Friday, January 29, 2010

Ahhh! aku penat

Kenapa tetiba sem ni terasa mcm studen u?
banyak bnda kena buat, banyak bnda kena fikir
banyak bnda kena tau, banyak bnda kena korbankan

waktu makan..... tak ikot time
waktu tidur.....xleh2..mata mau cekang
waktu main........kena limitkan tp boleh ckit2

ni la akibatnya lau dh lama sgt bertahan..............

tidur tak ingat dunia...


Pesanan buat diri dan teman2 seperjuangan:

~bersabarlah wahai teman, hari ini kita letih esok2 kita letih juga (mna taknya dok ngadap lab report ja)..hehe
xdakla..nk ckp semula
~hari ini kita letih kelak, kita akan senang..insyaAllah.

~hari ini kita merungut, kelak kita bersyukur

~hari ini kita berkorban, kelak mendapat hasilnya


"apalah erti sebuah kejayaan tanpa mengenal erti sebuah kegagalan dan pengorbanan"

(^_^)










Monday, January 25, 2010

Ini satu kisah


Seorang kawan ada menasihati...ketika diri sedang sibuk dengan dunia, diri agak tidak terurus tapi masih dalam kawalan ..
katanya, dalam byk2 hal kita mesti utamakan satu perkara yg ramai org jarang ambil tahu iaitu pasal iman kita
katanya lagi, kita selalu usaha atas nama Islam, kerana kita dilahirkan sebagai Islam.
aku agak kurang faham ap yg cuba disampaikan dan mnta lebih penjelasan..

bagi kamu2 yg kurang fhm, kalau berminat teruskan membaca, insyaAllah terdpt sesuatu yg boleh dikongsikan.

kwn ak terangkan lg....
katanya, sejak kecik kita kita dh terbiasa dengan kalimah Allah,
sememangnya kita telah diajar tentang Islam,
tapi ad sesuatu kesilapan...dlm dakwah itu
dia bg contoh- kita pasti biasa dgr nasihat belajar bersungguh-sungguh, usaha betul2, buat yg terbaik kemudian berdoa dan serah kepada Allah...
mmg betul itu caranya...tp kita perlu ada keyakinan kpd Allah terlebih dahulu
sepatutnya kita doa dulu baru usaha pastu serah kpd Allah

kemudian dia cerita ttg kisah Nabi Musa a.s
mgkin ad yg dh tau kisah ni tp ak baru pertama kali

kisah dia cmni..
pd suatu hari, Nabi Musa a.s sakit perut yg amat, lalu nabi memohon kpd Allah supaya sembuhkan sakitnya.
Allah perintahkan nabi dapatkan daun drpd pokok berkayu dan mkn daunnya. dgn serta-merta penyakit nabi hilang. Pada hari berikutny penyakit nabi Musa dtg lagi lalu nabi Musa mengambil daun pokok yg sama namun sakitnya masih ada lalu nabi Musa bertanya kpd Allah..Allah memberitahu bhw dulunya kau berdoa padaKu tapi kini kau terus ambil daun pokok tanpa berdoa pd Ku...lalu kau masih belum sembuh...
kerana daun pokok tidak boleh menyembuhkan, yg hanya menyembuhkan segala penyakit adalah Aku

so faham x?
berdsrkan ap yg kwn ak cerita
ak fhm satu perkara
kita mesti yakin dahulu terhdpNya dlm apa2 hal sekalipon
bukannya buat sesuatu kemudian baru yakin..
inilah yg dinamakn usaha atas iman kita sendiri
bukan semata-mata kerana kita bergelar Islam sejak kecil


**kalau ada perkara yg salah minta ditegur ya kwn2 ;)
dan kalau sudi berkongsi ilmu minta tampil ke hdpn..hihi






Saturday, January 23, 2010

Awas kamu-kamu yg tidur lewat!




AWAS!!
Nampaknya semakin ramai yg tido lewat skg nih
ada yg sibuk berfesbuk,berfrendster, berblogging, bertwitter
dan ada juga yg sibuk ber'assignment' di kala malam menjelma
mungkinkah entri 'sering tidur lewat' punya pengaruh??

kepada sesiapa yg ngh blogwalking mlm2 ni singgahla sebentar di sini
bukan nk belanja tp nak berkongsi sedikit fakta
ak tau kbnykn drpd kamu2 yg baca entri ni adalah "kelawar malam"
sgt aktif merayau-rayau di malam hari
dari satu blog ke satu blog
dari utara sampailah selatan, singgah pula di timur membeli sebotol budu..hehe
kamu rajin membaca kisah suka duka kehidupan si dia
kemudian meninggalkan sedikit kesan supaya si dia dpt menyusuli kamu semula

Disebalik kisah di atas, berlaku satu lagi kisah secara 'dalaman' terhadap tubuh badan kamu sendiri..
apakah yg berlaku?.....jum kita terjah!
masa tengah leka di dpn laptop, bdn kita yg selalunya mghasilkan hormon leptin(protein darah yg kawal selera dan rasa lapar) tiba2 semakin berkurang...
bila paras leptin dlm darah kita semakin berkurang, isyarat akan dihantar ke otak sbb nk bagitau bhw bdn kita kekurangan makanan..
lepas dh terima isyarat, kita pon akan bertindak balas
mencari mknn di tgh mlm..selongkar stok2 mknn yg ada
biskut la, roti bakar la, segala jenis jajan la
pastu melangut depan laptop msg2 semula

kesanny akan mnjd semakin parah jika aktiviti malam kita berlarutan
semakin hari pghasilan leptin berkurang
isyarat yg sama akan dihantar ke otak
tindak balas yg sama turut berlaku
mungkin ada penambahan beberapa jenis jajan yg diminati..hak3
bayangkan lah apa yg akan terjadi sekiranya keadaan ini sampai raya cina tahun depan?
adakan diri menjadi 'sehat' seperti ini?


pastu mula la kalut cari mcm2 pil nk kuruskan badan, segala losyen pati halia tempek kat perut
untuk kekalkan bentuk seperti sedia kala
kemudian terjumpa Dr Rozmey...
beliau pon apa lagi..memperkenalkan sesuatu kpd anda, iaitu....

amacam..ada bran??hak3



*tidur time tgh hari w/pon hanya 15-20 mnt dah cukup utk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan ^_^


Friday, January 22, 2010

Sering tidur lewat!


budak skema : Eh dah pukul berapa neh? tak tido ag...sok kls pepagi lak tu.

budak malas: ala awal lg. g pon ak nk siapkan assignment ak dlu.

tik13x.....
masa berlalu....
diri manjadi layu
mata pulak semakin kuyu
lalu mula menongkat dagu
hati berkata sabar lah dulu
namun akhirnya hati menjadi ragu
kerna dah x sanggup lagi menunggu
akibat kekurangan oksigen di kepalaku

Tido lewat?..ala biasa r 2..normal la. kalau orang tido awal kita akan rasa pelik kira mcm xnormal la padahal tido lewat 2 la yg tak normal. Tapi ia menjadi normal kerana kebiasaanny ramai yg tido lewat. setuju?..

Aku antara species manusia yg tido lewat. dan kat luar sana masih ramai lagi yg tido lebih lewat dr ak dan yg lebih advance xtido terus. Aku tertanya-tanya kenapa tido lewat sgt? dh xcukupkah waktu di siang hari? atau sebenarnya kita lah yg tidak menggunakan waktu dengan bijak? mgkin ya mgkin tidak...terpulg pd diri msg2.

Bg ak, ak tido lwt ada 2 sbb-
~pertama~
ak ni jenis susah sgt2 nk lelapkan mata. lau masuk tido dlm kul 11 pkul 4 pg baru mata leh pejam. w/pon xtido ptg tp mlm still berjaga. kira mata ni cekang gakla..hehe. kdg2 ak jeles ngn depa2 yg tido awal..mna taknya, tido kan satu kenikmatan juga..tp ak jrg rsa nikmat 2...huhu

~kedua~
buat2 "assignmen".....bule jd best studen ni..haha
kebanyakan studen mesti penah tido lewat gara2 esaimen yg bertingkat-tingkat
bertingkat kah?>agak2 dlm 10 tgkat bule? atau terlebih suda..
bab2 esaimen ni ak mengaku salah diri sendiri sbb xwat awal2
dh biasa tangguh kena la tanggung sendiri pulak...so ak bertggjwb skit.
tp kdg2 lectrer yg bg masa terlalu cepat utk submit kerja..
mgkin beliau tidak 'faham' yg studen juga mengambil subjek lain
so kena la pakat ramai2 stay tuned depan kerja msg2 until morning.



*teringat kata2 ain "tak remaja la kalau tido awal"..hahaha











Tuesday, January 19, 2010

Kasih ibu sampai syurga


ibu oh ibu
sehatkah ibu?
sudah makankah wahai ibu?
kenapa tidak lalu nak makan?
apakah yang ibu fikirkan?


Terbaca paper kosmo pasal kes pembunuhan ayah, adik,datuk dan nenek. perbicaraan ditetapkan pada 19hb feb. Kemungkinan si pesalah dihukum gantung. Biarkan saja mahkamah membuat keputusan. Mungkin sebahagian besar drpd kita mengharapkan hukuman yg setimpal dijatuhkan kpd si pesalah. Namun segelintir pasti terasa hukuman yg bakal dijalankan adalah tidak wajar ataupun lebih baik si pesalah diberi kesempatan untuk insaf. Siapa pula yang tegar melihat pesalah pembunuhan kejam diberi keampunan? siapa?


sudah tentulah seorang manusia bergelar ibu
walau senakal mana pon seorang anak,
walau sejahat mana pon si anak,
walau seburuk-buruk manusia si anak itu,
hati ibu tetap berkata........
"itulah anakku"
yang sentiasa merengek dalam pelukanku dulu
yang selalu menemuiku tatkala buntu
yang sentiasa dahagakan kasihku ini
anakku inilah penyeri hidupku

wahai anak,
usah pedulikan orang lain
yang tak mengerti siapa dirimu
akulah ibumu yang akan sentiasa bersamamu
hingga akhir hayatku sampai ke syurga dengan izinNya



Monday, January 18, 2010

Tersesat sebentar di FSM-terjumpa sesuatu??


"hey kamu budak seni, mmg begitukah kamu?"

"hey budak sains,kamu sungguh skema"

ok2 rileks sebentar..xmo gadoh2,malaysia kita ni kecik aja
bak kata PM, kita nieh kan 1 Malaysia. tak kira ah melayu?cina?india?iban?
ataupon budak sains?seni muzik?maskom?
atau dewasa?kanak2?remaja?warga emas?
semuanya kena ad semangat 1 malaysia..

dialog di atas sekadar intro bg entri ni,bukan nk fight
w/pon kdg2 aku dan member2 ad sedikit konflik sama bdk seni
lagi pon dh selalu sgt gado2 manja kan so skali skala cool r....

hari tu aku tersesat di fakulti seni muzik(fsm)
w/pon fsm 2 xdakla besar mna tp ak still sesat dlm bngunan 2
mna taknya last time ak jejak fsm pon masa orientasi sem 1
ak dtg sni pon sebab nk drop ukp1021....
syg seribu kali syg...tutor baru ni byk cantik lo..xssempat nk ngorat..;p

cari punya cari tutor akhirnya tidak ketemu jua..huh
tp ak perasan beberapa objek yg sukar ditafsir oleh otak kanan ak
mgkin ak kekurgn nilai seni,imaginasi atau kurang berkhayal?..haha
tp ak teringin nk tau apa mksd disebalik objek2 ni..
atau ianya sekadar susunan hiasan di balik penjuru?
so kpd bdk2 seni..ini bidang kamu
dan kpd siapa2 yg punya idea apakah ia sila berkongsi
plg koman pon agak2 r bnda ap 2...okeh?

objek pertama......


objek kedua.....


dan objek ketiga....



*ada idea kah?...try k..choww











Wednesday, January 13, 2010

ohhh lab report!!


ohhh lab report!!!

sentiasa mendampingiku
tak boleh kah kita berenggang sebentar?

ak tahu dikau rindu
pada diri yg kerdil ini
almaklumla setelah sekian lama kita terpisah
selama sebulan setengah lau xclap
dikau menyepi dari hidupku
kini kau kembali
"menyirna" hidupku
ohh sungguh ku terharu

alangkah indahnya jika dikau datang sebentar cuma
sekadar menjengah ku di sini
sekadar mengambil berat akan diri ini
sehatkah daku?, sudah mkn kah diri ini?
namun aku tahu dikau singgah lama di sisi ku
ak pasrah, ak redha dan akan terus redahhh...
kerna ku pasti kehadiranmu membawa seribu satu makna
dalam kamus ilmu hidupku yg serba-serbi kekurangan
dan mungkin tiada dlm kamus ilmu teman2 yang lain

aku bersyukur kerana masih bernafas
serta diberi kesempatan menuntut ilmu
bukan sahaja untuk diri sendiri
tapi untuk berkongsi kepada semua

moga diri ini cekal menempuhi segala cabaran
dengan izin Yang Maha Kuasa
~amin~



** sejak bila aku berpuitis neyh??
* ayuh sambung wat lab report!


Friday, January 8, 2010

Betulkah ibu bapa diutamakan? part 1

Sambung persoalan entri lepas ya anak2..betulkah ibubapa diutamakan??
sblum tu just nak ingtkan entri nie utk semua termasuk diri sendiri..
like i said ramai ja yg utamakan ibu bapa dari segi lisan (mulut aja kata)
secara realitinya xramai yg cm2..ak bg sikit contos sambil mkn corntoz ..

Situasi pertama
Agak2 berapa kali dlm sehari kita msj mak/ayah kita? xterkira kah atau sebalikny?
lau nk bndgkan ibu bapa, gelfren, buayafren, n member kita
siapakah yg plg kerap kita mesej-mesejing?
pernah x tnya membe cmni "ang ni ak tgok asyik berkepit ngn nset ja, nk telan nasik pon nset kat tgn, dok msj sapa?
si kawan berkata "msj kwn la (sambil senyum penuh makna)"
xpernah lak kita dgr/jrg dgr jwpn cmni "ak msj mak aku..rindu la"
lau ada bertuah tul si ibu...hik3

Tp ada gak anak2 yg kerap msj parents tau..especially bila tiba hjg bulan
sure parents seronok tgok msj dari anak kesygn ...
pastu berubah muka apabila membacanya...


ya..asal ckup bulan tibalah mesej begini...hihi
ada yg baik skit mntk bantuan time hjg sem ja
yela xnak nyusahkan mak pak..kan2?

Situasi kedua
Lebih kurang sama ngn situasi pertama. persoalnnya pula..
selalu gayut ngn parent time bila?
"erk...xpernahla...ckp kejap2 ja, tu pun lau ad krdt.."
lau x miskol ja pastu parents kol la balik

Biasanya situasi begitu bukan?
tp berbeza pula dgn bf/gf /member kita..
xda kredit? xda hal la..on da spot g carik
tp beli krdt 2 agak2 gna dwet sapa?..parents?..atau dwet pt la kot

tapi xsemua org begitu, sesetengah ja kot..xpon xsampai stgh..kan2?
apa2 pon aku pasti parents tetap di hati kita semua
walaupon kdg2 kita xtnjk perasaan begitu kat parents hanya kita sj tau setakat mana kasih dan sayang kita terhadap ibu bapa


* teringat kata2 drpd entri cik seimura "lau kita kol mak ayah every day dapat pahala tau, sebab kita senangkan hati mereka ^_^"





Thursday, January 7, 2010

Betulkah ibu bapa diutamakan?


Tanpa berfikir panjang aku menjawab "ya saya utamakan ibu bapa saya"
aku pasti kamu semua begitu. bagi yg punya ibu dan ayah pasti jawapan kita tiada beza.
Siapa yg x sayang mak ayah kan? Aku percaya kita semua sanggup berkorban utk mereka.
Dan mereka pula berkali ganda sanggup berkorban demi kita. Semua bnda dilakukan utk melihat anak2 bahagia. cuma kita sbg anak, sedar atau tidak akan pengorbanan mereka.

Mari fokus sebentar tentang mak@mama@mami@ibu@ummi kita
Sedari kecil, mak lah yg selalu dukung, selalu memandikan kita, hilangkan najis kita, memakaikan pakaian utk kita, mempersiap siagakan diri kita dengan wangian bedak baby johnson sehinggakan kita digelar bayi comel of the year. Indahkan waktu itu?

Pabila kita sakit, setiap mlm mak menjengah/stay up menjaga kita. memeluk kita sehingga kita berasa selamat dan selesa. kita pula akan nyenyak dalam dakapan lembut seorang ibu sehingga esok menjelma. Indahkan waktu itu?

Beralih pula kepada sang ayah@abah@daddy@papa@baba@abi kita
Ayah selalu marahkan kita, mukanya sgt garang seolah tiada rasa belas kasihan. jarang sekali kita tenggelam dalam pelukan sang ayah. jarang sekali ayah bersama kita. tapi kita percaya bhw kita sentiasa dihati ayah. ayah keluar di pagi hari membanting tulang 4 kerat, bekerja sampai ke ptg demi keselesaan dan kemewahan anak2nya.

kita sebagai anak pula sgt bangga dengan ayah. seringkali mengambil kesempatan di atas "kesenangan" ayah. habiskan duit yg diberi dgn rakus. tak terlintas langsung kepayahan sang ayah mengumpul duit. mgkinkah kita begitu kerana kita belom menjadi sang ibu dan sang ayah?


*Begitu bnyk pengorbanan insan mulia yg bergelar ibu bapa
tapi benarkah kita mengutamakan mereka??

