Saturday, October 27, 2012

"Saya tak faham BI cikgu"

Minggu lepas hari rabu, pagi-pagi waktu pertama dan kedua aku ada kelas 1 Putih yakni kelas kedua terakhir dalam tingkatan. Kelas ni adalah kelas penawar duka aku. Perangai budak ok lagi compare kelas satu lagi. Even depa ni kurang pandai berbanding kelas satu lagi tapi sesi pengajaran selalu berjalan lancar sebab depa senyap dan tumpu perhatian.

Hari tu ntah kenapa rasa tersangat geram lepas marking paper sains depa. Soalan simple yang membezakan solid, liquid dan gas pun ada yang boleh salah dan jawab merapu. walaupun bab yg aku ajar masa jadi guru ganti tak masuk exam langsung geram tu tetap ada.

Picture 1 : pool of water
Picture 2: stone
Picture 3: a boy blow gas

Soalan: write state of matter based on picture above

                pelajar 1     pelajar 2
Picture 1 : solid           element
Picture 2 : liquid...       compound
Picture 3 : gas.....        mixture

Masuk kelas terus bagi paper kat student, pastu bincang satu persatu. Masuk je soalan pertama iaitu soalan atas ni, terus aku tanya siapa yang salah soalan ni bangun sekarang! ada dalam 3 orang lau tak silap, pastu terus bebel...



macam mana saoalan ni pun boleh salah? takkan pool of water pun solid? water is what??? haa ni sorang lagi, element compound mixture lagi lah out of topic.
Kan saya dah bagitau baca yang mana takkan yang tu pun salah lagi? 

Budak-budak ni diam jela bila aku dah bebel. so aku pun sambung je soalan lain. lepas selesai bincang aku suruh depa buat pembetulan dalan buku latihan sekali dengan lukis diagram2...semua merungut.padan muka.

Masa round2 tengok depa buat pembetulan, aku lalu kat tempat budak nama erna nabila. Kecil molek dan pendiam orangya. "Kenapa paper 1 banyak salah dan paper 2 pun banyak salah? Apa yang kamu tak faham??" aku terus je tanya dia...dan jawapan yang dia bagi sangat sentap bagi aku

"saya tak faham bi cikgu"

aku terus terdiam, rasa sedih sebenarnya walaupun bukan aku yang ajar sains sebelum ni...kiranya selama ni dia tak faham lah.

"Macam ni lah erna, tahun depan walau siapa pun cikgu sains kamu, setiap kali habis kelas terus pi jumpa dia dan tanya apa yang dah belajar hari ni, dan terus terang kata kamu tak faham bi"

"ok cikgu"

Lepas kejadian ni, aku set minda aku bahawa bukan semua yang kita fikir itu betul. Budak tak boleh jawab tak semestinya dia tak study, mungkin dia ada masalah lain, atau mungkin kita bermasalah dalam mengajar sebenarnya.

Friday, October 12, 2012

Rupanya ada air mata disebalik kenakalannya

Salam pembaca.

Aku kena mengajar subjek Sains, PJK dan Sivik. Bila buat rancangan mengajar bagi subjek Sains mestilah kena buat awal untuk persediaan mengajar nanti. Lain pulak dengan PJK dan Sivik.Persediaan mengajar tu boleh dibuat pagi-pagi datang sekolah atau masa senggang takda kelas.

Dalam subjek Sivik ni sebenarnya menarik dan banyak benda yang kita boleh ajar supaya pelajar jadi lebih baik dari segi insaniah. Falsafah pendidikan negara pun tekankan hal insaniah ni. Minggu ni dalam kelas sivik aku bersoal jawab dengan pelajar macam mana caranya nak balas jasa ibu ayah dan kenapa kita perlu balas jasa mereka. Macam-macam lah responnya. Kemudian aku minta setiap pelajar tulis surat kepada ibu bapa masing2. Bebas nak tulis apa pun sama ada nak luahkan perasaan, nak berterima kasih atau nak mengaku kesalahan.Balik sekolah terus baca surat2 pelajar. Ada yang mencuit hati dan ada juga yang menyentuh hati.

Aku petik beberapa ayat daripada pelajar2 cilik 13 tahun ni

"Hari tu ayah mengamuk.Adik dah tak tahan dengan ayah. Mak ceraikan lah ayah. Jum kita pindah pi Jelutong rumah maktok"

"Kakak nak minta maaf dengan ayah sebab tak dengar cakap ayah. Kakak cuma terkenangkan mak dengan adik. Adik lebih rapat dengan mak sejak ayah dan mak bercerai.Kakak minta maaf"

"Ibu maafkan lah adik sebab keluar tanpa izin. Adik cuma nak jumpa dengan Randy. Izinkanlah adik jumpa dengan Randy ibu. Adik nak berlakon tapi ibu tak bagi tapi adik minat sangat nak berlakon.Akhir sekali adik minta maaf tapi ibu tolong izinkan adik jumpa Randy Pangalila" (surat ni memang tak leh blah)

Bila dah buat aktiviti macam ni barulah kita tahu budak-budak ni ada masalah dan tak dapat fokus dalam pelajaran.ini puncanya.Kadang2 marah pun tak jalan sebab budak2 ni dah lalui lebih daripada amarah cikgunya.

semoga tabah duhai anak.






Friday, October 5, 2012

Semoga berjaya adik

Mak: Kalau adik dapat 9A mak bagi rm200.

Aku: Ala mak dia tak boleh lawan mira la mak...

Adik: ......................

Aku: Kalau hang terer lawan la dengan result aku

Adik: .........................

Mak: Adik boleh buat punya.Dia kan pandai

Adik: ...........................

Adik aku ni tak bisu ya, cuma dia kurang bercakap kat rumah ni. Ala-ala perangai matang. Sampai ada la dua tiga kali aku tanya dia "nat awat hang ni senyap ja? " ...jawapan dia "kalau tak perlu tak payah cakapla"..
sentap lak dia cakap macam tu sebab aku bising skit kat rumah.haha :D

Semoga berjaya Nat yang comel.
9A dalam genggaman.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails