Jangan fikir dalam hidup cuma wujud wanita idaman atau lelaki idaman sahaja, blog idaman pon boleh tau..hak2..tetiba tergerak nak buat entri seminit yang lepas. Bukan apa, terasa sedikit tercabar pabila 2 orang housemate meng'update' blog mereka dengan rakus. So adrenalin dalam diri meletusss. Ayuh kita terjah.
Bila kita blogwalking ni pasti kita terjumpa blog. ok ayat mcm tak kena aja. Straight to the heart terus la. Bila aku blogwalking, menyusuri blog ke blog, aku akan tengok sesuatu kepunyaan blog itu..antaranya:
1. Tajuk entri terkini
-ya aku akan lihat ini dulu bagi blog2 yang aku jarang masuk atau pon baru first time masuk. Bila tajuk post tu kena dengan jiwa raga aku, aku terjah la, baca dari a to z. Yela kan barang baekk punya siapa takmo. Ada yang kata kalau tajuk entri kita comel orang akan masuk blog.Comel macam mana aku pon tak faham (+.+'). Bagi aku tajuk entri yang misterious menarik perhatian aku di mana aku akan tertanya-tanya apa benda yang budak ni nak sampaikan. Dek kerana tajuk yang mengancam aku pon melekat la kat blog tu.
2. Content entri
-Aku suka entri yang ada selitkan gambar2 yang menarik atau simple pon boleh. Sebabnya bila aku asyikkk membaca mata aku menjadi longlai, so perlukan sesuatu untuk menyegarkan mata dengan melihat gambar2 menarik dan berkaitan dengan entri. Tapi jangan letakkan gambar lucah atau diri sendiri yang mengancam sudah la ya. Tergoda i nanti.peewwitt...hehe.. K la bagi aku tiada motif kamu buat macam tu.
-Kalau entri berbaur informasi atau ada sesuatu yang dikongsikan pasti menjadikan entri 'berharga'. Bila baca entri sebegini, kita tak kan rasa penat ja singgah blog tu. mungkin akan lebih teruja untuk baca entri sampai habis. Kadang2 ada ja yang ceritakan pasal kehidupan dia tapi diselitkan sesuatu dalam cerita kehidupan dia membuatkan entri terkesan di hati pembaca.
3. Lenggang lenggok bahasa
-Benda ni lah aku percaya kekuatan sesuatu blog. Gaya bahasa tersendiri yang bukan baekk punya cilok tetapi original dan terbaek dari ladang kepala hotak sendiri. Suka hati lah nak guna aku, saye, kite, atau nama sendiri..janji selesa dengan penulisan sendiri dan lain dari yang lain. Satu lagi yang aku rasa semua bersetuju dengan aku, blogger otai pon ada berpesan "anak2, kalau boleh jangan guna terlalu banyak shortform, atuk tak faham sangat" lebih kurang macam tu la. betul tak?
Biasanya itulah yang aku suka tengok daripada blog kamu2 yang mengancam. Ada blog yang aku selalu terjah dan komen, ada blog yang aku cuma menjadi silent reader..shhh... Kadang2 sesuatu blog tu tak femes pon di kalangan blogger tapi boleh menarik perhatian pembaca.
Entri ni adalah kriteria blog idaman aku sendiri. Kamu pon mesti ada ciri2 blog idaman yang tersendiri. Biasanya kamu tertarik part mana?..header kah? profile blogger kah? nama blogkah? shoutbox kah atau iklan atau kamu tertarik pada bloggernya?...hehehe
28 comments:
salam..hehee...klu blog sis ni..memang tertarik dgn gaya bahasa laarr..camm jujurr abess jerr...hahaha....sedap dibaca n mdh difahami.
aku tak suka blog copy-paste melampau2.. bukan idea asal si penulis..
lagi satu, aku dah anti blog guna bahasa moden melampau..shortform banyak sangat sampai aku susah nak faham...adehh...
contoh
aku ---> aQ
dia ---> dye
mereka --->deAllz
???? ergghhhh what the fcuk.
Yang pastinya,blog kuehtart takde langsung pun semua kriteria blog idaman yang ada diatas tu..entah bilalah baru dapat nak capai ke tahap tu kan??hurmm..masih banyak nak kena belajar lagi ni.
setuju. mesti tgk tajuk entri dulu. bila tajuk menarik, dah tentu tertarik nak baca entri sampai habis.
yup blog aku sekarang pun dah guna bahasa buku teks yang tiada langsung shortform. ngeh ngeh,,,
rasa-rasanya, blog sy ada tak kriteria2 yg disebut tuh? haha
apepun, berblogging amatlah bagus
of coz la tertarik pada tuannya... opss...
kalu entry bab2 politik,cinta cintun nie slow sikit ler nak baca hehehe..kalu blog yang ada pasang lagu sekadar blogwalking jer...rimas bila lagu dah bercampur
nor_anifa: bgsla lau faham..kasi straight terus xyah corner2 kan.
btw, thnx ya singgah ;)
ain: aku xska gak. payah nak baca tetiba nk mengeja n fhm lak apa bnda perkataan tu
cth: kowrunk-korang...jenuh nak sebut
politik-out !
cintan-kick !
rapuan gelabah-totally x.
kesedihan melampau-ditendang.
lagu-better tapayah letak, sbb bukan semua reader sama taste dengan kita.
my points saje.
sendra: aku selalu terjah blog kau la. gaya bhs mudah, ada pic menarik n paling aku suka tajuk entri kau...pergh semua tu kriteria i like ok...
suka aku kau singgah cni :)
seimura: hehe, bhs bku teks lg bgs, semua kaum fhm..ngeh2
penaberkala: disebabkan ada la sy selalu terjah blog kamu. harap sudi muka yg sama masuk blog kamu ya :)
Fiq: fiq la satu-satunya yang mengaku tertarik pada tuan blog..straigt terus kan...hehe
rizputra7: setuju..aku xska gak politik2 ni, pastu kisah cinta yg tgkap lemau aku baca..out terus
Nurhan.anis: sama la gak...semua tu aku kick out gak..thnx singgah ;)
Samela. cek tajuk, cek gamba, cek isi. kalau ok, br tinggalkn komen. tu yg tinggalkn komen kt blog ni. =)
eh, cam terasa la pulak..hehehe
MuNsYi SaMa: Terima kasih daun keladi. kalau boleh singgahla lagi ya =)
acap de souza: part mana yg terasa tu?..tnx comen :)
waa..entry yg baik..bgs2..sentiasa lah kongsi tip2 yg baik yer..moga2 jdi blogger berjya..:)
Mijie: ini sekadar pendapat personal.terima kasih singgah ya
2 lah yg sbgs2..pdapt yg ikhlas dari diri sndiri..bkn yg copy pste..ada jgk terkena kt mijie...yg gna shortform..nnti mijie akan perbaiki..kurng pglamn lgi bab2 berblog nie..thank skali agi..:)
Mijie: lau copypaste xsyiok ma..xpuas..sy pon kdg2 guna gak shortform cuma jgn selalu sbb tkt org xfhm lak. diri sndiri pon kurg pengalaman..ayuh kita tgkatkan produktiviti..hehe
thnx juga =)
hehe...btol3..ayuh tingkatkan produktiviti blog kita..smangat ni..:)
YEAHH...BETOL TUH DEAR. ZIE SETUJU GILER DGN SEMUA DI ATAS :)
hahaaha... aidi selalu letak picture lucah la. patot la blog aidi tak jadi idaman u erk. :p
Mijie: ayuh..hehe
Redbloodsnow: pendpt kita sama,thnx singgah :)
Aidi-Safuan: eh ada ka pic lucah?xda lah..tajuk entri kamu tu lain dr yg lain..hehe
wow~ mcm ni ka?
tq for the tips!
i lap u la! hehe
info menarik ! :D
cikgadis: ini tips blog yg saya suka..lain org lain rasanya kan.
thnx ya singgah :)
Ipah: tq. just my opinion ..thnx singgah :)
kena letak gambar byk2 ni..kasik amirah tengok..hehehe
adlia: hehe...letak jgn xletak
Post a Comment