Wednesday, January 6, 2010

Jantan terhangat


Lama betul xmenaip sesuatu di sini. ak nak kungsi satu benda nieh.almaklumla baru dapat sedikit ilmu bahawasanya jantan itu
"cantik dan menawan".
apa? mereka cantik dan menawan?..agak tercabar sedikit ya bg betina
lau xpercaya cuba perhatikan gambar ini

si jantan yg cantik si betina yg....??

Nampak perbezaanya?
mmg sah2 nmpk si jantan lebih menarik drpd betina
dari segi warna- si jantan lebih kalerful dan bersinar-sinar bulunya
si betina pula nmpk ala2 mandom??..mksd ak warna bulunya hanya 1 tona shj sama ada koko, koko cerah, koko gelap dsb.
dari segi balungnya- balung si jantan merah menyala tp tidak bg betina yg kalernya agak pucat
so tahniah kpd jantan kerana anda lebih layak digelar si cantik...ahakss

sebenarnya si jantan ni cantik bukan cuma suka2
si jantan tampak cantik kerana mereka punya tugas
iaitu utk menarik perhatian si betina...kira cam mengorat r
mereka akan tayangkan segala kecantikan yg ada pd diri supaya mereka akan terpilih utk menjadi soulmate si betina..
di sini betina punya kelebihan iaitu kuasa memilih ad pd mereka...ya itu hak mereka
lau tertarik dgn kecantikan jantan maka berpasangan lah mereka lalu menuju ke jinjang pelamin..(selamat pengantin baru...semoga ke anak cucu, bahgia)
maksudnya mereka sudah boleh membina keluarga bahgia n kekalkan sepisis mereka
oleh kerana bilangan jantan yg agak kurg drpd betina
mereka boleh mate many times (cam lelaki bini 4)
si betina pon apa lagi..cepat2 la wat pilihan
jantan terhangat...peewittt ;p


**lelaki pon cantik jugak
xperlu mekap segala...hik3








Saturday, January 2, 2010

masak=perempuan=menantu idaman

jum wat coleslaw n fruit saladdd ^_^

Perempuan mestila pandai memasak, so kenala belajar masak memasak ni awal2 sebelum menerjah alam rumah tangga. lau x siapa mo masakkan untuk laki sendiri? nak harapkan bibik? bole2 cuma risiko la takut bibik nie bukan sekadar memasak..kang mcm2 dia wat..
seorg kwn ada ckp "ala jgnla amik bibik mude, carikla yg tua2"...mgkin kurg ckit risiko di situ...eh2 dakni cam dah merancang nk hire bibik ja..hehe..

masak=perempuan?
eleh laki2 pon masak ap..lagi terer dari perempuan.
laki bukan masak kat dapur umah tp kat tmpat2 grand gi2
kat hotel2, restoren...ada yg jadik chef international tau
dasat x dasat?

oklah, lelaki pon terkenal dalam masakan ni
cuma perempuan belajar memasak sbgai persediaan pd msa hdpn
xsemestinya untuk alam perkahwinan, tapi utk diri sendiri dan juga keluarga

ramai gadis2 di luar sana yg pandai masak
ramai juga yg masih suam2 dalam bab2 masakan nih
ada yg kata "masih terlalu awal untuk semua 2"
ada yg kata "xdak masa la nk belajaq masak2 ni"
ada yg kata "mak xkasi masuk dapor sbb nanti habis dapor kotor bila masak"

*bak kata org tua2-nak seribu daya xnak seribu dalih
*bak kata org muda2-nak seribu daya xnak sudah


**ayuh ke kelas masakan kawan2...ahakss


Friday, January 1, 2010

Umur makin meningkat!


Salam 2010
selamat tahun baru
tahun bertukar ganti
begitu juga umur kamu
maksudku umur kita...heh
kalaula umur sentiasa 16


sentiasa mainten mude
masalah masih ditanggung ibu ayah
xperlu bnyk berfikir tentang kepayahan hidup

sekarang nie pabila umur makin tinggi
maka makin banyakla tanggungjawab yg harus dipikul di bahu sendiri
mahu harapkan mak ayah? masih boleh bagi diriku
dan kamu2 yg masih dibwh tanggungan keluarga
cuma xsemua perkara kita perlu bergantung pd mereka

bagi sesiapa yg belajar dikejauhan
pasti merasa betapa payahnya hidup tanpa keluarga disisi
yg sentiasa memerhati segalanya sejak kecil
tapi berbekalkan kepayahan itula
bermulanya sesi pembelajaran tentang realiti kehidupan

selamat datang 2010
moga tahun ini membawa makna dalam realiti kehidupan masing2
serta sentiasa diberkati olehNya


*bismillahhirrahmanirrahim
pembuka kata 2010



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails