Aku nak cerita sikit satu cerita tentang seorang budak. Setahu aku budak ini baik orangnya. Tapi aku nak cerita jugak apa yang berlaku. Alkisahnya budak ni selalu tidur lewat dengan alasan beliau sedang menyiapkan assignment. Alasan yang mulia dan mungkin benar. Pada keesokan hari iaitu sabtu, beliau ada kelas kokurikulum iaitu senamrobik. Dan seperti biasa beliau bangun tidur dan tiba2 terasa seperti matahari sudah tinggi. Beliau agak blur2 sedikit..yela kan baru bangun tidur. Terasa sesuatu perasaan yang kurang sedap lalu bermonolog "rasa macam ada sesuatu ja pagi ni, hari ni hari apa?..hari ni hari sabtu....alamak kelas erobik!!!"..
Budak tu kelam kabut tengok jam dah pukul 9.30 pagi, kelas pukul 8-10 pagi. Maknanya ada lagi 30 minit sebelum kelas tamat.. So tak payah la pi kelas, tak sempat dah. Tapi hari ni kena buat pembentangan kumpulan...adoyai..macam mna nie..pastu budak ni baru tau yang hari ni dia ada test erobik lak...oh malang sungguh, mestilah test tu dh abis. So dgn berat hati dia bertolak ke kampus. Bersiap ala kadar terus gerak p kampus. Bas pulak xdak time ni..hari sabtu mmg susah bebenor nak dpt bas. mesej2 ngn grop member yg len
Budak : sori weh aku lambat, odw ni, sakit perutla, cir bir. grop kita dh bentang ka?
member : oo xpela, take ur time...belum g tapi lepas ni grop kita la
Budak: bas plak xdak la
member: awk, xpela kitorg dh bgtau cik kata awk sakit perut, xpyh dtgla..kesian awk
Budak: err..okla lau cm2..pmbentangan mcm mna?
member: xpela, kita present next week
member: xpela, kita present next week
Beliau pon balik ke rumah dengan hati yang cuak tambah lara. Test 20 markah bakal burn begitu sahaja. Ceritakan pada housemate beliau akan duka lara itu dan berharap rahsia/penipuan dapat dipegang/dicover erat.
Kelas hari isnin bermula seperti biasa, terjumpa plak dgn member grop erobik beliau.
member: eh awk, dh ok ke sakit perut tu? makan ape sampai cir bir?
budak: err..aha dah ok..xtaula mkn apa (terasa bersalah dalam hati)
Budak tu mestila rasa bersalah kan..dahla sebab dia, pembentangan kump ditangguh ke mggu depan. Pastu kawan siap amik berat lagi pasal budak tu..huhu..memang kawan yang baik.
Hari demi hari berlalu. Pembentangan pon dah selesai. Test pon beliau dah ambil dengan memujuk instruktor.
budak: cik, boleh tak saya amik test mggu lepas?
instruktor: oh, awakla pelajar yang cir bir tu kan?
budak: err...aaaah..saya la tu
instruktor: ada surat dokter x?
budak: err..tiada..sy xpergi jmpa dokter
instruktor: sepatutnya kamu kena ada surat..emm..xpela sy bagi jgk kamu amik test tapi mggu depanla.
budak: terima kasih cik...
Syukur lah cik instruktor tu baik hati dan benarkan budak ni amik test..
budak ni dapat 20/20 dlm test, mana taknya open book test, dh tu kwn2 yg tlg carikan jwpn lagi..huh..terharuuuuu beb. (T^T)..yang psl kelas erobik tu plak sebenarnya habis kul 12..buat kelas ganti..so budak ni dikira xhadir 2 kelas..
Setakat ini saja kisahnya. Masih terasa bersalah. Entahla kawan2 beliau tahu atau tidak dengan segala penipuan ini. Seorang drpd mereka dh tahu dan tak marah pon. Ohh sungguh malu..terkantoi
* Bohong ala kadar saja, bohong sunat untuk selamatkan diri...wajarkah?
16 comments:
tak patut, tak patut. hak3
siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri...
jgn kantoi dgn instruktor dahla..
haha.
tipu dah jadi macam betul kan.haha. kesian group member dia. :P
hehe.. taktik yg org slalu gna..
siapakah budak itu?
ish3, nakal betul,haha
berbohong bertempat, jgn kasi bawa mudarat
ish2..jahat betul..hehe
tak patot la pla. baik bgtau je terlewat bangun sbb smlm buat keja. kan lebih baik. mungkin org akn fhm. huhuhu
ala. maafkan jela dye .. =.="
mana ada bohong sunat.Yg ada cuma helah aja.bohong hanya dibenarkan utk 3 keadaan.1st--utk peperangan...2nd--utk memperbaikkan kwn yg sedang gaduh....3rd--utk menjernihkan hubungan suami isteri(-hadith riwayat muslim)
kalau ras terpaksa sgt dah,jgn tipu...tapi guna helah,contoh guna perkataan yg ada double meaning...u get me?walluhua'lam..
pehh..mujur instruktor considerate
hmm ini mcm pun ada
'Budak ni'..sapa tu "budak ni'?hahaa..
terima kasih kepada semua kerana sudi beri pandangan anda. entri ini sekadar berkongsi pandangan mengenai kehidupan. tapi ia kisah benar dan ada kena mengena dengan penulis. Apa yang buruk akan dibuang, yang baik akan dipelajari. insyaAllah pengalaman ini membawa makna kpd diri penulis.
kalo kat dunia IPT pon tak penah adil..budak2 ske amik kesempatan camni la. ish2..
NiZaM: emm...huhu
Post a Comment