Monday, May 24, 2010

Macam-macam cara nak corakkan kain putih

Salam, apa kabar?..ana pening2 lalat sikit..antum sehat?..
Sekarang ni macam2 cara kita boleh buat bila nak corakkan kain putih. Cakap ja nak corak apa, mesti ada punya. Nak kain bercorak cop atau lakaran tangan yang kreatif? Kalau nak cepat amik yang cop punyala tapi kalau nak yang betul2 asli amikla lakaran tangan punya. Cantik pon cantik, mahal pon mahal dan yang penting kualiti tinggi. Betul x?..Lagi satu kalau nak, jenis kosong punya, xda langsung corak, hanya kain putih semata-mata. Kamu pon tahu untuk apa nak gunakan....
Zaman sekarang ni senang aja nak ada anak, bebudak pon bole dapat anak. Cuma kena lalui satu proses percantuman gamet dan kamu mesti mempunyai sistem pembiakan yang matang untuk menghasilkan gamet. Dan lagi satu yang paling penting, mestilah punya ikatan perkahwinan yang sah. Tapi ada yang tak kisah, mungkin 'mangsa' keadaan. Xpayah cakap lebih2, kamu pon tahu.


Cuma yang susahnya mcm mana nak didik anak. Eh macam aku tau ja susahnya...huhu...mestilah susah nak besarkan anak untuk menjadi seorang manusia, kalau salah didik kang xjdik manusia plak..
Anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencoraknya. Salah satu cara pembelajaran adalah melalui persekitaran iaitu cenderung meniru orang sekeliling. Teori bandura mengatakan sesorang akan melihat,mengingat dan meniru model. So, dalam satu famili, anak2 lebih cenderung meniru 'aksi' mak ayah. 


Ahkak bermasalah: Adik..Ibu ada x?
Budak kecik yang comel: Ibu xde...perrrgiiiii..perrrrrrgiiii, jangan datang lagii! (menjerit ala2 tarzan)
Ahkak bermasalah: ermm its oke..ayah ada x?
Budak kecik yang comel: Ayah pon xdela..dah2 ...pergiiii saneee! (menjerit ala2 kena histeria)


Ahkak bermasalah terus pergi berlari-lari anak ..."kurang ajar punya budak, mak bapak xajar kah?"..merungut dalam hati..Bila difikir balik, budak kecik yang comel tu xsalah pon, mungkin dia tersalah tiru aksi mak ayah masa tengah bergadoh, menjerit sana sini, so anak pon lantang la bersuara...vokal high pitch, kalah ziana zain..huh...


Dari kejauhan ternampak satu famili, sepasang suami isteri bersama 2 anak lelaki..nmpk sangat bahagia, Terfokus mata ini pada anak lelaki yg plg kecik..."wah2, rambut blonde gitu..ikot gene siapa ya?rambut mak ayah hitam berkilat...ermm..mgkin 'semulajadi'."Kecik2 lagi dah punya rambut blonde, agak2 angkara siapa?


Tapi xsemua anak tiru mak ayah sejibik sejiban, ada yang menurut kata mak ayah, ayah say NO..maka anak pon katakan TIDAK...ayah say YES anak pon OH YEAHH..maknanya ini anak yang baik, menurut acuan parents. Tapi parents kena betul gak... baru sejuk peyut mak mengandungkan kamu, kalau bole nak mengandung lagi...huhu


 *Persoalannya, kalau sesuatu kesalahan dilakukan oleh sang anak, adakah ibu bapa yang patut dipersalahkan?.....
*kalau rajin try singgah sini>>>>Nama Islam Nama Indah dan Maksud Nama



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails