Thursday, December 23, 2010

Kenapa perempuan harus fikir kecantikan???tell me whyyy

Salam hari jumaat. eh dah jumaat rupanya. Skodeng2 dari luar tingkap rumah, tengok ramai para jejaka, pakcik2, adik2 lelaki berpakaian kemas berbaju melayu menuju ke satu tempat. dalam hati terdetik " wah, kacaknya pakcik itu. wewitt" 


Okeh2, sudah2 la dengan pakcik tu, mari kita bicara pasal makcik perempuan pulak. tadi aku post sesuatu dalam facebook. statusnya " kenapa perempuan harus memikirkan kecantikan???" 


respon yg aku dapat " sbb perempuan tak memikirkan kehenseman "....hahaha


Kecantikan bukan setakat muka sahaja. perempuan ni kalau fikir kecantikan biasanya secara keseluruhan, kalau boleh dari hujung rambut hingga hujung nyawa hingga hujung kuku kaki. Tengok saja produk kecantikan wanita, perghh rambang mata nak pilih, jenama saja dan beribu riban. Itu baru kecantikan luaran, kecantikan dalaman tak kira lagi. 


Ayat klishey yang selalu kita dengar "perempuan dan kecantikan tak dapat dipisahkan", ada benar jugak ayat ni. memandangkan aku ni perempuan melayu tak berapa terkebelakang aku pun tak terlepas dari menjaga kecantikan. setakat cuci2 muka pun dikira menjaga kecantikan jugak kan?. aku tak la rajin nak tempek2 krim kecantikan segala, kadang2 rasa nak tempek  krim tu semua tapi tak rajin, kononnya tak ada masa dan tak kisah sangat sebenarnya kalau tak sapu krim muka. Bukan tak ada krim, cuma tak pakai.beli 50ml aja, kecik tapi dari awal semester sampailah dah habis semester pon krim tu masih tak habis =.= ..sekali lagi, untung pada sesiapa yg bakal bela aku di masa hadapan.hakhak.


So, kembali kepada persoalan, kenapa perempuan memikirkan kecantikan?? bagi aku yang utamanya  sebab nak tambah keyakinan dalam diri sendiri. Bila dah rasa diri cukup bagus berhadapan dengan orang, tiada cacat cela, keyakinan bertambah. Kadang2 walaupun ada seketul jerawat kat batang hidung, itu pun sudah mampu melunturkan keyakinan. Sebab tu la sesetengah perempuan cukup pantang dengan kehadiran akak jerawat ni, cepat2 pi watson beli krim jerawat.. tapi krim ni bukan terus berkesan hilangkan jerawat, so secara psikologinya, cakap jela pada diri "jerawat kat batang hidung aku ni sebenarnya penyeri muka"  T_T
Kesimpulannya, kalau dah namanya perempuan semua nak cantik. Walau 'sekeras' mana pun seorang perempuan, kecantikan mesti terlintas di kepala...kan2??




* hey ladies2 sekalian, kenapa kamu mahu cantik??
* hey lelaki2 macho sekalian, kalian fikir pasal kehenseman tak??

Monday, December 13, 2010

Cinta cintun adalah segalanya

Bila sebut pasal cinta mesti ramai fikir cinta sesama manusia. Aku pon mcm tu. Tapi skop cinta semua orang dah tahu. Cinta itu sangat luas. Bila dah wujud perasaan sayang, kasih dan perasaan bila mana kita utamakan sesuatu dari diri sendiri, dari situ lah bermulanya CINTA. Cinta pada Pencipta, cinta pada Kekasih-Nya, cinta pada manusia, cinta pada flora dan fauna dan tak lupa juga cinta pada kebendaan. Cuma apa yang membezakan semua cinta-cinta ni ialah subjek yang dicintai dan sama ada cinta itu hakiki atau tidak. Semua punya akal dan fikiran untuk membezakan yang mana cinta hakiki dan yang mana cinta sementara. Mungkin bila terlalu mengagungkan cinta yang tidak hakiki, kita telah menutup akal daripada menilai sesuatu yang baik atau tidak.


Cinta pada Pencipta
Ini lah cinta yang hakiki. cinta kepada segala cinta. Setiap kali kita "tersasar di jalan-Mu", kita kembali 'cinta' padaNya. Kita kembali ingat padaNya. Kita kembali taat kepada perintahNya dan jauhi laranganNya. Dia tetap menerima hambaNya kerana cinta-Nya melebihi cinta kita kepada setiap makhluk.


Cinta pada kekasih-Nya 
Nabi Muhammad s.a.w kekasihNya. Masih ingatkah kita pada pesanan Nabi Muhammad? Berpegang pada al-quran dan sunnah baginda. Nabi Muhammad senantiasa mengingati kita, imbas kembali saat kematian baginda sudah cukup nyata, ummati..ummati...ummati...Ingatkah kita pada baginda?berapa kali kita ingat pada baginda dalam sehari?.mari sama2 kita selawat ke atas Nabi Muhammad, dan tanam cinta kepada baginda.


Cinta pada manusia
Cinta pada ibu bapa, cinta pada ahli keluarga dan cinta pada manusia sekeliling. Cinta yang tak pasti. Selagi hayat di kandung badan, selagi nilai kesetiaan berpegang teguh di sanubari, insyaAllah cinta itu dapat bertahan. Pertahankanlah cinta pada yang hak. 


Cinta pada flora dan fauna
Yakni cinta pada makhluk yang lain. Haiwan dan tumbuhan selayaknya dicintai kita (manusia), sebagaimana telah termaktub di dalam al-quran bahawa kita lah khalifah di bumi ini. Untuk apa angkuh pada haiwan dan tumbuhan? kita sama2 menghuni bumi ini dengan izinNya. Tanamkanlah kecintaan kita pada haiwan dan tumbuhan, jangan lah kita menyeksa haiwan, jangan lah kita mematikan hayat tumbuhan sesuka hati. 


Cinta pada kebendaan
Satu-satunya cinta pada sesuatu benda bukan hidup. Juga cinta yang tak pasti. Selagi mana sesuatu itu memberi faedah pada sang pencinta, selagi itu mugkin cinta bertahan. Tapi awas, jangan sampai cinta ini menandingi cinta hakiki buat Pencipta sekalian alam. Andai cinta kebendaan ini tidak membawa kemudaratan pada kita, cintai lah ia secara sederhana. 


Cinta sangat manis. seperti gula-gula, tapi bila ianya diragut, kita menangis. Tapi ingat, bila kita menangis, ada yang lebih cintakan kita. Kita sendiri tahu :)


Kadang-kadang Allah sembunyikan kita matahari
Dia datangkan pula kilat dan guruh
Kita tertanya-tanya kemana hilangnya matahari
Rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi 



* Tetiba terdetik dan punya idea nak menulis tentang cinta bila terbaca luahan kenalan.
* Nasihat buat adik2 yang kecundang dengan cinta manusia terutamanya dan peringatan buat semua, cinta adalah segalanya tapi segalanya bukan cinta. 

 
 
 

 

Sunday, December 12, 2010

Giveaway EDY terbang jauh-jauh

Yang jauh mari dekat, yang dekat mari rapat. sini ada giveaway mo kasi daripada blog EDY, The Beauty In Ugly. Nak tau mcm mana mo dapat terus je lu olang klik itu banner kat atas, wa kasi direct terus. Apa2 masalah atau kemusykilan lu olang bole tanya bro EDY. 

Biasanya lau bab2 bertuah ni memang wa susah mo dapat. Tarak papa wa try jugak ma. Olang kata saja suka duka ma. To bro EDY, in case lau wa dapat la (kalau) wa ingat wa mau itu beg sulam, bole la wa kasi tunjuk sama wa punya jiran yg kerek itu.hehehe.

Wa mau ajak solang lagi kawan wa join ini giveaway... CIK SHA, comey punya amoi.hehe.
Tapi lu olang yg minat sama bro EDY ini giveaway, sila2 jemput2 pigi blog The Beauty In Ugly as soon as posibel


Friday, December 10, 2010

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..

Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

 
Kepadamu yang akan memilihku kelak.. 

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.. 

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak  kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. 
 
Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak sesabar  Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. 

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.. 
 
Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya. 

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku.. 

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. 

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa.. 

*ini entri copy paste, share daripada facebook seorang teman.harap maklum.
*mari berkemas bersama aku, esok balik penang...yahoooo!

Tuesday, December 7, 2010

I want to be a bilionaire...sooo freakinggg baddd

Serius aku bukan nak tulis lirik lagu si Travie McCoy ni. Tadi aku baca blog seorang member lama yang dok pot pet segala masalahnya dalam blog. Ya siapa tak tahu yang blog juga tempat kita meluahkan segala perasaan, suka dan duka, hanya kau dan aku wahai blog.hehehe....aku pon macam tu jugak ya. Lau aku rasa bnda ni atau bnda tu mcm tak patut, aku selitkan dalam blog ni secara tak langsung..sebenarnya sedikit kepuasan dan kelegaan bila dapat luahkan sesuatu dan dapat feedback daripada readers sekalian..terima kasih komuniti bloggerssszzz. I love you, you love me, we are happy family...ecececece..haha


Sebenarnya.....emmm.....akuuuu....ketandusan....
Ketandusan kertas2 yang terpalit tanda tangan seorang wanita terhormat iaitu Y.M Tan sri Dto' Sri Zeti Aziz...yaa itu dia sebenarnya. Bukan lah masalah besar kerna masih di bawah tanggungan PAMA.hhehe...terima kasih pada syarikat PAMA.hehe...tapiiiiiiiiiii.....masih perlu berjimat lor...
Bab makan dan makan perlulah disimpan di dalam hati sahaja. Makan mcm biasa, tak perlu mengikat perut. cuma perlu mengikat selera makan yang agak mengada. Dulu masa awal2 semester, nak apa tak payah cakap, teruss ja amik p bayar kat kaunter. sekarang ni bole dikatakan kena merangsang kemahiran berfikir dulu. yela t kang beli ja tetiba fulus tarak cukup. hari esok mau makan gapo lau cmtu..huhu...


Bab beli bayar dan belah atau lebih femes dengan panggilan shopping, pon harus disekat otomatikely, dan aku tiada masalah di situ sebab aku bukan shopaholic...beruntung kepada sesiapa yang bakal menjadi encik suami kelak ya...hoho..tapi tipula lau aku kata aku tak suka shopping, gadis manakah yang tak suka shopping melainkan ketiadaan RM...hehe...cuma aku shopping bendalah yang diperlukan dan bendalah yang comelllll..


So ..i want to be a bilionaire,,,actually not so freaking bad. i want to be love and to love so freaking bad is the right words. Syukur dengan kurniaanNya, sebuah keluarga yang harmoni, ibu dan bapa yang amat menyanyangi, adik beradik yang saling taking care, dan semua2 yang masih mengambil berat akan diri ini. Itu sudah cukup. Alhamdulilah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails