Sunday, December 30, 2012

Mana lebih baik?

Kadang-kadang bila kita terbiasakan diri mengutamakan orang dari diri sendiri seakan-akan kita jadi hamba untuk puaskan hati orang. Hati sendiri macam mana? Pujuk supaya sabar.

Kalau kita mula utamakan diri sendiri, susah hati pulak apa orang lain akan kata.

Azam tahun baru 2013. katakan TAK NAK.
peduli apa orang kata.


* hari ni agak sadis sebab dadih segera aku tak jadi.wajar dibahan.huhu

Sunday, December 23, 2012

Bikin pening dia

mungkin entri terakhir tahun ini.siapa kisah?

jawapannya aku.

Betul apa kebanyakan sang teruna khabarkan. Wanita itu sukar tafsirannya. Kadang dia ok tapi selalunya dia bikin pusing pacar.

Tapi pacar yang menjadi idaman bila dia bijak membaca tafsiran wanitanya.

Bila wanita cakap A tapi dia maksudkan B. Pacarnya sudah arif. Syabas!

Entri spontan.

Pendang Kedah.






Friday, November 16, 2012

Suapan istimewa

Salam.

Masih dalam mood sekolah.cuma teringat hari terakhir di sekolah convent light street bersama budak kelas 2 Kuning. Kelas terakhir dalam tingkatan 2. Aku cuma masuk seminggu sekali je iaitu waktu PJK. Budak cuma 18 orang semuanya. Minggu terakhir cuma main bebas je, ajak depa main "water and ice", game yang sorang akan kejar yang lain dan sebut ais bila dapat tangkap, pastu orang yag kena tangkap kena jadi ais la,tak boleh gerak. Lawak sebab semua lari merata-rata. Pastu ajak main "ibu ayam dan anaknya dan musang" ..ala game yang ibu ayam pinjam barang dari musang pastu dia hilangkan, so musang pun berdendam dan nak makan anak ayam. Game ni nak tgok macam mana si ibu ayam jaga anaknya.haha

Pastu main game "memimpin si buta" game ni 1 kumpulan ada 2 orang. seorang akan jadi buta dan sorang lagi kena bagi arahan apa yang perlu dibuat. Aku aturkan gelung rotan dan suruh depa pimpin partner buta masing2. Siapa cepat dia menang. Budak-budak ni ada main tipu ada yang terlanggar budak kelas lain siap teraba-raba lagi.haha..memang seronok. Aku cuma nak objektif tercapai je iaitu semua kena berpeluh.haha

Masa hari terakhir, budak2 2K panggil ke kantin cakap ada jamuan. Masa pegi sana depa keluarkan kek dan suruh aku potong.. So potong jela, pastu depa suapkan kek kat aku. Masa tu agak terharu lah.4 orang suap secara direct.. eh depa ni nak pekena aku ke apa..haha..jenuh telan kek.Apa-apa pun terima kasih 2 Kuning atas kenangan ini :) walaupun ada yang kata biasa lah takda apa2 pun.Tapi bagi aku ia kenangan yang tak dapat dilupakan.

Tuesday, November 13, 2012

Malu itu tetap ada

Hari-hari bahagia tanpa sekolah sudah bermula.hoyyeahh.bagi yang tak tahu identiti aku mungkin akan ingat aku ni budak sekolah yang seronok sekolah dah mula cuti. yaaa anggap jelah begitu.hikhik.

Perempuan ni hiasan dunia. Semuanya ada cantiknya yang tersendiri. Sebab itu lah perempuan selalu dijadikan bahan paparan. Semuanya nak tayang. Sampaikan hal-hal dalam wanita pun perlu ditayang untuk publisiti dan keuntungan.

Setiap kali ke tempat membeli belah mesti barang itu akan berada di tempat terbuka dan lazimnya di hadapan pasar raya. barang apa tu?? boleh agak tak? Geram dan malu sebenarnya. Tak sepatutnya tayang begitu saja.ingat, kami ni superman ka. Bila nak beli pun teragak-agak lah tapi nak buat macam mana lagi...tebalkan muka dan pilih yang comel-comel. Benda ni dari dulu lagi aku perhatikan. Dulu masa mula-mula nak beli, sebagai remaja, benda ni sangat malu teramat, yelah baru nak mula. Kalau boleh taknak ke tempat tu. Biar mak je pilihkan sebab takut orang nampak.malu weh. Bila dah biasa, perasaan malu ni dibiarkan bila nak beli benda tu..bagi yang blur, benda yang aku maksudkan ialah pakaian dalam wanita.

Lagi satu yang aku nampak sangat obvious ialah penjualan tuala wanita. Sekarang ni siap ada demo kat tv dan utiub tentang kekebalan tuala wanita. Bila tengok tv dengan satu family yang ada abah, abang2 dan adik lelaki, kena lah buat biasa saja.Terpaksa lah terima semua ni atas nama "ini adalah promosi"..

mungkin ada yang anggap aku ni kolot, benda-benda macam ni kena lah bersifat terbuka. Memang terpaksa terima tetapi malu itu tetap ada.



terima kasih membaca :)

Tuesday, November 6, 2012

1 Jingga

Aku lah cikgu Sains
Aku lah cikgu Sivik
Aku lah cikgu tingkatan depa.

So nak tak nak batang hidung ni kena sentiasa depan mata depa. Dalam seminggu dari hari isnin sampai khamis ada kelas dengan budak 1 Jingga. Kecuali hari jumaat. Secara automatik hari jumaat merupakan hari bahagia aku..Cuma ada 1 kelas selama 1 jam 20 minit dengan budak 1 Indigo. Kelas ni cerita lain pulak.

1 jingga ada 8 melayu, 12 india, 7 cina dan 1 lain2 so total 28 kepala. Kelas ke 3 dalam tingkatan. Budak2 sangat bising. Memang aku kadang2 tak dapat kontrol depa ni. Geram pun ada sebab ada yang tak hormat guru. Menyanyi dalam kelas, jalan sana sini dalam kelas, sembang2 tak hirau cikgu. Nampak situasi agak tak ok kan?..

memang tak larat dengan kelas ni.Setiap kali habis kelas 2 masa 1 jam 20 minit konfem2 sakit tekak sebab menjerit. Memang dah takleh softspoken dengan depa. Terus terjah suruh keluar kelas. Tindakan suruh budak keluar kelas adalah salah. Masa tu memang tak kira apa dah. 

Satu hari pk hem bagi senarai nama budak2 bermasalah. Kelas aku ni dapat senarai banyak banding cikgu2 lain..8 budak masalah iaitu 7 melayu 1 india. Memang geram berganda la masa ni. Masuk kelas terus panggil budak2 melayu dan tanya masalah depa. Budak india sorang tu tak datang. Aku berleter kat depa...bla..blaa blaa..

Apa masalah hangpa ni? dimerit sebab ganggu p&p..pasai apa dok hingaq sangat dalam kelas? dok menyanyi la hampa ingat ni pusat karoke ka? baru form 1 tak payah la nak buat perangai sangat...budak2 lagi ni..pasni kalau hampa buat perangai hingaq time saya siapla hampa.

Lepas berleter, waktu aku ja memang depa teragak nak buat bising. Bila nampak aku renung ja, cakap pun makin slow..hahahahaha puasssss hati.


Saturday, November 3, 2012

Tempias kecik-kecik ikan bilis

Bila orang tegur kita nampak muda dari umur konfem2 lah berbunga hati ni. Senyum sampai telinga terutamanya orang perempuan. Orang lelaki ni bukan kisah pun pasal umur kan?

Mula-mula memang seronok bukan main orang cakap macam tu pastu lama-lama terfikir jugak kesan-kesan yang tak berapa best.

Pertama ialah orang pandang rendah kat kita. Mana taknya, orang fikir kita ni budak sekolah lagi padahal dah keja. Pandang sebelah mata ja. Jadi daripada kesan pertama ni kita rasa keyakinan diri makin menurun. So dah 2 kesan yang tak berapa best.

Kesan ketiga dalam pemakaian kita. Tiba-tiba teringin nak pakai skirt atau dress labuh. Bila beli kena lah potong bahagian bawah skirt atau dress labuh tu.. dah satu keja.. lepas tu bila pakai rasa macam ayam katik pun ada.haha.maka simpan je lah semua tu dan pakai je skinny jeans supaya nampak tinggi..hak2. satu lagi pakai high heel...tapi tu bukan cara aku.

Kesan-kesan best pun ada terutamanya bila orang konfius yang mana satu adik dan kakak. haha. masa ni jeling2 bangga kat adik yang muka dah muncung tu..rasa macam game dah 1-0 dah.hehe.

Bila buat perangai macam budak2 orang lain tak pandang pelik la sebabnya kita nampak muda je. Benda ni selalu je aku buat. Memang tak kisah dah orang sekeliling. I dont care and i simply doncnt :D



Thanks for reading this! =)


Kecik-kecik ikan bilis

Sekolah memandu 1

XY: Betui ka ni nak mengajaq sekolah menengah? 
XX: Bidang yang saya ambil memang untuk sekolah menengah
XY: ishh saya rasa baik minta sekolah rendah
XX: la pasepa pulak?
XY: Budak sekolah menengah lagi besaq dari awak tau.
XX: yela takpa lah

Sekolah memandu 2

XY: adik, minta maaf la abang nak cakap ni
XX: ....(sambil dongak tengok muka abang tu)
XY: kaki adik ni pendek la..so adik kena balance betul2
XX: ...(terkesima, tak penah lagi org begitu berterus terang mcm ni)

Sekolah Convent

budak: Cikgu kalau pakai baju sekolah mesti nampak macam budak tingkatan 1@ 2
cikgu: amboi la sedap dok kata kat saya
budak: hehe betul cikgu

Aku ni takda lah kecik mana pun.entry ni mungkin membuatkan sesiapa yang baca rasa macam tu. Aku ni sebenarnya 153 point 5 cm (saja bold kan point 5) dengan tanggungan jisim 43kg..Jisim ni mestilah berubah dari masa ke semasa tapi tahap ketinggian tu takkan berubah.aku pasti. T_T

comel lah gambar ni...kan kan :D


Thanks for reading this!

Saturday, October 27, 2012

"Saya tak faham BI cikgu"

Minggu lepas hari rabu, pagi-pagi waktu pertama dan kedua aku ada kelas 1 Putih yakni kelas kedua terakhir dalam tingkatan. Kelas ni adalah kelas penawar duka aku. Perangai budak ok lagi compare kelas satu lagi. Even depa ni kurang pandai berbanding kelas satu lagi tapi sesi pengajaran selalu berjalan lancar sebab depa senyap dan tumpu perhatian.

Hari tu ntah kenapa rasa tersangat geram lepas marking paper sains depa. Soalan simple yang membezakan solid, liquid dan gas pun ada yang boleh salah dan jawab merapu. walaupun bab yg aku ajar masa jadi guru ganti tak masuk exam langsung geram tu tetap ada.

Picture 1 : pool of water
Picture 2: stone
Picture 3: a boy blow gas

Soalan: write state of matter based on picture above

                pelajar 1     pelajar 2
Picture 1 : solid           element
Picture 2 : liquid...       compound
Picture 3 : gas.....        mixture

Masuk kelas terus bagi paper kat student, pastu bincang satu persatu. Masuk je soalan pertama iaitu soalan atas ni, terus aku tanya siapa yang salah soalan ni bangun sekarang! ada dalam 3 orang lau tak silap, pastu terus bebel...



macam mana saoalan ni pun boleh salah? takkan pool of water pun solid? water is what??? haa ni sorang lagi, element compound mixture lagi lah out of topic.
Kan saya dah bagitau baca yang mana takkan yang tu pun salah lagi? 

Budak-budak ni diam jela bila aku dah bebel. so aku pun sambung je soalan lain. lepas selesai bincang aku suruh depa buat pembetulan dalan buku latihan sekali dengan lukis diagram2...semua merungut.padan muka.

Masa round2 tengok depa buat pembetulan, aku lalu kat tempat budak nama erna nabila. Kecil molek dan pendiam orangya. "Kenapa paper 1 banyak salah dan paper 2 pun banyak salah? Apa yang kamu tak faham??" aku terus je tanya dia...dan jawapan yang dia bagi sangat sentap bagi aku

"saya tak faham bi cikgu"

aku terus terdiam, rasa sedih sebenarnya walaupun bukan aku yang ajar sains sebelum ni...kiranya selama ni dia tak faham lah.

"Macam ni lah erna, tahun depan walau siapa pun cikgu sains kamu, setiap kali habis kelas terus pi jumpa dia dan tanya apa yang dah belajar hari ni, dan terus terang kata kamu tak faham bi"

"ok cikgu"

Lepas kejadian ni, aku set minda aku bahawa bukan semua yang kita fikir itu betul. Budak tak boleh jawab tak semestinya dia tak study, mungkin dia ada masalah lain, atau mungkin kita bermasalah dalam mengajar sebenarnya.

Friday, October 12, 2012

Rupanya ada air mata disebalik kenakalannya

Salam pembaca.

Aku kena mengajar subjek Sains, PJK dan Sivik. Bila buat rancangan mengajar bagi subjek Sains mestilah kena buat awal untuk persediaan mengajar nanti. Lain pulak dengan PJK dan Sivik.Persediaan mengajar tu boleh dibuat pagi-pagi datang sekolah atau masa senggang takda kelas.

Dalam subjek Sivik ni sebenarnya menarik dan banyak benda yang kita boleh ajar supaya pelajar jadi lebih baik dari segi insaniah. Falsafah pendidikan negara pun tekankan hal insaniah ni. Minggu ni dalam kelas sivik aku bersoal jawab dengan pelajar macam mana caranya nak balas jasa ibu ayah dan kenapa kita perlu balas jasa mereka. Macam-macam lah responnya. Kemudian aku minta setiap pelajar tulis surat kepada ibu bapa masing2. Bebas nak tulis apa pun sama ada nak luahkan perasaan, nak berterima kasih atau nak mengaku kesalahan.Balik sekolah terus baca surat2 pelajar. Ada yang mencuit hati dan ada juga yang menyentuh hati.

Aku petik beberapa ayat daripada pelajar2 cilik 13 tahun ni

"Hari tu ayah mengamuk.Adik dah tak tahan dengan ayah. Mak ceraikan lah ayah. Jum kita pindah pi Jelutong rumah maktok"

"Kakak nak minta maaf dengan ayah sebab tak dengar cakap ayah. Kakak cuma terkenangkan mak dengan adik. Adik lebih rapat dengan mak sejak ayah dan mak bercerai.Kakak minta maaf"

"Ibu maafkan lah adik sebab keluar tanpa izin. Adik cuma nak jumpa dengan Randy. Izinkanlah adik jumpa dengan Randy ibu. Adik nak berlakon tapi ibu tak bagi tapi adik minat sangat nak berlakon.Akhir sekali adik minta maaf tapi ibu tolong izinkan adik jumpa Randy Pangalila" (surat ni memang tak leh blah)

Bila dah buat aktiviti macam ni barulah kita tahu budak-budak ni ada masalah dan tak dapat fokus dalam pelajaran.ini puncanya.Kadang2 marah pun tak jalan sebab budak2 ni dah lalui lebih daripada amarah cikgunya.

semoga tabah duhai anak.






Friday, October 5, 2012

Semoga berjaya adik

Mak: Kalau adik dapat 9A mak bagi rm200.

Aku: Ala mak dia tak boleh lawan mira la mak...

Adik: ......................

Aku: Kalau hang terer lawan la dengan result aku

Adik: .........................

Mak: Adik boleh buat punya.Dia kan pandai

Adik: ...........................

Adik aku ni tak bisu ya, cuma dia kurang bercakap kat rumah ni. Ala-ala perangai matang. Sampai ada la dua tiga kali aku tanya dia "nat awat hang ni senyap ja? " ...jawapan dia "kalau tak perlu tak payah cakapla"..
sentap lak dia cakap macam tu sebab aku bising skit kat rumah.haha :D

Semoga berjaya Nat yang comel.
9A dalam genggaman.




Saturday, September 29, 2012

Realiti kehidupan

Hai pembaca kalau kamu masih ada.eh macam pernah dengar ayat ni.oh entry lepasan.haha gasak lah

Dulu masa kecik-kecik tergedik-gedik nak jadi orang dewasa. Sekarang dah dewasa baru terasa nak pergi zaman kecik comel lote. Mana taknya, rupanya susah nak jadi dewasa. Aku baru remaja. Tapi rasa susah dah bekerja.haha.Hapa punya olang.Tak cekal meyh :D

Lepas habis study bermula la episod cari duit poket. Bermula kerja jadi orang jaga duit kat satu kedai.Kerja 8 jam, seminggu 6 hari. Balik rumah penat letih tak larat semua ada. Demi duit poket dengan pengalaman ku teruskan jua. Masa ni baru lah terfikir penat lelah mak abah cari rezeki buat anak. Kita ni baru je cari duit poket untuk diri sendiri. Tu pun dah lelah.

Apa-apa pun lepas ni setiap kali belanja ingat lah duit mak abah kita, belanja keluarga sama. Memang tak dapat bayar balik apa yang mak abah sara kita tapi kalau kita ringankan beban sikit pun dah lega hati :)

Saturday, September 22, 2012

Good morning Cik Amirah

Persekitaran baru. Sekolah yang sangat lama dan bersejarah. Sekolah yang megutamakan bahasa Inggeris. Aku baru seminggu di sini. Dan rasanya perlu ambil kursus bahasa inggeris. Oh My English is very bad. Kalah dengan student-student chinese sini. Sini ramai student chinese.Melayu dan indian pun ada cuma tak ramai berbanding budak cina.

Bila aku tersasul explain dalam bahasa melayu mula la student sorang ni cakap "teacher english please".. ergh geram jugak. Bukannya dia tak faham pun bahasa melayu. Dari hari pertama lagi dah suruh tecer cakap bi. Apa-apa pun take it positively. Mungkin la pasni yakin skit nak speaking.

SM Convent Light Street nama sekolah, aku akan berkhidmat sampai habis sekolah. Tugas aku menjadi guru kelas 1 Jingga. Otomatik kena jaga 29 anak-anak. Kemudian mengajar Sains form 1 Jingga, Indigo dan 1 Putih..Pendidikan Sivik form 1 Jingga dan 1 Indigo..Tak lupa Pendidikan Jasmani Kesihatan form 2 Kuning dan 2 Jingga.Dengar memang mudah tapi tak mudah sebenarnya.haha

p/s: dah mula sakit tekak..uhuk



Monday, September 10, 2012

Realiti Raya

Hai pembaca kalau kamu masih ada.

Dua minggu lepas musim raya, musim kita bergambar dengan keluarga. Musim kita bersama keluarga dekat dah jauh. Yang tak pernah kenal kita berkenalan. Ini yang aku suka pasal raya. Aku bukan jenis family typo. Sepupu sepapat pun tak kenal. Takkan nak salahkan mak saudara yang beranak ramai? Tetap salah diri sendiri sebab tak kenal. Kalau sepupu tak tegur kakak sepupu pun tetap salah kita sebab kita pun tak bertegur.

Kadang-kadang hairan, dengan orang lain kita boleh saja beramah mesra. Makcik dalam bas pun kita boleh tegur tapi dengan adik beradik jadi pendiam. Ni masalah ego diri sendiri. Aku ni lebih tua dari dia, tapi tak pernahnya tegur. Agaknya satu hari nanti pasal nak bahagi harta baru nak bertegur. haha.

Daripada pengalaman ni aku belajar, kita kena selalu dedahkan anak-anak dengan keluarga yang lain dari kecik lagi. Jangan biar anak-anak beraya dengan tv kat rumah. Angkut sekali pi mana pun walaupun kenduri kahwin. Biarkan anak-anak bergaul dengan sepupu. Kalau tetamu datang, jangan biar anak terperap dalam bilik. Haha banyak betul. Selamat Hari Raya :)

Tak dak gambar raya.

Wednesday, July 4, 2012

Hendak ku luah tapi entah bagaimana

Sekarang pukul 12 mlm hari khamis. Aku bangun dari tidur sebab tak boleh tidur sebenarnya. Buka laptop tengok apa yang patut. Facebook dah jarang buka. Bosan. Sekali sekala buka nak skodeng kawan-kawan. Nak tahu apa yang sedang mereka lakukan. Biasalah facebook memang menjadi tempat luahan segala termasuk diri aku sendiri. Segala masalah, emosi, cinta, pendapat, gambar semuanya dikongsi. Jadi aku ambil itu sebagai kelebihan facebook. Status facebook aku hari ni hendak ku luah tapi entah bagaimana, akhirnya ku diamkan saja. Banyak benda terbuku di hati mustahillah nak kongsi kat facebook. Tiba-tiba dalam hati terdetik, kenapa harus facebook? kenapa tidak diluah pada tuhan yang maha kuasa? pada tuhan yang maha mendengar segala?

Sekadar peringatan buat diri sendiri dan sesiapa yang membaca, sejauh mana jahilnya seorang hamba, tuhan yang maha menyayangi pasti mendengar. Percaya lah, dengan hanya mengadu sahaja hati kita akan terasa tenang kerana kita tahu bahawa Dia masih menyanyangi kita. Syukur alhamdulilah.

Tuesday, June 26, 2012

Peluru yang tak sakit cuma pedas dan berdas-das


Abah jum makan pizzo hot.

Tak mau abah tak suka

Ala jum la sekali sekala.

Takmau takmau takmau. Mahai mereput

Western memang la harga dia melampau

Sebab tu la abah takmau.Dah la mahai, bawak penyakit pulak. Kalau murah lain cerita. Ni mahai bawa penyakit, tak berbaloi. Abah lebih suka beli benda yang mahai daripada makan mahai-mahai. Makan murah pun sama kenyang jugak. Tengok kasut kerja abah beli tahan 10 tahun sampai sekarang. Beli seratus lebih ja. Baju batik pulak beli rm50-60, pakai pun selesa. Raket abah beli pun tahan lama dan berbaloi, harga rm120 ja.

Hehehehehehe.


*Penangan abah bila berbicara.dah berdas-das kena.hamekk.


Sunday, May 6, 2012

Semua ni salah iklan tv

Setiap kali pulang ke rumah selepas kerja pasni hal ini menjadi rutin harian. Sepatutnya buat cara lain tapi lain pula yang aku buat. Lepas buka pintu rumah terus voice aku out lagu ni..tapi cuma 3 ayat pertama jela.haha.geleng kepala sat..ni semua gara-gara iklan bola kat espn kot


Sepatutnya

Setiapkali masuk rumah kita digalakkan memberi salam dan melangkah dengan kaki kanan. Tujuannya semua orang tahu, dan dengan memberi salam kita akan menjadi tenang. Daripada nak marah terus jadi ok. Cubalah.

Thursday, April 19, 2012

Kalau masuk kandang kambing sila mengembek..mbekkkk

Ok adik-adik, hari ni KAKAK nak bercerita sikit. aisehh.

Kalau adik-adik mai Penang dan singgah Kompleks Bukit Jambul, adik-adik disarankan supaya tidak terkejut ya, bagi adik-adik yang lemah semangat lagi lah KAKAK tak galakkan ye. Bukan hantu yang ada kat sini tapi yang macam hantu ada lah.hehe. kat sini ramai orang luar datang shopping. Cakap je la nak dari mana...australia? mexico? japan? mesti takkan jumpa,,kebanyakannya dari indonesia,indonesia, indonesia, filipina, thailand, myanmar dan indonesia..ya mereka sangat kaya di sini. Setiap hari mesti ada customer luar yang pegang beg kertas POH KONG..Akak yang kerja POH KONG pun gtau indonesians are their regular customers..kalau beli barang konfem2 bagi duit rm50 dan bagitau takdak duit kecik.

Same goes to our shop, they always be our customer each day. Kadang-kadang nak bercakap pun kena cover supaya depa ni faham apa yang kita cakap. Macam tu pulak ye. Tapi most of the time aku tak faham apa yang depa ni cakap..nak tak nak kena jugak tegur..yela dah customer..lagi pun kena ikot rules macam entri ni mystery shopper....shhhhh



gadis m : cari apa kak?
customer : cari isi ulang kak
gadis m : hah isi ulang?
customer : iya, ada nggak isi ulang di sini?
gadis m : isi ulang? apa tu? saya tak faham la

Terus terang aku cakap aku tak faham. dia pun terus round kedai cari isi ulang dia tuh.hehe...rupa-rupanya isi ulang tu ialah refill...dia nak cari refill apa ntah ler.

satu lagi sepasang customer ni cari sesuatu.macam biasa aku pun sapa la mereka ni

gadis m : cari apa kak?
customer : cari air baju, di mana ya?

aku buat muka blur tak faham..dia pun cakap sambil tunjuk kat baju..aku ingat dia nak sabun basuh baju

gadis m : kita tak juai sabun basuh baju kak (konfiden ja aku teka)
customer : bukan itu..air baju untuk baju
gadis m : err saya tak faham la
customer : itu yang wangi2 itu
gadis m : oh perfumeeeeeee.....

Hoyyeh akhirnya aku faham kehendak pelanggan...hehe..Tapi ada juga yang dah pandai cakap loghat penang ..terkejut jugak aku dengar.."pasaipa dia cari aku..sat la aku nak beli barang ni.." haaa tudia habaq kat hampa.

Susah untuk mereka cakap macam kita tapi tak susah untuk kita cakap macam mereka. Kenapa? kerana negara kita kaya dengan warganegara lain, kaya dengan rancangan televisyen negara lain, kaya dengan budi bahasa dan kaya dengan sifat penuh kelembutan.

Thursday, April 12, 2012

Kakak atau adik manis??

Entah kenapa diri ni rasa geram dan tak boleh terima kalau orang yang sebaya atau pun lebih sebaya daripada aku panggil aku dengan panggilan KAKAK. Rasa ni lebih kepada rasa tak puas hati. dalam hati "hang ingat aku ni tua ka?? grrrrrr..."

(Babak pertama)
"KAKAK ini harganya berapa ya??"

Dengan agak geram tapi masih terkawal..."tengok la kat situ mesti ada harga"

"tak ada pun KAK"

"hah xdak?? sat saya check"

lepas cek harga aku pun bagitau la kat dia "rm7.88 sen KAKAK, nak bayar di depan ye KAKAK!"  hehe

(Babak kedua)
customer nak bayar.."ini saja KAK"

Aku pun jawab "terima kasih KAKAK, datang lagi ye KAKAK" hehe

(Babak ketiga) babak paling aku suka
Baru lepas balik kerja dan pi makan dengan abah hensem, terjumpa kawan abah pastu dia tegur

"Adik kerja kat mana?"

"Kat bukit jambul"

"oh, baru lepas SPM la ni"

"hehe, tak la saya baru lepas study pakcik, habis degree"

"la...sori pakcik ingat habis SPM pasai adik kecik ja:"

Tersipu-sipu ai hehe...pakcik o pakcik, kalau ingat mcm tu pun tak pa aih...haha

Bersama bekas pelajar daku.hanisah.aishah.

Monday, April 9, 2012

K.Y

Di mana K.Y ya?

Di sini (sambil tunjuk KY)

Ya..



Untuk apa KY ini ya?

Ermmm..ini lubricating personal. untuk personal punya...ermmm nak melancarkan..emm faham kan?

Hehe..iya sudah tahu, tadi tanya sama adik saya...hehehehehehehe


Hadoi, customer nak pekena orang je ni.Lepas tu dia gelak-gelak.ceh...nasib la customer perempuan.indonesian...cis tiga kali!

Tuesday, March 27, 2012

Mystery shopper....shhhhh



kedai kami ada program mystery shopper.macam gempak saja kan. mystery shopper ni ada lima perkara

1   welcoming : hai welcome, hai selamat datang


2   grooming : pekerja mesti tampak menarik dengan penampilan kemas.muka tak boleh pucat. maknanya hang mesti kena calit apa-apa sikit kat muka


3   offering help : boleh saya bantu? perlu bantuan ke encik/cik? can i help you?


4   offering further help : kalau ada apa-apa panggil saya ya/how can i help you? / if you need anything you can ask me


5   closure : biasanya selepas customer dah bayar barang, pekerja PERLU cakap terima kasih, datang lagi, byeeeee.

kesemua bendalah ni ada markahnya.kalau tak silap 85/100 markah LULUS. dalam sebulan akan ada seorang customer mystery yang buat penilaian customer service kedai kami.
maka setiap pekerja berlakon selama 8 jam setiap hari kecuali off day.

Lubricating oil

Entri kedua pada tahun ni barangkali.ringkas tapi awas. ada unsur 18 sx..gulppp.

chinese man : excuse me, where the lubricating oil?

innocent girl: lubricating oil? untuk apa itu?

chinese man : ermm..never mind.


Aku pun teruskan kerja seperti biasa. ramai pelanggan hujung minggu. penat sangat..
Chinese man tadi datang nak bayar lubricating oil kat kaunter,....aku renung sekejap lubricating oil tu,, oh ini rupanya patutla dia pun teragak2 nak bagitau function bendalah ni.

Saturday, January 7, 2012

Paper terakhir untuk semester terakhir

Esok 9hb Januari 2012, detik untuk saya,
 Nur Amirah bt Shamsudin
 untuk menikmati peperiksaan terakhir sebagai 
pelajar ijazah sarjana muda pendidikan sains =)
~cant' wait!~

menunggu detik manis ini :')

Tuesday, January 3, 2012

Nak letak jugak lah jadual exam

Salam sayang.

Apa guna jadik student kalau takda exam

Ni ha aku tempek jadual exam aku untuk semester 8 yakni semester akhir aku di UPSI ni kalau tak mengulang lah kan. Ada 4 ketul semuanya.

Jap nak keluarkan slip exam segedabak kertas A4 

Current Issue In Biology SBV 3023
3 Jan 2012
2.30 pm

Principle in Microbiology SBB 3033
5 Jan 2012
9 am

Inorganic Chemistry SKT 3013
7 Jan 2012
2.30 pm

Current Issue in Chemistry SKU 3053
9 Jan 2012
2.30 pm

Paper hari ni dah setel. Gua kasi cincang lumat itu paper.macam biasa part yang best ialah part yang aku boleh jawab dan part yang tak best ialah part yang aku rasa "eh macam tak pernah belajar ajerrr".. part ni la selalu menghantui aku =='

Goodluck buat semua yang sedang final especially aku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails