, sepanBOB la..hadoyai..
ingatkan budak2 punya kereta rupanya mak budak woo..
kalau aku wat part time culik kereta, kereta cmni la aku usyar dulu
sebab aku dah tau ni kereta gadis2 mahupun janda berhias
senang mo culik, kerat bahagian dalaman kasi jual sama Tan Chong ..

Kalau dah namanya wanita, mesti suka benda ala tomey2..yang kiut kan2??
Aku mengaku aku pon suka jugak tapi tak obses la.
Boleh ja gadis2 nak suka benda2 ni cuma janganlah obses sangat
takut termakan diri pulak ya adik2, kakak2, makcik2 yang chumil

Aku cerita pasal wanita aja..yang lelaki macam mana pulak?
kamu obses dengan apa ?
gadis2 lak selain tu obses apa lagi??
kongsi jumm~


Monday, April 26, 2010

Simptom budak habis exam

Alhamdulilah
Exam bagi bebudak kos aku dah berakhir
Mengharungi steady study week dan exam week dengan penuh gaya
Kos aku antara yang terawal habis exam iaitu minggu ke 2 hari isnin
Sekarang ni tinggal doa dan tawakkal saja
mudah-mudahan ada peningkatan atau paling koman dapat maintain pointer..
huh..macam susah saja, insyaAllah segalanya ok jika itu rezeki aku.

Disebabkan aku dah habis exam, aku rasa macam2 benda aku nak buat. Teringin nak buat itu nak buat ini padahal sebelum exam pon boleh ja nak buat cuma bagi alasan nak exam. Oh sangat lah skema..ya itu aku mengaku. 

Aku nak cerita sikit simptom exam yang biasa aku tengok di sekeliling aku dan mungkin juga simptom ini berlaku di persekitaran kamu. Ayuh kita terjah...

Simptom 1
Tengok movie...
eh sebelum ni tak tengok movie kah? mungkin tiada masa so bila dah tamat exam semua pakat2 pulun nak tengok segala movie yang wujud sama ada old movie atau new movie. Pastu ada pula membe2 yang kalut cari movie, sanggup jalan jauh semata-mata nak amik movie, sanggup tunggu nak download movie la ..pas download nak cari subtitle la..
Fuh, bersusah payah woo..sangat nekad..

Simptom 2
Nak keluar jalan2/makan angin..ngap2
Ni agak lawak dan kadang2 berlaku dalam kehidupan kita. Ada sesetengah student ,kehidupan dia cuma di dalam bilik. Bila dah tamat peperiksaan maka dia pon terasa nak keluar dari kepompong biliknya itu. Baru la merancang nak jalan2 sekitar kolej kediaman (destinasi paling dekat dan free of charge), nak keluar ke bandar ...hang out bersama kawan. 
Bagi yang punya duit lebih, mereka merancang percutian 2 hari 1 malam di mana2 empat peranginan dan ada yang rancang nak shopping sampai lebam. Ini kes bagi bebudak tajaan berhad. Oh daku jelesss!

Tak apa la kalau nak keluar jalan2 asalkan jangan melencong ke tempat yang tak sepatutnya bagi kita yang beragama Islam..kang ada pulak yang pi clubbing..huhu...sudah jauh tersasar di jalan Mu ya adik2..

Simptom 3
Nak tidur puas2
Ehem2..macam la sebelum ni kurang tidur..hehe
Oklah, biasanya student kurang masa untuk tidur
Nak2 steady study week lagila tak tidur ye tak?
Kalau study last minit lagi la teruk nak cover kesemua bab
makanya kena lah berkorban waktu tidur, 
bancuh 2 3 cawan nescafe tak pun kopi radix keluaran HPA
nak bagi mata cekang kaw2 punya..

so bila berakhirnya exam, balik rumah masuk dalam bilik terus senyap sampai esok..haha
tidur tak ingat dunia. bangun2 mata lebam 2 bijik. ahhh...tak kesah tu semua janji gua puas malam tadi tanpa gangguan...hohoho

Macam2 kerenah manusia, ni baru senaraikan 3 simptom biasa bagi kebanyakan student. Mungkin kamu2 ada macam2 jenis simptom yang boleh dikongsikan bersama..atau kamu sendiri punya simptom lain daripada yang lain...apa simptom kamu?








Friday, April 23, 2010

Counting days...forward reaction

Ehem..ehem
Aku masih di sini
Skodeng kamu...hehe

Masih dalam mood exam
Cuma terasa nak post sesuatu
Entri pendek sekadar memberitahu
Aku mengira detik terakhir peperiksaan
Setelah 3 paper aku redah selama seminggu
Kini masa tinggal beberapa detik sahaja
Tolak masa makan, minum, tidur, tidur dan tidur
Pasti sekejap cuma
Bersabar ya......

Sunday, April 18, 2010

Selamat semua ya :)

Assalamualaikum?..ada orang tak?
Tiada agaknya...maaf mengganggu
Kebanyakannya sedang sibuk menghadap 
barisan2 huruf 
atau 
sekumpulan digit 
atau 
serumpun formula.
Ya aku faham situasi kamu..hehe
Aku pun sama seperti kamu
Jadi di kesempatan ini aku ucapkan 
SEMOGA BERJAYA & SELAMAT SEMUANYA YA :) 
amin...

                                                      

Thursday, April 15, 2010

Berfaedah kah apa yang kamu buat?

Halu3...fafau mira in da house...
Sekarang ni merupakan minggu study week bagi kebanyakan pelajar universiti termasuk aku. Sem ni aku kena belasah 4 paper. Walaupun macam sikit tapi aku rasa berat sebabnya aku belum habis telan semua ilmu ni T_T. Its oke mira, masih ada lagi 4 hari yakni 96 jam. Bila time study week, pelajar2 macam aku pasti terasa menyesal sebab tak menggunakan masa sebaiknya, sebab tak study awal2, tak prepare awal2, tak plan awal2, itu semua lumrah ...setiap hujung sem selalu terasa cmni. Tapi bila naik sem semua azam dan rasa menyesal hilang sikit2. Tiada guna. 

Roomate aku selalu cakap "Apa kata hampa stop blogging, p buat assignment sampai abis, p study untuk test/ku-iz"
bagus kan roomate aku, menegur aku dan housemate lain tatkala kami semua leka berblogging..
Eh leka kah kami? Bagi aku aktiviti blogging ni bukan la sesuatu perkara yang leka tetapi sesuatu yang berharga
Semester ni aku baru start blogging mungkin sebab tu aku selalu dikatakan leka berblogging. Selalu terasa ingin menjengah blog kamu2 yang mengancam, yang aku suka lepak...rileks2 ..santai2 di blog kamu2


Blogging ni banyak memberi manfaat kat aku. Aku ni seorang yang sangat malas. Aku malas membaca. Super duper malas. Sesuatu artikel yang panjang aku tak kan baca, aku cuma baca tajuk. Tapi sejak aku blogging, aku bertukar ...aku jadi rajin membaca sedikit. Melalui blogwalking, melawat blog kamu2 semua aku dapat banyak ilmu baru, informasi, tambah sedikit ilmu agama, pengetahuan am, berita terkini...up to date sikit la. Walaupon sesuatu blog tu buat entri panjang berjela-jela, aku tetap baca sebab banyak informasi yang blogger tu nak sampaikan. Kadang2 banyak isu2 dalam dunia ni aku dapat tau then terdetik di hati "oh ada jugak benda mcm ni...ada jugak org mcm ni...berlaku jugak perkara mcm ni..dll"..Kiranya blogging ni membuka mata aku terhadap dunia la...(aiseyman ayatt...)

* jadi berfaedahkah blogging2 ni bagi kamu?..

Monday, April 12, 2010

Bakat seni yang tidak dapat dinafikan

Siapa di sini pandai melukis? 
Aku? sudah tentu ...bakat terserlah ketika di dalam kelas Pendidikan Seni semasa darjah 3
bukan nak kerek atau cakap besar tetapi kenyataan , lau tak percaya try tanya cikgu pendidikan seni aku kenapa lukisan aku selalu ditampal di ruangan belakang kelas?hak2

Semasa umur aku meningkat ke alam remaja, bakat aku terkubur dek kerana kurangnya penekanan subjek pendidikan seni di sekolah. Cikgu pendidikan seni pon aku tak ingat.  Tapi semasa aku menjadi candidate pmr tiba2, cikgu Syah bersemangat mengelola kelas pendidikan seni lalu dengan rakusnya beliau memaksa kami mencipta replika haiwan kegemaran. Aku memilih spider dengan harapan spider tersebut dapat menjelma menjadi spiderman ketika malam, boleh dodoikan aku dan nyanyikan lagu 'selamat malam'. Indah bukan?  

Apabila aku membesar beberapa inci menjengah alam belia muda, bakat melukis aku hancus terus. Semester 1 tatkala aku melukis rupa sel-sel haiwan dan tumbuhan ada kawan bertanya "weh ang lukis apa ni? macam dinding batu bata yang tersusun rapi.."..fuh, tersentap 1 saat tapi aku anggap itu pujian, lagipon sel tumbuhan lebih kurang mcm tu..hehe

Sekarang ni, aku melebarkan bakat aku yang hancus tu. Ada sisa2 bakat terpendam lalu terhasil lah karya agung buat diriku. Aku mencipta muka seseorang dengan bantuan FaceYourManga . Terima kasih kepada beliau.

Inilah hasilnya....tadaaa...

Amacam?..ok tak?








Ni la muka kartun pertama yang aku buat. Mula2 terfikir nak cipta muka bakal suami tetiba jadi cmni, reject terus, takut mak bapak aku pengsan tengok menantu macam mafia. 
Sebenarnya kalau sekali pandang mcm mafia, 2 3 kali pandang mcm budak sekolah berlagak brutal...
silap aku jugak tak letak jambang kat muka dia...erm...

*So, kepada insan2 yang terkandas di blog ni sila lah serlahkan bakat seni anda di FaceYourManga dot com.chowww...

Thursday, April 8, 2010

Perempuan & bola



Gadis biru : weh malam ni game MU la, aku kena prepare nescafe kaw2 punya biar cekang bijik mata aku.

Gadis merah : perlukah wahai si gadis biru? bukankah esok kamu ada kelas di pagi hari?

Gadis biru: mestilah perlu, feberet aku tuh.

Bola oh bola, walaupun rupamu sepesen aje, badanmu pula montel, tetapi popularitimu sangat membanggakan. Kau bukan saja meragut hati si teruna malah hati si dara pon kau ragut. Sungguh tamak walaupun kau bukan benda hidup.

Aku tau bola itu bulat, cuma kurang pasti mengapa perempuan minat pada sukan bola. Mungkin ada yang berkata aku ni sangat berfikiran tertutup. Sukan untuk semua kan so suka hati la perempuan nak minat sukan apa pon.....Ya aku tak kisah sesiapa pon minat bola cuma agak2 kenapa kaum hawa tertarik pada sukan itu? Lebih bagus lagi, minat mereka mengalahkan kaum adam. Mungkinkah sebab...........

1) Pemain bola sangat menggoda
Ku lihat2 rupa parasmu sangat kacak
Ku lihat2 susuk tubuhmu sangat kental
Ku lihat2 semangatmu sangat waja...
auwww..aku tergoda akhirnya
Haha, nak tergelak aku taip ni, so mungkinkah kerana faktor pemain bola sangat mengancam maka gadis2 terus meminati bola?

2) Hipokrit
Saya minat bola sebab boyafren saya pon minat bola. Saya pon nak tahu apa yang berlaku dalam arena sukan bola so that i can borak2 dengan my abang pasal bola....wah2..so fun, i like it ahak..ahak
jadi, betulkah mereka meminati bola seikhlas hati?

3) Membuktikan mereka brutal celup
Gua xmain-main k, gua serius minat bola, gua memang membesar bersama bola cuma bola tu aje maintain berat badan. Alhamdulilah gua cukup hormon utk membesar. Cakap ja game apa  gua masuk..gua layan...
Biasanya gadis2 tomboy minat bola untuk membuktikan 'kejantanan' mereka

4) Betul2 kipas susah mati
Perempuan minat bola sebab mereka betul2 die hard fan sukan bola sama ada local atau pon international ...aku tak pasti sebab ni bole pakai atau tak ...tapi mungkin ada perempuan yang betul2 minat bola sebab dia minat bola...
Kalau ada aku memang terkesima sebentar...hehe


Macam2 sebab kita minat pada sesuatu kan, kadang2 sesuatu yang kita tak minat boleh menarik minat kita secara tak sengaja. Tapi mungkinkah sesuatu benda seperti bola menjadi kegilaan buat si gadis? ermm...

Monday, April 5, 2010

Dugaan baek punya


"Wah rindu, rinduu, rinduuuuu sama kamu. Apa khabar kamu No One Knowzz?..dah lama aku tak tulis ungkapan cinta buat kamu. Maaf, aku buat-buat sibuk...hehe.."

Perghh, ayat kerek gila padahal baru 4 hari tak update. Bajet ada ramai yang singgah sini. Maaf, penulis berada dalam emosi teruja setelah blognya baru diupdate hari ni. Aku ni masih newby dalam blogging, so faham2 je la kalau aku teruja@semangat sedikit.

Dugaan ..ya aku hadapi dugaan sebesar kuman.

Di kala aku sedang memerah tenaga....dia asyik menyimpan tenaga...ZzZzZzZZZZzzzzz

Di kala aku sedang berkejar-kejaran....dia asyik berehat di atas katil

Di kala aku sedang menatap notes.......dia asyik menatap pelakon handsome kesayangannya

Di kala aku keletihan...........dia asyik bergelak ketawa penuh energy..muahahaha


ohh...sungguh daku jeles
kan best kalau aku bertukar menjadi "dia"
senang jalan cerita hidup...makan, tidur, menonton...diulang 3x sehari ..wuwuwuwu.......







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails