Wednesday, June 30, 2010

Aku stalker terhebat??

Stalker tu ya tapi terhebat tu xdala..biasa2 aja..Sebelum aku tersesat dalam dunia bloging ni, aku selalu blogwalking membaca entri2 kamu. Bermula dengan membaca entri daripada blog member2 yg dh lama berblogging...aku menyusuri link blog2 hebat drpd blog member aku. Tapi masa tu aku aku still xda minat nak wat blog sebab aku malas nak belajar..haha...Semester 3 aku kena amik course ICT, salah satu assignment ialah kena wat blog, time tu la aku belajar sikit2 psl bendalah ni semua. Lepas tamat sem 3 aku mula wat blog secara kecil-kecilan...eh2 dh mcm wat bisnes lak..sampailah sekarang ni blog aku masih bernafas. Bila dh ada blog sendiri, aktiviti aku menyerang hendap blog kamu diteruskan dgn jayanya..hak2..So maybe sebab tu aku dapat award stalker terhebat. Thnx to firdauskhalid dot com. =)



1. Bagaimana anda menjadikan blog anda sebagai medan dakwah?
- Setiap entri biarlah ada sesuatu benda yg nak disampaikan. Walaupun satu ayat yg mengajak ke arah kebaikan pon dh dikira berdakwah. Lau nak diikotkan ilmu agama semua org tidaklah sempurna tapi dh jd tggjwb setiap drpd kita utk berdakwah.

2. Sumbangan selama anda menjadi blogger
- Aku berblogging xsampai setahun pon lagi so dikira baby blogger la..hek2..sumbangan mcm mna tu? kalau sampaikan sesuatu kat pembaca tu ada la kot sikit2..

3. Apa yang anda dapat sepanjang jadi blogger?
- Dapat kepuasan, tmbh kenalan w/pon di alam maya, tmbh ilmu dan informasi, dpt mematangkan diri..mgkin la..hehe.

4. Blog yg mcm mn anda suka stalk?
- Blog yg ada pic2 ngeri, ada pengisian, blog lucah lawak, dan blog cemerlang(abubasyer.blogspot.com)

5. Tag lagi 5 stalker
- Johny depp
- Jay choww
- Player spain jersi 17
- 2 org bebudak sains rumah no.7 jalan 5

Thursday, June 24, 2010

At least, sekurang-kurangnya dot dot dot

Assalamualaikum? xjawab dosa, kalau jawab dapat pahala, kalau jawab penuh dapat pahala penuh. Syahdu sungguh pagi ni dengan hujan renyai2 sambil layan lagu kembali pulang, kangen band....mcm sesuai ja dgn mood aku yg konon-kononnya kembali pulang menemui blog aku yg dah lama xupdate ni. Helllooooo....at least aku update blog...(gaya sedikit gedik sbgai permulaan)

Kadang2 aku suka dengar/sebut perkataan 'at least' atau dalam bhs tradisinya sekurang-kurangnya. Semua orang guna perkataan ni, tambah2 melayu...Bagi aku, perkataan ni boleh bawak penyakit yang merbahaya secara tidak langsung. Cuma bergantung pada situasi penggunaan perkataan ni. Kebanyakan situasi, perkataan 'sekurang-kurangnya' ni digunakan untuk menyedapkan hati kita ja. Yakni meletakkan diri kita di tahap yang selesa... eh sejak bila la aku pndai gna 'yakni' dalam blog?..huhu

" Walaupun aku free hair, at least aku xpakai seksi2"
" Walaupun result aku teruk, sekurang-kurangnya aku xkena repeat"
" Walaupun aku selalu mengumpat org, at least aku xtikam blkg kawan"
" Walaupun kereta aku cap kancil, sekurang-kurangnya aku ada gak kereta"

Nampak x zon selesa yang aku maksudkan? Sebenarnya ada kelebihan dan kekurangannya. Kelebihannya ialah kita maintain apa yg kita buat dan kekurangannya kita berasa selesa dan puas hati, so kita sukar utk perbaiki kekurangan diri dan kurang usaha utk memajukan diri..

Apa yang kita tuturkan sehari-harian sebenarnya melambangkan diri kita sendiri. Setiap perkataan dan cara percakapan memberi impak pada diri sendiri dan org sekeliling. Kalau x, xwujudla peribahasa "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya"...........choww


*..Dah baca? xmo komen kah?..ermm..at least kamu singgah sini (^_^)



Wednesday, June 16, 2010

Aku sayang kamu :)

Assalamualaikum?...sehat? harap semua dalam keadaan sehat sejahtera begitu jugak dgn family kamu. 

Adam: bi i ade suprise utk u
Maya: yeke?...suprise ap lak ni?
Adam: adela..bi, u tutup mata kejap
Maya: ok2, i tutup mata tapi u janji jgn tipu i ye
Adam: xkan i nak tipu lak (sambil menyarungkan rantai bertatahkan berlian di tengkuk maya)
Maya: whoaaa bi...ape ni, santek ma..i suke sgt (sambil tersengih)
Adam: ni bukti cinta dan sayang i pada u bi..(senyum menggoda)
Maya: thanx bi, i love u sampai mati lah

Aku nak cerita sikit tentang sayang. Perasaan sayang ni ada mcm2 kan. Manusia ni tamak, mcm2 dia nak sayang bukan takat benda bernyawa benda xbernyawa pon dia boleh sayang gila2..haha. Bagi aku, sayang ni bermaksud satu perasaan yg lahir dlm diri kita sendiri di mana pabila kita syg pd seseorang kita sentiasa nak dia hepi, ambil berat pasal dia, susah nak marah dia dan mcm2 lagi la. Kalau syg pd sesuatu lak kita mesti jga bnda tu elok2 mcm kita jga diri sndiri atau mgkin lebih dr diri sendiri. Aku nak fokus kat rasa sayang pada manusia iaitu mak ayah, adik beradik, kawan2 dan kekasih hati.

Aku bukan jenis orang yg senang luahkan rasa sayang. Tapi aku ada tektik aku sendiri...cewah..hehe. Aku ekspresskan rasa sayang melalui perbuatan aku. Sebenarnya ada mcm2 cara kita nak tonjolkan rasa sayang pada semua yg kita syg, xsemestinya dengan membeli sebijik mercedis benz atau beg tgn LV shj. Ayuh kita usha caranya.....


1. Kita selalu nak mereka hepi. so kita ceriakan mood mereka dengan bersembang dan selitkan unsur humor sedikit,kiranya luangkan masa utk mereka la. Tapi bagi aku, dgn family unsur humor aku agak berlebihan..makanya rumah aku riuh dgn gelak tawa anak gadis shj.hehe


2. Kita seboleh-bolehnya nak tolong ringankan beban mereka. Contohnya mak kita, so rajin2 la ke dapur hendaknya bagi anak dara...tapi laki pon bole gak... lau member nk pinjam RM, tlg la semampu yg boleh. Tapi awas, jgn smpai tergadai perut sndiri. 


3. Kita sentiasa ingat tarikh penting bagi mereka yg kita syg. Contohnya tarikh lahir, tarikh kawin parents. Xbagi hadiah bertatahkan berlian pon xpa asalkan kita ingat tarikh yg bermakna bg mereka dan wish kat mereka biar mereka tahu yg kita ambil berat psl mereka.


4. Belikan sesuatu yg mereka suka. Lau adik suka cokelat, belikanla sekali skala. Lau gf suka emas permata, beli jela...plg teruk pon dwet abis ja..hak2..xdala smpai ke c2 kan,??? Nak beli apa pon agak2 jgk, tgok bajet sndiri dlu n tgok jgk brg yg nak dibeli tu bw kebaikan atau x kpd si penerima.. keh?


5. Paling penting skali, mesti kita nak sesuatu yg baik2 saja kat semua yg kita syg kan? so org2 yg kita syg ni pasti sentiasa berada dalam doa kita =)




* Mcm2 cara nak ekspresskan rasa sayang, paling kachang skali ckp ja "Aku sayang kamu"
Apa2 pon lain org lain caranya kan, so apa lagi cara kita nak smpaikan rasa sayang???




 

Wednesday, June 9, 2010

Kau buat kat aku...aku balas balik

Apa kes ni?..




Gadis merah: kenapa awk suka saya?
Alejandro: sebab saya suka awkla...hehe..xdala,sebab awk baik
Gadis merah: mungkin saya nampak mcm baik,tapi saya x sebaik yg awk sangka
Alejandro: awk jahat ka?
Gadis merah: nak kata jahat sgt tu xla kan...suam2 ja
Alejandro: ada pulak jhat suam2..apa la bnda jhat yg awk buat?
Gadis merah: saya ni....heartbreaker
Alejandro: hahahahaha.......
Gadis merah: Saya dh banyak mainkan hati romeo..saya xsesuai utk awk.
Alejandro: jangan ckp cm2..sy xpercayala
Gadis merah: saya bukan jenis setia, sy takut sy patahkan hati awak..awk baik orgnya
Alejandro: awak...kalau awk patahkan hati saya, saya akan buat balik kat awk
Gadis merah: awk nak buat apa?
Alejandro: saya nak cari bomoh, nak santau angin kat awk. Gambar awk pon saya ada so senangla skit keje bomoh tu. Setiap pagi awak muntah2 darah...awk mula sengal2 badan,terasa mcm kena cucuk.. lepas asar-maghrib, ada benda akan kacau awk,kalau awk xkuat awk akan histeria...malam2 pulak awk meracau-racau sebut nama setiap lelaki yg awk mainkan termasuk saya. Santau angin ni biasanya berkesan tau x..kalau nak hentikan, saya sndiri akan jmpa bomoh ..itupon kalau saya maafkan awk...itu aja yg saya akan buat kat awk. 
so, amacam...ada bran?
Gadis merah: Gulp..err...xda bran la.
Alejandro:..hahaha..tau pon :p


Salam. Ini kes kau buat kat aku, aku balas balik..kaw2 punya. Apa yang kita buat kat orang kita akan terima balik. Sama ada kita sedar atau x, ringan atau berat, senang atau susah, lambat atau cepat kita akan rasai balik. Kalau seseorang buat jahat pada kita,biasanya kita dinasihatkan supaya bersabar kan?..tak pon buat xtau aja kan?..xpon memaafkan aja kan? lagi 1 kita balas baik ngn dia....itu apa dituntut dan itula sebaiknya kita perlu buat drpd kita ajak org tu join wrestling. Tapi skg ni kebanyakannya suka balas balik,kau buat kat aku so aku nak balas balik, baru puas hati aku. Kalau ikot hati mmg akan balas balik..biar org tu pon rasa apa yg kita rasa. Kalau mcm tu mcm mn mo eratkan silaturrahim antara kita?benda yg lama diungkit jadikan alasan utk kuatkan ikatan pergaduhan. Lebih teruk lagi ikatan pergaduhan dieratkan dari generasi ke generasi...Kalau mcm ni, sampai bila pon kes xkan selesai, padahal cuma ungkapan 'maaf' dapat settlekan semua. Tapi xla semudah tu, kena la secara bijak. Sekurang-kurangnya ungkapan 'maaf' boleh redakan sikit. Apa2 pon, janganlah gadoh atas benda remeh-temeh yg boleh longgarkan silaturrahin antara kita semua =)


* Teringat pada sorg coursemate yg disantau.moga dia bebas dari santau dan dpt teruskan pengajian semester depan dgn baik.amin.

Tuesday, June 1, 2010

Hangat-hangat bola

Jum cerita pasal bola...chop bola3x..cecece
Aku perempuan melayu terkebelakang nak cerita pasal bola? oh tidakk. World cup pon aku xtau bila start yang aku tau depa main kat Africa. Tu pon dengan bantuan iklan yang xjemu-jemu cerita pasal bola.huh. Iklan yang menari-nari tu aku xfaham mcm mn dia kaitkan dengan bola, last2 iklan tunjuk logo world cup baru aku faham itu iklan bola...wawawa..keh abaikan. 


Dalam rumah manis rumah aku aka home sweet home, ada 3 orang jejaka muda dan seorang jejaka tua dan pabila ditotalkan, semua menjadi 4 jejaka. Perempuan pulak 3 orang, aku, my mother and budak kecik. Dan seperti biasa, kesemua jejaka minat bola, perempuan pulak sebaliknya. Sekarang ni sudah terang tang2 yang rumah aku didominasi kaum adam. Boleh dikatakan setiap hari depa tengok program berunsurkan bola. Dan benda yang paling ditakuti sekali bila depa pegang remote control. confirm2 bukak channel bola. yela kan kuasa di tangan depa.huhu. So aku gadis yang xpunya kuasa di tangan kena ikot sama menonton bola. what??


Hari tu aku dengan jayanya menonton perlawanan bola. spain vs saudi arabia. 3-2. Dengan jayanya bukan bermaksud aku tengok sampai habis tapi agak lama la aku tgok. maybe ada sesuatu yg menangkap mata aku.hehe...Okla tengok game bola ni bila dh terpaksa dan xdak benda len nak buat..haha


Bila tengok bola dalam keadaan xrela, mulut pon mula la bising. konon2 jadi pengulas bola sepak.
" pasepa asyik dok tunjuk player spain ja dr tadi..berat sebelah betui"
" weh hensem gak player spain no 17 tu kan"
" weh apa nama no 17 tu?"
" pasepa dok focus kat player no 7 spain tu? focus la no 17"
Last2, "weh ang bule dok sengap x?.....dush3, sangat x patot..salahkah aku bertanya?wuwuwu


Satu lagi masa tengok game england vs japan. 2-1 lau xcilap. tapi gol england jepun yang jaringkan, terjaring kat gol sendiri la pulak.


aku: apa la england ni, gol pon jepun yang skor kan. xla terer sangat
abang: apa lak xterer, jepun la bengong pi jaring kat gol sendiri
aku: xkisahla, tapi england xskor langsung
abang: (merenung tajam)
aku: kata support spain, xkan nak marah?
abang: aku support yang terer la bukan mcm ang, support yg hensem
aku: erk..mana ada! aku free supporter la...


Itulah kisahnya budak perempuan yang hangat2 bola..hak2.Harap maaf kepada penyokong england sekalian. K la kita tunggu world cup nanti. Tengok siapa juara. Kamu2 sokong siapa?..aku free supporter..lalalala

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails