Thursday, May 27, 2010

Macam-macam cara nak corakkan kain putih

Salam, apa kabar?..ana pening2 lalat sikit..antum sehat?..
Sekarang ni macam2 cara kita boleh buat bila nak corakkan kain putih. Cakap ja nak corak apa, mesti ada punya. Nak kain bercorak cop atau lakaran tangan yang kreatif? Kalau nak cepat amik yang cop punyala tapi kalau nak yang betul2 asli amikla lakaran tangan punya. Cantik pon cantik, mahal pon mahal dan yang penting kualiti tinggi. Betul x?..Lagi satu kalau nak, jenis kosong punya, xda langsung corak, hanya kain putih semata-mata. Kamu pon tahu untuk apa nak gunakan....
Zaman sekarang ni senang aja nak ada anak, bebudak pon bole dapat anak. Cuma kena lalui satu proses percantuman gamet dan kamu mesti mempunyai sistem pembiakan yang matang untuk menghasilkan gamet. Dan lagi satu yang paling penting, mestilah punya ikatan perkahwinan yang sah. Tapi ada yang tak kisah, mungkin 'mangsa' keadaan. Xpayah cakap lebih2, kamu pon tahu.

Cuma yang susahnya mcm mana nak didik anak. Eh macam aku tau ja susahnya...huhu...mestilah susah nak besarkan anak untuk menjadi seorang manusia, kalau salah didik kang xjdik manusia plak..
Anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencoraknya. Salah satu cara pembelajaran adalah melalui persekitaran iaitu cenderung meniru orang sekeliling. Teori bandura mengatakan sesorang akan melihat,mengingat dan meniru model. So, dalam satu famili, anak2 lebih cenderung meniru 'aksi' mak ayah. 

Ahkak bermasalah: Adik..Ibu ada x?
Budak kecik yang comel: Ibu xde...perrrgiiiii..perrrrrrgiiii, jangan datang lagii! (menjerit ala2 tarzan)
Ahkak bermasalah: ermm its oke..ayah ada x?
Budak kecik yang comel: Ayah pon xdela..dah2 ...pergiiii saneee! (menjerit ala2 kena histeria)

Ahkak bermasalah terus pergi berlari-lari anak ..."kurang ajar punya budak, mak bapak xajar kah?"..merungut dalam hati..Bila difikir balik, budak kecik yang comel tu xsalah pon, mungkin dia tersalah tiru aksi mak ayah masa tengah bergadoh, menjerit sana sini, so anak pon lantang la bersuara...vokal high pitch, kalah ziana zain..huh...

Dari kejauhan ternampak satu famili, sepasang suami isteri bersama 2 anak lelaki..nmpk sangat bahagia, Terfokus mata ini pada anak lelaki yg plg kecik..."wah2, rambut blonde gitu..ikot gene siapa ya?rambut mak ayah hitam berkilat...ermm..mgkin 'semulajadi'."Kecik2 lagi dah punya rambut blonde, agak2 angkara siapa?

Tapi xsemua anak tiru mak ayah sejibik sejiban, ada yang menurut kata mak ayah, ayah say NO..maka anak pon katakan TIDAK...ayah say YES anak pon OH YEAHH..maknanya ini anak yang baik, menurut acuan parents. Tapi parents kena betul gak... baru sejuk peyut mak mengandungkan kamu, kalau bole nak mengandung lagi...huhu

 *Persoalannya, kalau sesuatu kesalahan dilakukan oleh sang anak, adakah ibu bapa yang patut dipersalahkan?.....
*kalau rajin try singgah sini>>>>Nama Islam Nama Indah dan Maksud Nama

Wednesday, May 26, 2010

Hukum karma

Aku xberapa tau sgt hukum karma ni, cuma yang aku tau apa yang kita buat kat orang tu kita akan dapat balik. Aku rasa aku dah terkena sumpahan karma. Seingat aku, beberapa hari lepas, aku ada menge'tag' orang. Dan tetiba semalam peti pesanan dalam blog ni tertulis "anda di tag" ..daripada madihah87..adesss..layannnzzz..


*3 nama pada inbox aku
Inbox yahoo: Facebook, Nurdalilah, PTS publication


*ringtone utama kat hp
Blow me a kiss-Git_Fresh
Sini dengar >>> lebarkan telinga


*apa yang aku buat pd pukul 12 tgh mlm td
Mimpi jadi awek Shahir...peewwitt



*orang terakhir bersama aku
Mak Shahir~merisik kabar dulu


*warna t-shirt yg aku pakai sekarang
sekoko kinder bueno


*benda terakhir yang aku buat
Call mak andam-harus di chup 6 bulan awal


*3 benda/perkara yang aku suka buat setiap hari
Ber'mesra' dengan adik, menembusi alam maya seketika, lepak2 di 'imaginasi' corner


*duit yang ada dalam wallet
Tiada...aku xmen simpan duit dalam wallet..aku simpan dalam tabung k


*Camna hidup?
Alhamdulilah, aku punya keluarga yang sehat semuanya, mak yang sayang aku, abah yang sayang kuasa dua kat aku, adik yang banyak bersabar dgn aku, abang yang rilekss dgn aku, kawan yang xpandai tikam belakang aku dan akhir sekali jiran yang wat dek ngn aku..adehh, sejak bila la indon pindah sini..haiya


*bila kali terakhir jumpa mak?
Mak aku dok ada depan mata, sehat walafiat


*malam tadi orang terakhir cakap dgn aku
Abang aku


*Surprise terbaru yang aku dapat
Tiada


*benda yang baru dipinjam dari kawan
Senaskhah buku


*apa yang aku rasa sekarang?
Aku rasa kenyang...alhamdulilah


*nak share dgn siapa?
Share ap?rasa kenyang?..diri sendiri le


*siapa tau rahsia aku?
Selain aku, ..tiada..


*diorang simpan ka rahsia tu?
Yes , aku simpan kat tempat rahsia-whitehouse


*nak tag ker?
Takmo la...insaf sebentar....

Monday, May 24, 2010

Baru teringat dia

Benda ni sebenarnya dah lama cuma aku ja rahsiakan. Aku kan jenis perahsia, so sapa2 ada rahsia meh kongsi ngn aku, aku simpan dalam hati aje..hoho..K la, mari serius kembali, dia dah tanya aku macam2 soalan tapi aku buat dek ja. Terasa diri ini tak bertanggungjawab pulak. Orang tu ikhlas dengan kita so biar la kita ikhlas kat dia balik. Baru fair kan..


Kepada si dia, ini jawapan saya


Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
Agak2 siapa nak tikam belakang aku?..kalau angpa tikam gak, aku xleh watpa kena p hospital dgn segera akibat kehilangan byk darah. Siapa2 berdarah O atau B sila tampil utk derma darah.tq :)


6 orang di hati anda?
Abah, mak, enon, abang, In, amer...eh cukup2 6 orang famili aku...


Anda rasa anda comel?
Ya setelah diedit gambar...haha


Single or taken?
Single mingle pringle..


Blog yang anda suka?
Ada satu blog ni yang aku selalu bukak, dalam sehari plg kurang pon mesti bukak sekali xkira la intenet slow tahap gaban pon aku bukak gak...lau kamu rajin, jemput2 la>>>di sini 


Adakah bilik anda kemas setiap hari?
Perlukah dijawab soalan ini?...tengokla sendiri..lau jawab nanti kata berlagak pulak..haishh


Lagu terakhir yang anda dengar
Your mother


Last text message
Ada :)


Last phone call
dari In, tanya nak milo berapa gram..


Hari terakhir anda menangis?
Berkerut-kerut kening...bila ek..  pass


List 5 kaler faveret anda
-MERAH
-merah muda
-merah tua
-merah pucat
-merah hati
Orang terakhir yang anda berYM?
Naim


Game yang anda paling suka?
Tiada


Adakah anda peminat MCR?
Tidak sama sekali


Apa perasaan anda jawab tag ini?
Serba salah...


Anda rasa tag ini best?
Best kalau soalan dia objektif


Tag lagi 10 orang
Aku rajin ja nak tag 10 orang, cuma orang2 malas nak jawab,
pilih jela secara rawak...


Zatil
Afsz
Aiza
Fara Ara
Madihah87
Padin
Ezad 
Fiq



#Selesai sudah semua persoalan...choww =)

Macam-macam cara nak corakkan kain putih

Salam, apa kabar?..ana pening2 lalat sikit..antum sehat?..
Sekarang ni macam2 cara kita boleh buat bila nak corakkan kain putih. Cakap ja nak corak apa, mesti ada punya. Nak kain bercorak cop atau lakaran tangan yang kreatif? Kalau nak cepat amik yang cop punyala tapi kalau nak yang betul2 asli amikla lakaran tangan punya. Cantik pon cantik, mahal pon mahal dan yang penting kualiti tinggi. Betul x?..Lagi satu kalau nak, jenis kosong punya, xda langsung corak, hanya kain putih semata-mata. Kamu pon tahu untuk apa nak gunakan....
Zaman sekarang ni senang aja nak ada anak, bebudak pon bole dapat anak. Cuma kena lalui satu proses percantuman gamet dan kamu mesti mempunyai sistem pembiakan yang matang untuk menghasilkan gamet. Dan lagi satu yang paling penting, mestilah punya ikatan perkahwinan yang sah. Tapi ada yang tak kisah, mungkin 'mangsa' keadaan. Xpayah cakap lebih2, kamu pon tahu.


Cuma yang susahnya mcm mana nak didik anak. Eh macam aku tau ja susahnya...huhu...mestilah susah nak besarkan anak untuk menjadi seorang manusia, kalau salah didik kang xjdik manusia plak..
Anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencoraknya. Salah satu cara pembelajaran adalah melalui persekitaran iaitu cenderung meniru orang sekeliling. Teori bandura mengatakan sesorang akan melihat,mengingat dan meniru model. So, dalam satu famili, anak2 lebih cenderung meniru 'aksi' mak ayah. 


Ahkak bermasalah: Adik..Ibu ada x?
Budak kecik yang comel: Ibu xde...perrrgiiiii..perrrrrrgiiii, jangan datang lagii! (menjerit ala2 tarzan)
Ahkak bermasalah: ermm its oke..ayah ada x?
Budak kecik yang comel: Ayah pon xdela..dah2 ...pergiiii saneee! (menjerit ala2 kena histeria)


Ahkak bermasalah terus pergi berlari-lari anak ..."kurang ajar punya budak, mak bapak xajar kah?"..merungut dalam hati..Bila difikir balik, budak kecik yang comel tu xsalah pon, mungkin dia tersalah tiru aksi mak ayah masa tengah bergadoh, menjerit sana sini, so anak pon lantang la bersuara...vokal high pitch, kalah ziana zain..huh...


Dari kejauhan ternampak satu famili, sepasang suami isteri bersama 2 anak lelaki..nmpk sangat bahagia, Terfokus mata ini pada anak lelaki yg plg kecik..."wah2, rambut blonde gitu..ikot gene siapa ya?rambut mak ayah hitam berkilat...ermm..mgkin 'semulajadi'."Kecik2 lagi dah punya rambut blonde, agak2 angkara siapa?


Tapi xsemua anak tiru mak ayah sejibik sejiban, ada yang menurut kata mak ayah, ayah say NO..maka anak pon katakan TIDAK...ayah say YES anak pon OH YEAHH..maknanya ini anak yang baik, menurut acuan parents. Tapi parents kena betul gak... baru sejuk peyut mak mengandungkan kamu, kalau bole nak mengandung lagi...huhu


 *Persoalannya, kalau sesuatu kesalahan dilakukan oleh sang anak, adakah ibu bapa yang patut dipersalahkan?.....
*kalau rajin try singgah sini>>>>Nama Islam Nama Indah dan Maksud Nama



Saturday, May 22, 2010

Tag dari Muhamad Asyraf

Ayuh selesaikan tag dari Muhamad Asyraf ( acap de souza) dengan riang gumbira.lalala....

Use the first letter of your name to answer each of the following questions
Have to be real, nothing made up
if the person before you have the same first initial, you must use different answer
you cannot use any words twice
and you can't use your name for the boy/girl name question

Fuh berbelit lidah baca peraturan tag ini....

What is your name: Nur Amirah
A four letter of word: Nice
A boy's name: Nas Ahmad
A girl's name: Nur Kasih
An occupation: Nuclear engineer
A color: Navy blue
Something ur wear: Nike shirt
A food: Nasi briyani line clear
Something found in the bathroom: Nanny's kain batik
A place: Night safari
A reason to being late: Nak tunggu johny depp dulu
Something u shout: Nak titottt..nak titottt!
A movie title: Niyang rapik
Something u drink: Nescafe panassss
A musical group: Nsync
A street name: Nibong tebal
A type of car: New edition of proton
A blog's name: No One Knowzz




Nak pas tag ni pulak..siapa nak?..aik semua nyorok...k la..aku tau semua rajin tapi hanya yg betul2 rajin aja aku kasi..kepada Siti Aisyah, tahniah anda di tag..hak2..(aku dengki skit ngn ang)hehe


erase my answer
enter yours and tag twenty (20) people
use the first letter of your name to answer each of the following questions..
they have to be real
nothing made up
if the person before you had the same first initial, you must use different answer
you cannot use any words twice
and
you can't use ur name for the boy / girl name question.

Thursday, May 20, 2010

Persahabatan di alam maya

Best x bersahabat di alam maya? Kekalkah persahabatan mcm ni? Selama aku tengok dan mengalami sendiri, aku rasa bersahabat cara macam mana pon kalau niat kita nak berkawan mesti kita rasa seronok. Aku xpernah la join mana2 blogger gathering, yela kan baru setahun jagung ada blog, siapalah aku nak join depa tu yang handal ...huhu...

Kalau setakat blogwalking dan singgah selalu di blog tu dan cuma kenal siapa nama tuan blog, dikira sebagai berkawan kah?..cuma kenal pada nama, nak kenal lebih2 boleh x?...hehe...apala yg aku ngarut ni..huhu

Apa2 pon aku suka dapat kenal2 dengan kamu2 blogger sekalian :)..terima kasih daun keladi kalau boleh belanja sekali ek..hehe..
Aku selalu gak singgah satu blog ni, smart r..ada putera katak posing tanpa baju dan berkaca mata hitam ..macho abis la, xpernah lak aku tengok muka dia cuma ri2 dia ada letak pic sorang dak kecik ala2 chinese aku tengok...beliau adalah Riz, blog  beliau ialah DEEPFACE. 
Semalam aku jalan2 blog dia and agak terkezut...sebab dpt award dari beliau...wahahahaha..
terima kasih sebab hulurkan friendship award pada beta..beta terharu..menahan syahdu...perasaanku??..ahhhhh usah digambarkan, kerna tiada visual yang sesuai ...hak2..


Macam biasa aku nak kongsi friendship award ni, pada tuan blog yg aku selalu singgah, mehla amik k...juga sebagai tanda persahabatan di alam maya yang kadang2 line susah nak sambung...tibai je la..

Farah aina........budak bilik 1
Ain fathihah........budak2 bilik 3
Moon...............bestpren 4 ever :)
Fiq..............yg tgh bz kat kandang kuda
Khairul anuar............tengah study kot skg ni..hehe
Aidi-Safuan.............aka aidi comel
Sendra...........CEO kueh tart
Nizam limited........macho gitu
Munsyi sama...........jejaka berkaca mata
Siti aisyah............bila da mo update..haiya
Che adlia............aka go mi nam
Seimura.............gadis jauh di perantauan
Asada ryutaro..........jejaka jauh di perantauan
Jedi.............sehat dan makin kembang katanya..
Acap de souza..............jauh nun di sabah ba

Wednesday, May 19, 2010

Mencarut la kalau tak puas hati

Kalau tak puas hati maki la, baru puas kot?...Puas luaran sahaja dalaman puas kah? tenang kah?..Kalau tenang mungkin kamu dah terbiasa. Mencarut ni kira biasa la beb, semua orang mencarut ja bukannya merompak, mencuri, meragut...kira okla tu.

Bila tersepak batu kat tengah jalan.....haram jadah punya batu...
bila kereta lalu dan terpercik air kat diri.....babi punya kereta

Itu baru dugaan kecik, belum lagi musibah besar yang timpa kita. Itu pon dah berbuih mulut kita mencarut sana-sini. Cuba fikir balik, semua benda / perkara yang berlaku dalam hidup kita dah ditentukan olehNya. Kalau kita tersepak batu siapa punya kerja? Dia yang aturkan segalanya untuk menguji kita, tapi kita sebagai hamba , jangan kata nak bersabar sikit siap maki hamun lagi. 

Teringat kat sorang makcik tua dalam bas ekpress, duduk kerusi berdekatan ja dgn aku. Telefon dia berdering, makcik tu angkat dan cakap sesuatu yang aku dan kawan aku xfaham, loghat apa ntahla...biar jela..tetiba hujung talian kami terdengar makcik tu cakap "celaka punya bas"..tercengang aku ngn kawan aku..."dasat jugak makcik ni"...

Kalau generasi lama lantang mencarut apatah lagi generasi hebat masa kini. Orang dewasa kan menjadi role model secara tak langsung. Bagi yang berakal mesti dapat bezakan baik buruk tapi bagi budak2 semua benda  menjadi ikutan. 

Bila perkara2 kecik mcm tu menimpa kita, banyakanlah bersabar. InsyaAllah kita dapat melatih diri untuk menerima dugaan yang lebih besar. Allah sayang pada hambanya dengan memberi dugaan supaya kita sebagai hamba akan sentiasa dekat denganNya.



Sunday, May 16, 2010

What a pity for the adults holding the title of 'cikgu' but not teaching with all their hearts

Fuh, penat menulis tajuk...panjang da, begitu juga dgn entri aku kali ni berjela-jela tapi ada kisah disebaliknya,jeng3x...

Jejaka tampan: buktikan ape kebaikan guru,tau nak marah pelajar, cubit ,rotan...huhu..cikgu memang jahat, sama mcm cikgu2 lain. saya benci cikgu.

Gadis merah: eh itu cikgu dulu, cikgu sekarang xleh wat mcm tu, anak sendiri boleh la buat anak orang xleh ma..

Jejaka tampan: macam mana pon cikgu2 tetap jahat!

Gadis merah: ok, cikgu memang jahat sampaikan anak murid dia sendiri boleh jadi engineer,berjaya dalam hidup

Jejaka tampan: itu dgn kehendak murid sendiri,cikgu2 skrg semua hipokrit, kerja kerana terpaksa, semua penipu!

Gadis merah: kalau kehendak sendiri xmungkin boleh berjaya. ingatla sikit jasa cikgu w/pon cikgu sekarang tak mcm dulu. ingatla cikgu awak dulu2.

Jejaka tampan: haha...kite xpenah belajar dengan cikgu pon

Gadis merah: yela tu

Jejaka tampan: dari kecik belajar sendiri, tak penah dngar ape cikgu cakap. semua ikut buku jer...

Gadis merah: awak memang genius dari kecik lagi. xyah belajar dunia akhirat...pakar la kiranya..

Jejaka tampan: kite benci cikgu..haha..macam mana pon cikgu2 boleh pergi mampos..semua penipu! susah nak dapat cikgu yang betul2 nak jadi cikgu

Gadis merah: betul tu, kalau jadi cikgu pon anak murid bukan nak hargai, lupa diri, lupa daratan..

Jejaka tampan: itu bukan salah anak murid, salah cikgu yg kerja xikhlas, anak murid memangla tak hargai, anak murid tu muda lagi, baru lagi dalam dunia ni, cikgu2 tunjuk contoh tak baik patut ke dihargai? pikir logik pon tau cikgu yang salah.

Gadis merah: ala bagus mana pon cikgu kalau murid lupa daratan xleh gak

Jejaka tampan: masalah nyer ade ke cikgu yang bagus..haha..pikir betul2, from the root who's fault? the kids or the adults? adults yg salah, kite membesar dgn contoh disekeliling kite, kalau adults acting like shit wat happen to the younger one's??

Gadis merah: memagla tapi tak fair la kalau adults rujuk pada cikgu saja, engineer pon adults gak kan..proses belajar ni melibatkan semua..bukan cikgu ja

Jejaka tampan: ok nak ckp psl engineer? engineer banyak makan rasuah, approved projek yg xpatut diapproved, then wat hapen?..orang mati, anak2 yang tgok mak bapak diorg engineer 'oh bapak dapat duit banyak sebabb buat cm gitu gini'..then bila diorg dh besar wat hapen?

Gadis merah: ala engineer macam awak kan baik..awak xkan buat mcm tu kan

Jejaka tampan: kt ada cara kt sendiri, engineer kat malaysia ni asyik gado sana sini, klcc contohnya, org kelantan pas duk blame engineer, engineer plak ckp diorg bodo. kenape?tau ape masalah nyer? the root itself..engineer kite xbelajar engineering cara Islam. sepatutnyer bangunan tu dibina cara mcm mana..
penah ke kt belajar dalam skola bende ni? kalo la cikgu2 ajar dari mula..tapi cikgu2 pon tak betul..

Gadis merah: kalau semua bnda nak harapkan cikgu xleh gak..pasal kehidupan kita kena la cari ilmu sendiri. tak semestinay menuntut kat cikgu sekolah ja..apa guna ibu bapa..

Jejaka tampan: kite nak tanye awak. ape sunber ilmu dalam dunia ni?ade 5 dalam Islam, jgn search kat google, just bgtau ikut sumber utama, 2 sumber utama ilmu..?

Gadis merah: al-Quran

Jejaka tampan: dengan?

Gadis merah: sunnah nabi

Jejaka tampan: ok kalo dh tau bgsla, so kalo awak tau ramai lagi yang tau, kenapa xnak ikut?kenapa cikgu2 xnak ikut? semua cakap pasal duniawi, penah pikir pasal akhirat? 
its depends on the student to decide but they are too young to decide...what a pity for the adults holding the title of 'cikgu' but not teaching with all their hearts...what a pity..

Gadis merah: betul gak apa yg awak cakap tapi xperlu la bergantung semuanya pada cikgu

Jejaka tampan: kenapa zaman Rasullullah dan zaman kegemilangan Islam byk nama tokoh2 ilmu ialah org Islam..penah ke cikgu2 kaji kenape..macam mana cara cikgu2 zaman kegemilangan Islam mengajar

Gadis merah: apala daya seorang cikgu nak mengajar semua ilmu tentang hidup pada setiap orang...semua orang main peranan bukan cikgu ja

Jejaka tampan: kenape tokoh2 zama dulu tau lebih daripada satu ilmu. kenape kt skang tau satu ilmu jer, kenape ibnu sina tau lebih drpd ilmu perubatan sahaja..cara cikgu2 dulu mengajar lain..ikhlas..barula pelajar2 dia rasa nak cari ilmu ...zaman Islam bole belajar 5 ilmu dalam satu masa skrg ni satu ilmu satu masa tapi tetap xmasuk.kenapa?ignorance?..why..kenapa pelajar jadi ignorance? sebab cikgu2 skrg ignorance...ignorance terhadap pelajar dia sendiri.

Gadis merah: ilmu ni banyak, xkanla semua cikgu kena belajar setiap ilmu.xsemestinya ilmu tu ada kat cikgu semata-mata. kita boleh ja tuntut ilmu dgn orang lain kan. kalau diri sendiri memang berniat nak menuntut ilmu, dia akan hargai setiap ilmu yg dia dapat.

Jejaka tampan: sedey betul jadi cikgu setakat utk dapat duit. tujuan cikgu utk guide pelajar 'yes correct'

Gadis merah: xkanla kalau gagal nak salahkan cikgu plak, tengok diri sendiri dulu

Jejaka tampan: tapikan cikgu skrg yg ignorance..keje kerana keje.mcm mana nak guide..budak2 kecik nak tgok diri sendiri dulu?masa sebelum pelajar tu akil baligh bole ker pikir sendiri, diorg hanya akan ikot contoh terdekat diorg. ibubapa n cikgu orang paling rapat masa umur diorg tu. ibubapa skrg jenis cerai berai, cikgu2 plak setakat amik kpli sebab takde keje, pastu keje xikhlas, ape jadi pada anak2 yang muda bila diorg membesar nanti?...hisap rokok hisap ganja, kalo yg berjaya pon tanpa didikan Islam yg betul, menghancurkan masa depan diorg sendiri


*Perbualan terhenti setakat tu, gadis merah malas nak layan bukan sebab apa cuma jejaka tampan sedang menghadapi konflik dgn diri sendiri, beliau dalam tekanan. Jejaka tampan tu merupakan seorang engineer. Sekadar kawan di alam maya, kenal melalui seorang teman jugak. Harap beliau tak baca blog ini. Terima kasih kerana menyedarkan sesuatu. Apa yang beliau cakap ada betulnya, cikgu2 sekarang kalau tak mengajar sepenuh hati, hanya menunggu duit gaji hujung bulan saja macam mana nak pikul tggjwb mendidik anak bangsa?..cuma pemikiran dia membanding zaman kegemilangan Islam dgn sekarang...bagiku, pendidikan beberapa dekad yg lepas pon dh byk sgt perbezaan inikan pula nak dibandingkan dgn zaman Islam dulu2...bakal2 guru masa kini perlu hadapi mentaliti budak2 zaman sekarang, itu cabaran besar. Semoga tabah dan bijak dalam mengharungi dunia pendidikan yang mencabar.

SELAMAT HARI GURU, TAK PERLU MENJADI LILIN, MEMBAKAR DIRI UNTUK BERKORBAN TAPI JADILAH BULAN YANG MEMANTULKAN CAHAYA DARI MATAHARI, MEMBERI CAHAYA DALAM KEGELAPAN. TERIMA KASIH CIKGU =)





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails