Tuesday, July 27, 2010

Best kah merokok ni??

Perokok tegar: syiok ma...lu apa tau, budak2 lagi ma

Gadis merah: Gua xmau tau syiok ka tarak syiok ka, yg gua tau lu bole cepat mati lor

Perokok tegar: sapa cakap?? walaupon gua yg isap ini rokok tapi lu olang lagi cepat mati dari gua tau

Gadis merah: hahaha...lu merepek apa apek...bibir gua suci lagi woo..

Perokok tegar: Lu olang yg x isap rokok ni jgnla sempitkan fikiran..asyik pikir rokok ni tarak bagusla, bagi penyakitla, wat org jadi bodo la...cuba la lu pikir kebaikan rokok lak, manyak lor..

Aku xsangka rokok ni ada kebaikannya...eh2, jgn salah faham, aku xkan cuba isap batang rokok. Bagi budak mcm aku ni yang dh xberapa belia sangat, boleh fikir apa yang terbaik bagi aku. Rokok??mesti lah aku tolak ke hujung dunia. Alhamdulilah aku dikelilingi oleh orang2 yang bebas dari rokok. Aku bukan xsuka dengan perokok...aku x anti perokok..lau nak kawan dengan siapa pon boleh asalkan kita tahu jaga diri. 

Bagi si perokok, rokok adalah benda baik. Dikaburi dengan 'kebaikan' rokok sampaikan sanggup keluarkan RM setiap hari utk isap batang rokok. Macam2 alasan yg diberi kononnya dikatakan 'kebaikan' rokok.

'Kebaikan' merokok yang xleh blah..hehe


1. Perokok pasif lebih berbahaya drpd perokok aktif. So lau nak kurgkan risiko tersebut, aktiflah merokok


2. Bagi peluang pekerjaan bagi kilang rokok, doktor, peniaga dan kilang ubat batuk


3. Memanfaatkan sepenuhnya pemetik api di dalam kereta


4. Awek muda kononnya perokok tegar mati muda..hehe


5. Hilangkan stress sekaligus meningkatkan pointer...haha


6. Melatih kesabaran dan menambah semangat pantang menyerah
~khusus bagi newbie..mula2 mmg batuk2, tersedak tp semangat tu ada


7. Topup kemachoan sedia ada...wakaka


Amacam. dasat xdasat 'kebaikan' merokok....nak tergelak pon ada..haha


* Aku baru tau perokok tegar boleh isap 20++ batang rokok sehari
* Apa beza rokok dan shisha??
* Baik atau buruk rokok...lu pikiaq la sendiri
* Apa kata tukarkan rokok kepada ROCKY...jadila me'rocky'...ngeh2





Friday, July 23, 2010

Menjadi blog magnet

Menjadi blog magnet, sentiasa masyukk dengan trafik yang tinggi, page rank paling top dan disegani bloggerss. Mungkin salah satu menjadi impian blogger atau mgkin semua skali merupakan impian blogger. Banyak cara nak tarik orang masuk ke blog kita selain daripada guna magnet kuasa tinggi...haha..
* Blogwalking
-benda biasa bagi semua bloggers, xgitau pon depa dh tau. Cuma apa yg penting ialah kekerapan blogwalking. Semakin kerap kamu blogwalking semakin tinggi jumlah pengunjung blog kamu.
 
* Komen entri
- bila dh rajin blogwalking jgnla sekadar tgglkan kesan tapak kaki kat blog tu, komenla entri latest, kalau dh terpikat bolehla nak komen entri2 sebelumnya...lau kita nak org komen hasil tulisan kita, ringan2 kan la tgn tuk komen entri dia pulak.
* Hargai komen
- setiap komen yang kita dapat seboleh-bolehnya kita reply balik sbgai tanda penghargaan. Walaupon kita sememangnya baca setiap komen yg kita dapat, bila kita reply, ia menandakan kita setuju,terima/ xterima pendapat komentar..Biasanya aku akan skodeng blog yg aku dh komen entrinya sbb nak tengok feedback pendapat yg aku utarakan. Skg ni ramai yg letak widget top komentator nak tgok siapa plg byk komen blog sndiri kan...lau ada bajet lebih bole la kirim hadiah ka..haha
* Letak link blogger terkenal dalam entri
- Biasanya letak kat dalam bloglist la kan tapi lau nak kaw lagi letak dalam entri. Sekali-sekala tumpang blogger apa salahnya...kira kasi promot gak la..hehe...tapi agak2 la lau setiap entri nak letak link blog dia,,..
sekali sekala okla ..
* Letak link blog sendiri dekat fan page fb artis
- Cara ni aku baru dgr la kan...dan terbukti berkesan bg blogger yg wat cmni...masyukkk beb..so rajinla singgah fb artis hot dan paste link blog kamu di citu....w/pon mcm xdak kena-mengena tapi xkesahla..yg penting magnet tarikkkk
* Update blog 8x sehari
- Ada ja blogger yg wat cmni..tapi mksd aku bukanlah betul2 update smpai 8x sehari...maknanya selalu update..blog aku sendiri pon jrg update..huhu..masa mula2 wat blog bukan main lagi update...hehe...Lau update blog pulak jgnla entri sekadar cakap "gua xtao mo tulis apa tapi gua tetap nak post entri dalam blog gua ni..sekian, tima kseh lu olang sanggup baca"..boleh wat pembaca makan hati woo..haaha


## Bagi blog dan blogger yang femes xyah susah2, bagi blogger yg tarikan magnet agak2 selow mcm blog aku ni bole la try wat. Pendek kata kena rajin n line intenet mau clearrr..hehe.....chow kit road


  

Wednesday, July 21, 2010

Kaf ba ra kaf alif ta nun

Itu sebutan dalam jawi. Bagi sebutan ruminya pula ialah KEBERKATAN. Semua orang pon faham la ni..Sebagai muslim kita mesti nak hidup dalam penuh keberkatan bukan. Tapi apa itu berkat?? Apa yang aku faham ialah berkat ni sesuatu yg kita dapat kebaikan yang berterusan. Kiranya sesuatu yang kita buat menjadi berkat pabila kita mendapat kebaikan daripadanya. Sama ada kebaikan yang kita sedari atau xsedari yang Allah kurniakan. Dari sekecik-kecik perkara pon yang kita buat, yang dipandang remeh sekiranya xberkati olehNya kita sendiri yang rugi.


Keberkatan ni penting dalam hidup kita, dari segi ilmu yang kita dapat, rezeki yang kita nikmati dan dalam apa saja yang kita buat.


Si adik: weh kakak, tolong aku sat
Si kakak: tolong apa?
Si adik: tolong cari kata ganda dalam buku teks bm ni
Si kakak: hah?kata ganda tu cmna? mampus la nak cari satu2 dlm buku teks ang ni
Si adik: kata ganda tu mcm kapal terbang...tapi kena cari kapal2 terbang, kira ada banyakla kapal terbang...ang cari jela dalam buku teks ni...dapat 3 4 pon jadila.
Si kakak: ala buat apa susah2, cikgu ang nak tau ka muka surat brpa ada kata ganda ni semua?
Si adik: hala...kena tulis kita amik dr muka surat brpa...
Si kakak: eleh, xyahla...ang letak jela muka surat brpa pon...cikgu ang tarak rajin la nak check satu2...
Si adik: xmau2...nanti xberkat ilmu aku...aku xmau mcm tu..
Si abang: ambik ang...(sambil ketawa berdekah-dekah hmpir 5 minit)
Si kakak: (xdak modal nak cakap)


Dialog kat atas ni cuma contoh benda kecik ja...membuatkan si kakak terpikir yang selama ini benda mcm ni dianggap remeh saja yela sbb kdg2 kita xpk pon bnda ni tapi sebenarnya benda kecik mcm ni la yang membawa keberkatan dalam hidup kita. 


rajin2 la baca kisah kat link ni, kagum dgn kisah 3


Seorang teman pernah ingatkan sesuatu


" kalau dalam sehari kita rasa mcm xkena, semua bnda yg kita buat jadi xbetul atau xlengkap cuba kita renungkan balik mcm mn permulaan hari kita, iaitu solat subuh kita"





Friday, July 16, 2010

mari warm-up sikit

Salam. udah seminggu beta xupdate..haih apa nak jadi dan apa sudah jadi. Dah seminggu aku balik Perak untuk meneruskan perjuangan yg cuma tinggal 2 tahun. Terasa cepat masa berlalu, dok ingat lagi memori orientasi semester satu. Pergi ke dewan SITC untuk dgr taklimat...berjalan berkapel-kapelan, xleh berpecah takot sesat. Padahal kecik ja pon kampus aku ni...mesra pelajar kot..huhu..Keh2 sekarang ni aku nak cergas sikit..dh lama sgt xupdate so apa kata kita warm up sikit bersama aku. Mcm mn nak ikot?..layan video bawah ni..boleh bergelak sikit dan goyang2 kepala adalah harus ya untuk dapatkan impak maksima..haha...enjoy =)

Friday, July 9, 2010

Ang tak rasa apa yang aku rasa

" Ang senang r cakap,pot pet sana sini tapi ang xrasa apa yg aku rasa skg ni. Kalau kena kat ang baru la ang sengap, rasa r sendiri betapa seksanya jiwa raga aku"-lady gaga-

Salam. aku ada masalah, ang ada masalah, smua orang ada masalah kan? kecik atau besar masalah kamu, masalah tu tetap dok dalam kepala otak. Kalau gagah mcm kapten barbel bole la nak selesaikan masalah sendiri. Kalau otai pulak bole la larikk dari masalah sendiri. Habis cerita, tutup kes tapi sampai bila?? Last2 kena gak berdepan dgn masalah kita. 

Bila seorang teman ada masalah, aku rasa dh jd tggjwb aku untuk amik tau masalah dia selagi dia mahu berkongsi dengan aku. Itulah gunanya kawan. watpa kawan bagai nak rak tapi masalah member sikit pon tak amik tau. kalau member jenis xcerita masalah itu dh kira lain cerita. 


Bila dh dgr masalah, bagila sedikit nasihat atau kata2 yg dpt tenangkan member kita. Lau dapat member yg panas baran silap haribulan diri sendiri kena sound mcm ayat kat atas tu. Itu risiko yg kita kena amik. Biasa lah kdg2 emosi org ni kita xleh nk tilik, lain la mcm sotong kurita si paul tu, tilik2 semua betul...jgn kita percaya sudah la..Silap haribulan si sotong tu masuk kuali, wat masak lemak sotong kurita...


Sekadar ingatan buat diri dan buat yg lain...kalau kita berada dlm situasi yg ada masalah, jgnla kita marah2, biar emosi kawal diri sampaikan org yg nak tolong pon kena marah. Kalau tahap kesabaran dia tinggi xpala, tapi lau dia terasa mgkin risiko utk kehilangan kawan meningkat. Takkan lah kita nak tunggu org yg hadapi situasi/masalah mcm kita baru boleh nasihatkan kita?...so jgnla jual mahal lau ada yg sudi hulurkan bantuan free of charge.


*Moga persahabatan kekal...bila eh frenzship day?  



Saturday, July 3, 2010

Blogger sempoi dan best

Salam. Entri sampingan lagi...dan tentang award lagi. Dapat dari cutepinkybabygirl...wuhuu..layanzz


   


Award blogger sempoi dan best...sempoikah? bestkah?..
dan Top Blogger...erk..mcm ada yg xkena aja?haha..apa2 pon terima kasih =)


1. Apa nama blog dan kenapa letak nama itu?
No One Knowzz nama blog aku. Dari dulu sampai sekarang xpernah berubah. Sebenarnya masa mula2 nak wat blog aku sendiri xtau nak letak nama blog apa...tetiba terngiang-ngiang lagu akon..tajuk apa ntah tapi dalam lirik tu ada perkataan 'No One Know' so aku pon letak jela nama ni, konon2nya tiada siapa tahu kewujudan blog ni..hak2.....rasa-rasanya perlu tukar x nama blog ni??


2. Apa nama url dan dari mana datangnya idea itu?
nooneknowzz.blogspot.com...dari nama blog la...senang,abis cerita


3. Apa method dalam tulisan anda?
tiada method...tulis aja apa yg nak


4. Pernah terasa nak hapuskan blog?apa sebabnya?
tak pernah..masih baru lagi...baby blogger..hek2


5. Pernah ahli keluarga anda bca blog anda?
dijamin xpernah..


6. Apa perasaan anda bila ada org kata blog anda buruk sedangkan org lain kata blog anda cantik
aku sendiri xtau nak kata apa...haha...blog aku xla cantik pon, aku xhias apa2 pon..buruk 2 xtaula...buruk kah?


7. Bila blog anda diberanakkan?
21 November 2009. aku yg wat so aku kah mak?huhu


8. Siapa org pertama yg tau blog anda?
siti aishah dan farah aina


9. Apa perasaan anda bila org kata blog anda di sekolah?
xrasa apa2...time skolah tiada blog lagi


*Thnx to semua pemberi award, itu tandanya kamu ingat sama saya =)

Thursday, July 1, 2010

Award Fiq bagi..weehuu

Kepada Mr Fiq,

Aku dah lama skodeng tuan blog SOMETHING TO SHARE. Sejak aku berkecil-kecilan dalam arena bloging, aku terjumpa blog ni. Merisik baekk punya sampailah aku berjaya menjejaki nama tuan blog iaitu Fiq..padahal ada ja ditulis kat profile dia..hek2..Nama sebenar jejaka ni ialah Shafiq Farhan, study kat UM..kira dekat gakla lau aku nak pi melawat dia, masih bujang tapi xtaula available atau tidak..hoho..Fiq ni anak cikgu woo..respek aku lau dgr perkataan cikgu ni. So jgn cari pasal la dgn dia, silap haribulan dia gitau cikgu..hehe..Melalui pengamatan aku, Fiq ni beruntung r..sebab? Boleh dikatakan setiap hari dia melancong ke pulau Langkawi..cuti sem ja mesti pi langkawi...aiseyh jeles beb..untung r Fiq sebab tinggal kat situ..haha...Satu g yg aku dapat tau, mamat ni suka tengok movie..dulu dia pernah cerita yg dia ada koleksi movie mcm2..ang mintak ja nak movie apa gerenti ada punya, free lak tu dia bg..(eh Fiq, baik kenakan charge,kayo sikit)..tapi sbb kan mslh apa ntah movie tu hilanggg..nangis, frust gakla dia..sabor ek :p K lah, dh byk sgt aku merapu ni, harap byk fakta dr auta ye Fiq...

Tengkiu atas award ni..syaratnya kena cerita 5 fakta menarik psl pemberi award..Tapi aku karang sampai 1 perenggan..muahahaha


Ada lagi syaratnya..kena cerita fakta menarik psl diri aku..aku dh wat benda ni dalam entri yg lepas..
kira halal la ye aku letakkan link ajer ..

Entri pasal diri aku =)


Okeh, masa utk bagi award pd penerima seterusnya...jeng..jeng..jeng..


En Khairul Anuar
Cimon


Tahniah2....
Arigato kpd uoll yg sudi singgah blog i and drop komen2 yang bernas...i like it..ahak2..












LinkWithin

Related Posts with Thumbnails