Wednesday, June 19, 2013

Masih guru "pas baton"

Salam.
Sementara menunggu posting guru tetap aku mencari pengalaman jadi guru ganti. Dah 3 buah sekolah pernah try. 1 sekolah menengah dan 2 lagi sekolah rendah. Aku akan dipostingkan ke sekolah menengah dengan izinNya.

Dilema guru baru macam aku ni ialah macam mana cara nak kawal kelas. Memang kami lepasan ijazah pendidikan. Tapi apa yang kita pelajari tak sama dengan apa yang kita hadapi. Mungkin ramai fikir mudah saja nak jadi cikgu.

Baru- baru ni aku mengajar sekolah rendah. sebuah sekolah berprestasi tinggi di pulau pinang. Persekitaran antara guru sangat mesra. Tak terasa asing. Cikgu-cikgu lama tak kisah tegur guru baru. Selalu saja bahasakan diri "kakak"  dan "adik" .. "adik, kakak nak pinjam pen sat"

Berbalik kepada dilema. Ya aku masih hadapi kesukaran kawal kelas. Memang budak sekolah rendah sangat lah aktif terutamanya kelas tengah dan belakang. Kelas pertama memang takda masalah. Terasa kepuasan bila mengajar.

Cuma kelas selepas kelas pertama ni banyak cabarannya.

Kelas terlalu bising. aku mengaku mmg kelas bising. tentu lah salah cikgu. Cuma ada tak cadangan macam mana nak kawal hampir 40 murid daripada tidak bercakap????

Malas. Entah di mana silapnya budak2 ni ada tahap kemalasan melampau. Cuma minta tulis 7 point sahaja..7 ayat sahaja dan bagi masa 1 jam masih tak dapat siapkan. Solusinya terpaksa tahan budak daripada balik sekolah...kena tunggu sehingga siap dulu baru boleh lepas balik. So cikgu pun terpaksa menunggu.

Kurang adab. Rasanya kebanyakan sekolah hadapi benda sama kecuali sekolah agama barangkali. Aku mengajar sekolah rendah dah pun terasa di mana kurangnya adab. Cikgu pun dah dianggap kawan. Sepatutnya bagi salam bila jumpa cikgu, skrg nak pandang cikgu pun tak dah. Lagi satu cara baru murid tegur cikgu dengan angkat tangan macam jumpa kawan.

Pandai manipulasi. Jangan ingat budak sekolah menengah saja pandai bab ni. Sekolah rendah tak kurang hebatnya. Sentiasa cakap dusta nak lepaskan diri. Bila disuruh keluarkan buku dikatanya tak bawa. Ingat aku ambil mudah dengan alasan tu?? mmg kena selalu buang masa spotcheck beg budak2 ni dan baru lah depa mula buat2 jumpa buku dalam beg. Nampak tak permainan depa?

Aku bukan merungut takmau jadi cikgu. sekadar berkongsi. Mungkin ada buah penyelesaian.
Jauh dari sudut hati nak kata tak suka, malah tengah semai rasa cinta yang semakin hangat ini. Moga rasa ini sentiasa mekar. Mekar mewangi.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails