Saturday, February 26, 2011

Salam proposal tidor tak lena makan tak kenyang mandi tak basah



Fewit nak ngorat boleh?


Tak boleh nak TOLAK! =D


(intro yang ringkas dan mungkin tiada kena-mengena)


Dulu kala masa aku masuk sekolah menengah, rasa gumbira sebab kain sekolah dah tukaq kaler. daripada kaler biru tua kepada kaler biru muda. terasa diri ni dah remaja. bila dah masuk tingkatan 4, dapat pilih nak ambik aliran apa dan taktau macam mana  aku disesat masuk ke dalam aliran sains tulen. yelah kat skolah aku pon cuma ada aliran sains tulen dan perakaunan. nak masuk perakaunan konfem2 aku tak bole. biasalah jenis alergik kepada digit dan digital nih.


Lepas tingkatan 5 pon aku rasa seronok. yey tak payah pi sekolah dah. tak payah pakai uniform sekolah dah. tak payah pakai uniform PBSM dah. ya dulu kala aku ahli PBSM. sapa-sapa nak belajaq CPR dari mulut ke mulut dengan aku sila-sila. jangan malu jangan segan sebab aku guna patung ja keh, takmau la buat betoi2. i malu.haha..tapi kalau hampa semua memang taktau nak bagi bantuan kecemasan ni, paling koman hampa boleh buat cuma buat satu panggilan kecemasan di talian 999. kalau rasa2 tak boleh gak mai aku lempang pastu gerenti boleh dial terus.


Sebenarnya aku nak cerita selepas tingkatan 5, ramai cikgu cikgi suruh masuk matrik. semua kawan2 aku sibok membeli-belah no pin pasword borang matrik. aku pon beli la, abah pon suruh. lagipon kita kena ikot cakap abah baru la dapat duit belanja lebih.hohoho. sebelum masuk matrik, ramai umat manusia yang ditemubual oleh aku kata matrik susah wooooo. kalau hang bukan kaki study memang susah nak survive masuk matrik. tapi masa ni aku tak la rasa takot nak masuk matrik sebab aku pikiaq kalau orang lain boleh buat takkan aku tak boleh buat. so aku pon try and error la masuk matrik. 


Lepas tamat mengaji kat matrik selama setahun, aku pon grad la dengan pointer yang aku sorang suka.haha.masa ni pulak, semua pakat kalut nak pilih unibersiti mana yang dekat di hati dan dekat di kampung halaman.aku main ikot rumet KMPP, dia amik pendidikan aku pon ikot jela. tup tup dia tak dapat pendidikan dan rezeki aku pulak yang dapat. maka wujudlah bekas fossil aku di daerah tanjung malim yang permai ini.


Dulu bila kat sekolah, semua cikgu2 kata masuk unibersiti ni best sebab kamu bebas,hoyyeah. best sebab kedatangan tak lah strict macam sekolah. sekarang baru aku faham bebenor maksud best yang tersirat itu.hehe.hang nak apa hang pi ambik sendiri. hang pi carik sendiri. tak dak istilah dok celah ketiak mak hang dah lani.haha.


Lepas tamat unibersiti, aku mengorak langkah ke jinjang "pelamin anganku musnah"...............(akan bersambung setelah penulis sudah tamat pengajian kelak.harap maklong)




sekarang di alam unibersiti dan berada di semester 6. sedang menyiapkan proposal tesis. akan dibentang kan proposal ini di hadapan pensyarah sekalian. sebenarnya 3 orang pensyarah sahaja. cuma yang paling teramat sangat digeruni serta cuak pabila aku kena bentang di hadapan supervisor sendiri yang sangat ditakuti serta dihormati student2nya...oke oke..tarik nafasssssssss, hembusssssssss dan pitammmmmmmmmmmmmmmm!


Thursday, February 24, 2011

Salam rindu-rinduan

assalamualaikum

jemari kaku menekan keyboard
otak blur menyusun tinta
hati resah kian mengidam
gelora nafsu untuk berbicara

biarlah.
rompak sedikit detik
sebarkan di alam maya
aku rindu rindu rindu
semuanya di sini
sungguh.

siapa peduli?
aku....aku....dan aku sendiri
kita makin renggang
terasa jauh
tapi
ku curi ruang
mencari kamu yang jauh
dekat di hati
dengan lafaz menanti
 ku sayang setiap hari
SAMBUT DAKU KEMBALI


Tuesday, February 8, 2011

Hangat, panas, da bomb!!!

Salam hari selasa
Tempat: TU 1A
Masa: 4.11 pm
Status: Ada dalam kelas dan gigih update blog!


Sebenarnya bukan aku tak hormat pensyarah dengan slumber dek update blog dalam kelas tapi kelas yang sepatutnya mula pukul 3 ptg ditangguh dengan jayanya sehingga pukul 4.30 ptg. pensyarah tak dapat hadir dan diganti dengan cik tutor. sementara menunggu beliau jum kita update blog.


Sekarang ni ramai gila blogger kan, so muncullah ramai blogger yang femes, cakap ja nama blogger atau nama blog terus orang/blogger lain tahu itu shiapa. Masing2 punya identiti sendiri dalam dunia blog. Meh kita terjah blogger-blogger yang da bomb tak kiralah atas sebab apa pon ya. ini pon berdasarkan blog yang aku tahu jelah.



Hami asraff
Pertama kali jejak blog beliau memang tertarik dengan penulisan yang berdasarkan teguran secara santai. Dan secara jujurnya header beliau jugak menjadi punca dan dan dan orangnya yang kacak pon aku rasa salah satu penyebab orang 'melekat' di blog itu. Kiranya en hami asraff ni punya wajah kacak+gaya penulisan menarik.



Jejariruncing
Aku pernah melawat blog ni secara tak sengaja. Jumpa melalui facebook fanpage khairul fahmi (juga baru aku kenali). Rupanya empunya blog chenta hati kerol fahmi. Dalam sekelip mata ramai orang terjah blog dia. wah!.



Realiti Konspirasi
Lau tak silap ini blog zack zukhairi. perghhh aku rasa ramai aweks-aweks bole pengsan baca blog dia.hahahaha. masa aku pertama kali baca, mmg lawak entry2 si zack ni dan masa tu aku pon jadi lah folower yang ke 125 kot lau tak silap. skrg ni bila bukak mau dan beriban folower dia. tapi mmg patutla sbb entry lawak dan menarik dengan lukisan/ lagu terselit dlm entry dll. Masa tu tak ramai blogger tahu nak buat mcm tu, so bila dh punya kekuatan sendiri orang akan tertarik pd dia.


Lau nak ikotkan mmg banyak blog2 yang hangat tapi ni jela yg sempat taip dan teringat. apa2 pon tak semestinya blog yang suam2 kuku orang tak pandang.


* blog mana lagi yang hangat? aku tak berapa tahu sebab jarang blogwalking. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails