Wednesday, January 26, 2011

Jangan tak tahu ya

Bangun pagi-pagi, celik mata, sengih sorang-sorang, hati berbunga-bunga. Hari ni hari KHAMIS. Yezza! hari yang ditunggu sejak sekian lama. 


buka purse, cepat-cepat keluarkan kertas sakti


Tren: 22- SENANDUNG MUTIARA
Dari: TANJONG MALIM
Ke: BUTTERWORTH
Berlepas: 27/01/2011  2321        Tiba: 28/01/2011  0458
Kelas: Kelas Superior
Koc: D2                                      Tempat: 2B
Tambang: RM29 (T_T)


Agak bersusah-payah jugak nak dapatkan tiket sakti ni. Menitis-nitis air mata peluh masa nak pegi beli. mana taknya, kami (aku dan ain) gagah jalan kaki sampai KTM. Semua ni gara-gara xda bas nak pegi KTM masa tu dan demi penjimatan hebat sbb duit pinjaman tak masuk lagi makanya kami berdua nekad jalan kaki terkedek-kedek pegi KTM daripada bayar RM5 utk naik kereta sapu.adeh.Tapi xpala, at least berbaloi-baloi sbb tiket masih ada. Lau tak bebal gakla.


Tren pukul 11.21 malam, sampai butterworth pukul 4.58 pagi-pagi buta. 5jam lebih gak la dalam tren tu, entah apa yang aku nak buat masa tu. Aku ni bukan jenis tidur dalam ketapi. Entah pasepa kelopak mata aku ni susah nak lelap. Ada tips nak lenakan aku tak?? nak jugak mimpi diselamatkan jejaka hot..hahaha




Thursday, January 20, 2011

Macam budak semester 1

Selamat hari cuti umum kepada semua. Bagi golongan yang bekerja anda akan sebut "hoyeahhhhhh", bagi pelajar macam aku, sebut " kan best kalau cuti ni extend sampai chinese new year, hoyyeahhh13x" ...agak panjang sebutan bagi pelajar ya. Dan bagi kanak-kanak, anda sebut " ho ho ho! "


Aku secara rasminya start cuti sejak rabu lepas lagi, so menjadikan jumlah cuti sebanyak 5 hari..5 hari beb, aku pon apa lagi, perkara pertama tercetus di kepala otak cuma nak berambus balik Penang ja. Padahal baru 3 minggu tersadai kat tanjumg malim ni. Ahhh biarkan mereka mahu kata apa, aku suda tenat...tenat 'sakit rumah' aka homesick. (kalau family aku baca mmg akan nangis sbb gelak banyak sangat)


Tatkala sedang berkobar............


cepat2 taip mesej kat abah hensem


" salam. abah2, mira ingat nak balik kampung la sebab mira dah xdak kelas hari rabu sampai hari ahad. isnin baru ada kelas. bole tak? "


3 hari berlalu...............


Abah hensem tidak reply mesej anak baik ini (T_T)


Ok takpa abah takpa...ada ubi ada batas, ada hari cuti len kali mira balik kampung jugak2! (nekad)


Kepada yang balik kampung tu, udah-udah le cuti, mari le balik sini ha,,.Dek kerna tak dapat balik kampung, aku pon dengan lemah gemalai cuba berfikir akan ke'relevan'an aku masih di sini iaitu....jeng2...


1. Sudah tentu harus siapkan assignments yang ada 
2. Dapat fikirkan proposal tesis (gulppppp)
3. Dapat jimat skit tambang balik kampung
4. Dapat teman housemate2 aku...haha
5. Dapat tulis entry ni. (boleh terima tak)hehe


Sekian. minggu depan chinese new year, konfem2 aku balik...tak kira...macam budak sem 1 da, dlu pon tak macam nih... pa cerr?


tenet slow.terpaksa letak pic yg ada.jgn kata aku mabuk lembu



Wednesday, January 19, 2011

Duit jatuh gedebuk

Alhamdulilah


Rezeki murah kali ni, duit jatuh gedebuk. Aku bukannya berebut duit syiling di lebuh raya, sebab tak sempat nak pi konfem dah howliawww. Tak apa lah, rezeki orang lain tu, eh rezeki ka macam tu?? ambil sesuatu yang sah2 bukan milik kita, bukan usaha kita? 


aku: weh hg baca tak pasai org kutip duit kat tepi jalan tu?
ain: baca
ain: aku tengok ada yg ciap amik duit letak dalam helmet, penuh lak tu, boleh la dapat brapa ratus...
aku: bole pulak depa pi amik duit tu, lau amik, makan, jadi darah daging kita
ain: ala depa bukannya pikiaq macam tu, kalau duit syiling emas aku amik la jugak 2 3 keping


-erkksss-...haha macam2...


Sebenarnya duit yang jatuh gedebuk tu duit pinjaman saja. rm250 sebagai pendahuluan, so sem ni duit pinjaman tak dapat sepenuhnya lagi. Pihak pentadbiran kewangan kesiankan pelajar macam kami ni sebab hari-hari gorang telur makan megi serta sky jus sahaja. Dek kerana kekurangan vitamin dalam badan, pelajar menjadi lesu. Pagi2 pergi kelas pon lewat. masalah-masalah. Apa2 pon trimas sebab pelajar dah tak payah catu makanan. hak3.


~bahagia~

Tuesday, January 11, 2011

Nak kritik blog sorang mamat nih!

Pertama kali dalam hidup blog aku nak luahkan benda yang aku tak puas hati pasal blog seseorang nih. Tuan punya blog ialah seorang jejaka dari klate kot kalau tak silap. Aku tak tau la dia baca ke tak entri kritik blog dia ni tapi aku tak kisah, lantak r lau dia nangis mencurah-curah pun. 



Hey JIJI YU


Aku tau tahu la berapa kurun dah ko berblogging tapi aku tengok ko ni bukan main aktif lagi post entri dalam blog ko. Agak-agak aku la kan, ko dah kena rasuk kot. Mana taknya, sehari adala dalam dua tiga puluh entri ko update. Gamaknya dah xda kerja kot.hehe


Tapi.................


Walau banyak mana pun ko post entri aku akan baca la, tapi nak komen aku minta maaf la bhai, bila sempat komen aku komenla n lagi satu bila tenet umah aku ni dah nazak tapi tak mampos lagi, aku juz baca jela entry ko tuh. So takmo nangis2 lagi eh. chill beb.


Itu satu hal, aku nak kritik lagi.. selalu gakla aku terserempak dgn kartun animation dalam entri ko. Ish seyes aku rasa bendalah camtuh cuma kaum2 aku ja yang selalu taruk, tapi ko pun sebok2 nak taruk gak, ingat comel ke, naseb baik aku xda masalah dengan kartun panda ko tuh. lau tak mahunya aku bebal hentak2 laptop setiap kali masuk blog ko.


Aku kritik2 blog ko nih sebenarnya berdasarkan pengamatan aku bila dah 2 minggu kot aku jenguk blog ko. entry ko santai dan banyak merapu sana sini cuma 2la, tengah2 seyes, bila baca blog ko terus bertukar jadi watak teletubbies.hepi mcm kanak2 dlm iklan horlicks ho ho ho.


Dahla kot, aku rasa macam taip esaimen dah ni. Aku seru kekasih2ku sekalian pakat2 kritik blog mamat nih.
nesloo.blogspot.com 

klik banner lau nak hemtam mamat nih




Baru puas hati aku. muahahahahahaha









Monday, January 10, 2011

GiveAway Edy: Awak Busuk!


Assalamualaikum, salam sejahtera. Bro Edy buat giveaway lagi. aku memang dah lama nak join tapi saja lengah-lengahkan sebab tarikh tutup 12hb januari 2011. aku tengok penyertaan kaum hawa amat menggalakkan, hot jugak bro Edy ni.wakaka! so kebarangkalian untuk manjadi bertuah adalah 0%.hehe. tapi aku hentak-hentak kaki nak join jugak. saja mahu meriahkan giveaway ni, lagi pun aku memang selalu singgah blog bro Edy. 

penaberkala dan farah aina nazri, join giveaway ni jum

* semakin naik semester semakin homesick jadinya. semester 1 dan semester 2 tak terfikir pon mahu pulang kalau tak cuti. Tiket ketapi dah habis, sesiapa yang odw pi utagha, singgah tnjg malim lu keh


Thursday, January 6, 2011

Aku senior dan aku rasa macam bagus!


Apa khabar senior-senior sedunia? haha


Ayat xmau kalah, kalau dah senior kena r buat cara senior, betul tak? mcm mana cara senior? yang penting jalan mau dabik dada, tak pandang kiri kanan kecuali bila nak lintas jalan, rasa bangga membuak-buak. Bila nampak junior riak muka kena selaras ke arah garang ala2 tiger wood tapi harus maintain macho. aset biar menyerlah. Oh ini kah perasaannya bila bergelar seniorrrrr??


Mari imbas kembali 2 setengah tahun lepas, pabila diri memegang title junior, terasa diri agak kerdil, sket2 tanya ahkak2 abang2 senior. Terlepas celah ketiak mak tersadai pulak dicelah ketiak senior.hak2..agak melampau la kan, kalau setakat nak mintak no tepon ok lagi..jangan lah sampai bergantung hidup kat senior lak. Dulu tengok senior nampak matang sungguh, siap berjambang n bermisai sakan, dah macam bapak orang dah. Yang wanita lak, perghhh ayu berbaju kurung, berkebaya songket...memang respek la senior2. baik pon baik. haaha.


Sekarang ni aku terseksa berada di semester 6 yakni tahun ke 3. Sepatutnya sedang bergelut dengan proposal tesis. Harus siapkan bab 1, 2 dan 3. Minggu ke 7 mesti bentangkan di depan para cendekiawan kampus ni..apa2 pon saja nak masukkan list subjek utk semester ni, 


Principles in Biochemistry 
Analytical Chemistry
Research Project 
Pengajaran Teknologi dan Penaksiran 2 

okeh2, sesak dah aku rasa. oksigennnnn and moneyyyy pelisssssssss...(@_@)




Tuesday, January 4, 2011

Mukaddimah 2011

Hye adik manis, hye abang hensem
Entri sebelum ni secara rasminya menutup tahun 2010 bagi blog No One Knowzz. Entri sekarang ni, yang sedang ditaip pulak adalah entri khas mengalu-alukan En 2011 walaupun sudah terlewat 5 hari. Tahun 2011, tahun di mana aku menjadi pelajar senior di tahun 3. Semester 6 sudah, wah! sem 7 sudah praktikel. Masa sangat cepat. Sesungguhnya aku masih terasa seperti 17 tahun. Bezanya, tiada lagi seragam sekolah. 


Perangai masih seperti budak2, riang gembira, maintain cool. Pemikiran?? mungkin terselit sedikit kematangan. Umur kira genap 22 tahun la tahun ni...what!!...pergh terasa sangat tua. masih tak biasa dengan panggilan kakak mira ...lebih suka orang paggil adik mira.wakaka. 


Ada member2 aku yang dah mengadap tok kadi, merasa duduk atas pelamin, menjadi raja dan ratu sehari. Rasa best bila kawan2 pakat kawen. tetiba satu keterujaan muncul untuk berkahwin..hahaha...gedik skit. Ingat senang ka mo kawen? xda RM xyah cakap r..bg pompuan lak, lau xtau lipat lampin xyah risau r, guna ja drypers, senang skit.haha..


Mak pernah cakap "esok2 ni hampa kawen mak buat akad nikah ja, tak payah kenduri2, senang sikit"


Aku balas "mana boley mak, kawen sekali ja.kena la buat kenduri"


Mak reply "tak payah"...


Haha. nekad mak aku ni. tapi aku tau mak saja ja cakap mcm tu..So, kesimpulannya akan ada kenduri.kih2...kepada tokey foot patch aka Dusuki, pelaburan anda sangat penting. Diskaun belakang kira.haha.


Cakap pasal kawen seronok kan...jum cakap pasal mati pulak. Kita orang melayu kalau mati tak perlu bajet yang banyak. Beli kain kafan beberapa helai, kapur barus, dan lain2. Kalau orang cina, depa kumpul duit untuk mati. Mana taknya perbelanjaan paling minima kalau nak mati mencecah RM8000 menurut kenalan cina. Dia cakap "kalau xda duit 8 ribu jangan mati la"... tersenyum kelat kami yg mendengar...


* apa2 pon selamat datang encik 2011. selamat tinggal cik 2010. 

Monday, January 3, 2011

Buku lama 2010

Salam. semua blogger update pasal 2011, pasal azam baru. Aku pulak baru nak update pasal penutupan 2010. Biarlah, lain blogger lain post la beb. 


Terasa sangat sekejap dah pon tamat tahun 2010. Masa cepat berlalu. Alhamdulilah.


* Masih bernafas dengan normal
* Masih dikurniakan nikmat sehat 
* Masih punya keluarga yang bahagia
* Masih berpeluang menyayangi dan disayangi
* Masih mampu kejar cita-cita
* Masih boleh berfikir secara waras
* Masih mengambil berat dan diambil berat
* Masih boleh tersenyum dan menangis
* Masih boleh percaya dan dipercayai
* Masih sempat perbaiki diri.insyaAllah
* Masih diberi peluang bertaubat


Sebenarnya terlalu banyak yang perlu diucap 'alhamdulilah'. Aku tutup buku lama 2010 dengan ucapan syukur alhamdulilah. 


Ayuh mengorak langkah ke hadapan dengan lebih positif. Tahun 2011, tahun yang bakal menambahkan kematangan dalam dunia pekerjaan kelak.InsyaAllah.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails