Thursday, May 27, 2010

Macam-macam cara nak corakkan kain putih

Salam, apa kabar?..ana pening2 lalat sikit..antum sehat?..
Sekarang ni macam2 cara kita boleh buat bila nak corakkan kain putih. Cakap ja nak corak apa, mesti ada punya. Nak kain bercorak cop atau lakaran tangan yang kreatif? Kalau nak cepat amik yang cop punyala tapi kalau nak yang betul2 asli amikla lakaran tangan punya. Cantik pon cantik, mahal pon mahal dan yang penting kualiti tinggi. Betul x?..Lagi satu kalau nak, jenis kosong punya, xda langsung corak, hanya kain putih semata-mata. Kamu pon tahu untuk apa nak gunakan....
Zaman sekarang ni senang aja nak ada anak, bebudak pon bole dapat anak. Cuma kena lalui satu proses percantuman gamet dan kamu mesti mempunyai sistem pembiakan yang matang untuk menghasilkan gamet. Dan lagi satu yang paling penting, mestilah punya ikatan perkahwinan yang sah. Tapi ada yang tak kisah, mungkin 'mangsa' keadaan. Xpayah cakap lebih2, kamu pon tahu.

Cuma yang susahnya mcm mana nak didik anak. Eh macam aku tau ja susahnya...huhu...mestilah susah nak besarkan anak untuk menjadi seorang manusia, kalau salah didik kang xjdik manusia plak..
Anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencoraknya. Salah satu cara pembelajaran adalah melalui persekitaran iaitu cenderung meniru orang sekeliling. Teori bandura mengatakan sesorang akan melihat,mengingat dan meniru model. So, dalam satu famili, anak2 lebih cenderung meniru 'aksi' mak ayah. 

Ahkak bermasalah: Adik..Ibu ada x?
Budak kecik yang comel: Ibu xde...perrrgiiiii..perrrrrrgiiii, jangan datang lagii! (menjerit ala2 tarzan)
Ahkak bermasalah: ermm its oke..ayah ada x?
Budak kecik yang comel: Ayah pon xdela..dah2 ...pergiiii saneee! (menjerit ala2 kena histeria)

Ahkak bermasalah terus pergi berlari-lari anak ..."kurang ajar punya budak, mak bapak xajar kah?"..merungut dalam hati..Bila difikir balik, budak kecik yang comel tu xsalah pon, mungkin dia tersalah tiru aksi mak ayah masa tengah bergadoh, menjerit sana sini, so anak pon lantang la bersuara...vokal high pitch, kalah ziana zain..huh...

Dari kejauhan ternampak satu famili, sepasang suami isteri bersama 2 anak lelaki..nmpk sangat bahagia, Terfokus mata ini pada anak lelaki yg plg kecik..."wah2, rambut blonde gitu..ikot gene siapa ya?rambut mak ayah hitam berkilat...ermm..mgkin 'semulajadi'."Kecik2 lagi dah punya rambut blonde, agak2 angkara siapa?

Tapi xsemua anak tiru mak ayah sejibik sejiban, ada yang menurut kata mak ayah, ayah say NO..maka anak pon katakan TIDAK...ayah say YES anak pon OH YEAHH..maknanya ini anak yang baik, menurut acuan parents. Tapi parents kena betul gak... baru sejuk peyut mak mengandungkan kamu, kalau bole nak mengandung lagi...huhu

 *Persoalannya, kalau sesuatu kesalahan dilakukan oleh sang anak, adakah ibu bapa yang patut dipersalahkan?.....
*kalau rajin try singgah sini>>>>Nama Islam Nama Indah dan Maksud Nama

22 comments:

penaberkala said...

bukan mudah nak mencorakkan kain putih yg kosong
perlukan kekemasan, kecermatan, ketekunan, mekanisme yg tepat dan alat yg betul

NiZaM Limited said...

btol sgt tu..bayi umpama kain putih. penjaga dia la yg moncorakkan bentuk kain tu mcm mane. kalo kite tgk skrg ni mak bapak yg lebih2 lagi hias anak dia. pakai gelang emas kat tgn, kaki. padahal anak2 bkn tau ape pon.bukan ke elok kecik2 dah ajar anak bertudung..bila besar nnti senang, xde alasan tak biasa bertudung dah..

Muhamad Firdaus bin Che Rahim said...

hmm2...nice post=D..betul kate anda, mostly anak2 akan tiru jejak langkah parents masing2, tp ad je yg jenis matured awal, cm cnth, parents sume jenis kuat foya2, tp anaknya hafiz Quran, ade je..

pendek kate, Islam da ajar awal2 lg, sblm nk dptkn zuriat,nak cari pasanagn hidup pon dah kene teliti dah, bg melahirkn anak2 yg soleh, bukan koleh.. bg lelaki la, nk isteri mesti nk kene cukup 4 kriteria ni seboleh2nya, cm dlm hadis, agama, harta, keturunan, dan rupa..sbb parents yg baik2, Insya-Allah, mampu utk mendidik anak2nye..

tp, kite manusia merancang, Allah juga merancang, dan Dia lah sebaik2 perancang..Insya-Allah, kalo kite hold pd tali-Nya, xde masalah..

(bt post sendiri kat sini, lalala~jgn mara=p)

amirah said...

penaberkala: yap betul, dan yg penting sekali kita kena tentukan corak apa kita nak wat..
terima kasih ya ;)

amirah said...

nizam limited: aha, parents yg tentukan, lau kck2 dah mekap bagai artis, bila besar mau x melalak bdk tu atas pentas af,,cnth la..

psl tdg pon satu hal, lau dididik dgn nilai Islam, tiada sebab/alasan bdk2 nak tolak mentah2 benda yg diorg dah faham sejak kecil.
terima kasih ya :)

amirah said...

Muhamad Firdaus: itulah, semua dah ada panduan dalam Islam, kita cuma perlu ikut dan insyaAllah kehidupan penuh berkat. apa2 pon terima kasih atas komen kamu, sedikit sebanyak terselit ilmu.

Fiq said...

ank kain putih, mak bapak pelukis. Elok seni pelukis, maka elok la lukisan kat kain putih, tak gitu?

ASaDa RyutaRo said...

semasa di rumah memang ibu bapa yang bertanggungjwab mendidik anak kecik ni.

sebelum kanak2 mumayyis, semua perkara akan cuba ditiru. samada baik atau buruk. jd perhatian dan kawalan daripada ibu bapa sangat penting pada masa tersebut.

tapi bila seseorang tu sudah mumayyis. mereka tetap juga perlukan kawalan dan perhatian. walaupun begitu, bukanlah mudah seperti saat mereka masih kecik.

kadang-kadang terus terikut2 perangai semasa kecik.

kesimpulan di sini, melentur buluh biarlah dari rebungnya. hee :)

amirah said...

Fiq: betul2...tepat padat..hehe

asada: emm, sebelum mumaiyyiz la kena bagi tnjuk ajar yg betul so bila dh mumaiyiz anak2 pon dah boleh bezakan..tq singgah :)

maCy said...

nama sangat beri impak kan?

dan ibu bapa pun mainkan peranan..

selalu jumpa budak2 yang kasar, bila jumpa mak ayah pun sama..

dalam hati "patutlah anaknya begitu"..

amirah said...

maCy: em..biasanya kita akan tengok parents dia la kan. tq singgah :)

mama zharfan said...

salam ziarah..me blogwalking...nice blog...have a nice weekend!

E.d.Y said...

susah nak menjadikan seorg bayi seorg insan yg berguna kelak...bukan dididik semasa dah kat dunia ni...kat dalam perut pun dah kene corak jugak

amirah said...

mama zharfan: thnx singgah :)

E.d.Y: emm, sejak dalam perut dh kena didik kan..nice :)..tq

fndrocka said...

sedap post ni..huhu.rajin kau update belog eh.

ibu bapa ni macam pelukis..anak2 adalah kain putih.walaupun ibu bapa ada skill, tapi kadang2 kaler tak elok,warna tak elok, kertas tak elok..berus pun tak buruk..

Latest Entri : Komen Puaka

amirah said...

fndrocka: aah kan, mcm2 corak nak wat tapi kena ada skill yakni ilmu dalam membentuk dan mendidik ..nice..tq :)

SheY PuLL said...

huhuh skung nie org bang2 je anak..ape nak jadik..:P

Aidi-Safuan said...

first sekali yang dituntut dalam islam adalah ajaran dari ibu bapa anak tersebut. sebab tu bila dalam kandungan lagi patutnya dah dizikirkan anak tersebut. bila lahir, di azan dan iqamahkan anak tersebut. ajaran melalui teladan yang betul. :)

amirah said...

shey pull: sbb dulu dy pon kena bang2 gak?..huhu..


aidi-safuan: yap, betul, islam itu indah :)..tq

Long Haffiz Long Hassan said...

nice sharing..
bagus2..
truskh brdkwah scara xlngsung mllui entri-entri sebegini

cimon said...

kenkadang ibu bapa da bg ajaran ugama btul2...but si anak yg bertuah tuh terpengaruh dgn kwn2 yg da rosak...then...trus larr si anak tuh terosak skali...& then pandai pulok berlakon baik dpn parents (dulu mmg baik)...so parents yg mmg bz pun xperasan...anak depa da berubah...if xde ape2 hidayah yg datang..."the END"...sedeyy (T_T)

amirah said...

Long Haffiz: terima kasih :)


cimon: emm mgkin juga tu, didikan yg sempurna dr rumah tapi bila dh terdedah dgn dunia luar diri sndiri kena berdikari. bagi yg bijak mesti survive.tq :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails