Sunday, March 7, 2010

warkah berlagu pilu buat ayah

Kisah ini terjadi disuatu pagi yang cerah .
mungkin tidak begitu cerah untuk seorang ayah
yang kebetulan memeriksa bilik tidur anak gadisnya yg berumur 17 thn

Dia mendapati bilik itu cukup kemas dan rapi,
dengan sekeping sampul surat yg bertuliskan untuk ayah diatas meja bacaan..
perlahan dia mula membuka surat itu



Oh my beloved father,

Aku menulis surat ini dengan perasaan sedih dan sangat menyesal. Saat ayah membaca surat ini, aku telah pergi meninggalkan rumah. Aku pergi bersama kekasihku, dia lelaki yang baik, setelah bertemu dia..ayah mesti setuju
walaupun penuh dgn tatto2 ganas ditubuhnya,

Dia sudah cukup dewasa walaupun belum begitu tua (aku fikir zaman sekarang 42 tahun tidaklah terlalu tua).

Dia sangat baik terhadapku, lebih2 lagi dia akan jd ayah kpd kandunganku ini. Dia memohonku untuk membiarkan anak ini lahir dan kami akan membesarkannya bersama.

Dia punya bisnes perdagangan extacy yang sangat luas & maju, dia juga telah meyakinkanku bahawa marijuana itu tidak begitu buruk. Kami akan tinggal bersama sampai mati memisahkan kami. Aku yakin bahawa para doktor akan menemukan ubat untuk AIDS jadi dia akan segera sembuh.

Aku tahu dia juga ada perempuan lain tapi aku percaya dia akan setia padaku dengan cara yang berbeza.

Ayah.. jangan risau akan keadaanku. Aku sudah 18 tahun sekarang, aku tahu menjaga diriku. Salam sayang untuk ayahku dan ibuku yg trcinta. Oh ya sebelum aku terlupa, berikan semua teddy bear dlm bilik ku ini untuk adikku yg sgt2 inginkannya

keadaan si ayah bagaikan nk tercabut jantungnya ketika itu ..lalu perlahan2 membuka muka surat kedua surat itu dgn keadaan terketar2 si ayah membaca .



AYAH....

SEBENARNYA...

...Tidak ada satupun dari yang aku tulis diatas itu benar, aku hanya ingin menunjukkan hal yg lebih mengerikan iaitu nilai report kad ku yg buruk. Kalau ayah sudah menandatangani report kad ku..jangan lupe letak atas meja tu balik..maafkan ku ayah..aku tidak tahu bagaimana mahu menunjukkan shortcut way kepadamu melainkan aku menulis surat ini khas buatmu..diharap ayah tidak marah dengan begitu banyak angka merah didalam report kad ku itu...

salam tercinta dari anakmu..


12 comments:

JijahJambu@Jj said...

sib baik ayah takde saket jantung

Seimura said...

pehh gila saspen. dushh!!

(aku hampir2 kena serangan jantung?! toink!)

Fiq said...

kena cepuk gak lepas ni. haha

patung.simpanan said...

hahahaha
its so suspender n funny...
nsib bek da bsar...kot x bley nk tiru mcm tu klu byk result merah...
hahahaha

amirah said...

jijah: leh la wat surat pasni..hek2

seimura: hak2...sib ko ok g, lau x rsa berslh ckit aku..
aku cilap r, mau letak tanda entri ini dilarang sama sekali bg pesakit jntg..ngeh2

amirah said...

fiq: haha...xmau2

patung.simpanan: xpe2 xdpt tiru tp ada niat kira boleh la..hehe

I'm Seri said...

Panjang berjela warkah buat ayah...hehehe. Cuba suruh dia baca entry nih...mesti terharu walau awak buat suspen.

ismiaisha said...

haha~
tu mmg cri nahas kalo wat gitu..
:P

ila-ali said...

Kalau aku jadi ayah, mau pengsan seblm baca surat kedua tuh.

amirah said...

iris: terharu ke?tkt lain jadinya..hehe

ismiaisha: ala ct, gurau2 aja..

ila-ali: haha...jgn pengsan, surat kedua 2 yg pntg

Anonymous said...

wahhh..nak buat camtu jugaklah..thanks sis coz da bg sy satu idea baikk punyaa..exam baru ni manyak meto merahnya..agak2 pen itam dgn biru cg da abes dakwat, cg tak sempat nk beli pen kat kedai sebb masa tanda kad tu, jam da pukul 10 lebih..hehehee...

amirah said...

nor_anifa: buleh tp pastikan ayah kamu ada unsur humor dan bebas dr penyakit jantung.. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails