Sunday, March 27, 2011

"Kucing tidoq"

Sapa minat kucing?? saya...saya...saya minat


aku bukan lah pencinta kucing tapi aku suka kucing. dulu-dulu pernah merancang nak bela kucing selepas kahwin. kenapa selepas kahwin?? sebab sekarang ni rumah aku tak sesuai nak bela kucing dan mak n abah pon tak berapa gemar nak bela kucing. So aku simpan cita-cita ni selepas kahwin nanti. boleh?


Baru-baru ni makan durian bersama housemate tercinta. ain dan aina. aku kopek durian dan makan ulas demi ulas dengan nikmatnya dan sekali lagi bersama housemate tercinta. Makan secara berjemaah lain nikmatnya daripada makan secara solo. rezeki bertambah sedap jadinya. Kopek punya kopek, tetiba ain jerit " arrr kucing tidoq".


Aku buat taktau jela apa benda si ain ni sebut. pastu aina cakap dengan jelas " kucing tido"...aku pon haaaaaa??? kucing tidoq?? apa benda?


aina: durian yang tinggal satu je pas kita kopek, 
aku: habis tu pasepa panggil kucing tidoq?
aina: sebab bentuk dia macam kucing comel je
aku: tak pon, tak comel


seyesly, aku taktau pon wujudnya istilah "kucing tidoq" ni. housemate tercinta cakap maybe ni istilah dari selatan kot. cheq oghang penang so cheq taktau la.hehe. lagi satu petua yang aku dapat daripada housemate tercinta, lepas makan durian, minum air daripada pangsanya supaya badan kita tak panas. So, renung-renungkan dan selamat beramal ya ^_^


* sapa hantu durian, gimme five bebeh!

Thursday, March 24, 2011

saya versus aku

salam. penulisan entri ni adalah agak sopan. sopan kenapa? kerana saya...yaaa aku telah bertukar menjadi SAYA. eh jap, lau guna AKU tak sopan kah?


saya: weh, ko dok watpa?
jejaka: tak watpe, tumpang tanya skit leh?
saya: sila2, aku suka orang tanya soalan, tak sesat nanti
jejaka: ko memang bahasakan diri 'aku' ke?
saya: yela, pasepa tak leh ka?
jejaka: kasar la orang perempuan cakap macam tu
saya: kasar?bistu ko bahasakan diri ko dengan kawan macam mana?
jejaka: guna 'aku' la
saya: tak kasar pulak?
jejaka: yela, kitorang lelaki, ko tu perempuan
saya: ah sama jela




kebetulan saya ditakdirkan lahir di pulau pinang, maka saya dibesarkan di sini dengan baik.insyaAllah. kat sini, majoriti kami berkomunikasi dengan menggunakan kata 'aku hang hampa'. jadi saya dah terbiasa menggunakan perkataan 'aku' sebagai kata ganti diri. mungkin kasar bagi kamu2 yang tak menggunakan 'aku' tapi saya lebih selesa dengan 'aku'. titik.

Saturday, March 5, 2011

Selamat pagi CIKGU


Pelajar perempuan berbangsa India: Selamat pagi cikgu

Pemilik blog No One Knowzz: ~speechless~ (angguk ajer)

Masihkah kalian ingat akan entri lepas?ala yang pasai proposal aku tu la...apa tak ingat?? huh!...skroll mouse ke bawah jela k..hehe..Syukur proposal diterima oleh para lecturer sekalian. tapi hati masih lara. ahhh biarkan ia seketika. jum2 cerita benda seronok2 sikit.

Hari kejadian: Jumaat lepas
Masa: 9.30 pg-9.50 pg
Tempat: SMK Kalumpang

Aku dan teman-ruby dan chell (nama samaran) dah sepakat nak terjah cikgu Biology SMK Kalumpang. Tujuan bukan nak cari pasai tapi lebih menjurus kepada nak mintak masa P&P cikgu berkenaan untuk makroteaching. MAKROTEACHING- sesi pengajaran individu selama 30 minit yang dirakam. Lecturer menggalakkan kami buat makroteaching supaya kami dapat sesuaikan diri pabila mengajar nanti. InsyaAllah.

Cari punya cari jumpa cikgunya. urusan tak sampai 15 minit. Kami dapat kebenaran untuk amik masa beliau dan mengajar tajuk Inheritance. Tajuk yang menarik. Oke dah selesai. cuma tunggu minggu ke 12 dah boleh pergi sekolah dan jadi cikgu selama 30 minit.hehe.

lepas tu kami singgah kantin. makan2 di tempat cikgu2 makan. dah selesai makan, terus nak ke pagar utama menunggu teksi balik ke kolej semula. Odw nak ke sana, ada sorang budak perempuan india menegur aku 'selamat pagi cikgu'

maybe ada tak faham tapi bagi kami2 bakal cikgu, teguran macam tuh sangat bermakna! haha

foto sem 2...2 tahun stgh yg lepas
comey tak?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails