Friday, April 29, 2011

Kesetiaanku tiada tolok bandingnya

Salam kasih sayang melimpah ruah.

Esok hari sabtu, hari keramat di mana aku akan pulang ke tanah air yakni Pearl of Island. Sapa belajar sejarah tahu lah di mana negeri itu. hehe. InsyaAllah daddy hensem yang terchenta bakal menjemput anakanda di perantauan ini bersama abang sulung (fungsi abang adalah sebagai co-pilot kepada encik abah tetapi fungsi sebenar ialah untuk mengangkut barangan adik terchenta)hoho.

Sebenarnya hati sangat risau risau risau. Moga perjalanan abah dan abang berjalan dengan lancar. Moga tiada masalah. Penang ke tanjung malim, sangat jauh, makan 4 jam jugakla. Mohon doa kalian juga ya. Terima kasih.

Kesetiaan, sesuatu yang sukar kita dapat dan sukar kita sendiri lakukan. Ingat senang ka nak setia pada sesuatu? Kalau iman tak kuat memang boleh curang. Once dah curang, rasa bersalah tiada lagi. Kecurangan akan berlarutan.

Tapi kalau kita dapat kesetiaan daripada orang lain, bertuah lah kita. Sapa senang-senang nak setia dengan hang?? Unless hang tu sangat bagus dan memang yang terbaik untuk dia. So, bila dah dapat kesetiaan seseorang, cuba sedaya upaya gembirakan hati orang itu.

Aku sendiri banyak terpesong. Terlalu banyak kecurangan yang dah aku buat. Mula-mula aku sangat suka akan dia, tapi bila aku sibuk dengan urusan sebagai pelajar, aku abaikan dia sampaikan dia kurang kasih sayang aku. sedih. Tapi itu realitinya. Dia bukan lah prioriti aku yang utama walaupun aku sukakan dia.

Apa-apa pon, harap No One Knowzz  ni masih ada yang ambil peduli akan dia. Masih ada yang tertunggu-tunggu. Masih membuatkan hati orang gembira dengan dia. Terima kasih kepada pembaca senyap No One Knowzz dan kepada pembaca terang tang tang No One Knowzz.
I lebiu foreber and eber bebeh! auwwww



Monday, April 25, 2011

Sudah sampai di sini!


26April2011
SBK3013
Biochemistry
2.30pm
(last paper)weee~

Saturday, April 23, 2011

Dalam banyak2 benda, benda ni lah yang aku buat...xda kerja betul

Salam penuh limpahan kasih dan sayang

Aku masih dalam mood exam. Paper kedua dan yang terakhir, terima lah paper Biochemistry! oppsss, hari selasa ni ya, sabar sabar sabar

Subjek membaca dan memahami, subjek yang paling menguji keimanan tahap kefokusan setiap insan. Fuh ingat senang nak fokus sambil menelaah buku import tulisan mat salleh yang tebal dan kental isinya?? susah (bagi aku). Daya fokus tak tinggi mana.

Mungkin aku saja yang biasa buat benda ni kalau aku tak leh fokus. sebenarnya banyak benda gak yang aku buat demi untuk tidak menghadap buku! muahaha

Mula-mula, niat dah ada, nak study sefokus mungkin. takmau main-main dah. Semalam tidur awal so kena ganti masa semalam tuh.

Tengah stdy "fatty acid degradation", stop sat...amik cermin muka kecik ja saiznya, tak semena-mena belek muka, tengok kot-kot la ada jerawat.....oke tiada...sambung balik stdy

tak lama lepas tu, ishh macam ada yang tak kena dengan rambut, amik balik cermin, bukak getah rambut dan ikat kemas2. oke dah comel...baru lah semangat nak stdy...sambung stdy balik....

wah, dah habis 1 subtopik dalam 1 bab, banyak g subtopik kena cover..rileks dulu..amik pulak cermin..nak buat apa lak ek?? haaa bedak, sapu kat pipi kasi melepak....eh perfume pon ada, amik botol perfume sapu skit kat leher...emmm wangeeee~ (serius penulis xda kerja)

~adegan cermin berakhir di situ, alhamdulilah

Setelah beberapa ketika, sempat cover 1 bab..terasa macam dah lama kat depan meja jepun ni (konon)..nak rest sat la..

ahhh lega, selamat mendarat atas katil bujang aku. nak baring satttttt ja. sekarang kul 9.15

tetiba gelap gulita......celik2 dah pukul 10.15, yess satttttt aku bersamaan dengan 1 jam, sepatutnya 2 jam! argh

bangun2 pi cuci muka kasi segar bugar, jum stdy!...
duduk depan meja dan terpandang kuku kaki. " panjang pulak kuku kaki ni "
amik pengetip kuku dan potong kuku. oke dah pendek kuku ni, jum jum stdy...hehe

Hadoi, nampak tak betapa sukarnya nak fokus! cuba kome2 bagi tips macam mano eh nak fokus betui2? apo kono eh jang (=.=)

Mira Casillas

Thursday, April 21, 2011

Sekolah praktikal aku

Salam hari jumaat.

Semester ini aku cuma ambil 2 paper exam sahaja. Kimia Analisis dan Principle in Biochemistry. 1 subjek major(biologi) dan 1 subjek minor(kimia). Kelmarin dah lepas 1 paper kimia(kimia analisis) sekarang cuma tinggal paper biochemistry, hari selasa minggu depan. Curi sedikit masa nak coret sesuatu kat blog tercinta (macam selalu dok buatla)

Semester 6(sekarang) bakal menjalani latihan mengajar(LM) pada semester 7 iaitu bulan 5 ni. Kami habis exam pada 26hb April dan mula LM pada 9hb Mei. Masa persediaan agak terhad atau boleh dikatakan tiada. Masa antara selepas exam dan sebelum LM kami perlu selesaikan macam-macam hal seperti laporkan diri di tempat LM masing-masing. Berjumpa pengeTUA, PK 1, PK HEM, guru pembimbing dan sewaktu dengannya. Kemudian nak uruskan hal rumah sewa, dah dapat rumah sewa cuma tak pergi jenguk keadaan di sana, selamat atau tidak, atau ada apa-apa masalah atau tak. Perlu cuci rumah, dengar2 rumah yang kami (aku dan kengkawan) sewa dah lama tiada penghuni sampaikan tuan rumah dah cabut meter air, nampak macam lama betul takda orang duduk. Macam biasa kalau masuk rumah baru mestilah ada doanya. Aku tak tahu doa masuk rumah baru tapi dah pesan kat kawan2 utk baca Yassin ramai2.

Jabatan Biologi dan tetapkan satu sekolah cuma untuk satu guru Biologi. Maknanya setiap daripada kami dapat sekolah praktikal masing-masing. Kena independent nak buat apa pun. Aku pilih daerah Sungai Petani (SP) Kedah. Semestinya pilih daerah paling dekat dengan Penang. Mana tau senang nak lari balik lau ada apa2 jadi.hehe.

Sekolah praktikal aku selama 4 bulan nanti bermula 9hb Mei-26hb Ogos 2011

SMK Taman Ria Jaya

Puan pengetua
Rosnah bt Ismail

MOTTO
SMKTRJ is "One Big Happy Family"
:)


oke sekolah ni ada ultraman.kira selamat la ek...hihi

Thursday, April 14, 2011

Tarikan kuat ke Pusat Kesihatan walaupun terletak hujung dunia kat kampus aku nih

Salam sayang semua.
Hati masih berbunga-bunga tulip mekar sejambak bak nursery yang dipenuhi pepokok bebunga. Walaupun sekarang tengah uhuk uhukkk, ehemmmmm (maknanya sakit anak tekak) tapi hati sehat walafiat. kenapa? mengapa??? hahaha

tadi aku ke pusat kesihatan dalam kampus aku ni. saja nak pi amik ubat-ubatan sebab sakit tekak (ja pun). dah 2 hari tekak ni tak normal. efek suara aku yang lunak ni. cannot dibiarkan melarat. so aku cepat2 meluru pi pusat kesihatan yang terletak hujung dunia. termasuk kali ni dah 2 kali aku ke pusat kesihatan. kali pertama masa sem 4. sekarang sem 6. semuanya sebab sakit secoet jela. xpala at least dapat merasa duit yuran yang aku bayar tetiap sem ni. syukur Allah beri nikmat sehat pada aku.

alkisahnya, aku pi pusat kesihatan waktu rehat. maknanya pusat kesihatan tutup. daripada tunggu lama2 aku pon pi makan dlu. pekena bihun sup n teh AIS. ya ais, aku kan sakit tekak, so haruslah tambahkan lagi efek sakit tekak sblum jmpa dr kacak, kena la bg real. hek2. tapi yg peliknya tekak makin ok. (rosak plan).

Apa2 pon pi jugak jmpa dr, ikut nasihat en "yang soh p jumpa dr jgk". sampai ja pusat kesihatan terus amik no giliran dan tunggu selama 15 minit. pastu dah sampai giliran aku 2014 bilik 1 (bilik dr kacak).

dr kacak: ada masalah apa?
mira : saya sakit tekak la dr
dr kacak: emm sakit tekak..
mira: pastu saya ada ulser kat lidah
dr kacak: tunjuk ulser
mira: (tunjuk ulser sambil jelir lidah)...nampak tak?
dr kacak: ok (angguk kepala), saya bagi kamu antibiotik, makan smapai habis, ubat ulser dan sakit tekak ok.
mira: ok dr. terima kasih~

5 minit ja date dgn dr kacak. arghhh. nak kena p lagi la..hehe
patutla sem 2 dulu bebudak coursemate aku kecoh pasal dr kacak.

                                               mantap ah~wakaka

Tuesday, April 12, 2011

Di mana kan ku cari ganti, serupa dengan mu



Bait-bait lirik Allahyarham P Ramlee ku nyanyi dengan penuh kesyahduan ditambah pulak dengan suara soprano, ketika hujan lebat di bumi tanjung malim. Serius situasi sekarang sangat mengayat hati sanubari.


dah 2x aku hilang sesuatu yang berharga (bagi student macam aku). hilang pendrive, sekali lagi aku ulang hilang pendrive berkapasiti 4GB sebanyak 2x. sadis bukan? (actually tak lah sadis sangat) sedih tu sedih la tapi sat jela..hehe.


sekuen hilang pendrive-->


1- pendrive 4GB kaler hijau, kecik, comel, cantik, menarik dan tertarik, hilang sewaktu bengkel miskonsepsi sains. suspek>dide ;P


2- pendrive 4GB kaler emas, kecik, comel, cantik, menarik dan tertarik, hilang seminggu selepas kehilangan pendrive kaler hijau (rujuk di atas). suspek>sarah, ahli kelab RAS




lupakan yang lama, mari kita ganti yang baru. sesiapa nak belanja aku pendrive tak? balasannya akan ku buat entri super duper khas buat beliau.cepat-cepat sementara aku masih miskin pendrive.wakaka


*perenggan last itu bukan cakap-cakap kosong.hehe


*kepada kawan2 yang tak sengaja hilangkan pendrive saya tak perlu rasa bersalah, anda dah ganti dengan duit, saya tak rasa apa-apa pon. entri ni sekadar berkongsi. maaf ya. tiada unsur  mahu hentam kamu2. aman! ^_^

                                ~ ini lah pendrive kaler emas yang hilang tu~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails